Iklan Leaderboard

Jumaat, 15 Julai 2016

6 Dakwah bukan lesen untuk melucah pada wanita

Teguran.

Aku rasa dah banyak kali aku tulis tentang teguran di media sosial ini, dari teguran secara baik sampailah teguran dengan keras dan sentap. Seperti yang kita tahu, sebaik-baik cara dakwah adalah dakwah mengikut cara Nabi. Tapi kali ini aku nak highlight sedikit satu jenis teguran yang biasa lelaki Melayu buat iaitu teguran secara melucah.

Gambar hiasan

Berikut adalah contoh teguran yang lucah di media sosial yang viral di Twitter baru-baru ini:

Sumber dari Twitter Raha Azlan.

Lelaki Melayu, aku minta tolong sangat-sangat, nak nasihat orang ke nak berdakwah ke, tolong jangan lucah. Lucah dan dakwah benda tu tak boleh seiring. Jangan sesekali gunakan agama sebagai lesen untuk melucah kepada orang lain terutama kepada kaum wanita apatah lagi orang yang kau tak kenal langsung pun. Tulis ayat-ayat lucah, harap dia kena rogol. Serius macam orang sakit otak dan delusional aku tengok.

Lelaki macam kau ni lah yang membusukkan imej kaum lelaki, orang Islam dan juga para pendakwah secara amnya. Apa kau ingat dengan melucah tu orang yang menerima teguran tu akan lebih sedar dan dekat dengan agama? Sebaliknya mereka akan lebih benci kepada lelaki melayu, orang Islam, orang alim dan ustaz-ustaz lalu melabelkan semuanya sama perangai macam kau. Kalau kau nak melucah sangat jangan kaitkan dengan agama dan kata teguran lucah yang kau buat tu atas nama dakwah.

Maka sebelum kau rasa begitu bangga dan gah dapat tarbiah dan berdakwah kepada orang lain dengan kelucahan kau, lebih baik kau perbaiki diri kau tu dulu, belajar cara menghormati orang dan cara kau menasihati orang lain.

Baca juga artikel yang berkaitan berikut:


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: tarbiah dakwah tegur nasihat melayu lelaki perempuan wanita lucah rogol penunggang agama

6 ulasan:

  1. Balasan
    1. proooOottT d muka denoutantei lega baq ungx

      -siroslan-

      Padam
  2. Wei denau kalau stakat nk komen ok bek x payah..puih!

    BalasPadam
  3. serius sakit mental laki mcm ni..

    noob aku rasa mungkin ko boleh publish balik entri2 bagus dalam ni kat media sosial lain biar reach tinggi dan orang share..

    hmm, tp nanti orang kopipes pulak ko punya artikel kan..

    BalasPadam
  4. mungkin diorang nak buat ala tarbiah sentap deepp.. tapi matlamat tak seiring dengan cara dakwah.. ada banyak lagi cara untuk kita berdakwah

    BalasPadam
  5. Stim jap dgr message kat atas ni..

    Ppuan ni senang je nak check x silap, kalau laki 2 jenis type ppuan tu suka..laki 2 mengatal ke, taskirah ke, tunjuk macho n seksi ke ppuan tetap suka...tp kalau mmg type x suka, ckp satu patah pun xnak dgr, pandang pun xnak, tersentuh sikit kata niat nak merogol.

    Sabar je la kaum laki. Kalau niat baik, dpt la yg baik2.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...