Iklan Leaderboard

Isnin, 30 November 2015

11 Belasungkawa: Pak Yus Jambu dalam kenangan

Satu2nya rancangan TV yang aku rasa dekat dengan diri aku adalah pertandingan Maharaja Lawak. Dah 4 tahun aku menjadi pengkritik tak berbayar membuat ulasan bagi pertandingan Maharaja Lawak pada tahun 2011 serta Maharaja Lawak Mega bagi tahun 2012, 2013 dan 2014. Maka apabila tahun ini tiada pertandingan paling besar bagi pelawak2 tanah air ini aku rasa macam tak best sikit.

Bagi yang pernah mengikuti ulasan Maharaja Lawak di blog ni, maka mereka pasti tahu aku ada peserta favorite, iaitu Nabil dan juga kumpulan Jambu. Maka apabila aku terdengar berita Pak Yus Jambu meninggal dunia akibat serangan jantung pagi tadi, aku memang benar2 terasa atas pemergian beliau sebab Pak Yus antara pelawak yang bagi aku dekat betul dengan hati aku.


10 perkara tentang Yus Jambu

Tidak ramai sebenarnya pelawak di Malaysia yang mampu berada dekat di hati rakyat Malaysia. Selain pasaran yang terhad, hakikat bahawa tidak ramai yang mampu menjadi pelawak berkualiti juga menjadi penyebabnya.

Namun dalam golongan yang kecil itu, nama Yus Jambu antara yang mekar dan mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Justeru tidak hairanlah, pemergiannya ditangisi ramai.

Mari kita imbas kembali perjalanan hidup Yus.

1. Yus, atau nama sebenarnya Yussry Edoo, dilahirkan pada 15 Mac 1976 dan berasal dari Kangar, Perlis.

2. Mula menceburi bidang seni pada tahun 2001 selepas menyertai pertandingan Sinaran Pasport Kegemilangan anjuran sebuah stesen televisyen.

3. Bakatnya mula mendapat perhatian apabila menyertai pertandingan Raja Lawak musim pertama pada tahun 2007, seterusnya dinobatkan sebagai juara.

Yus dalam program Raja Lawak pada tahun 2007.

4. Pada tahun 2011, Yus bersama Tauke membentuk kumpulan Jambu dan menyertai Maharaja Lawak Mega. Mereka berjaya mendapat tempat keempat.

5. Gandingan kedua-dua mereka muncul naib johan Maharaja Lawak Mega edisi 2012.

6. Pernah dinobatkan sebagai Pelakon Teater Terbaik Kebangsaan pada tahun 2004.

7. Sudah terbabit dalam lebih 20 buah drama dan 11 buah filem.

8. Antara tagline Yus yang paling mendapat perhatian adalah 'Boleh tuju lagu', 'kicap ada kicap', 'Yaya Toure Manchester City', 'apa pun tak boleh' dan 'kokdiang'.

9. Yus antara artis yang aktif bersama Kelab Sukan Artis Malaysia (MASC).

10. Yus dilaporkan rebah selepas menjayakan Raja Band di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Dia kemudiannya dikejarkan ke Hospital Selayang namun meninggal dunia kira-kira jam 12.15 pagi semalam.

Sumber Astro Awani.

Dalam kumpulan Jambu, jika Tauke feeder, Yus adalah killer. Setiap kata dan perbuatan Tauke di atas pentas pasti akan disambut dan dibalas dengan kelakar oleh Yus. Dengan komedi yang lucu, selamba dan tidak disangka2, bak kata Mamat Khalid lawak mereka yang bertahap Internationale, sukar untuk mencari penggantinya.

Bagi mengenang pemergian beliau, aku kongsikan antara video persembahan yang bagi aku antara yang paling menggeletek hati sepanjang penglibatan beliau dalam Maharaja Lawak.

Maharaja Lawak 2011 - Minggu 2

Maharaja Lawak 2011 - Minggu 6

Maharaja Lawak 2011 - Minggu 7

Maharaja Lawak 2011 - Minggu 9

Maharaja Lawak 2011 - Minggu 12

Maharaja Lawak 2011 - Minggu Akhir

Maharaja Lawak Mega 2012 - Minggu 1

Maharaja Lawak Mega 2012 - Minggu 2

Maharaja Lawak Mega 2012 - Minggu 3

Maharaja Lawak Mega 2012 - Minggu 5

Maharaja Lawak Mega 2012 - Minggu 8

Maharaja Lawak Mega 2012 - Minggu 4

Maharaja Lawak Mega 2013 - Minggu 6

Minggu Lawak Mega 2013 - Minggu 7

Maharaja Lawak Mega 2013 - Minggu 9

Maharaja Lawak Mega 2013 - Minggu 11

Maharaja Lawak Mega 2013 - Minggu Akhir


Akhir kata, daripadaNya kita datang, kepadaNya jugalah kita kembali. Marilah kita sama2 mendoakan agar arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan dirahmati Allah Taala.

اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه 
"Allah berikan keampunan kepadanya, sayangilah dia, maafkanlah dia, ampunkanlah dia"


Tenanglah kamu di sana anak seni... Terima kasih kerana telah menghiburkan kami selama ini. Kami pasti akan merindui telatah dan jenakamu.




11 ulasan:

  1. xnak jadi fanatik tanpa nama yang suka kentut kat setiap post, apapun semoga Allah S.W.T. ampun dosa beliau, diri saya, penulis dan manusia muslim sekalian..

    BalasPadam
    Balasan
    1. prooooOOOOOooootttTtttTTTt !

      Padam
  2. sedih baca.. Al fatihah...jambu dah xde pasni huhu

    BalasPadam
  3. amin. dah dua raja lawak mati. Harun salim bachik dan yus.

    BalasPadam
  4. إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

    “Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada-Nya jua kita kembali”

    Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin

    Cool Guy

    BalasPadam
  5. Al fatihah...tak sangka dia sudah meninggalkan kita

    BalasPadam
  6. Al fatihah...tak sangka dia sudah meninggalkan kita

    BalasPadam
  7. Tersangat terkejut bila dengar berita nie.. al-fatihah kepada arwah pak yus

    BalasPadam
  8. Innalillah hiwainna ilaihirojiun. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Aamiin.

    BalasPadam
  9. Pengajaran...mati itu datang bila2 je..xkan lambat sesaat atau cepat sesaat. Doakan beliau bersama golongan org2 beriman...layan kumpulan Jambu..lg suka Yus dr Tauke.

    BalasPadam
  10. Al fatihah utk arwah pak yus dn takziah sya sekeluarga utk, keluarga arwah pak yus semoga terima pemergian arwah... Semoga arwah tenang di sana... Di sisi allah s. W. T amin.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...