Selasa, 8 Oktober 2013

49 Sukan menyatukan bukan membangangkan kita

Daripada dulu lagi, rivalry di antara Kelantan dengan Johor memang sudah terkenal dari pelbagai sudut, mungkin disebabkan corak pemikiran dan cara hidup yang agak berbeza dari kedua2 negeri tersebut. Satu di selatan semenanjung, satu lagi di utara semenanjung. Satu di sempadan Singapura, satu lagi di sempadan Thailand. Satu ramai berketurunan dari kepulauan Indonesia, satu lagi ramai  berketurunan dari Siam. Satu kubu kuat UMNO, satu lagi kubu kuat PAS. Dan sekarang persaingan ini menjadi semakin kuat dalam sukan bola sepak.


Semua sudah tahu kat Malaysia ni, peminat pasukan bola paling fanatik adalah fan pasukan Kelantan The Red Warrior (TRW) serta semenjak dua menjak fan pasukan Johor Darul Takzim (JDT). Diorang ni memang tak boleh bertembunglah, kalau tak mesti ada je benda2 yang tak best berlaku. Kutuk mengutuk, caci mencaci, maki menghamun, itu perkara biasa. Mungkin kerana rivalry antara kedua negeri ini dari dulu lagi yang menyebabkan diorang ni susah sangat nak sebulu.

Tapi bila ada yang sukar mengawal emosi, ia sebenarnya hanya mengundang masalah yang akhirnya akan memakan diri sendiri, seperti contoh penyokong JDT yang cuba bergurau di Facebook mengugut nak upah pembunuh upahan untuk bunuh penyerang Kelantan, Indra Putra serta pengadil perlawanan yang mungkin terlalu marah kerana insiden hidung Mat Yo berdarah terkena siku Indra Putra.


Rupanya ramai lagi yang tidak tahu yang segala bentuk ugutan dan ancaman terutama bunuh merupakan suatu yang amat serius di negara kita walaupun sekadar gurau jenaka atau main2, macam kes ugutan bunuh penyanyi Yassin di Youtube serta Khalid Ismath yang mengugut mahu bunuh polis di Facebook.

Lain2 lagi insiden tak best yang berlaku masa perlawanan Kelantan VS JDT tempoh hari adalah layanan peminat TRW terhadap peminat JDT di Stadium Kota Bharu yang dikatakan sampai melempar plastik berisi air kencing seperti luahan hati seorang fan JDT ini,


Dan juga penyerang JDT, Leonel Nunez yang dikatakan menunjukkan isyarat jari tengah ke arah peminat TRW.


Sukan sepatutnya menyatukan kita, tapi kenapa ia semakin membangangkan kita?




tags: perlawanan bola sepak piala malaysia suku akhir johor darul takzim jdt vs kelantan the red warrior trw keputusan 1st leg 4-2 2nd leg 1-6 home away stadium larkin this is kota bharu sukan liga super fan peminat ugut bunuh facebook indra putra mahayuddin pengadil gurau jenaka video siku mat yo hidung berdarah nor shahrul idlan talaha leonel nunez tunjuk isyarat lucah fuck jari tengah kritik menang kalah baling lempar plastik berisi air kencing botol syiling kacang selipar keropok lekor boy nazrie facebook

49 ulasan:

  1. manif1sto!!

    -ultra-sel dulu kini dan selamanya!-

    JDT, Sarawak dan Kelantan tahap tadika je bagi Selangor....

    BalasPadam
    Balasan
    1. ironi....selangor tersingkir awal...mau cakap banyak

      Padam
    2. Kah kah kah! Selangor tersingkir awal lagi mau kutuk Sarawak & Kelantan.. kah kah kah!

      Padam
    3. derr, tahun ni selangor sengaja kasi team lain pegang piala....takut team lain kempunan pulak....maklumlah, asyik selangor je yg menang....kih3..

      Padam
    4. YO Bro!
      Ko tak takut ke main lepar je bahasa mcm budak kat page buasir nie? ingat nak wat gurauan, kang org print screen page nie ambik ko punya ID..
      Sekadar peringatan. TQ

      Padam
    5. dgr cite player slangor bnyk berhijrah, legend slangor pon same..dala pindah team tadika..pe cer?

      Padam
    6. Team Selangor? Bila last diorang pegang piala? kah kah kah!

      Padam
    7. baru je abes baca nukilan noob, ampa yg kat atas dah jadi mcm dlm tulisan dia tu, lagi ironi kan

      Padam
    8. Team Selangor? Ultra-Sel? Apa tu? Keropok ke?

      Padam
  2. Teruknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! Sampai mcm ni sekali. Haiz. Tunggu jaa pembalasan dr Tuhan, tak mcm tuu kau senyum2.

    BalasPadam
  3. kalau tnya fans TRW : Penyokong JDT bangang
    kalau tnya fans JDT : Penyokong TRW bangang

    konklusion : Bookie kaya

    BalasPadam
  4. Penyokong bola sepak sekarang ni makin ramai bangangnya sebab zaman dah berubah ke sebab team yang disokongnya? Zaman aku pegi stadium tengok bola Perak lwn Selangor awal 2000 dulu takda la pulak sampai teruk sampai macam ni sekali. Ejek-ejek tu normal la kalau kalah. Macam la tak boleh balas balik masa menang.

    Kalau dah tak tahan sangat kena provoke, baik duduk je rumah lipat kain baju.

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha...dulu lain...zaman selangor dulu budak2 mana ada komputer...skg ni budak2 baru nak up bajet hooligan konon team dorang je bagus....pengaruh internet semua ni...

      Padam
  5. pemain tak salah...klu aku pun xkan pergi ke kelantan...merbahaya sgt... baik duk rumah tengok tv je.. keselamatan diri, keluarga perlu diutamakan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. jangan dgr cakap2 org jer saudara..better u dtg sini nilaikan sendiri bahaya ker tak negeri kelantan nie..

      Padam
    2. aku pernah datang kelantan...memang bahaya time musim bola...lagi2 kalo ko supporter team lawan kelantan...tapi lepas musim bola memang xde papa le...

      Padam
    3. ntah le member ak duk ganu.. pun time nak sokong ganu pergi stadium pun budak kelantan rmi provoke... rilek2 dah... mentang nak trw sgt...

      Padam
  6. confirm tak pernah datang kelantan. takda kawan dari kelantan.

    #jumud

    BalasPadam
  7. huish sampai macam tu sekali jadinya .

    BalasPadam
  8. noob,ko ada tertinggal lg statement kat atas tu. satu tu negerinya maju & moden, satu lg negeri mundur & ketinggalan. satu tu orgnya wangi2, satu lg orgnya busuk2 sbb suko makey budu

    BalasPadam
    Balasan
    1. wei simpan taik sekati kalo dah wangi sangat...

      Padam
    2. YO Bro!
      Budget pakai ID tanpa nama org x detect ko on9 kat ner. Bahasa menunjukkan diri sendiri.

      Sekadar Peringatan. TQ

      Padam
    3. alahai butthurt pulak mamat kelantan nih... ingat jiwa kental sgt, bila bahan jdt bukan main mcmla negeri kelantan plg power kat malaysia... aku nak tmbah lg, satu negerinya kaya raya, satu lg negerinya miskin... butthurt?

      Padam
    4. xkira la.yg penting kelantan menang 6-1. ko ado kah kah kah

      THIS IS KOTA BHARU

      Padam
    5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
    6. Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftaruntuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

      Padam
  9. Perkara gini memang biase terutama kat penyokong fanatik. stakat lastik bas penyokong atau main gores dan menang kat ket penyokong lawan tu kire biase laa. pangadil plak dapat macam2 gelaran percuma bila tak puas hati cam kite je tahu undang2 bola, pengadil dicop tak tau ape.

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum

    ikut sunnah
    sukan mengeratkan silatulrahim

    BalasPadam
  11. Si dayus mat yo kan pnah tolak pak gad dgn bini dia. so adil lah dia dpt sos kicap free keh keh keh..

    Dah nak pegang piala. beli je piala. tiap2 hari bleh pegang..duit byk pe de hal..

    Sbb ada all star ni diorang rasa hebat dan angkuh. dah kalah meroyan. all star la Sgt. las2 trw 6 - 1 ayam selatan. Luaskan kekalahanmu. puii..

    BalasPadam
  12. hanya sebb sukan semua bergaduh bagai nak rak last semua kena humban ke neraka sebb bodo x bertempat dsar..

    BalasPadam
  13. yang aku pasti, ni semua budaya tak sihat..ejek2..provok2..dan yang aku nampak, penyokong jdt dan kelate (khususnya) dan penyokong team lain (umumnya) too exaggerate..

    yang menang lagi suka menganjing daripada ucap alhamdulillah~

    bola je pun..kat padang musuh..habis game,salam2 kawanla balik..

    susah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah jadinya bila sports jadi tak sporting... sportsmen and sports fans are supposed to be sporting... where's the sportsmanship? ( -_____- )

      Padam
  14. sbg balasan, Kelate akan menjadi juara Piala Malaysia 2013!!! tunggggguuuuuu....

    BalasPadam
  15. Bila emosi menguasai diri..inilah jadinya...kita akan bertindak bukan seperti manusia biasa....2 yg kadang2 menyampah dgn segelintir golongan Melayu, asyik emosi je bila kene sentap sikit...selalunya mereka ni golongan yg bukan profesional n remaja2 baru nak up.

    X kisah la anda org PAS atau UMNO...tp secara automatik mencemarkan imej Islam oleh umat Islam itu sendiri. Umat akhir zaman suka melaga2 sesama umut, smpi tahap kafir mengkafir dan sumpah menyumpah sesama islam even perkara kecik. Yg rugi org Melayu sendiri, kaum lain ambil kesempatan dgn kemunduran akhlak kita sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anda pernah dgr cerita penyokong indon yg x puas hati kat player Malaysia lwn Indon dulu...smpi bwak truck tentera nak masuk stadium utk elak apa2 kecederaan kat player. Kita tau majoriti rakyat indon yg miskin n agak mundur, mcmana mentaliti mereka...jgn la kita jd mcm mereka, lg2 org Islam.

      Bukan niat nak repect org putih, tetapi dlm BPL xde pagar pun penonton respect game dlm padang even x buat kacau, just marah2 player je kat tepi padang kalau x puas hati. Malaysia still boleh maju tahun 2020, tetapi mentaliti tetap jauh menuju ke pemikiran maju mcm negara maju lain.

      Padam
    2. Ayam, ko tak pernah tengok berita sukan luar negara ke?

      Ada juga yang bakar stadium marah pasukan mereka kalah.. ada lagi ganas sampai buat rusuhan bakar sana sini..

      Keganasan sukan ni berlaku dimana saja yang namanya manusia tidak lagi berfikir rasional.. jadi la bebudak.. yang tak matang ejek dan boo sana sini.. tak puas hati gaduh.. provoke etc.

      Padam
    3. Mmg ada berlaku di Italy, Brazil, Argentina...tp di UK jrg berlaku. Isu utama ialah, jika ada penyokong di lain2 negara boleh buat, kenapa x kita? Apa yg membezakn mereka dgn penyokong di Malaysia? Kebanyakan disebabkn oleh EQ yg rendah di mana kita ayik ikutkn emosi semata2.

      Mmg ada kes kekecohan berlaku di luar stadium di luar negara, tp di dalam stadium still boleh penonton x kacau game dlm padang smpi tahap x baling botol etc...sbb diaorg respect the game even x respect certain2 player. Tp isu fanatik sekali pun ramai gak fanatik ManU atau Liverpool...tp xdela smpi nak menganjung player secara fizikal n mental.

      Cuba test tahap EQ anda (bukan IQ) kat mana2 web di internet..dr situ anda secara umum boleh tau tahap emsoi anda apabila melakukan sesuatu tindakan/keputusan.

      Padam
    4. Tak perlu la keluar negara Ayam..

      Masalah orang negeri lain tengok juga bola kenapa kelantan & johor je yang jadi isu?
      Adakah banyak orang buthurt di Kelantan & Johor?

      hahaha

      Padam
    5. Mungkin pertama kali nak jadi juara so semangkat kejakunan tu lebih menjadikan peminat gila-gila dan tak rasional.. hoho..

      Yerla JDT dan Kelantan ni bukan selalu jadi juara.. :) cuma akhir2 ni nampak prestasi mereka naik..

      Padam
    6. Mungkin semangat kenegerian yg kuat jd mcm ni....lg2 buku bertemu ruas bila kelantan lwn johor....time johor lwn negeri sembilan x mcm ni plak...dlm FB pun org selamber maki2 org negeri lain secara terbuka..mcm negeri dia je yg paling bertamadun n xleh dicaci.Hmmmm

      Padam
  16. Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin
    menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan.
    Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar
    orang lain, maka komen akan dipadam
    untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

    BalasPadam
  17. tu yg malas nak layan orang yg obses sngt dgn something. obses smpai ke arah negatif smpai kiter ckaap skit pasal ni tak payah lebih2 sngt, adat menang kalah.. tp kiter plak yg kena marah2. biasanya pasal sukan/bola/tournament la

    BalasPadam
  18. wat malu ja... psl bola pn nk gaduh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. derr...ko x paham....ko x minat bola kot....

      Padam
  19. tak minat bola..tapi benda2 mcm ni memang buat malu je..majulah sukan untuk negara!

    BalasPadam
  20. Sejak zaman Rom dan dulu lagi sukan telah diwujdukan.. Sukan ni kalau nak ikut diversion,suatu bentuk hiburan untuk menghiburkan dan mengalakan rakyat tidak berfikir tentang masalah-masalah negara dsb :) Maka Sukan diwujudkan..

    Bila orang taksub pada sukan dan pasukan pilihan mereka sangup berbuat apa saja dan marah geram bila pasukan mereka kalah, diejek dan sebagainya.. kenapa perlu mengejek pasukan lawan atau penyokong lawan..salah satunya untuk menaikan moral sendiri nak katakan mereka bagus juga menerbitkan rasa gerun atau takut pihak lawan.. tapi ianya juga menimbulkan rasa tak puas hati pihak lawan juga..

    Moral : jangan la taksub dan fanatik sangat dengan sukan.. banyak benda lain lagi yang lebih penting..

    BalasPadam
  21. yang aku nampak selalu org duk salahkan pasukan kelantan ngan johor...negeri lain pun ada la wei, cuma disebabkan media ni cam haram kt malaysia ni, tak habis² negeri² tu jgk yg dia duk heboh..padahal yang aku tengok sendiri dekat stadium, sama je pn mana² penyokong kt malaysia ni x kira la dari negeri mana pun..yang paling selalu sgt media hentam kelantan la. tak habis² nak bagi nampak negeri tu buruk negeri ni buruk...pada aku, media yang bangang smpaikan rakyat marhaein yang taktau cerita sebenar percaya bulat² turut jadi bangang sekali, macam korang ni la..bangang sangat cpt percaya cerita² mengarut

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.