Iklan Leaderboard

Selasa, 12 Julai 2016

2 Kemalangan jalan raya: Buat laporan atau kawtim?

Pernah tak anda terlibat dalam sebuah kemalangan kecil di jalan raya, tak kira sama ada pihak anda yang salah atau pihak satu lagi, selepas sedikit pergaduhan kecil dan perbalahan, akhirnya anda dan dia pun kawtim bersetuju untuk tidak buat laporan kepada polis dan mahu setel sendiri-sendiri? Rasanya ramai yang macam ini kan terutama apabila melihat kerosakan kenderaan akibat kemalangan tidaklah begitu teruk dan rasa rugi jika claim insurance untuk baiki kerosakan kerana NCD (No Claim Discount) untuk insurans kenderaan akan kembali 0%.

Seorang lelaki ini berkongsikan pengalamannya di sebuah group FB di mana orang yang terlibat kemalangan dengannya bersetuju untuk settle sendiri namun akhirnya ditipu apabila pihak satu lagi membuat laporan polis. Sejauh mana kebenaran cerita beliau aku tidak tahu, tapi ia sesuatu yang kita boleh jadikan pengajaran.


Pertama, zaman sekarang orang memang tak boleh percaya, baik orang tua, orang muda, orang Melayu, orang Cina, orang India, orang kaya, orang miskin. Tak dinafikan orang baik tu wujud, tapi tak ramai dan susah nak jumpa. Malangnya orang yang berhati busuk tu memang ramai dan mudah pula jumpa.
Kedua, jika terlibat dengan kemalangan kecil, jika kerosakan sekadar calar kecil yang kos baiki mungkin RM50 - RM200, ya masih berbaloi kalau nak kawtim dan setel sendiri. Jika anda salah, anda bagi jelah duit pada pihak satu lagi, atau paling tidak pergi bengkel bersama, tanya orang bengkel kos baiki berapa, dan bayar je kos baiki tersebut. Atau jika dia yang salah dan anda rasa kesian dan malas nak panjang-panjang cerita, cakap je tidak apa lain kali berhati-hati.

Ketiga, jika kemalangan tersebut melibatkan kerosakan yang agak besar seperti kemek sana sini, pecah sana sini, yang kos pembaikian mungkin lebih daripada RM300, maka tak kira siapa salah, anda dan dia buat sahaja laporan polis kerana itu lebih baik. Jika hanya satu pihak je yang buat laporan polis dan satu lagi pihak tidak buat, biasanya orang yang buat laporan polis akan menang dan orang yang tidak buat laporan polis akan kalah kerana dianggap seperti cuba melarikan diri, walaupun pada awalnya kedua-dua pihak sudah bersetuju untuk setel sendiri-sendiri. So jalan selamat, dua-dua pihak terus lapor polis supaya takde siapa-siapa kena khianat.

Berikut adalah cara-cara membuat laporan kemalangan jalan raya:

Pengaduan kemalangan jalan raya merangkumi tiga peringkat atau proses. Peringkat I merupakan peringkat di mana pihak-pihak yang terlibat dalam kemalangan tersebut tampil membuat pengaduan polis. Peringkat II melibatkan siasatan pihak polis terhadap pihak-pihak terlibat serta pemeriksaan terhadap kenderaan. Peringkat III merupakan peringkat penyediaan dokumen-dokumen siasatan.

Peringkat 1

Mengikut peruntukan seksyen 52 Akta Pergankutan Jalan Raya 1987, setiap kecelakaan jalan raya hendaklah dilaporkan kepada polis. Pihak yang terlibat hendaklah pergi ke balai polis untuk membuat pengaduan samada dengan menulis sendiri atau melalui anggota polis yang bertugas di Pejabat Pertanyaan. Selain itu, pihak yang terlibat boleh menghubungi balai polis melalui telefon mengenai kecelakaan yang berlaku dan anggota polis yang bertugas mencatatkan segala maklumat yang diberikan. Dalam pengaduan tersebut, pihak yang terlibat hendaklah menuliskan senario kejadian yang berlaku pada sekeping kertas dan menyerahkan sendiri di balai polis untuk dijadikan laporan polis.

Maklumat-maklumat yang perlu diambil kira semasa membuat pengaduan polis adalah seperti berikut :
  • Tarikh, masa dan tempat kejadian (tanda-tanda nyata atau "landmark" boleh digunakan bagi menggambarkan tempat kejadian).
  • Pihak-pihak yang terlibat (catatkan nombor pendaftaran, jenis dan warna kenderaan).
  • Kenderaan, mangsa yang terlibat (termasuk kematian) dan kerosakan kenderaan atau harta awam. 
  • Maklumat-maklumat yang diperolehi hasil pengamatan kelima-lima pacaindera pengadu sebelum, semasa dan selepas kejadian. (Jangan sama sekali membuat andaian).
Peringkat 2

Setelah laporan dibuat pengadu akan dirujuk kepada pegawai penyiasat kes trafik. Siasatan awal dilakukan dengan merakam percakapan, pengecam tempat kejadian, pemeriksaan teliti kenderaan yang terlibat dan mengklasifikasikan kes mengikut undang-undang. Klasifikasi kes bergantung kepada keterangan fakta dan data-data yang dikumpul semasa siasatan.

"Refer to Insurance". Bagi kes kenderaan kecil, tidak melibatkan kematian atau kecederaan serta kerosakan kecil ke atas kenderaan yang terlibat, pegawai penyiasat berpendapat siasatan lanjut tidak perlu, maka kes tersebut diklasifikasikan sebagai "RTI - Refer To Insurance" dan pengadu boleh membuat tuntutan sivil.

Siasatan lanjut - kertas siasatan dibuka

Bagi kes kecelakan yang serius, siasatan terperinci akan dilakukan dan kertas siasatan akan dibuka. Setelah segala keterangan serta data-data kecederaan tersebut diperolehi, pihak yang bersalah akan ditetapkan untuk didakwa.

Mengkompaun kesalahan

Bagi kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun, satu notis saman akan dikeluarkan ke atas pesalah yang terlibat. Bayaran kompaun boleh dibuat dikaunter Trafik C.O.P.S - Compound On Line Payment System.

Hadir Mahkamah

Jika tidak membayar kompaun, pesalah hendaklah hadir di mahkamah pada tarikh yang dinyatakan dalam notis saman.

Nota: Mengikut Seksyen 104 Akta Pengangkutan Jalan 1987 setiap kes kemalangan jalan raya samada serius atau tidak, adalah menjadi tanggungjawab pengadu untuk memaklumkan kejadian tersebut kepada syarikat insurannya bagi membolehkan suatu tuntutan di buat di bawah sesuatu polisi.

Peringkat 3

Salinan pengaduan boleh dibeli pada kadar yang ditetapkan sejurus pengaduan dibuat atau tidak lewat daripada tiga (3) hari dari tarikh pengaduan. Bagi dokumen-dokumen lain siasatan seperti gambar, rajah kasar dan salinan rakaman percakapan, pembekalannya bergantung kepada status siasatan dan bantuan logistik. Sebarang pertanyaan boleh dibuat kepada daerah polis di mana siasatan kes itu dijalankan.

Contoh repot kes jenayah

Pada 1.1.2000, jam 12 tengah malam, tiga orang yang tidak saya kenali telah menyerbu ke dalam rumah saya menerusi pintu hadapan. Mereka menutup muka dengan stokin wanita. Salah seorang bersenjata seperti pistol sementara yang dua orang lagi bersenjata pisau. Mereka merompak harta benda saya iaitu sebuah kamera, tiga rantai emas dan wang tunai berjumlah RM10,000. Merka juga melarikan kereta saya jenis KIA nombor pendaftaran CUR 54 berwarna biru. Saya tidak dapat mengecam mereka. Sebaik sahaja kejadian itu saya membuat aduan kepada balai polis.

Contoh repot kemalangan jalanraya

Pada 2.2.2000, Jam 3.00 petang ketika saya sedang memandu kereta saya Proton Putra warna merah nombor pendaftaran MAL 2345 di Jalan Merdeka, Kuala Lumpur, sebuah kereta jenis Toyota warna hijau nombor pendaftaran AB 7378 yang datang daripada depan secara tiba-tiba memotong sebuah kereta lain, telah melanggar kereta saya daripada hadapan. Kereta saya megalami kerosakan dan saya turut tercedera dibahagian kepala. Inilah pengaduan saya.

Sumber dari Portal Pusat Maklumat Rakyat.

P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: terlibat kemalangan kecil besar kereta rosak kemek calar pecah bumper buat report laporan polis setel sendiri cara claim tuntut insurans ncd kawtim

2 ulasan:

  1. 🚐🚗🚘🚙🚑

    BalasPadam
  2. Secara ringkas, jika org yg bersalah nak tanggung repair terus samada gi bengkel byr cash atau byr cash terus on mutual agreement xde masalah..tp normally utk kemalangan kecil je. Sbb kalau gi polis report, claim insurance semua proses sgt lmbt.

    Melainkan major accident, pergi je la kat balai buat report n clain insurance...tp 1-2 bulan je la dpt kereta sbb bengkel tunggu official paperwork mengatakan insurance confirm bayar baru start buat kerje repair, part tu je yg lambat.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...