Selasa, 29 Oktober 2013

19 Konsert Kesha batal kerana sensitiviti agama

Sebelum ini konsert kumpulan heavy metal, Lamb of God di Malaysia telah dibatalkan. Baru2 ini, konsert seorang penyanyi barat yang terkenal dengan lagu  iaitu Ke$ha yang dijadualkan berlangsung pada 26 Oktober di Stadium Negara juga telah dibatalkan pada saat2 akhir oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia kerana didapati menyentuh sensitiviti agama serta nilai-nilai budaya masyarakat Malaysia menyebabkan pihak penganjur kerugian lebih RM1 juta.


PETALING JAYA: Livescape Sdn Bhd iaitu penganjur konsert artis rap Amerika Syarikat, Kesha (Ke$ha) mendakwa kerugian lebih RM1 juta apabila Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) tidak meluluskan permit konsert berkenaan kurang 36 jam sebelum acara berlangsung.

Konsert yang diberi nama Kesha Warrior Tour itu sepatutnya diadakan di Stadium Negara dekat sini pada Sabtu pukul 8.30 malam.

Livescape dalam satu kenyataannya kepada media pada Jumaat malam berkata, pihaknya amat kesal kerana permohonan permit yang dikemukakan pada 10 September lalu ditolak pada saat-saat akhir.

“Kami kesal kerana surat permohonan menolak permohonan konsert berkenaan hanya diterima pada pukul 11.24 pagi ini (Jumaat) bersama dua lagi surat yang sama bertarikh 1 Oktober dan 18 Oktober lalu.

“Pada masa kenyataan ini ditulis, kami masih belum menerima penjelasan rasmi kenapa konsert berkenaan tidak dibenarkan,” kata kenyataan itu kepada mStar Online.

Sebagai penganjur yang berpengalaman mengendalikan lebih 100 konsert antarabangsa, Livescape Sdn Bhd berkata pihaknya sudah mengemukakan pelbagai dokumen dan bersedia mematuhi segala garis panduan pertunjukan artis luar yang disyaratkan oleh Puspal.

Malah katanya pihak Kesha juga telah bersetuju untuk mengadakan persembahan bersesuaian dengan budaya negara ini selain menghormati sensitiviti masyarakat Malaysia.

“Ia termasuklah kesanggupan Kesha membuat perubahan kepada lirik lagunya, pertukaran kepada almari pakaian serta mengubah beberapa peraturan tertentu sebagai menghormati garis panduan ditetapkan pihak berkuasa,” katanya.

Ujar kenyataan itu lagi, pembatalan konsert pada saat-saat akhir mendedahkan promoter pertunjukan kepada kerugian yang tinggi walaupun pihaknya berhasrat untuk membantu negara dalam mempromosikan negara sebagai destinasi muzik ‘live’ berdaya maju selain kempen Tahun Melawat Malaysia 2014.

Berikutan itu katanya, pihak penganjur akan membayar balik harga tiket yang dibeli penonton termasuklah menawarkan bayaran balik perjalanan kepada mereka dengan syarat-syarat tertentu akibat pembatalan konsert berkenaan.

Orang ramai boleh melayari www.facebook.com/livescapeasia untuk maklumat lanjut.

Kesha atau nama sebenarnya Kesha Rose Sebert, 26, terkenal dengan imej seksinya ketika membuat persembahan.

Sumber mStar Online.

Ya, aku faham dengan keputusan pihak kerajaan menolak permohonan konsert ini sebab negara kita negara Islam, artis barat yang nak buat persembahan tu pun terkenal dengan keseksian dan lagunya yang penuh dengan lirik yang ntah apa2, tapi kenapa nak kena bagi keputusan pada saat2 akhir? Permohonan dah dibuat pada 10 September, tapi 36 jam sebelum konsert berlangsung baru penganjur terima surat penolakan?

Lama sangat ke nak study latar belakang penyanyi Kesha tu sampai ambil berminggu2 baru boleh bagi keputusan? Berapa kali meeting dan berapa ramai pegawai yang diperlukan hanya untuk buat keputusan sehingga memakan masa sampai berminggu2 ni? Kalau tak bagi bagitau awal2, ini tidak, membuatkan nama negara kita kena bahan je dengan orang luar.

Penganjur pun satu hal. Dah tau Malaysia sebelum ni pun dah banyak pengalaman buruk dalam mengadakan konsert2 yang melibatkan artis barat, dah tahu agensi kerajaan ni lembab dan banyak birokrasi, hantar permohonan at least 6 bulan lebih awal, dan jangan jual tiket selagi permit dan kebenaran belum diperolehi dari PUSPAL.

Buatlah juga kajian sikit artis mana yang bersih dan sopan sikit yang dirasakan sesuai untuk dibawa ke Malaysia. Boleh fikir secara logik contohnya kalau bawa Miley Cyrus atau Christina Aguilera buat konsert rasa2 ada tak peluang besar untuk kena ban?

Ku yang dulu bukanlah yang sekarang

Bawak la Maher Zain ke Sami Yusof ke, confirm tak kena ban. Takpun bawa je artis2 K-Pop untuk memenuhi fetish para K-Poopers, sebab artis K-Pop lebih senang diterima untuk buat persembahan kat Malaysia, malah pernah dijemput buat persembahan di acara2 rasmi dan kerajaan yang bayar, biarlah diorang pakai seksi dan buat persembahan yang mencolok mata macam mana pun. Kalau artis K-Pop yang buat mungkin sensitiviti agama dan budaya dah tak wujud dah. Nampaknya kita lebih mudah menerima budaya Korea berbanding US walaupun lebih kurang 2x5 je.








tags: konsert kesha ke$ha warrior tour concert cancel batal ban banned malaysia dataran merdeka kl kuala lumpur crazy kids die young kementerian komunikasi multimedia kkm puspal tolak artis barat us usa amerika hollywood seksi lucah budaya sensitiviti ancaman tangkap twitter tweet penjara threaten jail miley cyrus naked nude wrecking ball christina aguilera bad girl k-pop kpop korea hari himpunan sejuta belia psy hari terbuka bn pulau pinang penang

19 ulasan:

  1. 2x5 sepuluh , sepuluh, x sabar bace komen org bukn islam haha2 islam pun gak le sekali

    BalasPadam
  2. Penganjur pun tak pandai. Lain kali nak wat konsert macam ni bayar la bawah meja sket. 10% ka. Confirm lepas punya. Gomen BN ma.. Nak wat ape2 selit je fulus bawah meja..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu aku penah keje ngan company yg supply IT system ke hospital2 gomen. Kalu nak approval satu2 issue yg banyak red tape, big bos aku hulur2 la sket. Confirm issue tu settle 2-3 hari kemudian.

      Padam
  3. u sir, should spell k-poop instead of k-pop..

    BalasPadam
  4. Malaysia ni kalau takda jawapan maknaya ditolak la.. Tu pon tak paham ke?

    Yang mengada nak buat juga tu kenapa kan ke dah rugi..

    BalasPadam
  5. buat penat beli tiket konsert ke$ha last-last batal. kalu betul nak banned ke$ha kenapa tak banned proposal awal-awal.

    BalasPadam
  6. tlg jgn bandingkan k-pop dgn artis dr barat. artis barat mmg trok kalau blh pkai nak sampai nmpk tetek... lagu dia pun byk yg lucah & kutuk islam. artis korea seksi2 mrk pn xde pakai baju smpai nmpk tetek & pusat, skirt pn cuma nmpk peha je. lirik lagu2 dia pn ok, xde yg lucah & kutuk2 islam. artis kpop lelaki pun semua pakai seluar pjg tutup aurat... lgpun xpayah la nk ban2 artis korea sbb diorg mmg ramai peminat kat malaysia blh menarik pelancong & menjana ekonomi... artis mcm kesha ni ada fan ke kat malaysia?? kalau kena ban pn org xheran...

    BalasPadam
  7. Ada baiknya tak payahlah buat konsert pape pun.KPOP ke,Barat ke.Haram pergi majlis yg melalaikan.Boleh je dengar lagu menghiburkan kat rumah,asalkan tak lalai.Jgn dok tuding2 jari kat org je,diri sendiri pun pandai jaga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lu ingat Malaysia ada melayu saja ka? Hey, Malaysia juga ada cina, india dan lain-lain maa. Cina, india dan lain-lain mahu konsert, bagi la. Kami mahu hiburan lagi dihalang. Mana aci macam ni oo.

      - Cina, India dan lain-lain.

      Padam
    2. nk ban artis hollywood xpe tp tlg jgn ban artis bangladesh

      - org bangladesh warga malaysia

      Padam
  8. camna la management..... ap2 pn kna dpt approv dlu.. br jln... ni kes over cnfident ble dpt......

    BalasPadam
  9. laaa aku ak tau pun ada konsert Ke$ha?

    mohon konsert Jpop, Jrock seperti di Anime Festival Asia thn lepas!

    BalasPadam
  10. Pganjur xsalah, cm mmg gov trkenal dgn klembaban n ketidakefficiencyan yg tramat tggi..dats normal..mmg bab naye org no 1..aku de byk issue dgn regards to mslh klembaban gov ni xkire laa dari sector ape pn, nk2 lg bile brkait dgn tender n real property..sumpah serik..:-(:-(:-(

    BalasPadam
  11. kita kan guna dasar pandang ke Timur,:)

    BalasPadam
  12. Arch Enemy boleh plak msuk Malsia ni, lamb of god 2X5 lah... Tak phm aku... Lain kali bwk In Flames, Amon Amarth n kalmah ke

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.