Iklan Leaderboard

Sabtu, 16 Julai 2016

10 Kereta konsep berbeza dengan keluaran sebenar

Kenapa biasanya kereta semasa dipertontonkan sebagai concept car design dia gila cantik dan sangat futuristik luar dalam, tapi bila dah keluar betul-betul design dia biasa-biasa sahaja macam kebanyakan kereta lain zaman sekarang? Serius kalau yang keluar tu design macam concept car aku pun akan pertimbangkan untuk beli.

Adakah design concept car susah nak dibuat atau orang kita masih tak ready lagi nak pakai kereta yang design dia futuristik tahap gaban?


Sebagai contoh kereta Perodua Bezza yang baru keluar baru-baru ini, memang sangat berbezza dari rekaan konsepnya. Boleh tengok rekaan konsep Perodua Bezza di laman Paultan ini. Untuk design keluaran sebenar boleh lihat di laman Paultan ini juga. Jika anda lihat memang jauh berbezza. Rekaan konsep sangat futuristik manakala rekaan keluaran sebenar lebih kurang sama macam kereta-kereta yang dah ada di pasaran macam Perodua Axia, Proton Saga, Toyota Vios dan sebagainya.
Aku ada post tentang hal ini di FB aku dan berikut antara komen-komen yang aku terima:



Antara faktor kenapa rekaan kereta sebenar berbeza dengan rekaan konsep yang diperkatakan adalah faktor kos, production, practicality, target market, publisiti, peraturan teknikal dan sebagainya.

Sementara itu jom kita tengok antara rekaan kereta konsep lain luar negara dan bagaimana rekaan kereta sebenarnya:







Ada yang lebih kurang, ada juga yang beza jauh juga. Baca artikel ini tentang kereta konsep yang benar-benar menjadi realiti - "12 concept cars that became real" dan "Concept vs Reality: Ten amazing new cars revealed this week". 

Sebenarnya kalau nak menjadikan rekaan konsep itu realiti boleh je, cuma mungkin kerana faktor kekangan yang disebutkan tadi lah. Cuma aku agak tak boleh terima kalau sekadar ubah design luar menjadi futuristik atau sporty, harga dikatakan boleh meningkat macam tak masuk akal. Ia cuma faktor kosmetik je pun.

Macam kau ada sekeping besi, sama ada kau bengkokkan ke 40° atau 60°, besi itu tetap besi yang sama cuma kau lengkungannya sahaja yang berbeza. Maka kenapa nak buat lengkungan 60° kosnya lebih tinggi daripada 40°. Entahlah aku pun tak tahu.

Cuma aku takdelah kisah sangat kalau syarikat automotif buat rekaan model kereta konsep yang gempak gila dengan nama lain. Macam kereta konsep Proton Emas yang futuristik dan nampak cool ni, selagi kereta konsep tu tak direalisasikan lagi, mereka tak guna nama Proton Emas untuk keluaran sebenar mana-mana model keluaran kereta.


Macam Perodua Bezza ni, masa buat kereta konsep dia guna nama Perodua Bezza untuk rekaan kereta konsep dia yang futuristik tu, tapi bila keluaran sebenar guna juga nama Perodua Bezza tapi rupa sangat jauh berbeza, mana orang tak kecewa. Ingat boleh lah jugak aku sambar sebuah kereta design futuristik dengan harga murah huhu.



P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: perodua bezza konsep concept vs reality sebenar actual production produksi kereta rekaan design

10 ulasan:

  1. Balasan
    1. Dennoutantei gay bottom!!

      Padam
    2. proooOootT preeEeEtT d muka denoutantei lega baq ungx

      -cEroSli-

      Padam
  2. Masih nk fikir untung noob.. 10 tahun pun itu je la model yg nk d produce.. selg blh jual.. depa nk untung lebih risiko zero... saing with proton jer pon.

    Patut keta konsep jd benchmark.. mender

    BalasPadam
  3. faktor kos la noob. nak buat keta cantik2 kos kna amik kira juga. then org mampu ke nak beli keta yg cun2 macam civic fd, corolla altis, mazda 3 & lain2?

    thats why keta proton design hodoh nak mampus sebab nak cut kos. bila kos dah murah, baru org mampu nak beli hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah tau takut kos naik buatla 2 varian. Satu design cikai kos rendah satu lg follow concept design. Nanti customer akan buat pilihan.Buang karan je bina kereta konsep tp dr awal dah tetapkan tak mau follow concept

      Padam
    2. "proton design hodoh nak mampus sebab nak cut kos."

      kadang-kadang gue tak paham sangat decision making top management proton ni. Kereta preve tu mcm dah ok, tapi smpi tang rear light, aku pun dalam hati berkata "hah mcm nak kekalkan vendor lama je"..

      akur juga concept car ini melibatkan lebih byk wang untuk dibelanjakan.

      tapi alang2 proton boleh belanja lebih untuk projek gagal seperti proton savvy yang melibatkan ratusan juta, kenapa tak sudi ubah sikit budget projek proton preve? terbukit beberapa bilangan rakyat malaysia nak kereta yang ada performance, tapi kalau estetik tak cun, baik beli kereta jenama luar negara utk performance hebat, luaran pun setimpal dengan performance tu.

      Padam
    3. savvy, tiara, juara antara produk2 yg gagal. tiara lg xboleh blah. rim tayar ada 3 lubang nat. baghal punya engineer p design rim tiara tu. patut la proton xpnah nak maju..byk manusia baghal dlm tu. apabila manusia xcerdik di ambil bekerja .. manakala rakyat dipaksa beli produk low quality sbb keta brand lain dinaikkan harga. dasar harga keta mahathir founder proton.. last2 dia sendri kena tendang dari proton.

      #KEDEPAN

      Padam
  4. Beli Tesla lagi baik...cuma x masuk malaysia lagi. Sekali nak booking order mengalahkan beli kat supermarket...x caya cuba google

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...