Iklan Leaderboard

Selasa, 26 Julai 2016

9 Apa sebenarnya isu DOJ yang dikait dengan 1MDB ini?

Saya rasa ada antara kita yang dah tahu tentang kenyataan akhbar yang dibuat oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (US Department of Justice - DoJ) tentang "civil forfeiture" atau penyitaan sivil yang akan diambil oleh pihak US. Banyak reaksi dah keluar daripada press statement ini, termasuk kemungkinan US akan campur tangan dalam urusan kerajaan Malaysia dan mengganggu kedaulatan negara.


Sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita sama2 fahamkan apa benda lah "civil forfeiture" ni.

Menurut DoJ, makna "civil forfeiture" adalah sebuah proses undang-undang di mana pihak berkuasa undang-undang akan merampas aset-aset daripada pihak yang disyaki terlibat dalam perlakuan jenayah atau aktiviti yang menyalahi undang-undang. Tindakan penyitaan ini tidak semestinya menyebabkan pemilik harta tersebut didakwa, paling utama ialah harta-harta yang diperoleh secara haram akan disita oleh kerajaan Amerika di bawah-bawah undang-undang tertentu. 

Satu lagi, tindakan DoJ ini bukanlah terhadap 1MDB atau mana-mana rakyat Malaysia tetapi adalah terhadap filem "The Wolf of Wall Street" termasuk hak-hak kepada keuntungan, royalti dan hasil pengedaran filem tersebut yang akan diterima oleh Red Granite Pictures, Inc. (syarikat yang menerbitkan "The Wolf of Wall Street") dan/ataupun pihak-pihak yang bersekutu dengannya dan pihak lain yang diberikan hak ("affiliates and/or assigns"). Kita perlu jelas dengan perkara ini terlebih dahulu.

Ada orang tanya, US ada hak (jurisdiction) ke untuk ambil tindakan ini?

Jawapan saya kepada soalan ini ialah "YA", sebab tujuan penyitaan ini adalah untuk merampas harta-harta yang disyaki diperoleh secara haram melalui sistem perbankan US sendiri. Tindakan ini adalah tertakluk di bawah 18 US Code (USC) seksyen 981 yang menyatakan bahawa Kerajaan US berhak merampas harta sama ada tidak alih atau boleh alih (real or personal), yang diperolehi secara haram. Rujuk pautan ini untuk maklumat lanjut.

Ok, sekarang rasanya kita dah jelas yang tindakan ini adalah untuk menyita harta yang diperoleh secara haram. Soalan kita seterusnya adalah bagaimana dengan orang-orang yang terlibat? Mereka ini tak kena dakwa ke? Kalau diikutkan memang nampak seperti tiada, namun mukasurat terakhir kertas pertuduhan yang disediakan oleh DoJ menyebut perkara di bawah:


Jika dilihat pada gambar di atas, Kerajaan Amerika menyebut yang notis secukupnya akan diberi kepada semua pihak berkepentingan (interested parties) supaya dapat hadir dan memberi sebab mengapa "civil forfeiture" ini  tidak sepatutnya berlaku.

Interested parties di sini melibatkan ramai orang seperti yang telah disebut dalam media termasuk 1MDB, Jho Low, Riza Aziz dan sebagainya termasuk 2 orang pegawai 1MDB yang tidak dinamakan dan juga "Malaysia Official No. 1".

Apakah maksud Kerajaan Amerika memanggil "interested parties" ini? Apa yang saya faham ialah semua "interested parties" diberi peluang membela diri dan menyatakan sebab mengapa harta-harta yang disyaki diperoleh secara haram ini tidak patut diambil oleh pihak USA.

Maksudnya, ada kemungkinan jika "interested parties" membela diri, satu kes mahkamah yang lebih panjang akan bermula dan perkara yang membimbangkan adalah maruah negara mungkin akan tercalar disebabkan isu tatakelola (governance) yang sangat kompleks dan besar ini.

Kesimpulan yang saya boleh buat di sini ialah pihak-pihak yang berkenaan perlu tampil dengan segera bagi menjawab segala tuduhan pihak Amerika, dan jika anda di pihak yang benar, cepat-cepatlah tunjukkan buktinya. Janganlah diam seribu bahasa, kerana ada pepatah Melayu mengatakan bahawa diam itu tanda kita setuju atau mengiyakan sesuatu perkara.

Doa saya ialah semoga Malaysia terus terpelihara dan aman serta terus maju tanpa gangguan anasir-anasir luar insya Allah.

Di bawah saya senaraikan rujukan-rujukan saya dalam menulis posting ini jika anda berminat membaca secara penuh maklumat yang telah saya kongsikan:

1. Indictment Paper in Full
2. https://en.wikipedia.org/wiki/Civil_forfeiture_in_the_United_States

Thanks for reading...

* Jemput layari blog saya - http://wanazimlong.blogspot.com/.


9 ulasan:

  1. Semoga negara kita Malaysia terpelihara dan tidak diganggu dengan perkara-perkara yang memusnahkan nama baik negara.. hemm.. sayu rasa.. rasanya semua tahu sebab apa dan kepada siapa harus dipersalahkan mengapa negara kita jadi macam sekarang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sayang semuanya sudah terlambat..

      Padam
  2. #respectmrofficialone
    #respectmrjholow
    #respectanaktiri
    #repsectsyarikatmelayuislam1mdb
    #bestrongmrofficialone

    BalasPadam
  3. penulisan yg baik wan azim :)
    moga malaysia terpelihara kedaulatannya, dan dapat buang orang2 kotor dlm kepimpinan termasuk MO1 tak guna tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih nazrul atas maklum balas. Semoga semua ini akan berakhir dengan baik terutama utk rakyat Malaysia keseluruhannya...

      Padam
  4. kisahnya nak maruah malaysia tercalar atau maruah muka PM tercalar.... kalau ada orang belakang PM cepat2 kick dia keluar termasuk semua nama2 yang berkaitan dalam jawatan tu dipecat serta merta time tu orang lain ganti secepat mungkin baru x de tercalar maruah Malaysia. dan orang2 yang terlibat boleh je selamba nak jawab ke x jawab tercalar tu dia punya maruah.. xde kaitan pun....

    BalasPadam
  5. Watch n eat popcorn....

    Satu lagi..anda kutuk najib suruh resign x guna gak...nanti ganti org dia gak sama je. Pemimpin lawan pun apa kurgnya, sibuk cari salah lawan tp kawasan sendiri x jaga n gunakan modus operasi politik kebencian nak raih nama, bukan on ur contribution n perkhidmatan kpd rakyat.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...