Khamis, 26 November 2015

5 Belajar bahasa Inggeris mengagungkan bangsa asing?

Ramai orang kita yang membenci bahasa Inggeris kerana merasakan yang ia tidak penting serta rasa benci kerana merasakan bahasa kebangsaan dipinggirkan, namun kadang2 kita perlu belajar bahasa asing ini bukan kerana mahu mengagungkan bangsa asing tetapi untuk menuntut ilmu, memudahkan komunikasi dan juga nilai tambah dalam persaingan pekerjaan yang semakin global. Malah ada juga yang belajar bahasa Inggeris kerana minat, seperti mana orang belajar bahasa Korea sebab minat pada negara Korea dan bahasa Jepun kerana minat pada negara Jepun.

Pelukis: Dayang Deno. Layari blog beliau di Dayang Deno.


Zaman sekarang ini kita tak boleh nak elak yang Bahasa Inggeris sebagai bahasa global planet bumi yang merupakan pengantara dan medium antara negara2 lain. Di kebanyakan negara pun seperti negara Thailand, Jepun, Korea, Sepanyol, German, Belanda, Brazil, Argentina dan lain2 negara, selain menggunakan bahasa ibunda mereka, mereka akan belajar dan guna bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua atau alternatif.

Untuk apa?

Kerana bahasa Inggeris adalah bahasa pengantaraan di antara negara2 di dunia ini, dan kadang2 kita belajar bukan sebab kita suka tapi terpaksa. Jangan kata orang Jepun atau Korea boleh je berjaya dan maju walaupun tak pandai bahasa Inggeris? Jangan bandingkan kita dengan mereka. Nak maju bukan sekadar penggunaan bahasa. Kita takde sikap dan mentaliti seperti mereka.

Malah mereka sendiri pun dah mula belajar bahasa Inggeris dalam menempuh era globalisasi ini seperti yang tertulis dalam artikel dari Carlist.my ini - "Benarkah Industri Automotif Jepun dan Korea Maju Tanpa Bahasa Inggeris?"

Oh anda tetap tak mahu belajar bahasa Inggeris kerana berpegang teguh kepada prinsip Melayu anda?

Ok boleh sahaja, malah kita sebenarnya boleh je maju kalau tak belajar bahasa Inggeris pun, tapi jangan pula marah dan mencemuh jika orang lain yang boleh berbahasa Inggeris ada kelebihan dalam permohonan kerja, dapat menjual produk dan membuat urusniaga dengan orang2 dari negara lain, dapat kawan daripada negara2 lain serta boleh memperoleh ilmu pengetahuan yang ditulis bahasa Inggeris.


* Komik di atas adalah sedutan daripada buku Buasir Otak: The Komik [RELOADED] yang baru. Ada banyak lagi komik menarik di dalam buku Buasir Otak: The Komik ini. Untuk membeli boleh klik pada gambar di bawah:

Buasir Otak: The Komik




tags: bahasa inggeris english penjajah utama melayu malaysia agung barat jepun korea maju industri automatif kereta

5 ulasan:

  1. Aku antara orang yang pernah membenci bahasa inggeris suatu ketika dulu

    Tapi apabila semakin aku berfikir dan dewasa, aku menerima juga akan hakikat seperti yang dah dihuraikan di atas oleh PON

    Btw, aku tetap akan mengutamakan bahasa ibunda in 2 baru inggeris
    juga selain suka bahasa arab

    Cool Guy

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagus seriously hang memang handal membuat tajuk novel yang panjang seperti novel ringan jepun, good job!

      Padam
  2. Cikgu bahasa aku pernah pesan, tak pernah rugi orang yang belajar bahasa selain bahasa ibundanya.

    BalasPadam
  3. budak sekolah je rs nyer yg label english sbg bahasa penjajah. dah masuk U nnt faham la diorang. tu blom masuk dunia pekerjaan lg.

    BalasPadam
  4. Tak faham aku dengan perangai orang yang melabel penjajah tu. Ni bukan zaman perang keamanan negara dah.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.