Iklan Leaderboard

Rabu, 11 November 2015

12 Pemain game Starcraft 2 dari Korea yang badass

11 November 2015 adalah tarikh pelancaran expansion pack terakhir bagi sebuah RTS (Real-Time Strategy) game yang popular di seluruh dunia iaitu Starcraft 2: Legacy of The Void melengkapkan siri trilogy game Starcraft 2. Siri pertama iaitu Wings of Liberty dilancarkan pada tahun 2010 manakala siri kedua Hearts of Swarm pula dilancarkan pada tahun 2013.

Bersempena dengan pelancaran trilogi terakhir ini juga, pembangun game ini iaitu Blizzard Entertainment telah menganjurkan sambutan BlizzCon di mana antaranya terdapat kejohanan Starcraft 2 serta perlawanan persahabatan antara pemain2 professional lagenda.


Beberapa hari lepas perlawanan ini ada ditayangkan secara live di channel Astro Supersport HD 808 antara team yang diwakili pemain professional Snute dan TLO menentang Huk dan MC di mana MC merupakan orang Korea Selatan manakala yang lain semua mat saleh, dan team yang diwakili salah seorang top player dari Korea tu menang bergaya dengan mata 3-0.

Selepas tamat je game, hos rancangan menyoal beliau bagaimana dia begitu hebat membelasah pasukan lawan dan dia jawab "I don't know. Maybe because I'm Korean?"

Badass.



Untuk makluman, selain daripada culture hiburan K-Pop, orang Korea memang power dalam game multiplayer macam Starcraft, Warcraft, Dota, LoL dan lain2. Video berikut menunjukkan demonstrasi betapa lajunya pemain professional dari Korea bermain game2 ni.


Aku harap satu hari nanti akan tiba satu masa di mana orang Malaysia punyalah hebat dalam sesuatu perkara dan bila orang luar tanya apa rahsia kehebatan anda, orang tu akan jawab;
"I don't know. Maybe because I'm Malaysian?"
atau 
"Saya tak tahu. Mungkin kerana saya orang Melayu?"




tags: starcraft 2 legacy of the void lotv online release date blizzcon exhibition match huk/mc vs snute/tlo live streaming video korean gamers apm demonstration action per minute

12 ulasan:

  1. haha laju gila jari dorg. aku main dota pn terkial2 smpai salah tekan pastu mati. haha

    BalasPadam
  2. Saya tak tahu, Mungkin kerana saya Mrs. A.


    BalasPadam
  3. laju gila ak pernh tengok video dokementari tournament 2 tahun leps memang power2 orang korea... no wonder game online pc diaorang la king....western jepun banyak game dia kat konsol tapi pc korea la king....grafic pun kalah company us fallout 4 mehhhhh

    BalasPadam
  4. Budaya kita tak suka anak main game banyak-banyak.
    Tapi masa kecik, nak senyapkan budak kasi jugak tab tu buat main game. Hahahah

    BalasPadam
  5. Gile kentang laju...kalau PC main pun x selaju mcm 2 kot.....

    Dulu org ckp main game ni xde faedah, no outcome sbb just hiburan je...tp skrg main tournament mcm kat tv skrg pun leh dpt beribu2 kalau menang...tp kerjaya mcm 2 xleh tahan lama smpi umur 60 smpi ada skim persaraan.

    Tp kbykan pemain game ni yg level international semua nerd2 xleh bla..jenis x jaga penampilan. Recenly ada tgk pengacara interview gamerz ni...yg menanya jenis cun hotstuff, tp sekali tgk gamerz korean 2....speeachless, xde selesa...tp bnda yg berlaku ni x berlaku pd semua org. Tp sy akui main game strategi ni bagus utk otak berfungsi dgn cekap n pantas..tp kena control supaya dpt balance life.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nerd ke, penampilan ke, lantak dia la. Dia expert dalam bidang yang tak perlu semua tu. Nak tau rahsia negara maju? Bile pikiran rakyat maju dulu. Macamana pikiran rakyat nak maju kalau disalahkan rumput punca lembu naik harga. So, move on ayam. Jadi KFC.

      Padam
    2. Sy kenal banyak version nerd...asalkan jaga penampilan sy x kisah. Ini smpi triple chin, berat maybe dekat 100kg lebih, rambut x sikat, muka x jasa...pas2 interview oleh berita dunia....agak kesian. Penampilan kdg2 mecerminkan negara anda wakili. Tp isu ini bukan mewakili semua nerd yg ada.

      Ada kawan sy kaki gamerz power gile, hari2 main game DOTA tp yg xleh bla pointer exam semua power xleh bla. Tp sembahyang, penampilan tetap dia jaga..cuma suka pakai selipar pergi kelas.

      Padam
    3. Ah...... biar la. Orang korea pun ok je. Kawan lu tu bukan world standard gamers, sebab tu dia sempat jaga penampilan.

      Padam
  6. ko dh main blom noob game legacy of void ni? ko bli dkt steam ke or beli cd pirate?

    BalasPadam
    Balasan
    1. belum main lagi expansion baru ni. biasa beli kat kedai komputer je yang ori sebab yang pirate tak boleh main online dan multiplayer. btw game ni takde kat steam, dia ada jual kat battle.net je.

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...