Ahad, 27 Oktober 2013

13 Pengajaran tragedi banjir Cameron Highland

Baru2 ini banjir lumpur dan tanah runtuh telah berlaku di Bertam Valley, Cameron Highland selepas satu empangan di Ringlet melepaskan air melalui pintu kawalannya pada jam 1 pagi berikutan tidak dapat menampung kuantiti air yang berlebihan akibat hujan lebat. Tragedi ini telah mengakibatkan 3 kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda termasuk 80 buah rumah dan 100 buah kenderaan.








Ketua balai bomba dan penyelamat berkata pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang menjadi mengendali empangan hidroeletrik Sultan Abu Bakar itu membunyikan siren amaran pada jam 12 tengah malam tadi sebelum air berkenaan dilepaskan 20 minit kemudian. Sumber lain pula mengatakan siren amaran dibunyikan selama satu jam mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi membolehkan penduduk mengosongkan kediaman masing-masing sebelum air empangan dilepaskan.


Namun penduduk kata mereka tak bersedia hadapi banjir lumpur akibat pelepasan air tersebut. Ada yang terpaksa dukung isteri untuk selamatkannya namun air deras telah memisahkan mereka. Mangsa2 banjir juga mendakwa pihak polis tidak mengetuk dari pintu ke pintu untuk memindahkan penduduk.



Ada yang mempersoalkan kenapa paras air empangan tak dipantau secara konsisten sehingga pelepasan air kecemasan terpaksa dilakukan dan empangan air tidak mungkin naik secara tiba-tiba ke paras maksimum, malah tragedi banjir lumpur mungkin boleh dielak jika Kerajaan Negeri Pahang dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) prihatin dengan aduan yang dikemukakan penduduk. Adakah empangan tersebut tiada sistem yang mengawal dan memantau kadar kuantiti air secara berkomputer?



Walau apa pun yang diperkatakan, musibah telah pun berlaku, dan dalam Bajet 2014 baru2 ini, terus diperuntukkan RM40 juta untuk melebar dan mendalamkan Sungai Bertam. Seperti biasa, bila dah berlaku baru nak bertindak.

Suatu ketika dahulu pada tahun 2011 ketika berlaku gempa bumi dan tsunami besar yang melanda Jepun sehingga menyebabkan kerosakan kepada loji nuklear Fukushima, para majikan TEPCO (syarikat yang mengendalikan loji nuklear tersebut) serta para pemimpin Jepun memohon maaf kepada rakyat kerana bencana alam yang bukan disebabkan oleh mereka pun. Mereka telah berusaha sedaya upaya berjaga siang malam bertarung nyawa untuk mengawal kebocoran radiasi mengikut prosedur dan SOP, namun masih lagi rasa bertanggungjawab dan meminta maaf kepada rakyat.






Berbeza sangat dengan 'authority', majikan dan para pemimpin kita di Malaysia. Bila berlaku apa2 kejadian malah ada yang disebabkan oleh mereka, macam2 alasan diberikan dan tuding jari sana sini. Nak letak jawatan pun tak sanggup walau dah melakukan kesalahan besar seperti skandal seks.

Tun Mahathir pun cakap, kalau di Jepun jika kapalterbang terhempas di lapangan terbang, Menteri Pengangkutan kena letak jawatan, tapi di Malaysia, menteri berkenaan akan berkata itu bukan urusan saya.


What to expect? THIS IS MALAYSIA.




tags: banjir kilat lumpur tanah runtuh lembah bertam valley cameron highland empangan ringlet lepaskan air hujan lebat kuantiti air kritikal jam 12 siren bunyi 1 pagi kemalangan malapetaka manusia man made disaster jiwa mati maut hilang kerosakan harta benda rumah kereta tnb tenaga nasional berhad jabatan bomba sop prosedur sukarnya meminta memohon maaf bertanggungjawab lepas tangan tuding jari bukan urusan saya menteri letak jawatan tun mahathir che det

13 ulasan:

  1. aku yg 1st diatas tu.

    BalasPadam
  2. Hah?tunggu dorg mintak mahap?baik aku tunggu kucing aku bertelur...dpt gak masuk Guiness Book of World Record.

    BalasPadam
  3. ini bukan dah outdated?

    Orang pon tak tau siren tu siren apa..
    kalau kecemasan kebakaran biasanya ada latihan kat sekolah atau organisasi
    ini pon kena buat juga supaya orang awam sedar..

    satu lagi tnb & penyelamat kena kerjasama dalam draft plan yang berkesan dalam pelepasan air ni..

    BalasPadam
  4. Ingat nyawa org mainan ka!!!!......please la amik tindakan... lenkali suruh keluarga org yg krja kt empangan tu dok dkt bertam valley tu...

    BalasPadam
  5. Kalau dilepaskan sedikit sedikit sebelum penuh mungkin lagi baik.. dah tgh malam baru nk bagitau? Time tu mesti ramai dok lena..patutnya inform lebih awal 3 jam ke apa ke..sadis betui tgk gambar2 tu

    BalasPadam
  6. rakyat malaysia tak pernah nak mengaku salah...20% je yang sanggup mengaku salah itu pun terpaksa..1% yang jujur mengaku salah sendiri. jadi adakah kita rakyat malaysia yang jujur atau pandai tunding jari je.

    BalasPadam
  7. Ni namanya GK...gila kuasa..pas2 ego tinggi. Sbb 2 jepun style x terkejut sbb masa zaman perang kalau gagal dalam perang, rela dipancung. Belum ckp punctuality diaorg teramat bagus.

    BalasPadam
  8. Lagi nampak nilai Islam itu pada mereka (Jepun) berbanding mereka yang di sini (Malaysia).

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.