Iklan Leaderboard

Selasa, 26 Julai 2016

10 Konsert Selena Gomez dan bani Melayu

Selena Gomez.

Konsert Selena Gomez sudah pun berakhir semalam di Stadium Malawati, Shah Alam. Macam biasa, setiap kali artis luar negara nak datang Malaysia, mesti akan ada orang buat bantahan dan protes di saat-saat akhir.

Antara alasan biasa yang diberikan adalah selebriti tersebut berpakaian seksi (bagi artis wanita), lagu dia ada lirik yang meruntuhkan akhlak dan moral, genre muzik yang dibawa terlalu keras mirip kepada pemujaan syaitan, artis tersebut pernah ada kontroversi seperti masukkan ayat Al-Quran dalam lagu atau guna tulisan arab dalam cover album dan sebagainya.


Benda ni dah biasa, dari konsert Michael Jackson, Erykah Badu, Taylor Swift, Ke$ha, Metallica, Lamb of God, Linkin Park, DJ muzik Trance dan juga lain-lain artis luar terutama dari barat pasti tidak terlepas dari kontroversi ini, kecuali artis K-Pop yang biasanya lepas sahaja masuk Malaysia tanpa banyak isu. Ada konsert yang berjaya diteruskan, ada juga yang berjaya dibatalkan.

Untuk isu yang lebih kurang sama ini aku sudah tulis beberapa kali seperti berikut:

Jika melihatkan keadaan dan situasi negara Malaysia yang ada pada hari ini, aku sendiri ada masa aku sokong untuk konsert ini "bukan batal", tapi "tidak diadakan" di Malaysia, tapi ada masa aku "bukan sokong", tapi "boleh membenarkan" konsert ini diadakan, jika aku orang yang mempunyai kuasa dalam memberi kebenaran dan kelulusan untuk mereka datang buat konsert di sini.

Jika artis itu pernah mempunyai kontroversi dan reputasi yang tidak baik terutama dengan hal yang melibatkan agama Islam seperti dia masukkan ayat Al-Quran dalam lagu untuk hina Islam, atau pernah mengeluarkan kenyataan hina Islam dan sebagainya, maka aku sebagai pemerintah tidak akan keluarkan kelulusan pun untuk dia buat konsert di Malaysia.

Namun jika artis itu tidak pernah buat hal dengan mana-mana negara, bangsa atau agama, kalau ada kontroversi pun hanya melibatkan kehidupan dia sahaja, maka aku mungkin boleh mempertimbangkan untuk bagi kebenaran untuk mereka buat konsert di sini, tapi dengan syarat mereka perlu mengikut garis panduan yang telah kita tetapkan, seperti berpakaian sopan, tidak membuat provokasi, menjaga tatatertib, menghormati budaya dan adab sopan setempat. Itu sahaja.

So tanggungjawab sebenarnya adalah terletak kepada orang yang memberi kelulusan dan kebenaran. Jika dia melulus atau tidak melulus, itu adalah tanggungjawab dia. Kalau dia seorang pemimpin yang baik dan berjiwa Islam, pasti dia sudah memanggil pelbagai kumpulan masyarakat untuk berbincang dan bertanyakan pandangan sama ada konsert tersebut boleh diluluskan atau tidak.

Walaupun begitu kita sebenarnya ada hak untuk protes atau bantah, tapi bagi aku nak protes pun ada adab dan tertib. Seperti contoh sebuah konsert itu sudah diluluskan dari 6 bulan yang lalu lagi, maka kau ada tempoh 6 bulan untuk memprotes, menghantar surat bantahan, berjumpa dengan pemberi kelulusan untuk menggesa mereka membatalkan konsert itu atau sekurang-kurangnya mengetatkan garis panduan. Jika pemerintah tidak mahu mendengar dan melayani bantahan kau, itu adalah tanggungjawab dia, sekurang-kurangnya kau dah berusaha untuk bantah.


Tapi kalau pada hari konsert itulah kau nak protes, nak buat solat hajat dan baca Yasin kat situ jugak agar konsertnya batal, seolah-olah dia adalah wakil syaiton yang datang untuk merosakkan akhlak bani Melayu, bagi aku ia bukan adab menegur dan dakwah yang baik. Bayangkan tetamu datang tempat kita atas jemputan, kita pula buat upacara macam nak halau dia, kemudian ada pula yang maki-maki mereka dengan kata-kata nista, rasa-rasa apa yang mereka akan fikir? Rasa-rasa apa yang mereka cerita pada rakan-rakan setempat mereka? Rasa-rasa apa tanggapan mereka pada umat Islam di Malaysia?

Tolonglah jangan sindir cakap ini dakwah. Ini bukan dakwah tapi sakit otak. Dan tolonglah jangan merosakkan nama orang Islam dengan komen-komen gila macam ni.

Malah mereka sudah berusaha mengikut garis panduan dan menghormati adab dan budaya kita pun dengan berpakaian sopan, jauh lebih sopan daripada kebanyakan artis wanita Malaysia yang kau tengok di malam anugerah atau rancangan nyanyian, maka kenapa layanan kita berbeza pula kepada mereka sedangkan kita hanya biar sahaja kemungkaran yang dilakukan oleh selebriti kita sendiri?


Adakah kau akan rasa mereka akan bercerita dengan kawan-kawan senegara mereka seperti "Oh muslim di Malaysia sungguh friendly" atau "Oh agama Islam memang agama yang aman"? Adakah kau rasa dengan menghalau mereka, mereka akan selesa dan tertarik dengan Islam? Adakah kau rasa dengan menghalau mereka, akhlak dan moral rakyat Malaysia dapat diselamatkan?

Cuba kau fikir, kau pergi melawat negara luar untuk mempromosikan album nasyid kau, lepas tu ramai orang berhimpun dekat luar membantah dan protes konsert kau, malah siap buat ritual keagamaan mereka berdoa agar konsert kau tak dapat diteruskan dan kau berambus dari negara mereka, apa yang kau rasa?

Adakah kau rasa mereka yang protes bawak sepanduk bagai yang nak halau kau tu orang yang baik-baik? Adakah kau rasa agama mereka agama keamanan? Dan masa tu lah kau sibuk nak jelaskan yang agama Islam bukan ganas, agama Islam aman, kau datang cuma nak menghiburkan orang bukan nak berperang dan sebagainya. Kau salahkan mereka bersikap Islamophobia, tapi dalam masa yang sama orang-orang kita sendiri yang menyebabkan mereka bersikap sedemikian.

Malah disebabkan protes-protes ekstrim macam ni lah yang membuatkan agama Islam dan orang Islam selalu kena sindir dan perlekeh oleh orang bukan Islam dan juga orang Islam sendiri. Walaupun aku tak terlibat dengan protes tersebut tapi hati aku pedih tau bila baca sindiran demi sindiran yang dibuat oleh mereka secara "generalize", tak pasal-pasal seluruh imej Islam itu pun terkena tempias.
 
Kalau kau tak suka dengan konsert itu, kau boleh memilih untuk tidak datang pun dan jangan benarkan anak-anak anda pergi. Mereka tidak paksa pun siapa-siapa untuk datang konsert tu. Dan kalau kau anggap semua orang yang pergi konsert itu rosak akhlaknya, akhlak mereka sudah rosak lama jauh sebelum artis tersebut buat konsert di Malaysia pun. Dan kalau kau rasa kehadiran artis tersebut boleh menyebabkan bala di Malaysia, sebelum kehadiran artis tersebut pun sudah banyak bala di Malaysia. Malah jika berlaku bala pun, kita bukan Nabi yang Tuhan beritahu bala tersebut turun disebabkan kemungkaran kita yang mana satu?

Bukanlah aku nak menyokong artis luar buat konsert kat Malaysia pun, kalau ikutkan aku tak sokong mana-mana konsert pun baik artis luar mahupun luar sebab aku tak berminat dan tak akan pergi pun apatah lagi selebriti yang aku langsung tak minat, tapi sebelum kita pergi lihat jauh-jauh dan terlalu kisahkan tentang anak orang asing yang langsung tidak pernah membesar dan dididik dengan cara dan budaya kita, seharusnya kita lebih kisah tentang anak-anak orang kita sendiri yang lahir-lahir sudah tercatit agama Islam dalam MyKid mereka.

Tapi entah kenapa tidak pernah pula aku tidak pernah pula melihat ada orang berkumpul buat protes buat solat hajat baca Yasin di luar kelab malam Zouk, atau memprotes minta acara semua pusat clubbing ditutup dan diharamkan, atau membantah konsert Akademi Fantasia atau majlis anugerah artis dan sebagainya? Adakah kerana mereka semua adalah anak tempatan maka semua kemungkaran mereka tidak perlu dikisahkan, yang penting dapat mencegah kemungkaran oleh orang luar?

Boleh tak buat korang buat protes, pengawasan dan pemantauan kat sini? Khabarnya ramai anak melayu kita mabok kat sini... khabarnya lah.

Kenapa kita suka pilih bulu dalam menghukum sesuatu?

Sama seperti Pokemon Go, hanya kerana ia popular terus agamawan kerajaan sibuk nak berbincang nak haramkan sana sini. Aku boleh senaraikan banyak game lain yang lebih teruk dan tidak bermoral dari game Pokemon Go yang juga popular tapi tidak sepopular Pokemon Go yang lebih layak diharamkan namun tidak pernah pun mereka peduli kerana game lain tu tak berapa popular dan hype untuk dihukum.

Waktu Justin Bieber dan K-Pop datang Malaysia, takde pula dengar suara-suara bising nak bantah sana sini. Rancangan TV dan filem yang merosak dan mereput pemikiran yang setiap hari ditonton rakyat marhaen, tiada siapa pula sibuk nak protes. Isu politaik yang sering hari kita baca di media massa, seolah-olah tidak diambil peduli pun oleh agamawan kerajaan. Kemungkaran yang berlaku di negeri pembangkang di jaja-jaja merata tempat oleh media, kemungkaran pemerintah diam kelu seribu bahasa. Nasiblah kita hidup dalam sebuah keadaan yang sangat caca marba ini.

Nasib baiklah band, game dan benda yang aku minat tak berapa popular dan mostly meleis tak tahu.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: selena gomes datang malaysia bantah protes pas konsert concert revival tour buat solat hajat baca yasin bani melayu

10 ulasan:

  1. done daqwaq!
    -bani pas/bani melayu muslim

    BalasPadam
  2. Pendekatan org kita dlm berdakwah still di takluk lama...kalau nabi muhammad masih hidup, ko rasa baginda buat apa utk pastikan ever1 respect his action n decision? Sy jamin bukan mcm ramai org bash atau kutuk...papepun kalau betul nak berdakwah paling utama ialah attitude kita yg boleh dianggap contoh. Baru nmpk islam tu indah.

    Pasal salena gomez ni isu kitar semula yg kerap diulang2 sama mcm PRK. End of the day life as usual n noth happen. Tp sy personally sokong sebarang bentuk hiburan melalaikan especially dlm negara islam, cuma cara kita kena perbetulkan lagi. Pasal pemimpin x kira BN atau PR yg meluluskan apa2 konsert sama je perangai...asalkan ada pengeras semua lulus..xde pengeras kedai goreng pisang tepi jalan pun disapu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. "Tp sy personally sokong sebarang bentuk hiburan melalaikan especially dlm negara islam, cuma cara kita kena perbetulkan lagi."

      sokong hiburan yg melalaikan dlm negara Islam?

      Padam
    2. ayam ni tah mende2 la komen dia. asal komen mesti nk kata pr pun sama mcm bn... kalau tukar pemimpin pun sama bla bla bla... taik politik tol

      Padam
  3. dulu comel je cute dan innocent selena gomez dlm citer disney channel... la ni hurmm...kay.

    BalasPadam
  4. chill yáll....loqlaq...

    BalasPadam
  5. "Malah disebabkan protes-protes ekstrim macam ni lah yang membuatkan agama Islam dan orang Islam selalu kena sindir dan perlekeh oleh orang bukan Islam dan juga orang Islam sendiri."

    Setuju 100% dengan statement tu kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

    BalasPadam
  6. Pokemon go kena ban?

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...