Orang Melayu adalah antara bangsa dalam dunia ni yang sangat suka kepada gelaran dan membeza2kan darjat. Ramai yang mengejar pangkat Dato', Dato Seri, Tan Sri dan lain2 gelaran. Bila dah punyai gelaran, orang lain tidak lagi memanggilnya dengan nama yang diberikan oleh ibu bapa mereka tetapi memanggil mereka dengan gelaran pangkat yang diperolehi.
Sikap dan hubungan dengan orang bawahan dan masyarakat sekeliling terus berubah seperti ada 'gap' yang besar memperlihatkan perbezaan kasta yang ketara, malah ada segelintir yang menjadi ego dan sombong dengan gelaran yang mereka perolehi. Mungkin ada yang terlupa yang gelaran dan pangkat tidak akan dibawa sama ketika dibawa masuk ke dalam lubang 7 kaki dalam.
Bagi yang tidak berpeluang dapat gelaran dari pembesar, mereka masih berpeluang mendapat gelaran apabila menunaikan ibadah Haji. Sekembalinya dari Mekah, nama mereka terus ditambah dengan perkataan Haji atau Hajjah di depan. Orang lain tidak lagi memanggil nama yang ibu bapa mereka berikan tetapi memanggil dengan gelaran Tuan Haji. Sekali lagi, perbezaan kasta diciptakan oleh orang Melayu yang telah menjadi adat, budaya dan darah daging. Sedangkan ketika zaman Nabi sendiri tiada gelaran Haji diberikan kepada orang yang sudah menunaikan Haji.
Di negara asing yang jauh lebih maju dan moden daripada Malaysia seperti di US dan Jepun, ramai tokoh2 yang dilahirkan di kalangan pemimpin, cendekiawan, ahli perniagaan, usahawan, hartawan, dermawan, jutawan, pencipta, ilmuwan dan lain2 yang sumbangannya bukan setakat di negara sendiri malah memberi impak kepada dunia, namun mereka tidak pernah dibezakan dengan gelaran. Orang masih memanggil mereka dengan nama mereka. Presiden Barrack Obama tidak dipanggil Tan Sri Obama, jutawan teknologi komputer Bill Gates tidak digelar Dato' Bill Gates, orang pertama ke bulan Neil Armstrong tidak digelar Tun Neil, mangaka lagenda Akira Toriyama masih Akira Toriyama, penyanyi Korea antarabangsa Psy masih lagi hanya dipanggil Psy.
Negara seperti United Kingdom juga mempunyai sistem penganugerahan gelaran pangkat seperti 'Sir' tapi tidak ramai yang menerimanya dan orang yang menerimanya memang benar2 berkelayakan yang telah mempunyai sumbangan dan pencapaian yang sangat besar seperti Sir Isaac Newton, Sir Paul McCartney, Sir Alex Ferguson dan lain2. Warga asing walau boleh menerima anugerah dan kehormat namun tidak boleh menggunakan gelaran 'Sir'.
Manakala di Malaysia, lambakan orang yang mempunyai gelaran berpangkat seperti Dato' dan Datuk menjadikan ia bagai sudah tiada erti, malah ada yang entah apa sumbangan kepada masyarakat serta pencapaian yang luar biasa terutama golongan2 artis sehingga melayakkan mereka mendapat gelaran sedangkan ramai lagi golongan cendekiawan dan ilmuwan yang begitu besar sumbangan dan pencapaiannya kepada masyarakat namun masih tidak dikurniakan apa2 gelaran. Yang lagi pelik bila warga asing seperti Shah Rukh Khan dan Rossa secara tiba2 darjat mereka diangkat lebih tinggi di Malaysia lebih dari kebanyakan warganegara Malaysia sendiri.
Negara2 lain tidak perlu membezakan darjat dan kasta tapi masih lagi boleh jadi jauh lebih maju, tapi entah mengapa negara kita dengan begitu ramai orang yang berdarjat tinggi pun masih banyak yang ketinggalan.
tags: orang melayu gelaran pangkat datuk datukship datok dato tan seri sri tun paduka pingat anugerah haji hajjah beza darjat kasta shah rukh khan artis penyanyi rossa dapat datuk
Khamis, 31 Oktober 2013
23 ulasan:
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
duniawi
BalasPadammungkin tahun depan Jupe pula akan dapat gelaran dato'. kita tunggu je la.
BalasPadamatau mungkin maria ozawa??? Dato' maria ozawa....
PadamKalau Maria Ozawa dapat title Dato' aku konfirm yang bagi tu Sultan Pahang. Sultan Pahang & celebrity berpisah tiada KAH KAH KAH!!!
PadamTinggalan budaya hindu dan feudalisme yg diamalkan sejak zaman nenek moyang. Lagipun, budaya masyarakat kita lebih bagi muka dgn org berpangkat biarpun org tu bukannya byk duit mahupun pengaruh yg kuat.
BalasPadamsetuju...ni semua budaya dan adat resam....
Padamhindu jgk kene...alahai melayu melayu
Padambetul la tu...orang melayu dulu2 kat penganut hindu&budhha..pasang pelita..bagi duit raya kat budak2..apsal?ko tak boleh terima moyang ko dulu hindu?
Padamhahaha
tora
exactly,,well write
BalasPadamCelaka betui la artis dapat gelaran dato mcm ni..
BalasPadamlepas ni artis2 kpop pulak dapat Datuk-ship
BalasPadamp/s: sesapa yg layan Top Gear ada perasan x kart part ending credit tu diorg letak 'Sir' kat 3 host tu? itu troll kan?
Sampai keluar pepatah,"Pi KL,lambung batu,batu jatuh nanti kena kepala Datuk" (melambangkan betapa ramainya yg dpt gelaran tu,dh mcm xdk keistimewaan&lagi, org luar senang2 dapat gelaran sedangkan apa sumbangan utk Negara pun xtau+ADA APA DENGAN PANGKAT???DARAH SEMUA BERWARNA MERAH JUGAK)
BalasPadamaku paling benci drama melayu yg sikit2 dato,datin,tan sri... Pastu ada rumah mewah, ada syarikat, ada drebar, ada pembantu..... Padahal hakikatnya melayu hidup merempat!!
BalasPadamBtw, yg tulis ni noob kan?? Psycic zero cuma jadi tukang post je.....i love u mr noob....
jangan lupa project juta2... belajar oversea... kereta mewah... cliche sgt...
PadamKo ni gay geng nuor berahim ke kemain luv u dgn noob,.geli aku puii.
Padamanuarzain.
Tak dapat dato dari sultan-sultan tanah melayu cari pula dato dari kesultanan sulu. Dunia dunia.
BalasPadamKalau sy dapat Dato pun sy suka org panggil sy nama biasa sy...melayu suka dipuji n dijulang2...bila la nak berubah.
BalasPadamDan dengan itu generasi X, Y dan seterusnya kena mendidik diri..yang kasta dan gelaran tu takde bawak makna apa2 pun.. dengan itu masyarakat akan secara sendiri terdidik dan ini akan merubah bentuk pemikiran dan penerimaan gelaran di negara kita.
BalasPadamNoob plz come back. we miss u. muah2...
BalasPadamini artikel yg menarik ttg sejarah darjah kebesaran
BalasPadamhttp://ibnurusydi.blogspot.com/2013/11/prestij-darjah-kebesaran-dato-johor.html
Nabi Isa as dan Muhammad saw pun berbangsa Melayu. Hormatilah sikit bangsa ini.
BalasPadamNabi Isa as dan Muhammad saw pun berbangsa Melayu. Hormatilah sikit bangsa ini.
BalasPadamNajib pun aku panggil babi je takde dato dato.
BalasPadam