Khamis, 24 Oktober 2013

18 Apabila tempat awam juga sudah tidak selamat

Apa kejadahnya ni??? Tak sampai 24 jam berlaku kes pak guard tembak mati pegawai bank, ni ada kejadian tikam menikam sampai mati dekat LRT Gombak dan LRT Taman Melati pulak. Sekarang kat tempat awam pun dah rasa tak selamat. Itu belum lagi kes ragut, samun kat tempat parking, kena tembak kat dalam kereta, anak kena culik dan macam2 lagi. Kenapa ramai sangat penjenayah dan orang sakit mental yang ganas kat Malaysia ni??? Tolonglah, Malaysiakan masih aman! MALAYSIA MASIH AMAN!!!


KUALA LUMPUR: Dua maut manakala dua cedera ditikam seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan jiwa dalam dua kejadian berasingan berhampiran LRT Gombak dan LRT Taman Melati.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi tadi, dua wanita berusia 60 dan 40 tahun iaitu pemilik dan pekerja kedai runcit ditikam suspek berusia 26 tahun yang juga penghantar rokok.


Selepas kejadian itu, suspek memandu van rokok berkenaan melarikan diri ke LRT Taman Melati lalu melanggar sebuah van membawa mineral.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, suspek keluar lalu menikam pemandu van berkenaan sebanyak tiga tikaman dan maut di lokasi kejadian.

"Suspek larikan diri pula ke Jalan Tumbuhan kira-kira 200 meter dari lokasi itu dan melanggar sebuah kereta jenis Toyota Prius dipandu remaja lelaki.


"Suspek itu kemudian keluar dan menikam pula pemandu kereta terbabit yang turut maut di tempat kejadian," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Khairi berkata, orang ramai yang menyedari kejadian itu berusaha menahan suspek menyebabkan berlaku pergelutan dan merampas pisau rambo yang digunakan suspek.

Sumber Harian Metro.


Situasi macam ni menyebabkan kita kini sentiasa terpaksa hidup dalam ketakutan, bersyak wasangka terhadap orang di sekeliling kita di pejabat, sekolah, taman perumahan, kompleks membeli belah, stesen minyak, kedai makan, terminal bas, LRT, dalam teksi dan di mana2 sahaja sama ada orang yang kita tidak kenal mahupun orang yang kita kenal dan harapkan.

Persekitaran di mana anak2 kita dapat bermain di padang permainan dengan bebas, boleh berdikari untuk pergi ke sekolah sendiri tanpa sebarang ketakutan, kita boleh bersangka baik terhadap 'stranger' dan beri kepercayaan kepada orang lain seperti suatu ketika dahulu sudah lama hilang. Namun inilah suatu hakikat yang dinafikan dengan ungkapan MALAYSIA MASIH AMAN.

Kalau tak suka dengan kadar jenayah di Malaysia sila keluar dari Malaysia.




tags: kejadian maut cedera tikam lelaki mati gila sewel sakit mental tekanan jiwa lrt taman melati gombak pisau rambo melayu cina malaysia masih aman kadar jenayah di mana hilangnya kebebasan dan keamanan

18 ulasan:

  1. Nyama Macam Tak Ada Nlai Sekrg..Ngeri Baca

    http://shafiqhashim.blogspot.com/2013/10/candy-crush-saga-ketagihan.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. nyama tu apa??

      Padam
    2. tengok mohabatin lagi syok.btw ini bukan salah undang2 atau apa2 tapi hampir keseluruhan rakyat malaysia menghidapi penyakit tekanan jiwa ini fakta cuba cari.moga kita semua dilindungi

      Padam
    3. Anwar Ibrahim (PM wannabe)25 Oktober 2013 pada 7:54 PG

      Ini semua salah UMNO-BN. Hudud tak dilaksana, Kronisme, nepotisme, ketirisan, BR1M cuma RM500, harga kereta mahal, harga rumah mahal, sewa rumah mahal, harga barang naik.

      Padam
    4. Ini semua ketentuan Allah. Hidup mati di tangan Allah s.w.t. Jangan salahkan sesiapa.

      Padam
  2. Biasa la Chic..

    Musim ni tembak menembak tikam menikam..
    Noob pon tengah tikam menikam ke hahahaha..

    BalasPadam
  3. tekanan hidup tinggi di kawasan bandar membuatkan setiap org di sekeliling kita menjadi tertekan dan menunggu saja untuk meletus....contoh terdekat adalah peristiwa di atas...kepada pemerintah...silalah turunkan subsidi lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya setuju..komen sedara..pekara mcm ni makin banyak berlaku sejak kebelakangan ni..pemimpin sume senyap jer..tk sua muka langsung...mase pilihanraya macam2 kata aman la..bantuan la...kesejahteraan la..logik akal la..boleh tahan ke rakyat2 sume ni..dalam stuasi sebenar betul ke kerajaan membantu rakyat dengan meminta tolong dri rakyat yg sederhana n susah sedangkan de lgi pertolongan yg boleh diminta dri golongan elit n atasan yg buta2 ketawa tersenyum

      Padam
  4. mungkin masa kecik2 org melayu islam ni x pernh ajar anak diorg JANGAN SESEKALI AMBIL NYAWA /BUNUH/ SAUDARA SEISLAM KITA, HARAM HUKUM NYA x diterapkan........ yg terapkan eee takut hantu ee takut ni ee takut tiba2 dia muncul ..... wtf melayu this days..... ajar la kebaikan budi pekerti Rasullah...ni sunnah rasullah dibuat bahan perli jenaka....

    kan dah tgk perangai pun jauh dr sifat org islam sendiri... haih... salah ak gak....

    BalasPadam
  5. kita perlukan batman...

    BalasPadam
  6. btul. bende2 cmni menyebabkan kiter makin takut dan makin bersyak wasangka dgn sekeliling. kadang2 nampak orang yg mngkin dlm kesusahan, keter berenti tepi jalan ke, pengsan tepi jalan ke, kter dah pikir panjang betul ke tu? ntah2 berlakon supaya orang dtg tolong tp last2 kiter plak yg kena rompak... tu yg kiter pn batal niat nak tolong..

    aku percaya bnde ni berlaku kebanyakan sbb desakan hidup dan terutamanya sbb minyak dh naik.. HIDUP BN!!!!!!!!!!!!!!!! >_<

    BalasPadam
  7. ni semua gila...

    tempat awam kot..

    Benda2 camni lah yg buat orang awam hidup ketakutan..nak keluar pergi tempat awam pun rasa was was..

    BalasPadam
  8. good job org ramai!!! pelik.. sebab kawasan LRT Putra Gombak & Tmn Melati byk polis bantuan disitu.

    BalasPadam
  9. dah macam game Grand Theft Auto

    BalasPadam
  10. ak syorkan polis mlaysia gna quadrotor or helikopter kwalan jauh (UAV) wat rondaan.... ble jga kwasan bsar ckit..... xle pnjnayah trlepas...

    BalasPadam
  11. malaysia masih aman..macai logic..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.