Iklan Leaderboard

Khamis, 18 Julai 2013

25 Kemalangan maut lif kali ini di Malaysia

Tak sampai 2 bulan kita dikejutkan dengan kejadian jururawat mati tersepit kat lif yang rosak di negara China sampai putus badan, semalam kita dikejutkan pula dengan kejadian pelajar tahun 5 maut akibat tersepit lif yang mengalami kerosakan juga di PPR Desa Tun Razak, Kuala Lumpur. Ingatkan perkara macam ni hanya berlaku di negara China je, tapi rupa2nya boleh juga berlaku di negara kita.

Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun maut dengan lehernya hampir putus selepas terperosok di celah lif yang rosak di tingkat 3 Blok 8, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 1 petang itu, mangsa, Khairul Amir Azri Lani, pelajar Tahun Lima Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Bandar Tasik Selatan, dikatakan cuba keluar dari lif berkenaan yang tiba-tiba berhenti antara tingkat dua dan tiga blok berkenaan untuk ke rumah neneknya.
Saksi, Mohd Norasyraf Mohd Zafridin, 17, yang turut berada dalam lif berkenaan berkata, ketika itu, ada 17 penumpang lain di dalam lif termasuk mangsa apabila lif berkenaan terhenti antara tingkat dua dan tiga.

“Apabila pintunya terbuka, lif berkenaan perlahan-lahan mula menggelungsur ke bawah dan ketika itu ada seorang budak kecil cuba untuk keluar tapi kami sempat menariknya untuk menghalang.

Badan tersepit, lif tersekat

“Secara tiba-tiba, mangsa yang pada mulanya berdiri di sebelah kiri lif cuba keluar dan belum sempat dia keluar, lif terus menggelungsur ke bawah menyebabkan separuh badannya tersepit dan lif terus tersekat,” katanya yang terperangkap di dalam lif berkenaan hampir 45 minit sebelum mereka diselamatkan anggota Bomba dan Penyelamat. - Selanjutnya di Berita Harian.

Sumber



Ajal maut itu takdir Tuhan, namun agak ralat bila kejadian2 yang disebabkan kerosakan dan masalah teknikal ni sepatutnya boleh dielakkan. Kenapa lif tu boleh tiba2 rosak, tersangkut dan tergelincir? Kalau lebih muatan takkan takde sensor overload atau mekanisma serta ciri2 keselamatan? Lif tu tak disenggara dengan baik ke? Dulu kan pernah berlaku kat China, takkan takde pihak rasa nak amik pengajaran agar tidak berlaku kat negara kita? Takkan kena berlaku dulu di Malaysia baru nak buka mata?


Tau la rumah tu rumah kos rendah, janganlah anggap nyawa penduduk pun kos rendah juga. Aku harap pihak yang bertanggungjawab jangan lepas tangan dan dapat menjawab serta memberi penjelasan kerana ia melibatkan keselamatan dan nyawa manusia.

Takziah kepada keluarga mangsa...




tags: pelajar murid budak sekolah tahun darjah 5 maut mati kepala badan tersepit lif tersangkut himpit terhempas rosak kerosakan elevator ppr projek perumahan rakyat apartment desa tun razak bomba terperangkap gelungsur ciri keselamatan maintenance service senggara selenggara info grafik video kemalangan penyelenggara bangunan perkhidmatan

25 ulasan:

  1. Saya baru sebulan mendirikan rumah tangga. Saya menyedari mempunyai masalah sukar untuk mengeluarkan air mani selain air mazi langsung tidak keluar. Sebulan saya berkahwin tetapi saya belum lagi boleh mengeluarkan air mazi dan mani.

    Masalah ini menyebabkan saya tidak berminat melakukan hubungan seks. Saya sudah membeli pelincir di farmasi tapi tetap sakit

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau macam tu sila berjumpa dengan doktor pakar tuan ya. mungkin anda mengidap siflis.

      dan kalau boleh, mohon jangan copy paste lagi komen2 mengarut macam ni ya wahai anon dari Mukah, Sarawak yang pakai Windows 7 browser Firefox, IP address 122.129.120.194.

      Padam
    2. wahaha kantoi, ni mesti noob pun tau ak dr mana gak

      Padam
    3. peh terperinci giler noob cari

      Padam
  2. so jadi dimana ad "china" disitu perkara "cina" gak?? hmm

    BalasPadam
  3. ni la komen anon kat atas ni paling xda moral.. studip.. al fatehah untuk arwah.. la ni saya mula takut naik lift dah..huhu.. teringat cerita final destination pulak..

    BalasPadam
  4. i hari2 kena naik lift jugak. tsk tsk.

    BalasPadam
  5. ayokk.mesti lif tu orng tanak naik dah.silap2 orang kata lif tu berantu~

    BalasPadam
  6. Setahu pengalaman teknikal sy...lif mmg selalu kene selengara..kalau lift kat mana2 company besar di KL mmg selalu maintenance utk pastikan kelancaran lift. Konsep yg sama utk kereta.

    Bila pergi ke apartment...kalau yg sendirian berhad (sederhana n mewah) duit maintenance penduduk sentiasa bayar, xkan ada masalah utk buat penyelengaraan...cuma masalah kpd PPR yg ada di sekitar Lembah Kelang...mmg jrg buat kutipan penyelengaraan. Lgpun penduduknya pun gaji rendah, even nak byr rm50 bulan2 pun kdgkala payah.

    Lif yg bermasalah di atas secara am-nya sbb kurg penyelengaraan. So even dibangunkan oleh Kementerian Perumahan, penyelengaraan spt lift, sampah etc. sepatutnya dlm bajet kementerian sendiri sbb penduduk x mampu nak byr yuran penyelengaraan bulanan atau 6 bulan sekali lump-sum.

    Kenyataan di atas bukan semestinya punca utama, just pandangan peribadi.TQ

    BalasPadam
  7. biasalah ni mesti lif made in china... yelah nak murah...buat flat pun utk penduduk berpendapatan rendah je... lain la kalo kondo org kaya2, toke2 cina, kroni2 melayu,baru la semua tip top, lift made with german technology...

    BalasPadam
  8. ada beberapa je brand lift yg diluluskan jkkp untuk dipakai di malaysia.. dan xde lift brand dari china sepatutnya ada..

    BalasPadam
  9. Rumah murah, servis pun xde kualiti la. Dah jd open secret dlm masyarakat kita. Kalau nk servis atau barang bagus, bayar mahal. X tu nyawa mungkin jd taruhan sbb guna barang/servis rendah kualiti. Tragedi mcm ni bising kejap je, tuding jari sana sini, bayar sikit pampasan kt family mangsa kut ada, lepas tu senyap. Keadaan masih mcm tu sejak dulu smpai skrg dan mungkin ms depan jgk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu lah kan, reality yg menyedihkan.... innalillah, al-fatihah buat arwah adik Khairul, takziah buat keluarga arwah...

      Padam
  10. dah mcm dlm movie seram dah.. naik bulu roma aku... huh

    BalasPadam
  11. adoi sadisnya.. Innalillah.. Harap2 jgnlah rosakkan lg brg2 kat lif tu yer anak2. Brg jarang maintain tp bila nak maintain ada pula bnda kcik yg rosak mcm butang tcabut, dinding tkopek tu xcampur lg dgn airbrush lg. Nak maintain pun jd xsmangat. Hargai bnda tu baik2..

    BalasPadam
  12. Masalah penghuni juga tak bayar wang penyelengaraan kadang buatkan pemaju malas nak selangara sebab kena keluar duit sendiri lagi..

    mungkin kos penyelengaraan macam ni perlu dimasukan sekali dalam harga rumah.. jadi pemaju tak perlu la kutip dari tuan rumah.. yang ada jenis susah nak keluar duit tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kos penyelenggaraan lift masuk skali dlm harga rumah/apartment yg ada lift, orait jugak idea tu... tak ada sebab pemaju utk tidak/jarang menyelenggara lift lg...

      Padam
  13. kesian budak tuu..salam takziah buat keluarga mangsa..

    -m84-

    BalasPadam
  14. Balasan
    1. Rarenya accident ni

      Padam
  15. Yalah..btul ap hang tulis tu mr prince of noob..
    takziah kpd family adik tu..ak pun jadi
    seriyau gak nak naik lif lps ni..naik tangga
    lg baguih..klu floor 20-30 x peraya la..
    adeh..xtaulah apa nak jadi dengan dunia ni..
    makin lama makin macam macam benda berlaku..
    haishhh..tak taulahh...minta la doa banyak banyak
    agar kita mati dalam keadaan yang sempurna..
    mudah mudahan mati kita tak la jadi mati yang
    Mengaibkan..

    BalasPadam
  16. Cam sial la komen atas sekali tu..bodoh..buat malu org sarawak je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. nyokong dak lepeh kah?

      Padam
  17. al fatihah untuk mangsa..

    1) penyelenggaraan dari pihak bertanggungjawab
    2) penduduk ppr pun jangan rosakkan lif : cucuh dengan rokok, kopakkan tempat elektrik, letak chewing gum kat button, conteng2 dengan marker, bubuh iklan bukan-bukan..patahkan papan amaran dalam lif, jangan bawak masuk motor dalam lif etc etc..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...