Memaparkan catatan dengan label Diskriminasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diskriminasi. Papar semua catatan

Selasa, 20 Februari 2018

9 Kesilapan pekerja baru yang mengundang kebencian

Selepas seseorang itu keluar dari alam pendidikan dan tamat pengajian di sekolah, kolej atau universiti, atau setelah seseorang itu melangkah ke alam dewasa, perkara pertama yang kebiasaannya orang fikir adalah mencari pekerjaan, atau kerja makan gaji. Maka bermulalah proses yang perlu dilalui oleh ramai orang seperti menghantar resume kepada bakal-bakal majikan, proses temuduga dan akhirnya diambil bekerja. Tak kiralah sekarang ini kita dah bekerja selama 10 atau 20 tahun, tapi pada suatu ketika kita mesti pernah menjadi pekerja yang baru di sesebuah tempat.

Menjadi pekerja baru ini bukanlah suatu yang mudah. Untuk membina reputasi, hubungan baik dan memperoleh kepercayaan di tempat baru, ia mengambil masa yang lama, serta cara yang betul. Silap langkah, kau mungkin akan menjadi orang baru yang paling dibenci di tempat kerja kau. Maka aku antara kesilapan yang biasa pekerja baru lakukan untuk mengelakkan diri dari dibenci pekerja lain.



Khamis, 17 November 2016

9 Suatu masa dulu, kutuk dan sindir Melayu itu cool

Pada suatu masa dulu, mengutuk dan menyindir bangsa Melayu itu cool.

Ramai penulis blog, selebriti media sosial di FB, IG, twitfamous, pelukis komik dan sebagainya meraih populatiri mereka bermula dengan penulisan dan lukisan yang mengutuk dan menyindir bangsa melayu. Malah jika tengok komen-komen netizen di media sosial yang mengutuk dan menyindir kaum melayu pun, biasanya akan mendapat banyak Like dari orang bukan melayu dan orang melayu sendiri.




Sabtu, 23 Julai 2016

9 Pop Perspektif - Explorasi Perhubungan Dengan Wanita

Ya kita semua mungkin inginkan kehidupan yang sempurna bersama pasangan. Yang cantik mata memandang, baik budi bahasa , bijak  dan apa-apa yang baik yang boleh difikirkan kepada pasangan kita.

Kepada yang dah berkahwin, Alhamdullilah,.

Usaha , sabar , berdoa dan tawakkal lah supaya kehidupan rumah tangga aman sentosa sentiasa.


Selasa, 10 Mei 2016

6 Diskriminasi antara golongan majoriti dan minoriti

Diskriminasi.

Berdasarkan Wikipedia, diskriminasi merujuk kepada pelayanan yang tidak adil terhadap individu tertentu, di mana layanan ini dibuat berdasarkan kumpulan yang diwakili oleh individu berkenaan. Diskriminasi merupakan suatu amalan yang biasa dijumpai dalam masyarakat manusia. Ia berpunca daripada kecenderungan manusia untuk membeza-bezakan manusia.



Selasa, 19 April 2016

11 Dilema seorang jurutera wanita muda

Aku nak berkongsi sedikit pengalaman aku sebagai seorang jurutera perempuan. Sebelum korang fikir aku nak bermegah, trust me, tak ada apa pun aku nak megah dengan pekerjaan dunia yang sementara ni. Aku cuma menulis untuk meluahkan apa yang aku rasa selama hampir 4 tahun berkhidmat sebagai seorang jurutera di dunia yang didominasi lelaki.

Empat tahun adalah angka yang kecil dalam mana-mana industri. Tapi di usia mentah ni, dengan pengalaman yang tak seberapa, rezeki aku dapat kerja di syarikat pembinaan yang agak besar di Malaysia. Dalam masa tiga tahun aku naik pangkat sebagai Senior Engineer yang biasanya kalau di syarikat aku, memerlukan pengalaman 5 tahun sebelum ditawarkan kedudukan sebegitu.


Khamis, 26 November 2015

6 Lelaki dan wanita bekerjaya layak dihargai sama rata

Diskriminasi dalam sektor pekerjaan di Malaysia bukanlah perkara yang baru, daripada diskriminasi mengikut kaum, diskriminasi mengikut agama, diskriminasi mengikut pakaian, diskriminasi mengikut status dan juga diskiriminasi mengikut jantina seperti contoh seorang wanita yang mempunyai kerjaya yang sinonim dengan kerjaya lelaki pasti dipandang tinggi dan dihormati, manakala lelaki yang mempunyai kerjaya yang sinonim dengan kerjaya wanita sering dipandang rendah dan kurang dihormati di kalangan masyarakat.



Khamis, 6 Ogos 2015

16 Diskriminasi terhadap graduan melayu dalam pekerjaan

Diskriminasi dalam sektor pekerjaan terutama di syarikat2 swasta terhadap graduan dan pekerja melayu bukanlah suatu yang asing dan baru di Malaysia. Malah sudah menjadi "open secret" bagi syarikat yang dimiliki oleh tauke2 cina atau syarikat multinasional yang dipegang oleh orang cina secara terang2an hanya mahu mengambil orang cina sahaja untuk bekerja dengan mereka seperti kebiasaannya tertera di dalam iklan2 kerja kosong.

Malah pada tahun 2012, seorang pensyarah cina UKM telah membuat kajian mengenai diskriminasi majikan cina memilih warna kulit dan bangsa dalam sektor swasta.


1. BANGI, UKM – Kedudukan bangsa seseorang calon lebih diambil kira jika dibandingkan dengan kualiti kelayakan untuk dipanggil temu duga bagi mendapatkan pekerjaan dalam syarikat dimiliki kaum cina dan syarikat Antarabangsa yang di pegang jawatan tinggi oleh kaum cina di negara ini.

2. Ini adalah penemuan dua orang pensyarah kanan Dr Lee Hwok Aun dan Dr Muhammed Abdul Khalid dari Jabatan Pengajian Pembangunan, Universiti Malaya hasil suatu eksperimen kajian selama tiga tahun yang mereka lakukan untuk mengetahui sama ada panggilan untuk temu duga calon-calon yang memohon berdasarkan kualiti kelayakan atau berdasarkan bangsa.


3. Dr Lee membentangkan penemuan mereka di seminar “Tahap Diskriminasi: Bangsa dan pengambilan Graduan di Malaysia” anjuran Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

4. Apa yang dihasilkan adalah berdasarkan suatu kajian mereka terhadap syarikat-syarikat cina dan syarikat Antarabangsa dimana jawatan tinggi di pegang oleh kaum cina. Kajian tersebut di lakukan dengan menghantar ‘resume’ kelayakan calon rekaan terdiri dari Melayu dan Cina yang mempunyai kelayakan yang hampir serupa yang baru tamat universiti kepada mana mana syarikat cina yang mengiklankan kerja kosong.

5. Analisa jumlah panggilan untuk di temu duga hasil dari permohonan yang mereka hantar itu mendapati secara keseluruhan 42.1% daripada pemohon Cina menerima panggilan untuk ditemu duga berbanding dengan hanya 1.2% pemohon Melayu yang dipanggil walaupun kelayakan yang serupa telah dihantar.

6. Dr Lee berkata mereka amat berhati-hati memastikan resume yang dihantar adalah sama dari segi kualiti antara pemohon Melayu dan Cina untuk mengetahui adakah syarikat kaum cina memilih berdasarkan bangsa pemohon.

7. Beliau bagaimana pun mengingatkan mana mana individu yang tidak berpuas hati hasil kajian ini boleh mengemukakan saman kepadanya kerana kajian ini telah di buat secara terperinci, melalui methodologi dan kaedah kaedah yang ada didalam pengajian PHD. Kajian ini mengambil masa yang sangat panjang kerana ianya di ulang berkali kali hanya semata mata tidak percaya bahawa hasil keputusan menunjukkan syarikat kaum cina mengamalkan diskriminasi terhadap graduan Melayu. Kajian ini secara asalnya memfokuskan untuk mengetahui mengapa graduan Melayu susah mendapat perkerjaan berbanding graduan cina.

8. Beliau mengakui wujudnya diskriminasi terhadap graduan Melayu dari majikan. Didapati 44% pemohon berbangsa Cina dipanggil untuk temu duga berbanding hanya 1.8% pemohon Melayu diterima untuk temu duga bagi syarikat milik Cina.

9. Kajian mereka juga mendapati hanya syarikat yang dimiliki Melayu tidak mengamalkan diskriminasi dan boleh menerima mana mana calon baik Melayu atau Cina, di mana kadar panggilan balik terhadap pemohon dari graduan Cina adalah 4.8 % dan 5.8% untuk graduan Melayu.

10. Bagi syarikat Antarabangsa yang di pegang jawatan tinggi oleh kaum cina menunjukkan 42.9% calon Cina dipanggil untuk temu duga manakala tidak seorang pun calon Melayu menerima panggilan.

11. Kajian Dr Lee dan rakannya tidak melibatkan graduan dari luar negara. Bagaimana pun penemuan mereka turut menunjukkan syarikat cina lebih menerima calon dari Universiti Swasta berbanding dengan Universiti Awam.

12. Dr Lee berharap kajian itu digunakan dalam konteks yang betul. Ia hanya menunjukkan wujudnya diskriminasi terhadap graduan Melayu tetapi untuk mengetahui kenapa berlaku diskriminasi itu kajian yang lebih mendalam perlu dijalankan.

13. Dr Lee berkata adalah mustahil untuk mengetahui kenapa berlaku diskriminasi terhadap graduan Melayu kerana syarikat cina dan calon cina yang terlibat tidak mahu memberikan jawapan selain "kami tidak diskriminasi, kami amalkan hak kesamarataan". Kajian ini bagaimanapun tidak diteruskan, kerana takut implikasi bangsa Melayu yang tahu akan hakikat kaum cina yang jelas mendiskriminasikan akan membuatkan bangsa Melayu marah akan sikap kaum cina.

14. Hadir di seminar tersebut adalah Timbalan Pengarah IKMAS, Prof Dr Tham Siew Yean, ahli akademik dan wakil media.

Sumber portal berita UKM. Lain2 artikel yang berkaitan:


Sebenarnya, diskriminasi kaum dalam pekerjaan bukanlah satu rahsia lagi di Malaysia ini, malah ia bukan kerana semata2 kaum melayu dan bumiputera ini tiada kualiti seperti mana yang pernah ditulis oleh Tun Mahathir.

Kebanyakan majikan cina lebih suka mengambil pekerja cina, begitu juga dengan majikan melayu, dan juga majikan india. Semua orang lebih suka dan rasa selesa untuk bekerja dengan bangsa masing2.

Namun, majikan kaum lain selain kaum cina tidak terang2an mengiklankan yang mereka mahu pekerja melayu sahaja, atau india sahaja, kerana mereka tahu jika mereka meletak syarat sedemikian akan ada bangsa lain yang menjerit dan menjadikan isu betapa diskriminasinya majikan tersebut.

Akan tetapi berbeza dengan kebanyakan majikan cina, mereka secara terang2an meletakkan syarat seperti "Cina sahaja", "Chinese only", "Able to speak mandarin" dan sebagainya di dalam iklan kerja mereka. Itu belum masuk isu pekerja muslim yang tidak dibenarkan pakai tudung atau menunaikan ibadah seperti solat.

Adakah ini bukan suatu bentuk diskriminasi pada kaum lain? Adakah kaum cina yang katanya bencikan perkauman sedar akan perkara ini dan akan menegur diskriminasi tersebut?

Kalau ya pun nak ambil pekerja cina sahaja, tak perlu lah letak syarat2 seperti pada iklan pekerjaan. Jika ada bangsa kaum lain hantar resume, tak perlu lah panggil mereka temuduga so takde siapa pun tahu yang majikan itu diskriminasi atau tidak.

Aku ada banyak kenalan melayu di dunia sebenar dan maya yang ultra-melayu yang anti-cina, aku juga ada banyak kenalan melayu yang lebih terbuka dan anti-perkauman. Jika ada isu2 berkaitan perkauman di media2 sosial, kenalan2 melayu yang anti-perkauman ini akan memberi komen mengenai anti-perkauman malah jika terdapat isu yang melibatkan individu dari kaum lain, mereka hanya mengecam individu tersebut dan mempertahankan kaum individu tersebut walaupun mereka sering dilabel sebagai pengkhianat bangsa dan sebagainya hanya kerana mereka berprinsip yang salah hanya individu dan bukannya kaum mereka..

Namun, untuk menghapuskan isu perkauman dan menjadikan Malaysia ini sebuah negara yang harmoni untuk didiami oleh pelbagai kaum, usaha daripada orang melayu sahaja tidak cukup. Tidak cukup jika sekadar orang melayu sahaja yang mempertahankan kaum lain apabila kaum lain dicemuh. Kaum lain terutama orang cina yang anti-perkauman juga perlu mempertahankan kaum lain seperti melayu dan india apabila mereka berhadapan dengan orang2 dari kaum mereka sendiri yang rasis.

Jangan kata kaum cina tiada yang rasis, dengan diskriminasi kaum dalam bidang pekerjaan sahaja pun dah membuktikan kewujudan orang cina yang rasis. Oleh itu, aku harap kaum cina yang anti-perkauman ini juga akan turut menegur, menasihat dan menyampaikan mesej anti-rasis ini kepada bangsa mereka sendiri terutama apabila terdapat rakan atau kenalan sebangsa mereka yang mengeluarkan kata2 atau komen yang rasis dalam bahasa cina, memandangkan orang melayu tak tahu bahasa mereka. Jangan bila bangsa korang kutuk melayu, korang pun hanya diam sekali atau join sekaki kutuk juga.

Dalam setiap kaum pasti ada ramai orang yang rasis dan membenci kaum lain, itu benda yang kita tak boleh lari. Ada melayu yang benci cina, ada cina yang benci melayu. Maka kita melayu, cina dan india yang anti-rasis dan tidak bermentaliti jumud ini sama2lah menegur dan mengingatkan orang sesama bangsa akan betapa buruknya sikap perkauman dan betapa pentingnya hidup bersatu padu dalam sebuah negara sebagai rakyat Malaysia.

Baca lagi "Walau beza kaum dan agama, darah tetap sama merah".




tags: diskriminasi pekerjaan kerjaya kerja terhadap graduan mahasiswa melayu sektor swasta kajian ukm professor iklan kerja kosong cina chinese only malay graduates


Ahad, 15 Februari 2015

11 Etika berpakaian sopan hanya untuk artis luar

Industri hiburan di Malaysia ini sangat pelik, kerana garis panduan dan etika berpakaian sopan hanya terpakai kepada artis luar yang mahu buat persembahan di Malaysia sahaja, sedangkan artis dan selebriti tempatan sendiri pakaian macamlah miskin sangat sampai tak mampu nak beli kain mengalahkan artis barat.


Rabu, 10 Disember 2014

25 Diskriminasi dalam sektor pekerjaan yang parah

Kita ini nama sahaja hidup di negara Malaysia, sebuah negara yang agama rasminya Islam, majoritinya orang Islam, ada ketua agama Islam, parti yang memerintah diketuai oleh orang Islam, tapi diskriminasi terhadap pakaian Islam terutama bagi kaum wanita di tempat kerja masih lagi berlaku. Kenapa wanita yang berpakaian seksi dan mencolok mata lebih diutamakan berbanding wanita yang patuh kepada agama dengan menutup aurat? Pelanggan akan larikah kalau tak pakai seksi dan berhijab? Itu belum cerita pasal diskriminasi pekerjaan mengikut jantina dan kaum serta pekerja Islam yang tidak diberi ruang untuk beribadat.


Isnin, 15 September 2014

26 Diskriminasi terhadap lelaki berseluar ketat

Aku pelik la Malaysia ni. Bila orang lelaki pakai seluar ketat sehingga ternampak bonjolan 'anu' terus jadi isu hangat sampai dilaporkan kat surat khabar dan blog2 hiburan, siap terpaksa minta maaf bagai. Tapi bila berlambak2 orang perempuan, artis2 wanita malah isteri2 pemimpin pakai baju yang ketat sampai terkeluar bonjolan buah dada serta seluar legging ketat sampai boleh nampak ketulan dan bonjolan lemak serta selulit di bontot dan peha, takde pulak media2 nak jadikan isu hangat, malah takde pula orang perempuan tu nak minta maaf ya. Pelik... pelik.


Khamis, 28 Ogos 2014

55 Wanita tidak wajar menjadi ketua sebuah kerajaan

Menteri Besar Selangor, TS Abdul Khalid Ibrahim telah meletak jawatan namun ditangguh sehingga pengganti MB yang baru ditentukan. Sultan Selangor menitahkan pemimpin PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon MB, walaubagaimana pun PKR dan DAP hanya akan mencalonkan satu nama sahaja, iaitu DS Dr Wan Azizah Wan Ismail, manakala PAS akan hantar lebih dari satu nama. Namun bagi aku, aku tidak setuju sekiranya Wan Azizah dilantik menjadi ketua bagi kerajaan negeri Selangor kerana beliau seorang wanita.



Isnin, 7 April 2014

29 Pelarian Di Malaysia Besar Kepala?

Kita digalakkan membantu orang lain ketika kesusahan, lebih-lebih lagi sesama Islam. Malaysia terkenal dengan sentiasa memberi bantuan ketenteraan, perubatan dan kemanusiaan kepada semua pihak yang mengalami masalah dari segi konflik dalaman dan bencana alam termasuk menguruskan pelarian. Kini banyak negara menghulur bantuan kepada Malaysia untuk mencari MH370 untuk membalas jasa baik Malaysia. Itu negara, bagaimana pula pelarian itu sendiri?



Ahad, 5 Januari 2014

22 Persekitaran kurang mesra golongan memerlukan

Satu benda yang di negara kita agak kurang mesra (bukan tidak mesra langsung) adalah persekitaran kurang mesra "golongan yang memerlukan" tak kira dari segi fasiliti dan kemudahan serta sikap dan kesedaran sivik kebanyakan masyarakat. Golongan yang memerlukan di sini adalah warga tua, ibu mengandung atau membawa anak kecil dan orang kelainan upaya (OKU).



Jumaat, 20 September 2013

37 Kerja dengan bijak, bukan bekerja dengan keras

Halim bekerja sebagai seorang akauntan di sebuah syarikat milik kerajaan (GLC). Satu hari, apabila jam menunjukkan 5.30 petang menandakan tamatnya waktu bekerja, beliau terus mengemas meja dan berjalan ke arah mesin perakam waktu. Beliau telah menyelesaikan semua kerja dan tugasnya pada hari tersebut dan bercadang untuk pulang ke rumah.


Sabtu, 3 Ogos 2013

38 Pandangan mat saleh terhadap Islam dan Ramadhan

Apakah pandangan orang barat di US terhadap agama Islam? Adakah perasaan prejudis, diskriminasi dan islamophobia / takut kepada agama Islam serta orang muslim masih tebal dalam jiwa mereka?



Khamis, 25 Julai 2013

27 Keputusan pilihanraya kecil Kuala Besut

Tahniah kepada Barisan Nasional sekali lagi kerana telah memenangi Pilihanraya Kecil Kuala Besut. Aku memang dah menjangkakan yang BN akan menang sekali lagi kerana tempoh PRU13 dengan PRK ni tak jauh, so mood pengundi masih lagi tidak banyak berubah. Juga kemenangan ini disifatkan sebagai hadiah hari lahir paling bermakna buat Perdana Menteri, DS Najib Razak.



Rabu, 17 Julai 2013

115 Adakah Islam mengajar kepada keganasan?

Siang tadi tersebar berita dan gambar seorang remaja Cina yang dikatakan telah diculik, dibelasah dan dibogel kerana menghina Islam di Facebook.



Rabu, 14 November 2012

55 Kesaksamaan pekerjaan yang diskriminasi

Aku malas nak update panjang2 hari ni, orang lain sibuk cuti dari hari Isnin, Rabu dengan Jumaat, aku kena kerja. Cuma aku tulis satu isu realiti pasal diskriminasi dalam kesaksamaan pekerjaan, korang bincang dan bagi la pendapat sikit kat ruangan komen tu.