Sabtu, 28 November 2015

11 Nak kritik orang pastikan kita tidak dua kali lima

Apabila kita mengkritik perbuatan atau sikap seseorang yang tidak selari dengan kita, kita sebenarnya telah mejadikan perkara yang berlawanan dengan kritikan kita itu sebagai prinsip diri kita. Sebagai contoh jika kita kritik orang makan rasuah, secara tidak langsung tidak makan rasuah itu akan menjadi prinsip kita. Kita kritik orang yang taksub pada hiburan, secara tak langsung tidak fanatik pada hiburan itu menjadi prinsip kita. Kita kritik orang yang hisap rokok dan vape, secara tak langsung tidak merokok dan hisap vape itu sudah menjadi prinsip hidup kita.

Ini kerana jika kita kuat mengkritik orang lain tapi akhirnya kita juga sama macam orang yang kita kritik, ia menunjukkan yang kita sebenarnya langsung tiada prinsip dan hanya pandai berkata2 sahaja, ibarat meludah ke langit, akhirnya muka kita sendiri juga yang basah.


Pelukis: Zyraroxx. Layari blog beliau di ZyraRoxx | Keep in Roxxin!


Paku dulang paku serpih,mengata orang dia yang lebih.
Paku serpih paku kepala rata, mengata orang lebih2 jangan sampai kita pun 2x5 juga.

Kalau tak baik diam sahaja, sekurang2nya takde la nampak tahi sangat.


* Komik di atas adalah sedutan daripada buku Buasir Otak: The Komik [REVOLUTION] yang baru. Ada banyak lagi komik menarik di dalam buku Buasir Otak: The Komik ini. Untuk membeli boleh klik pada gambar di bawah:

Buasir Otak: The Komik




tags: mengata orang dia yang lebih kritik paku serpih dulang

11 ulasan:

  1. xcerita banyak ProoooOoOoOOoOoOoTTTTTTTT arghhhhhh lega baq hang~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila boleh baca entri kau ni rosli? Apasal huruf t byk sgt? Biasanya ko creeeeeetttt, tapi apapun, ProOO00ootTt dimuka kau

      Padam
  2. ada orang dia kutuk orang pasal penulisan blog.. konon kat blog dia tak tulis macam yang dia kuutuk orang tapi walaupun dia tak tulis perkara yang di kutuk orang tulis kat blog dia pun sebenarnya tulis benda yang sama cuma bukan kat blog tapi kat media sosial lain. Bila orang pertikai.. dia jawab dia cerita pasal blog. Konpius aku dengan spesis macam ni. hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan ko je konpius.aku pun konpius ape benda ko cakap ni

      Padam
  3. Byk kes ni berlaku kat dlm blog BO ni........mengata org tp diri sendiri pun 2x5, cuma skala yg berbeza

    BalasPadam
    Balasan
    1. lagi2 najis ayam tu berak merata2 ceittt, CreeeeeeeeeTT kat muka Ayam Afrika arghh lega bak hanggg

      Padam
  4. Mengata dulang, paku serpih
    mengata orang, awak/aku yang lebih..
    (Kamus Istimewa Peribahasa Bahasa Melayu, susunan Abdullah Hussain)

    BalasPadam
  5. Mengata dulang, paku serpih
    mengata orang, awak/aku yang lebih..
    (Kamus Istimewa Peribahasa Bahasa Melayu, susunan Abdullah Hussain)

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.