Khamis, 26 November 2015

6 Lelaki dan wanita bekerjaya layak dihargai sama rata

Diskriminasi dalam sektor pekerjaan di Malaysia bukanlah perkara yang baru, daripada diskriminasi mengikut kaum, diskriminasi mengikut agama, diskriminasi mengikut pakaian, diskriminasi mengikut status dan juga diskiriminasi mengikut jantina seperti contoh seorang wanita yang mempunyai kerjaya yang sinonim dengan kerjaya lelaki pasti dipandang tinggi dan dihormati, manakala lelaki yang mempunyai kerjaya yang sinonim dengan kerjaya wanita sering dipandang rendah dan kurang dihormati di kalangan masyarakat.


Pelukis: Nazrul Ali @ Nazha Anua. Layari blog beliau di Kartunster.


Kadang2 diskriminasi jantina ini bukan sahaja hanya pada pandangan masyarakat tapi lebih teruk jika majikan juga turut diskriminasi seseorang mengikut jantina.

Ketua lelaki yang tak suka orang perempuan akan bagi penilaian yang rendah kepada anak buah hanya kerana dia itu perempuan.
Seorang ketua wanita yang tak suka lelaki akan layan pekerja lelaki bawahannya dengan teruk. Majikan lelaki yang gatal lagi miang akan bagi keistimewaan dan keutamaan pada pekerja wanitanya yang cantik2 walaupun kerja tak seberapa berbanding pekerja lain.

Bagi aku asalkan pekerjaan tersebut halal, tak kisahlah sama ada lelaki atau perempuan, mereka tetap layak mendapat penghormatan dan penghargaan sama rata dengan adil dan sewajarnya daripada masyarakat dan juga majikan.

Lagipun sekurang2nya mereka ada kerja walaupun mereka kena buat kerja lelaki atau perempuan daripada buat kerja haram dan atau kerjanya hanya menyusahkan orang lain.


* Komik di atas adalah sedutan daripada buku Buasir Otak: The Komik [RELOADED] yang baru. Ada banyak lagi komik menarik di dalam buku Buasir Otak: The Komik ini. Untuk membeli boleh klik pada gambar di bawah:

Buasir Otak: The Komik




tags: diskriminasi kerjaya kerja lelaki wanita perempuan gender jantina

6 ulasan:

  1. evendoh aku bukan jururawat.. tp skrg ni jururawat lelaki sangat diperlukan. sbb mana larat misi pompuan nak angkat pesakit2 lelaki.

    BalasPadam
  2. adei. kne beli la mcm ni ye komik tu.

    Nurse lelaki skrg mmg dah mula ramai. tp persepsi masyarakat terhadap kerjaya ni untuk lelaki tu yg masalahnya. bukan kerjaya tu yg masalah. mungkin yang lelaki ni di tukar nama lain yg bukan di panggil nurse, tp nama lain yg sama maksudnye

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya mohon beli untuk memberi sokongan kepada para pengkarya muda tempatan ini. nanti email saya princeofnoob[at]gmail[dot]com untuk cara2 pembelian huhu...

      Padam
  3. mana sirosli pundrekk.. gian nak prooOooOoOoOoOOottTtTtT ! d muka sirosli. argh legaa bang ..

    BalasPadam
  4. hoii!!! prooOooOoOoOoOOottTtTtT !

    -sirosli-

    BalasPadam
  5. Biarlah orang nak buat kerja apa-apa pun yang penting halal. Kalau tak kerja nanti mengata malas. BIla dah kerja pun mengata situ sini jugak. Hmm manusia...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.