Semalam berlaku lagi sebuah kemalangan yang melibatkan kaki seorang kanak2 tersepit pada eskalator di sebuah pasaraya terkemuka di ibu kota di Suria KLCC.
Sebelum2 ini juga, berapa banyak kali insiden dan kemalangan yang telah melibatkan eskalator ini sehingga mengakibatkan kematian?
Bulan April 2015 yang lalu pernah ada kes kanak2 maut akibat jatuh dari eskalator tingkat 2 ke tingkat bawah sekali kerana bermain2 di railing eskalator di Kenanga Wholesale City.
Itu belum kes yang berlaku di luar negara seperti di China di mana seorang ibu telah ditelan oleh lantai eskalator serta budak yang tersepit di railing escalator sehingga menyebabkan kematian.
Begitu juga dengan lif di mana beberapa tahun yang lepas pernah berlaku kes kematian kerana tersepit di lif di China dan juga di apartment PPR di Malaysia.
Banyak lagi kes kemalangan lif dan juga eskalator yang berlaku di seluruh dunia, korang boleh cari je kat Youtube "evalator accident" dan "escalator accident". Kalau tak tahan tengok benda ngeri jangan tengok.
Biasanya kemalangan yang berlaku dengan kedua2 jentera ini ada 2, iaitu kecuaian pengguna dan juga kegagalan mesin.
Bagi mengelakkan kemalangan yang disebabkan kecuaian pengguna, patuhi 8 langkah keselamatan ini ketika menaiki eskalator:
- Awasi kanak-kanak setiap kali menaiki eskalator. Jangan benarkan mereka duduk, bermain atau bersandar pada selusur tangga bergerak.
- Sentiasa kekalkan jarak di antara kasut atau selipar dengan bahagian tangga yang sedang bergerak. Elakkan berdiri terlalu dekat dengan bahagian tepi eskalator.
- Setiap kali melangkah, perhatikan pakaian yang bertali atau labuh agar tidak terperangkap di antara alur eskalator.
- Pandang ke hadapan dan pegang kuat pemegang tepi eskalator. Larang kanak-kanak daripada memegang susur tangan kerana pergerakkannya yang laju boleh mengejutkan mereka.
- Mendukung kanak-kanak kecil adalah lebih baik daripada menyuruh mereka menaiki sendiri eskalator.
- Gunakan lif sekiranya membawa kereta sorong bayi, kerusi roda, skuter elektrik, bagasi dan lain-lain kerana kemalangan boleh berlaku sekiranya menggunakan eskalator.
- Semasa melangkah meninggalkan eskalator, jangan teragak-agak lantaran kelewatan boleh menyebabkan kesesakan kepada pengguna lain di belakang.
- Berdiri di sebelah kiri dan beri ruang kepada pengguna yang sedang bergegas berjalan di sebelah kanan.
Berikut pula adalah tips dan langkah keselamatan bagi lif:
- Sekiranya berlaku kejadian lif tersangkut, penumpang lif yang berada dalam kar lif hendaklah menekan butang kecemasan untuk membunyikan loceng kecemasan dan tidak cuba untuk membuka pintu kar lif. Mereka hendaklah menunggu sehingga bantuan oleh pihak penyenggaraan lif dijalankan untuk mengeluarkan mereka.
- Orang awam tidak seharusnya cuba menyelamat mangsa yang terperangkap di dalam kar lif. Hanya orang yang kompeten dan juruteknik lif yang terlatih dan berpengalaman sahaja yang dibenarkan untuk menyelamat mangsa yang terperangkap.
- Syarikat penyenggara lif yang dilantik oleh pemilek bangunan hendaklah memastikan pepasangan kunci pada pintu lataran lif sentiasa berada dalam keadaan baik dan sempurna. Juga, pintu ini hanya boleh dibuka dengan kunci pintu lataran lif yang disediakan oleh pembuat lif. Kunci pintu lataran lif tidak boleh dipegang oleh pemilek bangunan tanpa kebenaran bertulis daripada jabatan ini.
- Pemeriksaan terhadap data error log di panel kawalan dalam bilek jentera lif hendaklah dijalankan secara berkala oleh orang kompeten lif. Kerja-kerja pembaikan terutama pada semua peranti keselamatan lif yang dikenalpasti rosak dan telah mengalami kecacatan hendaklah dijalankan.
- Pemilik lif haruslah menyediakan pelan tindakan kecemasan yang lengkap dan praktik untuk mengeluarkan penumpang dengan cara yang selamat sekiranya berlaku kejadian saperti lif kar tersangkut.
Namun boleh juga kemalangan berlaku walaupun pengguna sudah mengguna menggunakan eskalator dan juga lif dengan betul dan berhati2 iaitu disebabkan kegagalan jentera tersebut seperti tangga eskalator yang naik ke atas tiba2 sahaja mengundur menyebabkan orang yang sedang berada di eskalator tersebut jatuh tergolek dan menimpa satu sama lain.
Oleh itu, penting untuk pemilik eskalator dan juga lif untuk sentiasa menyelenggara jentera2 mereka bagi memastikan jentera mereka dapat berfungsi dengan baik dan selamat untuk digunakan.
Apa2 pun, jika anda menunggu lif terlalu lama, cuba bersabar dan bawa bertenang, kalau tak sabar juga gunakan tangga, jangan sekali2 tendang pintu lif lebih2 lagi jika anda itu gay yang bercium ketika sedang menunggu lif kerana di mesin2 ini pasti ada CCTV.
tags: kebahayaan lif lift tangga bergerak escalator eskalator elevator jentera mesin tersepit kaki jatuh badan putus kepala maut meninggal mati bahaya dangerous risk
wah takot nye.. boleh mati kat mana2 je. huhu.. dosa dah la banyak boleh cepat taubat ni,
BalasPadamtakutnya....boleh fobia naik eskalator camnie...
BalasPadamkena sentiasa berhati-hati
BalasPadamPasal anak selalu kena perhatikan...malang x berbau...ni baru kes eskelator. Ada gak kes pintu yg bukak automatik, maybe org dewasa sensor dpt detect, tp bila kanak2 lalu maybe sensor x dpt kesan, so nasib x baik tersepit budak kat pintu automatik 2. Belum cite sensor lif yg cepat sgt ttup, kalau tadah tanngan n sensor x jalan, dengan tangan sekali putus mcm cite movie org putih.
BalasPadamByk sy perasan, system yg ada skrg less safety features...sbb semua nak bajet kos. Maybe yg kena org lain tp sikap tanggungjawab xde sgt.