Selasa, 10 November 2015

9 Sertai Kursus Komik Digital secara Percuma!

Bagi mereka yang ingin mendalami dan memperolehi ilmu melukis komik secara digital, ini adalah peluang anda. Perbadanan Kota Buku akan menganjurkan Kursus Komik Digital yang bertempat di Tingkat 24, Maju Tower, Kuala Lumpur selama 3 hari iaitu pada 21 hingga 23 November 2015. Yang lebih menarik, TIADA YURAN dikenakan kerana ia adalah PERCUMA/FREE!

Program ini juga amat sesuai untuk pelajar2 sekolah kerana ia diakadan pada cuti sekolah. Makan dan ruang solat juga disediakan dan setiap peserta akan mendapat sijil penyertaan setelah tamat kursus. Bagi yang berminat, boleh hubungi 03-2630 6882 untuk pendaftaran atau daftar di sini: http://kotabuku.my/digital-comics-for-the-future/

Jangan lepaskan peluang ini, sertai sekarang!


Berikut adalah sedikit latar belakang mengenai program ini:

Pengenalan

Perkembangan dunia teknologi internet telah membawa kepada revolusi baru di dalam dunia, dimana konvergensi media dan fenomena media sosial telah mengubah konsep perdagangan konvensional dunia. Dengan penggunaan yang semakin meningkat, Telefon pintar, tablet dan bacaan skrin desktop, penerbit-penerbit bahan bercetak utama telah mula memperkenalkan komik, novel grafik dan Manga di dalam format digital.

Apa Itu – Komik Reaktor? 

Komik Reaktor adalah satu inisiatif yang dibangunkan dengan kerjasama antara Aerominda Sdn. Bhd, Perbadanan Kota Buku (dibawah kementerian pendidikan) dan Multimedia Development Corporation / MDec (dibawah Kementerian Sains & Teknologi)

Dibentuk untuk memacu Industri Komik Malaysia, dengan mencungkil bakat – bakat muda dimana pelajaran dan latihan diberi  secukupnya untuk menyaingi pasaran antarabangsa.

Menyediakan kemahiran yang secukupnya untuk mengeksport bakat–bakat tempatan ke pasaran antarabangsa dan menandingi saingan sedia ada.

Antara program – program dibawah Komik Reaktor adalah:-

1.    Training On Digital Comics
2.    Komik Reaktor – Realiti Tv Program
3.    Festival Komik Reaktor (Tahunan)

Apa Training on Digital Comics?

Ia adalah kursus intensif bagi pelajar – pelajar yang mahir dalam bidang melukis Komik, menulis cerita, menulis plot, mahir mewarna.  Pelajar – pelajar akan di beri pendedahan kepada dunia penerbitan digital dan mengasah bakat mereka.

Kursus ini adalah satu peluang dimana peserta berpeluang meneroka satu platform penerbitan yang baru dan menimba ilmu untuk mengasah bakat demi membentuk masa depan komik digital tanah air dan juga global.

Matlamat Kursus

Matlamat kursus ini adalah untuk memberi pendedahan asas dan teori untuk menghasilkan komik digital. Sepanjang kursus, peserta akan belajar, menganalisis dan memberi pandangan mengenai alam kontemporari komik digital. Peserta juga akan menghasilkan dan menerbitkan komik digital mereka sendiri, dan berpeluang untuk berkongsi pengalaman dengan perserta – perserta yang lain.

Kursus ini juga membantu membina jati diri dan pemikiran kreatif, yang akan melahirkan individu yang inovatif.

Kriteria Pemohon :-
  1. Umur 13 – 19 tahun
  2. Mahir atau Minat dalam:
  • Melukis Komik
  • Pembangunan Plot & Penulisan Skrip
  • Sketch/design karekter/watak-watak utama
  • Mewarna
  • Imaginasi dan kreatif

Gambar-gambar bagi kursus terdahulu:







9 ulasan:

  1. noob, pergi komik kon tak 13-15/11 ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pergi kot. Tak berkesempatan nak pergi.

      Padam
    2. yeke. aku pun tak pergi sebab harga tiket mahal sangat. pastu takda special guest/artist/sculptor/vendor pun. event bertaraf local tapi harga tiket premium. kalau kau pergi boleh juga baca review dar BO.

      Padam
  2. Hurrm untuk 13 - 19 thn je ke
    Aku lebih setahun la haha

    Cool Guy

    BalasPadam
  3. Noob..artikel ni aku tak bace pun..malas dan tak berminat..hahaha..aku cuma berminat nak dapatkan komik baru buasir otak the komik je..bila nak keluar n berapa harganya?macam mana nak dapatkan komik tu?
    -lanun-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pasal komik baru tu nanti aku akan maklumkan semula bila bukunya dah hampir siap dicetak.

      Padam
    2. Lagi satu..stok lama yg dulu punya ada lagi tak?sebab aku baru je melekat di buasir otak ni..so aku ketinggalan siri yg first..
      -lanun-

      Padam
    3. Beriya la lu Lanun...

      Padam
    4. ada tapi aku print sikit je dalam kuantiti yang terhad. nanti aku dah buka jualan order cepat2.

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.