Jumaat, 6 November 2015

11 Betapa kita suka menghukum dan menyalah erti

Awal minggu hari tu hangat isu di kalangan netizen terutama di page Amran Fans iaitu photoshoot gambar konvo dengan ayahnya yang bekerja di ladang dan juga gambar sebuah keluarga yang memuatnaik gambarnya di FB sedang menolak ibunya yang berkerusi roda di pusat membeli belah.

Kedua2nya gambar ini telah mendapat kecaman hebat daripada ramai warga maya yang mempersoalkan keikhlasan, riak dalam melakukan kebaikan, batak like, pergunakan mak bapak untuk meraih populariti di media sosial dan sebagainya.

Aku pernah berkongsi artikel "Budaya riak dan takbur tanpa disedari" dan juga "Riak siber zaman moden di laman sosial" sebelum ini, namun untuk kedua kes ini, aku ada pendapat yang berbeza.


Pertama adalah gambar photoshoot seorang wanita di kebun kelapa sawit bersama ayahnya. Seriously, apa masalahnya dengan gambar ni? Malah gambar ini pun kita tak tahu diambil untuk apa. Mungkin ia diambil untuk dimasukkan dalam albumnya sendiri sebagai kenangan, masuk dalam buku motivasi atau apa2 program yang dapat memberi inspirasi kepada orang lain bahawa anak seorang petani atau pekebun pun boleh berjaya ke menara daging... i mean, gading.

Nak kata dia riak, aku tak nampak apa yang dia boleh riakkan. Lainlah kalau ayahnya kaya, bergambar pula dengan hadiah sebuah kereta BMW, ya itu memang riak. Yang aku nampak, dia bangga dan tak malu dengan pekerjaan ayahnya yang membiayai pelajarannya sehingga dia berjaya memperoleh kejayaan.

Nak kata dia berlakon, of course la mereka nak kena berlakon, dah namanya pun photoshoo, malah aku yakin ayah dia sendiri setuju dan tidak kisah nak buat photoshoot tu. Yang orang lain pulak sentap lebih2 sangat dah kenapa?


Bila Miss Thailand 2015 ambik gambar melutut pada ibunya pengutip sampah, orang puji melangit, kata anak yang mengenang budi, tak lupa asal usul dan sebagainya. Bila anak Melayu ambil gambar berjubah konvokesyen dengan ayahnya di kebun kelapa sawit, kena hina pula cakap mempergunakan ayah, berlakon, riak dan sebagainya. Double standard betul.


Yang kedua, gambar keluarga yang sedang tolak ibunya yang berkerusi roda di pusat membeli sambil menulis caption "Nak segan apa tolak mak, kami happy bawak mak jalan2 kat shopping mall walaupun orang sekeliling pandang pelik".

Sekali lagi, baca sekali memang rasa macam riak, nak tunjuk baik, sanggup gunakan mak untuk dapat Like dan sebagai pandangan negatif. Tapi bila tengok balik, ramai je pun yang kongsi benda macam ni kat FB, so apa yang nak dihairankan?

Berdasarkan caption tu, dia tulis "mak tanya tak segan ke tolak mak kat MyDin ni?" dan dia jawab "Kenapa nak segan". Conversation tu happen dan dia rasa happy lalu berkongsi kat FB dia sendiri. Dan kalau nak kata dia riak, bagi aku dia berbangga dengan ibu sendiri walaupun ibunya berkerusi roda.

Tapi ini ada yang kata, "Baru first time bawak mak jalan2 ke sampai jakun sangat nak post kat FB?" seperti mereka kenal sangat dengan tuan punya post sampai boleh menilai sebegitu sekali. Malah cakap mereka batak Like dan sebagainya, korang memang tahu ke dia post gambar tu kerana semata2 mahukan Like di FB?


Dan ayat akhirnya dia tulis "Walaupun time tu orang sekeliling dok usya pelik je" tu yang banyak mengundang komen orang bila orang komen "Kenapa nak kena cakap orang tengok pelik? Aku tengok tak pelik pun? Takde orang rasa pelik pun?"

Realitinya, ramai orang kita yang suka beri suatu pandangan pelik yang sangat menjengkelkan bila nampak orang istimewa, yang OKU, yang berjalan tempang, yang ada kecacatan fizikal, yang memakai tongkat, yang berkerusi roda dan sebagainya.

Walaupun ada yang cakap pandangan tu sebenarnya pandangan simpati, tapi seriously, jika orang selalu memberi pandangan sebegitu, ia sebenarnya sangat mengguris hati dan perasaan lebih2 lagi ahli keluarga terdekat. Korang boleh baca balik artikel ini "Situasi yang biasa dihadapi jika ada anak OKU".

Akhir kata, aku harap masyarakat kita hari ini, cukup2lah menghukum sampai benda2 yang sebegini pun nak diperbesar dan dipersalahkan sehingga orang tersebut menjadi bahan ejekan dan hinaan dari netizen. Benda macam ini terlalu kecil untuk disalah erti dan bersangka buruk jika nak dibandingkan dengan isu lain yang lebih besar dan penting untuk dihighlightkan.

Kita sendiri pun bukanlah hebat dan sempurna mana sampai semua benda nak hina dan kutuk orang ini salah itu salah, orang tu tak betul kita je lah yang betul.



tags: gambar photoshoot graduan konvo ayah pekerja ladang kebun kelapa sawit jubah anak tolak ibu mak kerusi roda tak malu segan miss thailand anak pengutip sampah amran fans

11 ulasan:

  1. bila monyet dapat internet..... hahahahahaha

    BalasPadam
  2. one word.............meleisssssssssssssssssssssss

    BalasPadam
  3. Hukum org mmg kita paling cepat...sbb ada ruangan komen....tp hukum bacaan al-quran ramai lagi x tau....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belajar entah..buku tajwid pun xdak kat umah.. nak tau hukum camana..

      Meleis belajar level canggih.. dengar je dah pro segala... x payah buku.. tak payah tulis.. x payah kaji.. x payah exam..sama mcm bersyarah kat unta sambil mengunyah chewing gum ja.. sumer meleis memori tinggi tahap gaban..

      Padam
    2. Mr google la katakan...belajar kat internet sikiot dah bajet pandai/pro/degree utk benda dia interest.

      Padam
  4. pada saya tak perlu semua benda nak letakkan dalam fb, kecualilah buat fb tu jadi diari (private account) dan ada org2 tertentu je yg dalam circle. bila dah terlalu ramai kenalan, ada yg akan tikam belakang, sebarkan kelemahan kita dsb. lebih teruk lagi skrg musim viral, apa pun boleh jadi kemungkinan.

    BalasPadam
  5. Sebab itu Islam mengajar kita supaya bersangka baik.

    BalasPadam
  6. Batak like.. haha.. meleis.. standard la..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.