Rabu, 11 November 2015

19 Bolehkah Sg. Klang dijadikan laluan alternatif?

Aku sebenarnya dah lama terfikirkan benda ni tapi dah lupa. Bila page Amran Fans upkan gambar orang naik sampan buatan sendiri kat sungai di tepi bandar yang tidak diketahui lokasinya ini mengingatkan aku balik pasal benda ni.

Dari dulu lagi aku terfikir, sebenarnya kalau ikut undang2, boleh ke kita naik sampan atau bot lalu kat Sungai Klang? Kalau boleh, aku rasa Sungai Klang ni dah boleh digunakan untuk dijadikan laluan alternatif bagi penduduk2 di Lembah Klang.





Bayangkan duduk kat Klang tapi kerja kat KL. Keluar rumah naik bot lalu Sungai Klang pergi KL, takde trafik jem, takde lampu isyarat, takde tol, sekejap je dah boleh sampai KL. Naik bot maintain 80km/j dari Klang sampai KL mungkin ambik masa setengah jam je.


Harga bot pun takde la mahal sangat kalau nak dibanding dengan kereta, bot sekali dengan enjin kalau yang biasa2 bawah RM10K boleh dapat.

Tapi jangan la pulak lepas ni bila ramai orang naik bot pergi pacak pulak tol kat tengah2 sungai tu.

Atau paling tidak pun, mungkin pihak berkuasa sendiri boleh membersih Sungai Klang yang sudah terlalu tercemar dan naiktaraf Sungai Klang serta sediakan bot penumpang macam bas bagi siapa2 yang nak guna Sungai Klang. Benda ni bukan suatu yang pelik pun, kat Sabah Sarawak pun ada je bot penumpang untuk guna laluan sungai, kat Thailand pun perkara ni dah biasa.


So lepas ni kalau ada menteri nak cakap "kalau tak nak bayar tol atau hadap trafik jem atau bayar pengangkutan awam mahal, guna jalan sungai" pun dah takde lah nak rasa marah sangat sebab sekurang2nya jalan sungai tu memang ada.




tags: naik bot sampan sungai klang enjin kuala lumpur gombak maps peta amran fans bugima

19 ulasan:

  1. zaman dulukala di sungailah org2 besar tahan sampan utk kutip cukai........

    BalasPadam
  2. Terfikir nak buat mcm 2..naik bot nak ke KLCC melalui sg. klang......baru badass. Tp kalau naik helikopter mmg LIKE A BOSS.

    Ada je negeri yg ada highway yg siap ada highway free....xde masalah pun sbb nmpk mcm dasar nak tolg rakyat...kenapa nak wat tol at the first place? By common sense, lalu tol adalah lebih ekspress cepat sampai n optional bg user nak pilih lalu tol ke x...mcm PLUS sy leh terima bayar tol jalan pintas ke utara selatan..tp in Klang Valley ni nmpk sgt nak ambil kesempatan kpd konsesi.

    Bg sy PLUS x perlu dihapuskan...tp tol2 kat KL ni yg kena hapuskan, nak dekat 10 jenis tol dalam KL ni yg berbayar. Sbb pergi mana2 dlm KL ni semuanya ada tol, melainkan naik motor, atau motorbot.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah la ayam. Bising bising buat apa. Tak suka tol? Pindah Kalimantan sana.

      Padam
    2. Dah apply pindah sana...xde job kat sana yg boleh bg same or better salary.

      Dah 2 minggu start gi kerja naik motor setelah bertahun2 naik keta gi kerja..solve issue.

      Padam
  3. Kan lepas ni semua pemilik bot kena caj parking tepi sg klang

    BalasPadam
  4. Rokok-nikotin,tar,arsenic (deadly poison) etc - no problem selagi byr tax. vape- nikotin,food flavour-korg dh tau ape jadi. Lepas ni klu naik motorbot atau sampan sekalipun bkn je tol, lesen bawak bot, insuran, river tax, tali pinggang keledar utk bot wajib pasang,cukai jeti, sewa sauh ikut jam, pas berlabuh, wajib beli jaket keselamatan ikut piawaian kerajaan, wajib lulus kelas berenang di pusat renang kroni kerajaan, denda oleh kementerian alam sekitar sekiranya minyak bot mencemarkan sungai, risiko karam krn ada org buang perabot hatta mesin basuh kt sungai, DLL ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. alah.. bila jadi apa-apa bila kau naik sampan/motorbot kau cari kerajaan juga, lain lah kalau kau kaya, ops..kat Malaysia ni kalau nak kaya kena jadi kroni kerajaan/pembangkang dulu, hahahaha

      Padam
  5. Di Malaysia ni.. selagi ada ruang, kerajaan, kroni, kontraktor, syarikat kapitalis, orang ramai sudah terbiasa ambil kesempatan atas kelemahan orang lain dan ianya HALAL dalam sistem kapitalis. Tauke bot akan naikkan harga bot. Entah2 ada yg naik jet ski pun boleh jadi. Bagi kerajaan, sudah tentu peluang kutip cukai dan insurance dpt dikutip dgn mudah. Begitu juga polis trafik akan diperkenalkan dgn jet ski berkuasa 10000 kuasa kuda utk mendidik warga jetski supaya lebih tertib di sungai2.

    Atau mungkin ada kementerian akan mengharamkan penggunaan sungai mcm vape juga. Ketahuilah yg kerajaan kita menjalankan perniagaan, bukan kerajaan buat kebajikan. Kalo boleh, setiap kali sedut nafas masuk hidung pun menteri nak taruk meter kpd rakyat sebagai cukai oksigen. Sekali sedut 10 sen.. ada subsidi lagi. Lama2 subsidi dimansuh, kene bayar penuh RM3.00 sekali sedut oksigen.

    Usah harap benda muluk2 lagi dari gomen dan manusia. Berapa lama lagi sanggup kita ditipu? Bila la kita akan sedar dari ditipu? Susah sangat ka nak sedar? Tak sedar2 lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa yang anda nak sampaikan sbnrnya? Tukar gov?

      Biase la...kalau nak senang & cepat kaya, kena selalu tipu orang. Time kutip mmg laju, time nak beri balik batang hidung susah nak nampk...

      Padam
    2. alah..kalau kau ada kuasa pun kau jadi 2x5 je dengan diorang

      Padam
    3. ATTACK PERSONAL DETECTED.......biasakan diri nak counter komen guna fakta utk isu berkaitan, x perlu nak attack personal supaya nak nmpk menang.

      Tp sy akui, bila sy diberi kuasa yg sama, potensi utk melakukan benda yg sama akan wujud..bergantung pada diri sendiri, jadi pemimpin supaya nak kumpul wang/harta atau tolong rakyat...action talks louder than words...jd pemimpin yg berkuasa mmg dugaannya besar, jgn ckp nak cari duit senang, org nak hulur duit pun senang nak dpt kontrak.

      Padam
    4. Ikut pembacaan saya, kata kuncinya ialah "Ketahuilah yg kerajaan kita menjalankan perniagaan, bukan kerajaan buat kebajikan.".

      TNB, PETRONAS, Syarikat Air mula-mula dibina dengan dana rakyat. Akhirnya diberi percuma (baca: faraid sesama kawan) utk mendapatkan untung masuk kocek masing-masing berlipat ganda.

      Belum pernah dalam sistem kapitalis Malaysia ini berebut-rebut berbuat kebajikan. Semuanya berniaga ala MLM. Paling kurang pun, untungnya nampak sedikit, tapi volumenya hehe.. lihat kutipan zakat, berapa kerat umat Islam dibantu? Harap Ayam maklum.

      Tukar gomen adalah jump to final conclusion yang mana kebolehtukarannya adalah hampir mustahil. Sistem korupsi sudah selesa dengan selera para menteri dan pegawai atasan. Bukan sedikit jumlah dan pengaruh mereka ini, saling membantu membodohkan rakyat demi keselamatan mereka terjamin oleh undang-undang mereka sendiri sendiri melaksana dan ada jentera yang utuh saling memerhati dan mengawasinya dengan kudrat kuasa wang yang dikumpulkan dari rakyat sendiri.

      Memang tidak dinafikan, dunia akhir zaman ini, hampir tiada manusia yang susah gelap mata. Jika jumlah yang ada pun, sebilangan kecil sahaja. Lojiknya dengan kudrat sebilangan kecil ini, mana mampu melawan kuasa korupsi yang begitu berselera membarah dalam masyarakat. Tok-tok imam ramainya pun sudah gayat dengan elaun 900 sebulan.

      Padam
    5. Ayam, ayam, ayam dan ayamas. Lu mengaku kalau lu ada kuasa mungkin akan salah guna? Maknanya lu bukan jenis kuat pendirian. Sebab apa? Retorik yang diwujudkan dah jadi parut dalam minda masyarakat. "Kalau sape pun jadi pemimpin MESTI same je perangai. Rasuah". Ini pemikiran negara kelas ketiga. Pemikiran bomoh, angan angan peramal masa depan.

      Padam
  6. Bahaya dan xboleh nak kembangkan.

    Klu sungai besar mcm sungai kat China boleh la buat angkut kargo.

    Jangan diikut Arman Fans tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Idea sbnrnya dah bagus, tp praktikal xleh buat....sbb sg klang bukan sepanjang sungai luas n xde halangan, ada certain kawasan buat perangkap sampah, ada yang lalu terowong kecil especially dah masuk KL...melainkan mcm sungai rajang kat sarawak yg mmg luas n ada bot ulang alik dari hulu ke pedalaman sungai.

      Berangan nak ada pintu sukahati Doraemon...nak gi kerja senang, nak gi oversea senag, nak gi buat haji/umrah senang..berangan je la...

      Padam
  7. di Kelantan, masih ada yg guna bot untuk ke bandar Kota Bharu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bang.. tengoklah sungainya besar mana. Sungai Gombak tu sebenarnya taraf parit taik je.

      Padam
  8. Best layan negeri tanpa telinga..

    BalasPadam
  9. no more tol! sungai pun sungailah

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.