Iklan Leaderboard

Ahad, 24 Julai 2016

4 Di sebalik saman sivil DOJ & Malaysian Official 1

Aku rasa orang ramai sudah pun sedia maklum dan jelas mengenai isu saman sivil yang difailkan di US baru-baru ini sehingga menyebabkan rumah mewah, jet peribadi dan karya seni adalah antara 17 aset yang dimohon untuk dirampas oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) walaupun ia tidak mendapat liputan meluas di media arus perdana di Malaysia.

Saman sivil itu mempersoalkan bagaimana harta itu didakwa dibeli di Amerika Syarikat (AS), Switzerland dan United Kingdom daripada dana 1MDB.

Dana itu didakwa digunakan untuk membeli estet mewah di AS, membayar perbelanjaan perjudian di kasino Las Vegas, memperoleh lebih AS$200 juta dalam hasil seni, melabur dalam projek utama pembangunan hartanah di New York, dan membiayai produksi filem Hollywood.


Saman itu turut menamakan Riza Shahriz Abdul Aziz, anak tiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low, Tan Kim Loong, serta pegawai kerajaan Abu Dhabi, Khadem al-Qubaisi dan Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny dalam dakwaan penyelewengan dana tersebut.

Dalam dokumen 136 halaman itu turut mendakwa sebanyak AS$731 juta disalurkan dari 1MDB ke dalam akaun bank milik Malaysian Official 1. Namun, ia tidak menyatakan siapakah Malaysian Official 1 yang dimaksudkan itu. Sumber artikel ini dari Sinar Harian.

Lain-lain info dan maklumat tentang kes ini korang boleh cari sendiri di Internet dan kalau boleh cuba baca dari banyak sumber seperti sumber rasmi dari DOJ sendiri, media luar, media tempatan sama ada yang mainstream mahupun alternatif, kenyataan rasmi dari kerajaan Malaysia dan menteri, analisa dari pihak penyokong kerajaan dan pembangkang dan sebagainya.

Kes berprofail tinggi ini telah menimbulkan banyak tanda tanya dan membuka ruang kepada rakyat Malaysia memberi pendapat, pandangan, teori konspirasi, kritikan, kecaman dan sebagainya.

Namun rata-rata ada 2 jenis pandangan orang ramai di media sosial:

Pro-Najib
Dulu Obama datang Malaysia korang marah kata Najib bersetongkol dengan US, sekarang korang pulak bersetongkol sokong US nak jatuhkan Najib. Tau tak itu semua agenda konspirasi US nak campur dalam urusan negara kita. Kita sepatutnya mempertahankan kedaulatan negara kita dan kepemimpinan Melayu Islam bukan sokong US yahudi kafir laknat.

Bukan pro-Najib atau anti-Najib 
Dulu Najib kawan dengan Obama, nak sign TPPA korang sokong, sekarang US nak saman korang marah pulak. US bukan suka-suka nak masuk campur urusan Malaysia. Mereka masuk campur kerana hal yang berkaitan semua tu berlaku dan melibatkan aset di negara mereka, maka mereka kena ambil tindakan mengikut undang-undang negara mereka. Kalau kita tak cari pasal, mereka pun takde nak cari pasal dengan kita.

Pada aku tak kira US atau pihak yang tertuduh, tanpa mengira agama, bangsa, negara dan status, mereka semua berhak mengambil tindakan undang-undang dan berhak mempertahankan diri.

Walaupun ada benda yang nampak kurang menyelesakan di mata masing-masing, tetapi janganlah buat rumusan atau kesimpulan berdasarkan analogi dan perbandingan dengan hal yang tiada kaitan seperti dulu dia pun macam tu, dulu dia pun macam ni dan sebagainya, dan jangan hanya baca apa yang korang mahu baca dan rasa selari dengan ideologi dan prinsip korang sahaja, sebaliknya baca kesemua sumber maklumat yang ada.

Namun kita sebagai orang awam tak boleh buat apa pun, cuma tunggu jelah sehingga penyiasatan selesai dan ambil pendekatan "tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah", kerana kita sendiri pun bukannya tahu sangat pun apa perkara yang sebenar-benarnya berlaku.

Salah cakap jadi fitnah. Salah pertahan jadi zalim.

Baca juga "Apa sebenarnya isu DOJ yang dikait dengan 1MDB ini?".


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: kes doj 1mdb malaysian official 1 one us amerika syarikat saman riza aziz red granite jho low abu dhabi najib razak maksud kleptocracy money laundering kecurian dana awam

4 ulasan:

  1. sampai masa bila najib hilang "kuasa" jadi sama je mcm mahathir dikutuk, maki dsb...

    BalasPadam
  2. Wpun ak x ske cinapek, atlist jo low tu bkn harbi dapig. 1mdb byk msalah tp still blh taja org islam pg haji. Hati2 dgn harbi yg ske bwa kuasa asing masuk negare kte. Jgn sampai jd iraq n syiria

    BalasPadam
    Balasan
    1. Taja naik haji tu bagus tapi. yg menaja sendiri berutang dan tak upaya nak bayar utang hingga kena jual aset rakyat dah jadi tak bagus..lagi satu 1mdb utang dengan bank yahudi amerika..kalau gini taja haji tu nunjuk2 saja..yg dapat tajaan patut fikir semula berkat ke tidak naik haji tajaan ni..

      Padam
  3. Seriously sy malas ambil tau pasal benda ni..sbb kalau betul apa mereka laporkan, sepandai2 mereka rancang buat jahat, kalau Allah nak tunjuk senang je.

    Seriosly noth with me sbb pru lambt lagi, malas buang air liur nak debat..kalau one day terbukti salah sy xde masalah. Tp ingat...byk macai PR sibuk kata singkirkan najib. Actually xkn solve issue sbb ada pemimpin BN lain ganti n same situation happen. Cko je la tukar parti anda takbir gov, x perlu kata undur najib. Papepun to be realistic tunggu je la PRU...najib one day akan xde gak, jgn risau.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...