Isnin, 2 September 2013

40 Peminat butthurt konsert Lamb of God batal

Sebuah band heavy metal dari US iaitu "Lamb of God" telah dijadual untuk membuat persembahan di Show #1 Festival Rockaway di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada 28 September 2013 bersama2 dengan band Malaysia iaitu Tempered Mental dan Deja Voodoo Spells, manakala pada Show #2 yang dijadual pada 17 October 2013 pula adalah band Bring Me The Horizon (UK), Enter Shikari (UK), Crossfaith (Japan) dan Massacre Conspiracy (Malaysia). Namun JAKIM, Menteri  dan Dewan Pemuda PAS telah membantah kehadiran mereka berikutan genre muzik kumpulan berkenaan yang pernah membuat persembahan dengan mencampuradukkan lagu metal dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Mungkin band2 lain juga boleh diselidik latar belakang juga.


Seriously, aku langsung tak kenal band ni, ini kali pertama aku dengar sebab heavy metal just not my taste. Namun di kalangan peminat hardcore muzik heavy metal, kumpulan ini pasti antara band yang terkenal dengan like di Facebook sebanyak 3 juta lebih serta menjadi pujaan dan kegemaran mereka. Seperti juga muzik K-Pop, satu jadah haram apa aku langsung tak tahu kumpulan, nama ahli dan lagu2 mereka, tapi di kalangan peminat muzik K-Pop, benda2 itu pasti lengkap di ingatan mereka malah termasuk hal2 kecil seperti tarikh lahir, makanan kegemaran dan hobi artis2 kesayangan mereka.


Sebab itu kalau dilihat dalam Facebook Rockaway Festival dan Loudwire ni, ada juga peminat tegar band ini yang merupakan orang melayu muslim mempertahankan band ini.




Persembahan mencampuradukkan lagu metal dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran seperti yang dikatakan di atas dibuat ketika konsert live sekitar tahun 2004 dan kemudiannya dialbumkan dengan judul Killadelphia. Bacaan ayat Al-Quran yang menjadi intro konsert tersebut adalah dari Surah Ar-Rahman, Ayat 1 - 15.


Ada yang mengatakan mereka memasukkan ayat-ayat tersebut untuk menggambarkan apa yang mereka rasa pada peperangan di Iraq pada ketika itu.


Bagi aku, setiap orang ada minat dan pandangan masing2. Macam kumpulan Lamb of God ni, mereka mungkin tidak berniat nak menghina agama Islam dengan memasukkan ayat2 suci Al-Quran, mungkin juga mereka study maksud ayat tersebut dan sebab itu memilihnya untuk memasukkannya ke dalam album. Kita kena faham, negara mereka tidak macam negara ktia sebuah negara Islam. Negara mereka juga terlalu bebas dan open, tiada guidance mengenai perkara2 yang melibatkan keagamaan, sebab tu mereka merasakan tidak mengapa mengunakan ayat2 Al-Quran dalam lagunya.

Cuma daripada kita terus menghukum, kerana itulah apa yang kita buat selama ni, adakah kita dah berbincang dan berdiskusi dengan pihak penganjur, peminat band serta ahli band itu sendiri dan minta mereka jelaskan apakah sebenarnya niat mereka dengan menggunakan ayat2 Al-Quran dalam konsert ada album mereka? Adakah mereka memang berniat untuk menghina atau bermaksudkan suatu yang negatif mengenainya? Kalau mereka memang berniat menghina, malah lagu2nya kebanyakannya memang mempunyai unsur keagamaan dan pemujaan syaitan, maka wajarlah kita batalkan persembahan mereka dan ambil tindakan kepada pihak penganjur kerana tidak sensitif dan melakukan research terlebih dahulu sebelum merancang untuk membawa mereka ke Malaysia.

Namun jika mereka memang tidak berniat untuk menghina, inilah peluang untuk kita berdakwah kepada mereka dan peminat2nya yang bukan Islam untuk menjelaskan keindahan Al-Quran dan maksud ayat itu kepada mereka seterusnya menimbulkan perasaan ingin tahu kepada mereka mengenai Islam dengan lebih mendalam. Dan seperti yang aku pernah tulis untuk konsert Metallica tempoh hari, kita sediakan guideline untuk mereka membuat persembahan di Malaysia.

Kadang2 satu masalah kita adalah kita merasakan agama Islam tu eksklusif untuk orang Melayu sahaja, tapi tak sedar yang ia sebenarnya untuk semua kaum dari orang cina, india, caucassian, korean, japanese, negro, yahudi dan lain2. Kita asyik larang dan sekat orang bukan Islam itu tak boleh ini tak boleh, tapi pernah tak kita cuba berdakwah dan membawa mereka mendekati Islam?

Dan kalau kata benar2 nak pelihara akidah umat Islam di Malaysia dan tidak membuka ruang kepada berlakunya krisis akidah, permasalahan moral dan keruntuhan akhlak, tak payah tunggu band macam Lamb of God tu nak datang Malaysia, selama ni pun benda2 yang merosakkan akidah dan meruntuhkan akhlak saban hari boleh diakses dengan mudah je melalui Internet, malah saban hari banyak yang terus disuap kepada kita di kaca2 TV dan pawagam.




tags: konsert lamb of god di malaysia festival rockaway kuala lumpur kl bantah batal cancel jakim menteri jamil khir dewan pemuda pas dppm senda hina lagu heavy metal ayat al-quran surah ar-rahman live siaran langsung album killadelphia peperangan iraq war anti religion christian christ kristian satanic puja syaitan satan setan neraka hell cara berdakwah kepada orang kafir bukan islam

40 ulasan:

  1. first time dengar pasal band ni and terkejut juga sebab guna ayat Al-Quran yg di luar jangkaan saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku pun hahah bukan mat metal la kita ni dude..

      Padam
    2. Ok la tu konsert batal.. duit tiket boleh buat tambahan untuk isi minyak yang naik tu.

      Padam
    3. noob bangang ni kan pencacai nuar brahim. kalo kjaan bagi lepas dia akan kata band metal ni rosakkan akidah generasi muda skarang bila kjaan batalkan konsert dia spin balik kata band ni berniat baik puiiiii....bodoh punya noob.

      Padam
    4. biasala dah nama pun blogger pakatan haram jadah. batal salah tak batal pun salah. dorang je betul. ntah bila la si noob bongok ni nak insaf.

      Padam
    5. ehh noob ni sokong puckatan gak ke?? xtau lak ak

      Padam
    6. dah kena banned ...haahhaha padan muka fan LOG... macamana pula dgn Miss Universe 2014?? Malaysia bakal jadi tuan rumah .. takde sapa nak buat petisyen agar dibatalkan??

      Padam
  2. oh, kena kensel ke? husband aku baru nak beli tiket. selalu bukak lagu ni dalam kete tapi part intro ayat Quran tu xde pulak. doload version lain kot

    metal best sbb muzik dia rich. tapi kena tengok lirik la jugak. in that term aku suka nightwish sebab lirik dia poetic

    BalasPadam
    Balasan
    1. noob x layan metal? wtfish noob?? betul tu..best apa metal...cuma makin tua ni makin kurang layan metal...tapi pada pendapat aku, bagi je la buat konsert...kalau kpoop haramjadah semua tu boleh, kenapa metal x boleh?? ayat quran?? rasanya tu memang trend kot...bnyak lagu metal yg pakai ayat quran...kat indon pon bnyak gak band metal underground pakai ayat quran...siap ada selawat metal lagi..

      depend pada penggunaan ayat tu..kalau setakat bagi intro ke, selingan ke, rasanya xde masalah kot...

      Padam
    2. hime boleh tahan jugak ye ko...xpernah lg aku jumpa org pompuan dgr lagu metal...aku tgk youtube noob kt atas tu pun sepatah haram aku xfaham org tu nyanyi apa...yg aku dengar bunyi bising & jerit2 huaargggh arrgghghh wooorrrgghhh yaaarrrghhh

      Padam
    3. ni sorang lg nama je melayu tp dgr lagu2 yahudi...konon barat sgtlah. dahla org pompuan, memalukan kaum je... kumpulan puja setan itu yg disanjung,lagu menghina islam tu yg didengar... mmg tipikal pencacai aljuburi sama mcm noob babi

      Padam
    4. ade meh aku cakap aku sanjung?

      Padam
    5. and ade meh aku cakap aku tak dengar nasyid ke baca quran ke?

      Padam
    6. tanpa nama 9:54 PTG

      da memang cara nyanyian heavy metal macam tu..tak payah cancel concert ni pon tak pe..just larang dorg dari buat intro guna ayt al-quran..

      Padam
    7. fan band sampah butthurt kah kah kah

      Padam
    8. lol. including u

      Padam
  3. "Beliau mempersoalkan tidak cukupkah dengan kumpulan Metallica dan Linkin’ Park yang dianjurkan sebelum ini dan perlukah kesemua kumpulan rock dibawa masuk untuk memenuhi hasrat peminat di negara ini."

    wait wait, mana k-pop dan k-pop dan k-pop??? perlukah semua kumpulan k-pop dibawa masuk untuk memenuhi hasrat k-poppers di negara ini?

    BalasPadam
  4. Tu la nak buat konsert tak jaga sensitiviti kaum kan dah kena band selamanya.

    Banyak benda sensitif kat Malaysia ni orang luar pun kena faham gak kalu nak carik makan..

    BalasPadam
  5. NIE goverment nak amek hati rakyat ke nak betul2 tegak islam.. if betul2 sangat nk tegakkn islam suruh isteri pemimpin no 1 kite tu ttup litup rambut dye..xd org nk bising da kalau bnd2 batal konsert nie jadi.

    BalasPadam
  6. ni takpe..kalau konsert KPOP dibatalkan aku tak dapat terima..

    BalasPadam
  7. Imej ganas diorang tu yg kebanyakan orang x leh terima terutamanya golongan ibu bapa...dulukan ada banyak kes2 pemesongan akidah disebabkan lagu black metal...dah imej ngan lagu diorang pon dah macam black metal(atau memang black metal) tu la pasal JAKIM ngan DEWAN PEMUDA PAS x kasi diorang buat konsert...

    cuba kita letakan diri kita sebagai ibu bapa...nak ke korang tengok anak korang nyani lagu ni?kalau aku..seriously aku x nk, x kiralah lagu dia berkaitan dengan surah2 al-Quran atau x...

    aku rase inilah yang dirasakan ibu bapa kat negara ni tentang isu ni...
    xleh nk salahkan mereka sangat... mereka cuma sayangkn anak bangsa diorang sendiri...

    Tapi tu lah...berbalik kepada persoalan noob tadi:" adakah kita dah berbincang dan berdiskusi dengan pihak penganjur, peminat band serta ahli band itu sendiri dan minta mereka jelaskan apakah sebenarnya niat mereka dengan menggunakan ayat2 Al-Quran dalam konsert ada album mereka? Adakah mereka memang berniat untuk menghina atau bermaksudkan suatu yang negatif mengenainya? Kalau mereka memang berniat menghina, malah lagu2nya kebanyakannya memang mempunyai unsur keagamaan dan pemujaan syaitan, maka wajarlah kita batalkan persembahan mereka dan ambil tindakan kepada pihak penganjur kerana tidak sensitif dan melakukan research terlebih dahulu sebelum merancang untuk membawa mereka ke Malaysia." JAKIM ngan DEWAN PEMUDA PAS dah buat ke benda ni atau sesuka hati diorang je nak membantah berdasarkan IMEJ yang dibawa oleh band GOD of LAMB ni?

    BalasPadam
  8. Adoiyaiii ni superband dari US..memang mantop band ni..bapok dgn gay je tak layan metal..kah kah kah puii!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fakta yang di fantasikan oleh Dajjal.

      Padam
    2. superband otak hangg..

      Padam
  9. Balasan
    1. kambing tuhan. salah translate tu

      Padam
    2. hime,, kambing tuhan tu maknanyer apa..?

      Padam
    3. Rasanya di ambil dari "Bible : Lab of God"..

      Tapi kenapa guna ayat quran tak ayat2 bible ajer? Tak ke kurang ajar..

      Orang melayu ni bukan kisah lirik pon asal melodi lagu sedap dia dengar jek.. kadang lagu memuja syaitan pun dia dengar ikut nyanyi.. hahaha..

      Padam
    4. ain diyana: seperti diterangkan di atas.

      lagu apa genre pun taleh pakai dengar je. ramai melayu yg main tibai tu wannabe semata2. rasa cool padahal nampak bodoh

      Padam
    5. Band ni dulu nama dia burn the priest @ bakar paderi lepas tu tukar jadi lamb of god kiasan kepada anak tuhan.. Nama je ambik dari bible.. tapi takda la mendendang lagu kristian ke apa.. Tapi tak tau la lirik2 lagu dia camno aku pun tak dengar lagu band ni..

      Tapi kalu bab bacaan quran semua tu memang menyindir habis le.. Kalau perang kat Irag ke apa kenapa tak buh je orang cakap arab ke apa..

      Padam
  10. Rage ala kpopper jugak.

    Sama ja fanatik.

    Kalau jongkok nak mai malaysia dulu x mau kata bab dakwah lak lolz

    Fan taik

    BalasPadam
  11. oit kenape nak syok sangat kat lamb of god?

    ok, diaorg mungkin ada groove riff yang seronok didengar, suara jeritan vokalis mmg macho la konon. imej diaorg mmg kelakian yg beraura 'tough guy' habis la.

    dan korang akan dengar riff/breakdown dan drum beat yang hampir sama untuk semua lagu diaorg. kreativiti solo yang tak sangat memberangsangkan serta mengecewakan.

    bunyi breakdown banyak menganggu perjalanan seorang peminat music nak dengar olahan karya musik diaorg. gila lah, dalam satu lagu smpi 5 kali breakdown. mula2 riff catchy, pastu ada mamat mula jerit maka bermula breakdown dan fast-beat dari drummer. si vokalis nyanyi, tapi breakdown masih ada lagi.... ok dah nak habis verse, diaorg mula fade out bunyi breakdown. tapi bila nak masuk chorus.. BREAKDOWN menjelma kembali!! arghhh. ooohhhh FML sungguh.

    inilah band yang guna banyak effect utk selindung permainan musik diaorg yg teruk. cuba try main lagu diaorg dengan bunyi clean, sure malu besar la korang yang kononnya minat musik.

    lagu2 metal yang mainstream walaupun agak poppish, lagi berkali2 ganda kreatif daripada mana2 lagu lamb of god. harap dapat feel metal je lebih diaorg nih.


    aku rasa peminat lamb of god nih bukannya golongan yang biasa dengar metal. hanya kerna musik diaorg senang nak hadam tak semestinya korg udah jadi metal.


    p.s : ohh pantera, kenapa la hangpa melahirkan generasi metalcore yang suka exploit breakdown nih....

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang realiti telinga sedap dengar orang dengar aje tak kira la banyak hiasa lawa core tak mantap ke apa.. orang peduli hapa.. hahaha..

      Padam
    2. kepada abg biskut..ak bnci bila sesetgh band suka sgt breakdown..
      dulu ak lyn la gak metal core ni..
      lme2 dh bosan..
      skg beralih kpd subgenre Trash Grind (fast/simple/xphm 1 bnde/lg berat dr metal)

      Padam
  12. Basic rule in Islam, niat tak menghalalkan cara.
    Kau letak satu juzuk pun tp lps tu selingan dengan rock metal ingat boleh? Ni hal agama jangan main rasa2 je. Tak tau ckp je tak tau. Tp bak kata noob ni la time mereka2 yg berilmu memberikan penjelasan.

    ps: Tapi mmg polisi negara yang x mengaku sekular ni, ambil hukum mana yang sesuai selera je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau konsert Ramli Sarip sebelum nyanyi Rock dia ngaji sejuzuk dulu ok dak?

      Padam
    2. ustz azhar men gitar sblum bg ceramah. haram kah?

      Padam
    3. Dengar lagu D'cromok... lagu metal lirik islamik... siap ada lagu arab kisah sahabat nabi dan lagu pasal pesanan Malik bin Dinar tapi diiringi muzik metal... koloblasi dgn jaie silkhannaz, stone silent death mmg mantop! sumer lagu dia lirik ketuhanan... try dgr lagu metallurgical, yg intro ulek mayang tu, pergh best... lirik ringkas dan padat... tersentuh dengar... ramai peminat sokong dan ada yg kata nasyid metal... dakwah utk peminat metal...

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.