Rabu, 2 Oktober 2013

38 Kempen Facebook dengan kos tak masuk akal

Aku ni kadang2 bukannya suka2 sangat nak kritik kerajaan, tapi kadang2 aku terpaksa juga kritik disebabkan isu2 bangang terutama isu yang melibatkan perbelanjaan duit hasil kerajaan yang dikutip daripada cukai kepada rakyat dan syarikat, saman, pelaburan, import eksport dan lain2 sumber, tak kira la sama ada melibatkan kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri, menteri, exco, ahli parlimen, ADUN, pegawai tinggi kerajaan, PTD, kakitangan gomen atau sapa2 sahaja yang terlibat dalam mengurus dan terlibat dalam perolehan kerajaan.


Bayangkan, takkan la perlu berbelanja sebanyak RM320,000 hanya untuk maintain Facebook fanpage dan akaun Twitter untuk kempen 'Tak Nak Merokok' dan 'Kempen intervensi penyakit tidak berjangkit' oleh Kementerian Kesihatan? Dah la outsource kepada vendor, kakitangan kerajaan yang sedia ada sekarang tak mampu dan tak cukup lagi ke untuk maintain fanpage Facebook?  Dan bayaran penuh dibuat berdasarkan jumlah 'Like' yang ditetapkan sebanyak 100,000 Like? Seriously? Aku tengok 'Kempen tentang penyakit tidak berjangkit' hanya 43K like manakala kempen 'Tak Nak Merokok' hanya ada 67K, tak cukup pun 100K, kalau tambah kedua2 kempen baru dapat 100K. Tapi fanpage "Malaysia Gags" dan "Isu Politik Semasa" tak perlu keluar duit banyak2 pun boleh dapat 100K Like.


Benda ni bukan aku yang saja2 cakap, tapi Ketua Audit Negara sendiri yang mempersoalkan perkara ini seperti yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012. Antara lain isu yang dibangkitkan dalam pembentangan Laporan Audit Negara 2012 di Dewan Rakyat:
  • Perbelanjaan untuk Hari Belia Negara / Himpunan Jutaan Belia 2012 yang tidak dibuat secara berhemat terutama bayaran untuk artis K-Pop sebanyak RM1.6 juta.

Sedih bila banyak ketirisan berlaku di dalam pengurusan dan pentadbiran sebuah kerajaan dan organisasi. Bila masalah2 macam ni tak boleh salahkan parti yang memerintah sahaja seperti BN atau PR semata2, tapi juga pegawai2 kerajaan terlibat yang mempunyai kuasa dalam membuat keputusan. Cuma masalahnya ramai sangat ke orang yang kurang cekap dalam kerajaan untuk menguruskan perbelanjaan, perolehan dan aset kerajaan sehingga boleh mengalami kerugian sampai berjuta2? Aku rasa ramai kot pegawai tinggi2 dalam kerajaan yang cerdik pandai bijak amanah fatonah siddiq tabligh, tapi entah kenapa masih boleh berlaku banyak ketirisan.

Mungkin pegawai2 kerajaan kena banyak belajar dengan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan yang membuat degree di Victoria University Wellington, New Zealand dan pernah menjadi pelajar terbaik daripada 177 orang dengan CGPA 3.85 di UKM.

Sumber

Download laporan penuh Laporan Ketua Audit Negara untuk Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Badan Berkanun Persekutuan di laman web rasmi Jabatan Audit Negara.




tags: pembentangan laporan ketua audit negara 2012 ketua audit negara tegur soal persoal kritik sesi sidang parlimen dewan rakyat akaun facebook kempen kos tak masuk akal ketirisan pengurusan pentadbiran perolehan belanja wang tidak berhemah kerugian cukai duit rakyat kerajaan ahmad maslan tak bodoh sangat ijazah pertama mba pelajar terbaik smoking a stupid habit for stupid people barisan nasional bn pakatan rakyat pr

38 ulasan:

  1. Nice info noob.. tu baru setahun. selama Bn memerintah xtau brapa juta billion diorang dah lesapkan & bazirkan duit..
    Cuma rakyat masih bodoh nak undi diorang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasa la.. Orang bodoh ni depa tak kisah undi pemimpin yang bodoh macam depa jugak.. Asal duit BR1M RM500 yang dikata dapat cover untuk setahun masuk poket depa ni diam2 sudah la.. Tak gitu wahai macai BN yang bodoh sekalian?

      Padam
    2. Kalau tengok masalah rasuah pengurusan bukan la datangd ari orang yang diundi saja tetapi ialah kakitangan atasan juga yang ada melibatkan kewangan yang pegang kuasa bertahun2 mereka ni tidak diundi.. tetapi telah korup..

      Kalau dapat pilih dan undi pemimpin yang bersih dan tegas pun masalah juga kalau kakitangan ni buat kacau memberontak sabotaj dan sebagainya.. Banyak kes macam ni berlaku semasa awal PR ambil alih pengurusan BN..

      Bak kata pepatah melayu nak menarik rambut dari dalam tepung tanpa mengakibatkan tepung berselerak..

      Padam
    3. rakyat tak hidup melarat dibawah bn. masih boleh pakai kereta 2biji motor sebijik ada rumah ada keje hidup bahagia pasal tu la rakyat masih undi bn. orang bodoh je undi pakatan rabak.

      Padam
    4. kepada plain83 10:13 PG.. ambik kata kunci yg ni "isu yang melibatkan perbelanjaan duit hasil kerajaan".. kau ni dah salah masuk simpang ni.. macam mana pemahaman kau ni..

      Padam
    5. Takpe ke pemimpin BN songlap berjuta pon asal dapat pakai kereta 2 biji motor sebiji? dapat BR1M?

      lol..

      Padam
    6. meleis macai logic, selagi ada kereta dan motor pemimpin corrupt pun ok. meleis moslem sungguh. lagi satu asal tak makan babi. meleis...meleis..

      Padam
    7. Apa beza mkn babi dan mkn rasuah. mkn hasil duit haram makanan sama je haram mcm mkn babi.

      Tipikal meleis asal xmerempat. di suruh bsyukur. biar kak jat lembu dh kenyang mkn duit rm250juta janji malaysia aman. xda perang biar mnyak naik harga barang naik....pemikiran meleis yg tahi.

      Padam
    8. Yang melarat pon kean bersyukur sebab dapat

      Padam
  2. Suka statement
    'Bila masalah2 macam ni tak boleh salahkan parti yang memerintah sahaja seperti BN atau PR semata2, tapi juga pegawai2 kerajaan terlibat yang mempunyai kuasa dalam membuat keputusan'

    Actually, kebanyakkan pekerja di sektor awam tidak pernah terfikir bahawa apa yang diaorg guna dan belanja adalah duit rakyat. Kerana tidak ada sikap tanggungjawab terhadap barang org lain dan sifat yg mementingkan diri. Tapi, bila ada yg keluar audit mcm ni, semuanya salahkan kerajaan BN. Lebih separuh kakitangan kerajaan sekarang ada pro parti sayap kiri. Jadi, adakah salah kerajaan BN atau salah diri sendiri.
    Tak perlu pergi kepada isu yang besar. Jika kita menyewa rumah, berapa ramai yang betul2 jaga rumah sewa mcm rumah kita sendiri. Selalu yg tukang sewa akan meninggalkan kerosakan yg merugikan penyewa. Ini semua kembali kepada integriti diri.
    Kenapa pekerja swasta boleh bejimat? Sebab duit company duit bos, jadi bos jaga betul2. Cuba bos buat tak kisah..pensel pun bawak balik rumah. Sekadar pandangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pengarah2 dan ketua2 jabatan sepatutnya menjadi pemantau, sebab segala budget dan perlaksanaan adalah terletak dibawah diaorg.

      Marilah kita bekerja kerana Allah. Insyallah, banyak perubahannya.

      Padam
    2. yg menyonglap adalah golongan atas, pengarah pengarah dan ketua jabatan so macam mana nak suruh diorang yg jadi pemantau? ingat nak luluskan pembelian juta-juta tu pegawai biasa yang buatka?

      Padam
  3. orang kampung takdanya nak amik pot benda-benda nih. dorang bukan bayar cukai direct ke kerajaan. yang tahu dapat brim. tak sedar duit brim dorang dari duit cukai rakyat yang tak dapat brim. bahana miskin dan jahil. jap lagi ada macai brim butthurt rasa terhina. hihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yea betul.. yang dapat BR1M kebanyakannya bukannya bayar cukai pon..
      Yang bayar cukai ni tak layak pon dapat BR1M..
      Jadi apa la orang kisah..

      Tapi kan banyak benor ke yang dapat BR1M ni? efektif sangat ke sampai BN menang sebab BR1M hahaha.. Ada cakap benda tu taktik dan gimik nak cover aje.. nak jadikan alasan yang rakyat suka BN sebab bagi BR1M.. Padahal nak ikut sebetulnya bagi BR1M ke tak BN tetap akan menang.

      Padam
    2. tul2 diorg kan pro rasuah, rasuah jeeee menang terus, xde sape vote pun leh menang, x keterer giler, noob pr tu anak2 ayam je

      Padam
  4. ending memang epik. well done bro :)

    BalasPadam
  5. kalau tak nak hidup susah.. lebih baik jangan hidup.. sila pergi mati..
    -pesanan ikhlas dari macai..

    BalasPadam
  6. tapi bila ahmad maslan war2kan pencapaian akademik tu, aku rasa dia memang bodoh..melengkapkan kebodohan statement2nya yang sebelum ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu bro.. kot ye pun bodoh, jgn suke sgt menunjuk-nunjuk.. cuba simpan sikit.. pastu nak berbunyi jugak tu.. statement entah apa2..

      Padam
    2. Hahah aku rasa yang tak graduate oversea pun boleh bagi statement yang bijak dari dia..
      Ijazah pertama dia dalam bidang apa? dan statement2 dia memburukan nama UKM haha MBA dari UKM ni macam tak best pon..

      Padam
  7. masalah ketirisan sebegini yang perlu di selesaikan dahulu sebelum subsidi untuk rakyat dikurangkan..
    mungkin sudah sampai masanya untuk kita tukar pucuk pimpinan..bak kata bidalan, ikan busuk bermula dari kepala...

    BalasPadam
  8. Td baru je keluar laporan audit utk pentakbiran kerajaan pusat...sure jd bola tanggung penyokong/pemimpin PR..lepas ni keluar pulak laporan audit utk kerajaan negeri lak, x kira BN atau PR memerintah..so people always like to point finger for this, and the like it very much.

    Apa sy nmpk laporan kali ini much better than lass year report. X byk melibatkan isu2 sensitif di jabatan2 utama..tp audit itu x semestinya 100% telus..mesti ada yg baik punye cover mcm mana2 syarikat swasta/GLC lain.

    Still Malaysia is a democracy country, even ramai yg bising menolak BN, tp ramai gak yg senyap n still menyokong BN....wait for next PRU kalau nak cite tukar gov sekarang.

    BalasPadam
  9. mengarutlah kamu. 47% jer yang sokong BN. itu pun dari rural semenanjung dan borneo yang takda akses internet dan pendidikan tahap rendah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy tau 47% sokong BN, tp nak watcamane, undang2 kata kene ikut kerusi parlimen, bukan ikut undi popular...still cakap mcmana pun xleh ubah kerajaan esok.still tunggu next PRU 4-5 years more. Sabar je la.....

      Padam
    2. Persempadanan telah dibuat SPR untuk memenangkan BN tu dengan peratusan sikit pon BN boleh dapat kerusi yang banyak..

      PR kalau bijak kena tembusi kawasan-kawan ni.. yang hardcore penyokong BN..

      Padam
    3. Kawasan pedalaman even just penduduk sikit kira 1 kerusi, kawasan bandar yg padat di kira 1 kerusi pulak...kebetulan penduduk bndar ramai undi PR n kawasan rural undi BN, samada kebetulan atau konspirasi Wallahualam. Sbb 2 x tele jumlah undi popular n undi kerusi parlimen.

      Papepun lepas ni kene buat persepadanan semula supaya jumlah penduduk per parlimen lebih adil. Tp andai kata MB Sarawak Taib merajuk dgn PM lalu keluar parti masuk PR lalu membentuk kerajaan majoriti mudah, adakah anda setuju? Papepun Taib mmg xleh disentuh even PM sendiri..smpi SPRM pun PM x bagi investigate Taib, kot.....my 2 cents.

      Padam
    4. google gerrymandering

      Padam
  10. kempen xnak merokok....tp rokok masih ada jual kan.... -_-

    BalasPadam
  11. 70 peratus kakitngan gomen pnyokong pr, so mereka nilah yg sabotaj gomen,klo bab bonus semua sapu,keja mls ,eh tu bkn $ gomen,tu $ rkyat kata macai puii! Jentik telo ko baru tau

    BalasPadam
    Balasan
    1. macai brim punya logic. baik punya. mana statistik lu dapat 70% civil servant penyokong pr bai?

      nah rm41.70 untuk bulan ni buat bayar hutang lapok warung kopi pak mat.

      Padam
  12. salah satu kempen xnak merokok tu, naikkan harga rokok ke....

    BalasPadam
    Balasan
    1. salah satunye dan juga banteras rokok seludup hohoho..

      Padam
  13. Ahmad maslan terasa org duk mengata dia bodoh dlm fb twiter. tu yg dia kuar statement mcm tu. ahahaha..

    BalasPadam
  14. Company mana yang dapat projek kempen fanpage tu yea Masyuk.. boleh duduk rumah je wat kempen :) hahaha pastu post info2 pasal keburukan merokok..

    BalasPadam
  15. Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin
    menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan

    BalasPadam
  16. Bak kata Hisham Tukat Tiub, ''This is the most mismanagement country in the world,''

    Aku rasa orang tua tu 'got the point'.

    BalasPadam
  17. Tp apa sy nmpk...kebanyakan projek tender kerajaan byk yg just lepas tangan je..maksud sy pada asal berlumba2 nak dptkn project..bila dah dpt project, follow up dah malas sbb payment dah dpt..sama gak kalau ada jabatan buat satu project baru atas idea bos sendiri, bila bos dah promoted and masuk bos baru, xde sape nak follow up project yg terbengkalai atau tiada follow up lansung,

    Tp perkara ni ramai kata 'normal' berlaku...x kira gov atau swasta..tp bezanya bila gov diaudit masuk paper 1 malaysia baca..private sektor pulak just sy kene mengene je yg tau.

    BalasPadam
  18. Kempen tak ada faedah lgsg, kempen taknak merokok adakah perokok jdi ahlinya tk jga, yg jdi ahli yg tk merokok....BN - BaNgang bertingket2

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.