Sabtu, 30 Julai 2016

0 Pop Fiksyen - Jejak Pembunuh: Bahagian 3

Kolej Matrikulasi tahun pra 2000 adalah satu bahan eksperimen. Sekurang-kurangnya  itu apa yang aku boleh simpulkan. Atas dasar kerajaan atau tidak, tapi di sini bermula aku kenal sedikit sebanyak sisi dunia gelap, bangsa dan negara Malaysia yang kita cintakan sangat.


Sebelum masuk ke Kolej Matrikulasi, aku sempat duduk sebumbung dengan bapak dan mak tiri aku. Sementara nak ke kolej, aku banyak buat kerja part-time. Hotel, Seven - E dan bermacam-macam kerja rencam untuk dapatkan sedikit duit.

Lagipun aku tak tahan duduk dengan mak tiri aku. Sundal sungguh betina ni.
24 jam asyik membebel tak tentu arah.
Azrina , adik aku dah sambung belajar di utara tanah air.
Sampai satu tahap, aku sendiri membawa diri aku ke Melaka, duduk bersama kawan-kawan bujang Universiti Swasta.

Melaka. Memang syurga. Di Melaka aku mula-berjinak dengan ganja.
Ganja memang senang nak dapat di Melaka. Macam pergi beli di pasar di dalam filem P.Ramlee.
Cara hisap ganja? Aku rasa dalam Internet banyak kot...dulu aku belajar dengan otai-otai kawasan.

Dan paling memori, aku hilang teruna dengan bohsia di sini.

Seks dan dadah.
Lethal Combination. 
Habis duit kerja part-time aku kerana dua benda ini. Sampai panggilan ke Kolej Matrikulasi, aku fikirkan, mungkin kehidupan aku bebas seperti anak-anak siswa universiti.

Rupa-rupanya sama teruk macam sekolah dulu. Sangat strict. Seperti sekolah asrama. Aku masuk kolej sendiri tanpa keluarga yang hantar aku. Semua kawan-kawan yang uruskan.

Dan jangan kau sangka , Kolej Matrikulasi zaman aku penuh dengan bohsia, penagih dadah yang lebih advance dari aku.

Heroin ? Ada.
Ganja jangan cakap, bersepah.
Kuda dari Kelantan? Ada.
X? Ada.

Dan sekali lagi aku hanyut dalam keseronokan dunia walaupun Kolej Matrikulasi lebih strict dari sekolah lama aku.
Cuma apa yang aku musykil. Kebanyakan benda-benda tak baik ini berlaku di kalangan pelajar-pelajar yang kebanyakan pandai, cantik dan dari keluarga berada.

Penagih heroin paling tegar adalah pelajar 4 flat. Main injek tau, bukan chase.
Bohsia paling cemerlang adalah anak seorang VIP.

Pelik.
Macam sekarang jugak kan? Cuma kita tak ada handfon yang berkuasa macam sekarang. Dulu handfon yang paling power adalah Nokia 3210.
Dan bila aku dapat peluang tengok balik pelajar matrikulasi sekarang. Berbeza sangat.
Sangat baik samapai tahap aku tak percaya dengan mata kepala aku sendiri.
Nampak sangat zaman aku matrik dulu adalah ujian eksperimen dasar pendidikan.
Lab-Rat.

Dan peristiwa yang paling aku ingat adalah ketika aku tengah stim heroin (chase the dragon), aku dapat berita bapak aku sudah pun meninggal kerana sakit jantung. Itu penyesalan aku paling teruk dalam hidup aku.

Walaupun aku mempunyai hubungan yang teruk dengan bapak, dia tetap bapak aku. Aku tak sempat tengok dia dikebumikan kerana aku sampai terlalu lambat di Kelantan.

Mak tiri? Lantaklah dia nak buat apa. Bukan mak aku pun. Duit wasiat dari arwah bapak tak pernah aku tanya. Abang Long Azri pun katanya tak pernah pulang dari KL. Azrina je yang balik tengok jenazah bapak.

Tahun 2000 yakni millenium adalah tahun yang paling aku sakit jiwa. Belajar entah kemana. Duit entah kemana.

Jauhi dadah dan zina beb. Tak kemana hidup kau.

Aku berjaya habiskan matrikulasi sekadar cukup makan, Dan selepas bekerja sambilan di Melaka dan isi borang UPU, aku berjaya juga sambung Ijazah Sains Komputer di Shah Alam.
Pada masa ini, aku berhenti dari segala-gala benda tak baik.
Dadah aku tinggalkan.
Aku jauhkan diri dari bohsia-bohsia walaupun kadang-kadang, terlepas juga sekali dua.

Taubat. Aku nekad nak cari Abang Long aku kat Shah Alam. Apa dah jadi??

Betullah orang cakap. Kalau kita lihat yang buruk, yang buruklah kita jumpa.
Shah Alam.
Bandar Universiti.
Penuh dengan awek Muslimah yang comel-comel dan awek-awek free hair yang mengegar jantung.

Kejutan Budaya aku masa mula-mula belajar di Shah Alam. Terkejut beruk. Cara hidup bebas, Takda sapa nak marah kau buat apa, dan aku nekad, aku takkan duduk di kolej asrama lagi.

Dan aku berjumpa kawa-kawan matrikulasi Melaka dan kami menyewa satu rumah di Seksyen 7. Duit pada masa itu adalah duit loan PTPTN dan kebanyakan kami bekerja part-time di KL dan Klang. Dan kami berkongsi duit beli kereta Kancil untuk ke kelas , kononnya.

Dan zaman paling enjoy adalah zaman universiti.
Fear and Loathing in Shah Alam, macam Hunter S. Thompson. Break every possible rules.

Clubbing, bertukar ganti awek adalah lifestyle yang biasa di kalangan siswa di Shah Alam. Modal bukan besar mana pun. Jaja kereta kancil, angkut pergi makan, bawak pergi Spiral atau Orange,
setel.

Tak pernah sekali pun aku fikirkan pasal agama, Abang Long Azri dan Azrina. Tak pernah sekali pun aku pergi jenguk kubur mak dan bapak. Aku beraya pun kat Shah Alam.

Walaupun kehidupan hedonis habis, akademuk masih ok. Aku berjaya habiskan Degree Sains Komputer dengan CGPA yang agak tinggi.

Dan akhirnya, aku jumpa dengan Abang Long. Di Chow Kit.

Penagih Heroin dan kurus kering macam jerangkung. Seolah-olah tak mngenali aku. Khayal dalam dunia nya sendiri.

Dan aku tak pernah jumpa lagi Abang Long selepas itu.

Bersambung


Siri Pop Fiksyen - Jejak Pembunuh:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.