Jumaat, 20 September 2013

37 Kerja dengan bijak, bukan bekerja dengan keras

Halim bekerja sebagai seorang akauntan di sebuah syarikat milik kerajaan (GLC). Satu hari, apabila jam menunjukkan 5.30 petang menandakan tamatnya waktu bekerja, beliau terus mengemas meja dan berjalan ke arah mesin perakam waktu. Beliau telah menyelesaikan semua kerja dan tugasnya pada hari tersebut dan bercadang untuk pulang ke rumah.

Gambar hiasan

Sedang beliau mengetik kadnya di mesin perakam waktu, beliau berselisih dengan pengurus jabatannya yang juga seorang berpangkat Datin yang juga mahu mengetik punch card. Halim memandang ke arah Datin tersebut seraya melemparkan sebuah senyuman. Datin tersebut merenung tajam mata Halim dan kemudiannya menegurnya,

"Awal kamu balik Halim?"

"Kerja semua dah selesai Datin, saya nak pergi jumpa kawan sekejap." jawab Halim sambil mindanya berbisik, " Aku balik on-time lah, bukan balik awal."

"Kamu ni Halim kan orang bujang belum kahwin lagi, kenapa nak balik awal? Time2 bujang la kena rajin buat kerja, balik lambat. Kamu tu bukan ada anak bini pun nak balik awal.", balas Datin tersebut.

Halim hanya mampu tersengih...

* * * * * * * * * *

Sebab wujudnya bos2 yang macam ini lah yang membuatkan orang nak kerja pun malas dan hilang motivasi, asyik nampak kesalahan dan keburukan pekerja tapi kebaikan dan kelebihan pekerja buat2 tak nampak je.
  • Kalau kerja dah habis tu apa masalahnya balik on-time, bukannya balik lebih awal daripada masa pejabat pun? Duduk kat ofis lama2 nak buat apa pun, layan Facebook? Daripada duduk kat ofis main komputer bukak lampu duk habiskan elektrik syarikat je baik balik, jimat sikit elektrik syarikat jugak untung.
  • Orang bujang tak boleh ada life ke? Kena selalu balik ofis lambat baru orang pandang? Hanya orang yang dah kahwin je yang boleh ada kehidupan peribadi, yang bujang kena hambakan diri pada kerja? 
  • Bila time pekerja kena kerja lebih masa selepas office hour atau hari Sabtu Ahad sebab memang ada tugasan, takde pulak bos nak ambil peduli dan appreciate, tapi bila nampak orang balik on-time, dia punya peduli ya amat macam orang tak buat kerja langsung.
  • Logik bos, balik lambat = rajin, balik on-time = malas.
  • Kalau kita sekali sekala balik lambat kerana ada tugasan yang urgent dan penting takpe lagi, tapi kalau setiap hari balik kerja lambat, ada yang sampai lewat malam sebab nak siapkan tugasan harian, itu bukan rajin namanya tapi itu tak pandai mengurus tugas dan masa dengan baik, efektif dan produktif. Setiap hari dah diberi waktu bekerja selama 8 jam dari jam 8.30 pagi sehingga 5.30 petang, takkan itu pun kerja tak boleh siap2 lagi. Yelah bila time waktu bekerja pergi mengular, minum kopi, main Internet, baca blog, tengok Youtube, main Facebook, sedar2 hilang 3 4 jam macam tu je, pastu terpaksa stayback lepas waktu kerja nak siapkan kerja, dah la tu claim OT pulak tuh. 

  • Work smart, not hard.

Btw ini bukan kisah aku, tapi kisah ini berdasarkan sebuah kisah benar. So sila balik kerja tepat pada masa dan menepati masa.




tags: work smart not hard kerja lebih masa ot overtime balik lambat stayback overnight lewat malam pejabat office ofis berhantu lampu padam punch card on-time on time tepat pada masa mak datin terlampau kerja untuk hidup work to live live to work kerja dengan bijak bukan kerja keras

37 ulasan:

  1. datin tgh badmood je tu, smlm bergaduh dgn dato psl dato tak nak sponsor bisnes busana butik datin yg tak brape nak laku... abaikan jer hahahaaa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh hai 1st! lol jgn mare je datin~ :p

      Padam
    2. Hai Datin Plain.. kenapa nak gaduh2 malam tadi kan malam jumaat lol..

      Padam
    3. Marah tu sebab semalam x dapat ler..

      Padam
  2. 1sttt lol..selalunya org cuma nampak kesalahan kita drp tengok kelebihan kita bekerja..sedih kebaikan yg kita buat tak dihargai..

    BalasPadam
  3. 1st jugak....selamat pagi noob sayang....muahh..!!

    BalasPadam
  4. datin tu saja ajak bual.. sebagai pembuka bicara.. halim ni terasa lelebih pulak..

    BalasPadam
  5. malam jumaat...balik awal la datin..banyak ibadah sunat ble buat...
    btw suboordinate aku mmg best.terutamanya yang dah keje lama..datang opis buat air pastu bfast, pastu baca paper pastu bincang harga barang kat supermarket mana lagi murah pastu belek-belek katalog pastu dengar lagu kat workstation kadang-kadang tengok vidoe sampai tergelak macam tapir nak mengawan..woi mana ada orang gelak time wat autocad...aku pun tak tau la bila dorang buat keje..kalo mintak baru buat-buat sibuk nak siapkan...pukul 1230 kuar pegi amik anak sekolah katanya..pukul dua lebih baru masuk balik..pukul 530 aku nak blah baru buat² tanya..go to hell la wei..aku takkan tunggu..aku pun ada family gak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cite opis ko pun nak tulis kat sini ke? kuat betul cas negetif dalam badan..

      Padam
  6. kenapa org cina suke no. 888

    kalau aku salah, tolong betulkan.. aku pnah diberitahu oleh kawan aku yg berbangsa cina bahawa untuk dapat "ONG" pada angka 888 tu adalah dengan gaya hidup yg seimbang..

    sehari ada 24 jam = 8(family)+8(kerja)+8(rehat)

    baru lah "ONG" .. kalau asyik kerja lebih masa sehingga masa2 untuk family dan rehat berkurangan, gaya hidup tu x sihat and akan menjejaskan keluarga dan kesihatan.. itu kepercayaan mereka... kita boleh percaya x? ;)



    BalasPadam
    Balasan
    1. no4 pulak adalah badluck untuk org cina....nokia sanggup x keluar model 4x gara2 nak hormat org cina.....ptuiih...

      Padam
    2. Kan ada kisah cendikiawan Islam bila ditanya pasal pengurusan masanya dalam sehari..1/3 hal duniawi 1/3 hal ukhrawi 1/3 rehat.

      Padam
  7. Sebenarnya susah nak kira bedasarkan kerja so dia kira bedasarkan masa..

    Sebab nak bayar gaji.. tu finance punya cerita la.. per hours per day month etc.. nak bayar ikut kualiti.. jenuh la HR atau finance sebab setiap kerja kena ada penilai pulak.. hahaha..

    Tapi yeala banyak boss tak paham sebab dah terbiasa ikut masa.. Tapi sekarang banyak company dah flexible.. and based by work cuma masalah juga kadang bila kerja perlukan masa lebih dari yang sepatutnya.. :) bukan semua kerja boleh siapkan awal dari masa bekerja kita.. Ha yang tu macamana pula nak kira.. bila ot tak dibayar? :)

    So nak nilai kerja atau nilai bedasarkan masa?? kedua-duanya ada masalah sendiri bagaimana nak menilaikannya...

    Rasaya hanya tuhan aje kot yang boleh bagi ganjaran setimpal bedasarkan kualiti ni.. dari pelbagai segi.. niat cara kesempurnaan laksanakan, juga hasil dan sebagainya.. sebab Dia maha mengetahui.. :) menunjukan kita ni adalah makhluk yang lemah..

    BalasPadam
  8. Apesal gamba second tu ada watak tempelan? btw, seriously agree with this entry!!bos yang macam tu sebenarnya tak membantu pekerja untuk jadi lebih baik pun.yang penting pekerja tu buat kerja dia yang sepatutnya sudah.lain2 hal, abaikan je

    BalasPadam
    Balasan
    1. baghul detected ><

      Padam
    2. Baghul = bekpes 8.00 - 9.00, minum/rokok 10.00 - 11.00, lunch 12.30 - 2.30, minum/rokok 3.00 - 4.00..

      Padam
    3. boss sakit bontot menyamar jd anon kat BO detected ><

      Padam
  9. alamak ak komen guna masa office tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!

    BalasPadam
  10. err bekerja dengan keras? otak aku kuning atau komen aku yg bangang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. takguna tul laa ko ni, bc komen ko ni baik delete je

      Padam
  11. Sekarang ni, kalau kerap buat OT tak bermakna orang tu rajin. Sekarang ni kat Jepun dan Korea pun diorang tengah debate tentang isu ni. Suka tangguh-tangguhkan kerja sebab nak settlekan time OT nanti buatkan kerja yang mudah dan cepat menjadi rumit dan lembab.

    Bos-bos yang attitude macam Datin tu biasanya dia masuk bidang pentadbiran base on theory je. Bukan start dari bawah dan pernah merasai budaya dan cara kerja sesebuah organisasi dari lensa mata seseorang pekerja.

    BalasPadam
  12. alhamdulillah boss saya memahami dan rakan2 opis takde yang ambik kesempatan atas kebaikan boss tu...

    BalasPadam
  13. penah alami situasi cam ni....
    boss xhargai kerja2 yg dah selesai, yg kita bertungkus lumus siapkan...
    tapi bila wat silap sekali dorg terus kata nak rejek la, nak terminate la...
    nasib²...

    BalasPadam
  14. There are two rules in a workplace:
    1) Bos is always right
    2) In case bos is wrong, refer to rule number (1)

    BalasPadam
    Balasan
    1. True..
      Our ultimate BOSS is our GOD...
      and our GOD (Allah) ask us to be humble.. and to be kind with others..

      Padam
  15. Nasib ko la Halim dapat bos perempuan. Semua bos perempuan memang macam gaya datin nih. Tahu discourage saja, bukannya nak encourage. Bos laki gak yang ok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. eh bos tempat keje aku perempuan, ok jer, hmm mungkin sebab dia masih single kot? hrmmmmm

      Padam
  16. Tu blm masuk kes pkeja yg tau jilat punggung bos je, tp kerja plak cm najis. Tau pas keja kat org bwhn je. Yg ni ble kira work smart tak?

    BalasPadam
  17. Dekat gambar tu ada gambar hantu....minah yang duk kerja sorang2 tu

    BalasPadam
  18. kuli dalam cerita lelaki tapi gambar semua perempuan..
    adakah perempuan ni workholic? atau boss perempuan lebih suka bekerja?

    BalasPadam
  19. Datin tu seniri xde life kot..huhu

    BalasPadam
  20. Noob, point ko betul.

    Cuma aku rasa, better work seriously, kalau work hard "seriously", nanti smart tu akan datang. Ko mesti akan cari jalan nk siapkan keje tu se-efficient mungkin tanpa byk salah dan with the least effort.

    Satu hari nanti kalau jadi org atas, maka tahulah susah senang nak carry out the job

    Ntah, aku keje private sector, mindset aku janji keje siap.

    BalasPadam
  21. sama la dengan bos aku.. patut masuk kerja pukul 8.30pagi. tp dia masuk pukul 9pagi. member aku selalu datang on time pukul 8.30 cenggitu, then datang2 terus ajak aku pergi sarapan. so aku masuk balik ofis pukul 9 cenggitu.. masa tu bos aku pun baru je sampai. satu hari ni, dia tegur, katanya, nak sarapan boleh, tapi ganti balik.. contoh macam dia, datang lewat tapi balik pun lewat.. amboi3.. pandai ko bagi contoh kat diri ko kan bos oi!

    dah aku ni tiap2 hari dok terpacak sensorang kat ofis dari pukul 7 pagi tu apa?? bos apa tahu. dia nampak buruk kite je. so kalau aku tak pergi sarapan, leh la aku balik pukul 4ptg. camgitu? apa da punye bos

    BalasPadam
  22. yep.. mmg ade bos especially HR yg perasan bagus suka perli2. padahal dia pon balik on time. tak cukup dgn cuti beranak. (mostly hr ni perempuan) hehe. tp bersyukurla org yg keja office hr ni. ade org keja on call. tgah2 best tgk tv ngan ank bini kena gegas keluar keja. pastu smpai ke pg pulak tu. nways... kerja biar smart. jgn gadaikan diri n family sbb kerja. tu je..

    BalasPadam
  23. saya masuk kerje isap tetek boss perempuan. dia ok jer lepas tu, hidup jadi senang dalam office. boss saye selalu menang kan saye dalam ape-ape masalah.
    saya pun untung datang kerje seronok dan happy je.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.