Selasa, 1 Oktober 2013

26 Perisian komputer berlandaskan syariah

Aku dah 25 tahun guna komputer, guna macam2 software, main game pakai komputer, develop sistem komputer, tapi ini kali pertama aku dengar perisian antivirus yang berlandaskan syariah.

Sumber gambar
SIAPA sangka, selain daripada perbankan Islam dan hab makanan halal, Malaysia juga ada syarikat yang menyediakan perkhidmatan perisian keselamatan internet atau bahasa mudahnya, antivirus yang berlandaskan sistem digital syariah sepenuhnya.

Lebih membanggakan, produk unik ini dihasilkan sebuah perusahaan kecil dan sederhana (PKS), 1Machine Sdn Bhd (1Machine) yang merupakan antara syarikat di bawah bimbingan Technology Park Malaysia (TPM).

Dikenali sebagai Perisai, perisian yang digunakan untuk keselamatan internet ini adalah buah fikiran tiga usahawan muda Melayu iaitu Ketua Pegawai Eksekutif 1Machine, Abbyamir Sapie; Ketua Pegawai Operasi 1Machine, Shaifulizan Othman dan Pengarah Perniagaan Antarabangsa 1Machine, Mohd Juani Affendi Ibraham.

Baca selanjutnya di sini.


Perbankan Islam yang patuh syariah tu aku faham la maksudnya takde riba, makanan halal tu aku tahu la makanan tu boleh dimakan oleh orang Islam, tapi perisian patuh syariah? Apa kriteria yang menjadikan ia patuh syariah? Apa kaitan anti virus dengan hukum syariah? Adakah kerana ia dibina oleh oleh orang Islam, dibangunkan oleh syarikat di sebuah negara Islam dan dipasarkan di negara2 Islam maka ia adalah patuh syariah? Atau adakah antivirus ini hanya orang Islam yang boleh guna? Ke coding yang digunakan dalam antivirus ni dibina dengan huruf  jawi atau bahasa arab? Atau antivirus ni ada fungsi firewall dan web filtering yang akan block semua website porno?

Habis tu selama ini orang guna antivirus Kaspersky, Avira, AVG, Norton, Symantec, Trend Micro, McAfee, Panda dan lain2 yang tak patuh syariah kira haram ke macam mana? Macam mana pula dengan perisian2 lain? MS Office, Adobe Photoshop, Mozilla Firefox dan semua perisian yang tidak patuh syariah? Sistem pengoperasian Windows, Linux, MacOS dan lain2 setahu aku takde satu pun yang patuh syariah.

Entahlah, aku bukan nak memperkecilkan produk tempatan ke apa, tapi pada pandangan aku tak perlu kata ia berlandaskan syariah ke apa semata2 nak tarik orang Islam beli, cakap buatan anak Malaysia sahaja sudah cukup, kerana ia bukan sahaja boleh mengelirukan orang malah menjadi sindiran.


Lepas ni ntah apa2 pula barang2 patuh syariah dijual seperti kereta, motosikal, rumah, jam tangan, kamera, komputer, air berkarbonat, air sarang anai2 dan lain2 barangan berlandaskan syariah. Kalau suatu perisian komputer tempatan tu kualitinya sangat bagus, aku pasti akan beli juga walau tiada pengesahan syariah ke apa.




tags: perisian komputer software antivirus anti virus computer patuh berlandaskan syariah perisai buatan anak tempatan malaysia muslim islam halal

26 ulasan:

  1. ketahian apakah ini semua. nak syariah pn agak2 la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap Noob mohon sijil halal bagi Blog Buasirotak ini supaya mengikut syariah hehe

      Padam
  2. hehehe..aku x boleh nak bayangkan!

    BalasPadam
  3. aku ada phone berlandaskan shariah...ada sape2 berminat nk beli tapi second hand ustad punye... kalau nk pm, pimai......

    BalasPadam
  4. pasni video lucah berlandaskan syariah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. jangan jadi bodoh la ahmad.

      Padam
    2. noob, mohon selidik ip anon ni, bgtau aku nanti :)

      Padam
    3. ape ke bangang nye ko ni ahmad.

      Padam
    4. hati2 bila nak komen... mungkin tujuan nak melawak....
      tapi bila berkaitan dgn isu agama... jgn melampau sgt...

      Padam
  5. Tapi dalam artikel tu tak ada pun cakap apa2 pasal syariah. Reporter tu yang letak kot?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kau ni baca ke tak artikel berita tu betul?

      "SIAPA sangka, selain daripada perbankan Islam dan hab makanan halal, Malaysia juga ada syarikat yang menyediakan perkhidmatan perisian keselamatan internet atau bahasa mudahnya, antivirus yang berlandaskan sistem digital syariah sepenuhnya."

      Padam
    2. sistem digital syariah? wow :)

      Padam
  6. Aku rasa syariah maksud dia ni segalanya mengikut Islam dari segi pengaturcaraan.. dan penghasilan produck antivirus ni.. dan pengurusan..

    Pekerja dia semua menunaikan solat 5 waktu.. tiada mencampur benda haram seperti bergosip mengumpat atau mensurf laman porno dan sebagainya.. sentiasa berzikir semasa kerja..

    Mungkin syarikat ini juga mengunakan program yang halal beli punya bukan cetak rompak.. atau pakai opensource.. kot.. kewangan dari syariah berdaftar.. semuanya halal tiada satu pun haram :)

    Kalau Antivrus ini mungkin boleh buang gambar pornon dalam komputer block segala capaian haram serta menapis kandungan haram hah yang tu aku tak tau.. kalau boleh tu bagus la antivirus ni di install dalam laptop ustaz2, pak imam dan komputer dekat masjid dan surau2 yang ada menyediakan kafe internet.. :) juga para makmum..



    ntah la..

    BalasPadam
  7. awek bertiga tu pun kagum sangattt...

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku pun kagum tgk awek bertiga tu comel gak tu hahaha

      Padam
  8. Bhai Noob...

    Inilah yang orang panggil marketing... kalu boleh la dijual peralatan "adult sex" shariah compliance... dah lama dah diorang jual.....

    Macam haram jer.... hahaha

    BalasPadam
  9. tula pasal, berlandaskan syariah macam mane tu? ataupun sbnarnya nak tulis, antivirus ciptaan bumiputera atau ciptaan tempatan? Atau ciptaan orang islam??

    BalasPadam
  10. Cer peksa kompeni sapa tuh kakakak...kena tipu aje org malaisial ni.

    anuar berahim dot com.

    BalasPadam
  11. Maybe cara islamik adalah ada ayat2 al-quran dlm main software n jenis free dosa dr gambar2 yg pelik2...papepun mcm2 cara nak gunakan agama sbg pelaris jualan, smpi nak jual agama pun ada gak x kira ekonomi, sosial n politik.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.