Rabu, 4 November 2015

10 Saranan bernas bangun awal pagi untuk elak tol

Pagi ni memang pelik.

Aku bertolak kerja macam biasa pukul 8 pagi tapi jalan tak jem macam biasa. Nak menyumbang dalam pembinaan sekolah dan hospital dengan membayar tol pun lancar je takde jem pun.

Nampaknya ramai orang ikut saranan menteri bertolak awal pagi ikut jalan takde tol. Kesian diorang mesti kena hadap jem pagi2 buta lagi.

Terima kasih menteri kerana memberi saranan yang sangat bernas serta sentiasa prihatin dan peka dengan aspirasi nadi denyut urat saraf degupan jantung rokyat jelata.


Dia macam ni...

Hari ini kau jual sebungkus nasi lemak RM1.
Ada 100 orang beli nasi lemak, jualan kau RM100

Minggu depan kau jual sebungkus nasi lemak RM1.20.
Pelanggan berkurang sebab kau naikkan harga, dapat dalam 60 orang beli nasi lemak kau, jualan kau RM72.

Mana lagi untung?
Jual harga murah tapi ramai pelanggan, atau jual harga mahal dengan kurang pelanggan?
Sudah tentu jual harga murah tapi ramai pelanggan.

Lain halnya dengan tol.
Setiap tahun jumlah kenderaan semakin bertambah.
Setiap tahun jumlah kenderaan yang menggunakan lebuhraya semakin bertambah.
Maka kalau kadar tol dikekalkan pun, setiap tahun keuntungan pasti meningkat kerana orang yang bayar tol semakin meningkat.
Tapi bila kadar tol dinaikkan, jumlah kenderaan yang guna lebuhraya tak semakin turun pun, menjadikan keuntungan syarikat tol semakin berlipat kali ganda.

Oh ya, ada perjanjian konsesi yang menyebabkan kenaikan tol tidak dapat dielakkan.
Habis tu, kenapa cerdik pandai sangat letak janji dalam manifesto pilihanraya nak turunkan kadar tol?

Kemudian, ada yang lebih cerdik suruh rakyat bangun awal pagi dan lalu jalan biasa dan jalan altenatif tidak bertol untuk elak kesesakan.

Sumber Free Malaysia Today dan The Malay Mail Online.

Aku tak mahu komen banyak pasal jadual harian, kesibukan serta pengurusan diri setiap orang itu tidak sama seperti hantar anak ke sekolah, nursery tak buka pagi2 buta dan sebagainya, tapi kalau ramai orang ikut saranan tersebut untuk bangun awal dan guna jalan biasa, jalan biasa itu akan sesak juga di awal pagi.

Dan tahukah anda, di Lembah Klang, ada kawasan yang tiada jalan biasa yang tiada tol pun kerana jalan "biasa" yang mereka lalu itulah ada tol, seperti contoh di Puchong. Nak masuk dan keluar Puchong dari atau ke Shah Alam dan Sunway, hanya ada satu jalan "biasa" sahaja iaitu dengan menggunakan Lebuhraya LDP yang bertol.

Begitu juga di Saujana Putra. Nak masuk atau keluar dari kawasan ini memang wajib lalu lebuhraya bertol kerana tiada jalan biasa tidak bertol lain yang layak digunakan untuk keluar masuk ke kawasan ini.

Ya, memang ada juga satu dua jalan lain yang boleh digunakan untuk mengelakkan tol, tapi jalan2 tu langsung tak layak dipanggil jalan biasa, lebih kepada lorong dan laluan lori.

Maka mereka bagi lagi saranan suruh orang naik pengangkutan awam untuk berjimat dan elakkan kesesakan. Dan ya, tambang pengangkutan awam pun naik juga.

Jika rakyat mencipta kereta yang boleh terbang untuk mengelak tol dan kesesakan jalan raya, tak mustahil tol yang boleh terbang juga akan dicipta, atau keluarkan hukum yang kereta terbang itu haram.

Kredit gambar Kedai Gambar 69

Pusing la celah mana pun, kitalah yang kena kencing, kitalah yang kena tanggung.

Memang terbaik...


Sebab itu dunia politik itu ibarat rancangan wrestling WWE.

Dalam WWE, walaupun peminatnya tahu mereka cuma berlakon dan sudah dirancang, mereka tetap bersorak dan memberi sokongan padu kepada ahli gusti kegemaran mereka.

Begitu juga dengan politik, walaupun penyokong ini tahu pemimpin politik banyak berlakon dan tipu mereka, mereka tetap akan bersorak dan terus memberi sokongan padu.



tags: bangun awal pagi untuk elak tol jalan biasa alternatif rahman dahlan menteri kota belud lebuhraya jalan sesak trafik jam

10 ulasan:

  1. mmm... jangan lah jadi macam peminat wrestling tu... kita pilih sukan lain pulak... :d

    BalasPadam
  2. Bro just nak komen pasal nasi lemak tu.
    Kalau jual sebungkus RM1, katalah modal sebungkus 70sen, so untung 30sen.
    Org beli 100 bungkus, RM0.30 x 100 = RM 30 untung

    Kalau jual sebungkus RM1.20, modal sama 70 sen, untung 50sen.
    Tapi cuma 60 bungkus je terjual, RM0.50 x 60 = RM30 untung

    Kan sama je tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya cuma bagi contoh daripada segi jumlah jualan bukan keuntungan. Ya pengiraan awak juga betul, tapi boleh juga diandaikan modal mungkin juga naik, kekal dan sebagainya, dan jumlah jualan juga boleh jadi kurang atau lebih dari 60 bungkus. Cuma akhirnya, saya hanya mahu beri gambaran mengenai perbezaan kenaikan harga barang dengan kenaikan kadar tol. Tapi pengiraan awak tu betul juga, I salud u.

      Padam
  3. X kira sapa jd menteri x kisah BN atau PR (in future)..statement yg sama akan diberi...kesimpulan, statement org politik mmg xleh pakai, sakit hati je lebih. Masa berkempen je la janji mcm2.

    Nak tgk sape yg berani hapuskan tol satu malaysia, tabik spring sy bagi....sy satu hari pergi balik habis RM10, satu bulan fhm2 je la...tgh plan nak pakai motor gi kerje, kalau mati accident sy salahkn semua pihak yg menjayakan konsep tol ni, x kira gov atau pemegang saham konsesi.

    BalasPadam
  4. hmm, penatlah nak maki menteri ni..
    takhta menteri terbangang ni banyak sangat calonnya..

    BalasPadam
  5. Bagus la kalo sumer jalan di KL dilaksanakan tol. Patutnya rakyat bersyukur sbb ada tol. Lihat Sabah dan Sarawak... xder tol . sbb tu mereka mundur. Menteri ni sudah tentu menyesal x sudah2 kerana Borneo xder lebuhraya.

    Aku sarankan.. polis dan JPJ juga memperhebatkan pengumpulan saman2 trafik dgn saman diselaraskan menjadi RM500000 -1000000. Buang sampah pun denda 50000.. saman trafik patut lebih tinggi. Duit2 saman ni boleh digunakan utk menangani segala rungutan rakyat mengenai penambahbaikan infrastruktur pengangkutan awam.

    Kami tau yg menipu itu satu ibadah kudus Menteri2 BN. Tak heranlah semua pegawai2 kerajaan turut berlumba2 melaksanakan ibadah kudus ni.

    BalasPadam
  6. mereka yg masih dok mengundi kerajaan bn ni tak terkesan dgn kenaikan tol, harga minyak dan gst lagi. beri peluang pula kpd pihak alternatif utk perintah. jka keadaan tak berubah jg, pilihanraya seterusnya kita tukar pula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pembetulan : ... ni tak terkesan KE dgn kenaikan........

      Padam
  7. Bongoknya masih nak mengharap pada manusia2 politik ni.. nik aziz sendiri pun sampai mampus tak tunaikan janji2 dia..

    masih lagi dungu percaya ngan org politik..

    BalasPadam
  8. oh rozana

    di kejauhan ini aku merasa bait bait wajahmu
    yg terukir di sekeping bisjut yang layu
    di keringat pedih jejaka bangla
    adakah dikau turut merasa royi yg telah diberi oleh bangla

    oh rozana

    memikir sepi di lautan ombak bisjut dan royi
    mendamaikan suasana suram pada jejaka bangla
    adakah dikau masih mengerti
    pahat ketulusan pada bisjut dan royi

    oh rozana

    kembalikan bisjut ini pada jejaka bangla
    walaupun sedikit waktu tertentu
    royi ini bakal menjadi milikmu
    akhirnya tewas dilautan hempedu

    oh rozana

    marilah kita bersama
    merasai nikmat bisjut dan royi
    yg telah dibeli di kedai jejaka bangla
    walaupun ada sedikit kekalutan
    di persada maya membelai duka nestapa

    nak royi?

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.