Sabtu, 5 Oktober 2013

37 Golongan melayu mengikut harta yang dimiliki

Orang melayu di Malaysia pada amnya dikelaskan kepada 3 golongan iaitu golongan pertengahan, golongan atasan dan golongan bawahan.

Gambar hiasan
  1. Golongan pertengahan - orang Melayu yang boleh miliki kereta Mercedes-Benz, ada rumah banglo, mempunyai harta yang kata orang antara RM2 juta hingga RM3 juta. Juga boleh dikatakan sebagai golongan yang berpendapatan sederhana.

  2. Golongan atasan - orang Melayu yang mempunyai kereta, rumah dan harta yang lebih banyak daripada golongan pertengahan. Juga boleh dirujuk sebagai orang yang kaya.

  3. Golongan bawahan - orang Melayu yang kereta, rumah dan harta lebih sedikit daripada golongan pertengahan. Boleh dirujuk sebagai orang berpendapatan rendah, miskin, papa, fakir dan sebagainya.
Sumber

Kalau mengikut pengkelasan golongan seperti di atas, maka golongan melayu bawahan di Malaysia ini terlalu ramai bilangannya berbanding golongan pertengahan, apatah lagi golongan atasan. So kalau anda sebuah kereta Proton Preve, rumah teres 2 tingkat 20" x 70", harta terkumpul dalam around RM100,000, anda sebenarnya bukan golongan pertengahan tapi golongan bawahan.

Nak jadi kaya? Kalau anda bukan dilahirkan sebagai anak orang kaya, kerabat, menteri, CEO, jangan mimpilah. Kalau anda baru nak bermula daripada nobody, walau join MLM dapat cari banyak upline downline sideline doubleline, paling busuk pun mungkin hanya dapat jadi golongan pertengahan sahaja, itupun sangat sukar.





tags: tambah golongan pertengahan melayu utusan malaysia definisi kelas kasta jenis kategori ab aziz kaprawi timbalan menteri pengangkutan atasan bawahan pendapatan rendah sederhana tinggi kaya raya miskin papa kedana fakir

37 ulasan:

  1. Benda yg subjektif je noob. Kadang2 kaya harta je lebih tapi akal tarai. Biar miskin tapi tenteram akal jiwa raga. Tapi kalau miskin tapi dengki dgn yg kaya tu lagi lah akal x2 tarai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku dan bini memiliki rumah RM 600k yang dibeli pada tahun 2009. Kitorang jugak ada 2 bijik kereta, Satria Neo 2006 & Kia Forte 2012. Aset2 lain termasuk tabungan berjumlah RM 250k. Tapi kalau ikut Ab Aziz Kaprawi kami masih dalam golongan poverty @ miskin tegar & bukan golongan pertengahan. Tahniah macai2 BN sekalian, pandai korang pilih pemimpin yang bangang & bahlol macam korang jugak!

      Padam
    2. wah! rmh rm600k, nnt mati boleh tanam dalam rumah tu wakakakaka

      Padam
  2. Abes tu kalau mcm aku yg hanya mampu pakai moto dan bekerja mkn gaji dan belum berkahwin ni dikelaskan sebgai golongan apa pulak?pariah??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
    2. 7:57 PG? awal2 pg lagi dah start buat kacau dan fitnah kat blog BO ke? baik ko mulakan hari cuti dgn buat benda yg lg berfaedah la deknon... ceriakan hidup tu, banyak sgt entiti negatif dlm diri... isk isk

      Padam
    3. Biarkan shj plain. Usah dilayan sangat anon tu.

      Padam
    4. Bangun pagi aje terus teringat kat cik plain. Angau kot? :)

      Padam
  3. tak kesahla golongan apa pun asal ada motor, kereta, rumah, keje tetap hidup bahagia sampai anak cucu. segala harta didunia ni pun bukan milik kita tetapi milik Allah SWT. mati besok harta2 ni semua bukannya boleh bawak ke kubur pun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
    2. dia bukan monyet dia bonyet..babi+monyet..

      Padam
    3. kadang2 kesian nengok golongan yg kurang dapat perhatian / kurang dapat kasih sayang ni.... mereka mmg suka expose diri... supaya org sedar akan kehadiran mereka...

      Padam
    4. tolonga jangan menyamar jadi plain83.

      Padam
    5. Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin
      menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan.

      Padam
    6. deknon, ko ada apa2 perkara yg tak puas hati dengan aku secara personal ke? mau bawak berbincang? ^^

      Padam
    7. pe la.. bende cam ni x yah layan le..bwat idup ko susah je plain..ko x pikir ke masa yg ko dah bazirkn ngan masa yg ko pikir untuk anon ni? bebaloi ke ko habiskn masa ko untuk layan anon ni? aku rasa xde org pikir plain83 commnent xde gambar mata yg cool tu..just amek komen2 yg berguna je dari anon2 ni..komen2 yg cam bangang tu pedulikn...maybe diorang just nk bwat lawak...

      Padam
    8. apa benda la nyamar jd org..

      Padam
    9. mesti la nyamar jadi org..xkn nak nyamar jadi batu?lol

      Padam
  4. hampa duk bergaduh apalah nih mai tengok gambar di blog aku nih bagi hilang stresss nak kaya buat keja nak miskin duk rumah

    BalasPadam
  5. Alahai aku golongan bawahan kena cukai tapi tak layak dapat BR1M

    BalasPadam
  6. jom naik taraf sebagai golongan pertengahan.. target harta bersih bernilai 2 juta.. dan kereta merc habis bayar @ tunai.. tanpa hutang..

    BalasPadam
  7. muja ni bawahan kot,, keje pun belum,, cemana,, haissyy

    BalasPadam
  8. Menteri ni ikut statistik mana, aku pun tak tau. Bukan ke statistik purata pendapat bagi 40% golongan pertengahan dalam Malaysia ni cuma RM3500-RM8000 je. 20% golongan pendapatan teratas pun purata pendapatan bulanan pun cuma RM12,000 ke atas. Kalau sampai aset sampai juta-juta tu golongan mana pulak tu? Golongan tokey judi dan rumah urut?

    BalasPadam
    Balasan
    1. golongan geng BN. kak ijat 1 family dah ada 250 juta. tu baru satu. ada berapa golongan atasan BN ni? sebab tu pendapatan 1 ,2 juta masih boleh dikira golongan pertengahan

      Padam
  9. Dulu gaji aku 7k. Wife gaji 4k. Tahun 1990 beli condo 180k skrg value 400k kot. Tahun 2004 beli bglo 330k skrg value 1m. Kete jepun je dua-dua. Tapi skrg dah quit keje bukak bisnes. Baru ni dapat projek 5m. Kira dah nak masuk pertengahan ke?

    BalasPadam
  10. noob try cek page ni, rmi non muslim nak citer psl love tp ak tengok sini mcm rmi tul x fhm islam sebenar.....

    .http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=167321%3Amarriage-between-muslim-and-non-muslim-is-banned-illegal-jakim&Itemid=2#axzz2gubvAUcw

    ak teringat obe liberal sgt.... ak risau dia pun allow kawen org islan ngan bukan islam... tp mungkin tangapan ak salah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. risau dengan pemikiran orang lain yang liberal. pemikiran 'kita' lebih islam dari orang lain kah? pathetic

      Padam
  11. hahaha...canelah dia clarify golongan kaya,sederhana ngan miskin kat malaysia ni? golongan pertenganhan spttnya lebih ramai dari golongan miskan ngan kaya kat malaysia nie sbb malaysiakn negara yg aman, damai dan makmur...

    BalasPadam
  12. Aku rasa kebelakangan ni... statement bapak2 menteri n seankatan.. byk mengantoikan diri lah... berbanding statement berhemah. Terselah kebodohannya.

    BalasPadam
  13. Kaya mcmana pun byk berhutang ada la....jgn dikejarkn harta dunia, paling penting beserdehana n simpan kekayaan akhirat dengan byk menderma...jika anda perasan org lagi kaya lg kedekut nak menderma, x pun atas alasan nak pelepasan cukai atau beli replika cek nak 1 malaysia tau

    BalasPadam
  14. ak ingat sumber utusan ka, bh, sinar ka rupenyer ko ambik dr page bash gov.... memang legit putar belit alam kat Mr.zahid hamidi

    BalasPadam
    Balasan
    1. sumber diambil dari utusan, akhbar suara kerajaan, klik pada link "Golongan Pertengahan" tu atau kat sini. so adakah utusan yang legit putar belit alam tu?

      Padam
  15. X kisah la apa pak meteri kata, YB kata...benda ni just nak mainkn isu politik je. Normal la kalau ada isu menteri tercakap 'berak' dlm parlimen pun jd isu utk dia letak jawatan sbb menghina parlimen.

    Skrg ni malas nak dengar pendapat2 ahli parlimen ni...ckp lebih tp xd action. Skrg ni YB sepatutnya cari effort nak menolong rakyat, sbb 2 kerje mereka...bukan kerje mereka just berbahas kat parlimen n kat media massa sahaja n eksyen yg dia 2 power n pandai. Mmg seronok dgr org cerita kelemahan/aib org lain...tp as a leader kene fokus kpd rakyat dahulu sebelum nak cerita kelemahan pihak lawan.

    Susah nak cari pemimpin yg sibuk menolong org smpi x cukup rehat, tp pada masa yg sama xnak komen pape pasal pihak lawan, lg berkawan baik ada la...ini semua politik ala barat.

    BalasPadam
  16. gambar hiasan pertama banyak baguslah! :)

    BalasPadam
  17. ape benda lah bodoh sgt si aziz tu..nampak sangat kau tak ambil kisah pasal rakyat. bodoh

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.