Iklan Leaderboard

Isnin, 1 Julai 2013

64 Apabila rupa lebih digilai berbanding ilmu

Wajah lebih kurang macam Justin Bieber, tapi tak douche macam dia, malah seorang hafiz Al-Quran dan juga seorang Imam Muda, siapakah dia?


Aku baru je tahu pasal Fatih Seferagic dari blog Si Pipi Merah. Based on info dia kat Surau Kini, Fatih Seferagic adalah warganegara Bosnia yang dilahirkan di Jerman. Kemudian beliau berpindah ke Amerika Syarikat  ketika berusia 4 tahun. Beliau sekarang menetap di Baltimore dan merupakan merupakan seorang Hafiz Al-Quran di sana. Beliau berjaya mengkhatam hafiz Al Quran dalam tempoh 7 tahun di Islamic Society of Baltimore di bawah seliaan Syeikh Qari Zahid & Qari Abid.



Fatih kemudian berpindah ke Dallas untuk belajar bahasa Arab. Sekarang ini beliau sedang membuat Tour di Malaysia. Berikut adalah salah satu video beliau sedang mengimamkan solat jemaah di masjid.


Ini adalah Facebook dan Twitter beliau. Selain daripada seorang hafiz dan imam, beliau juga digilai oleh gadis2 muda melayu yang rata2 nak jadi bini Fatih, mostly disebabkan wajahnya yang agak tampan. Berikut adalah sebahagian komen gadis2 melayu di Facebook beliau, aku cuma ambil sedikit sahaja sebab terlalu banyak untuk aku copy semua.



I wonder kalau hafiz dan imam muda tu muka dia stok melayu habis, atau seorang negro bangsa afrika muka hitam legam, adakah beliau masih lagi akan digilai ramai gadis2 melayu dan akan wujud komen gedik seperti "This is my future husband"?.


Sekarang adalah zaman di mana wajah, perwatakan dan penampilan luaran seseorang lebih dipandang berbanding ilmu yang mereka miliki. Kalau tidak mesti rancangan Imam Muda Astro dah dapat sambutan hebat daripada gadis2 seperti rancangan Running Man, tapi nak buat macam mana, takde contestant yang muka macam Lesung Yesung.




tags: fatih seferagic hafiz tahfiz al quran bosnia imam muda hafal juzuk menjadi imam solat jemaah tarawikh terawih datang jelajah malaysia jerman usa baltimore dallas popular budak anak gadis melayu bujang dara lepaskan gedik kacak handsome jadi husband bini isteri kpop kpopper fan peminat super junior suju yesung justin bieber 

64 ulasan:

  1. i like your words " I wonder kalau hafiz dan imam muda tu muka dia melayu habis, atau seorang negro bangsa afrika muka hitam legam, adakah beliau masih lagi akan digilai ramai gadis2 melayu dan akan wujud komen gedik seperti "This is my future husband"?. "
    HAHAHA

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahah same here LoL XD

      Padam
    2. biasa lah tu. bila lelaki hensem, tak kiralah suami orang ker, solo ke, imam ke. pompuan mesti tergoda. sama juga dgn pompuan cantik, sexy. bini orang ke, anak nenek kebayan je. ada je laki terpegun dan terpikat. its fact of human being.

      Padam
    3. baca gadis2 kt ctu..buat sy terasa malu.adehh..cmtu depa nilai lelaki..

      Padam
    4. Gadis sekarang lebih open :)

      Padam
    5. muka aku bila baca printscreen ---> :-|

      Padam
    6. Rasa suka sangat menghilangkan rasa malu huhu.. :)atau mungkin terlupa yang dunia maya ni adalah umum semua orang boleh baca lihat dan menafsir kata-kata kita...

      agaknya la ramai yang tak yang poke dia ni kan mesej nak berkenalan ke apa hahaha.. :)

      Padam
    7. Kowrunk tue yg X moden langsung sebenarnyer!! KOLOT!! X OPEN!!! Huhhh!!!!

      Padam
  2. tu la kan, kadang2 manusia ni pandang fizikal je, hati tak pandang pun, jeling pun tak nak, rupa paras tu semua tak akan kekal juga bila tua

    BalasPadam
  3. Surah Ar-Rahman yg dia baca tu mengingatkn aku zaman dok asrama skolah dulu,senior2 slalu bca surah tu time jd imam solat b'jemaah & m'jadi ikutan junior2 yg hafal jgk surah tu t'masuk aku sbb surah tu snang ingt..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ar rahman..as sajadah..al-jumuah..al mulk..kan kan:-)

      Padam
    2. yaaa,btol tu bero..& surah At-Taghabun 1 lg..hehe

      Padam
    3. Saya paling suka dengar bacaan Syeikh Mishari Al-fasy.
      Tapi Fatih ini pun Allah bg vokal yang ohsem. :)

      Padam
    4. So favorite qari bg lin adlh mishary ye? Sy suka abu bkr shatri, mishary afasy n al ghomidi ;)

      Padam
  4. Eh eh Nob, lu suke si pipi merah bukan sobab dia cun ke? Kot kalu dia minah nigeria legam agk2x lu suka lg x? Hewhewhew~~~

    BalasPadam
    Balasan
    1. cun x cun blakang kira. kalu dpt yg hitam ala2 nigga kawen nti ko nak main dgn dia, ko tutup la lampu. hitam ke putih akan jadi sama...

      Padam
    2. aku rasa aku tak pernah cakap aku suka kat lynn, dan tak pernah pulak aku tergedik2 tulis aku nak bini macam dia. and 1 more thing, kalau dibanding aku ngan dia ibarat langit dan bumi, aku langsung tak layak untuk dia. kalau dah jodoh aku hitam legam sekali pun, aku terima. after all aku pun bukannya hebat sangat pun nak demand tinggi2, lainlah kalau aku ni wakil rakyat atau anak menteri, mungkin baru aku boleh demand nak yang putih, cun dan bergetah

      Padam
    3. sokong nob. hahaha. ko legends cinta nob. hehe

      Padam
    4. moga diberikah jodoh yang baik :)

      Padam
    5. noob lagenda cinta masa kini..hatinya sejuk dan dingin..:-D

      Padam
    6. macam kisah jiwang penjejak badai dan penjejak angin pulak...

      Padam
    7. ermmm..bagaimana untuk memastikan hati kita memilih yang baik daripada pilihan-pilihan yang baik?

      tapi saya rasa ia begini.

      1. tidak rugi orang yang bermusyawarah dan tidak menyesal orang yang beristikharah.
      Tanya Yang Maha Tahu. tapi kalau mahu istikharah, hati perlu neutral. tidak cenderung ke kiri atau ke kanan.
      kalau dah cenderung ke satu arah, tapi pegi solat istikharah, naa..itu bukanlah pilihanraya yang adil. eh?

      2. Minta fatwa daripada hati. Yang baik untuk kamu itu, bila kamu berasa tenang dengannya.
      Dia tidak mesti yang paling baik dari pilihan-pilihan yang datang, tapi begitulah..dia baik untuk kamu dan kamu baik untuknya.
      'baik'+'baik' = 2 baik.

      okelah ni..nanti pegi berguru di mana-mana, dua-dua belajar jadi hamba Allah yang inshaAllah lebih baik dari sebelumnya.

      3. Allah, kalau mahu hujan bertemu bumi, Dia gerakkan hati bumi untuk membenarkan penyejatan air ke udara dan Dia gerakkan hati wap air yang terkondensasi untuk bergabung sebanyak-banyaknya dan membentuk seberat-berat awan..untuk turun sebagai hujan.

      Kita pun begitulah.
      Allah akan gerakkan kedua-dua hati. Tidak hanya satu.

      4. lepas ni, mohon tanya pendapat orang lain yang lebih thiqah.

      dan sila banyak mengaji.makan minum baca basmalah.
      InshaAllah terang sikit mata dan hati buat pilihan nanti.

      moga semua bertemu jodoh yg baik2..termasuk admin2 blog superb ni. :)

      Padam
  5. kelakar sial baca komen minah2 desperate.. sebelum mengimpikan laki/pempuan soleh. sila soleh/solehahkan diri kamu dulu...

    ni pakai tudung pun sekerat, baju ketat lengan pendek sluar sendat ada hati nak bersuami kan hafiz.. blah la wei kah kah kah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Normal.. semua orang idamkan pasangan yang baik.. rasanya takda orang nak pasangan yang buruk teruk..

      Tapi walaubagaimanapun Allah memasangan seseorang dengan terbaik.. suatu yang mungkin di luar pengetahuan kita..

      Semoga walau siapapun kita mendapat pasangan yang baik yang mampu membimbing dan membawa kita ke kepada kebaikan dunia dan akhirat..

      Padam
  6. kagum dengan fetih. dulu ingatkan orang turki. muda2 dah hafal alquran. suara pun sedap. baru ni dia datang bandar sri damansara. nasib baik girls kat sini tak jakun macam dalam girls on fb.

    BalasPadam
  7. Sepertimana lelaki inginkan pasangan hidup yang cantik, seperti itu jugalah perempuan menginginkan pasangan hidup yang tampan, walaupun diri mereka itu tidaklah tampan atau cantik mana. Sudah memang lumrah manusia suka kepada perkara yang cantik, sejuk dan aman mata memandang. Ayuh janganlah kita berasa iri hati dengan mereka yang tampan lagi cantik, marilah sama2 kita mencantikkan diri kita, luar dan dalam. Renung2kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yea..
      Hanya tuhan yang tahu kebaikan dan kecantikan kita luar dan dalam..
      Tak semua orang diberi tuhan awal dapat melihat dan menilai kebaikan dan kecantikan kita dengan sebaiknya.. :)

      Padam
  8. ya Allah,, malunyerr baca komen2 girl2 yg gedik tu..
    tak malu ke hantar komen mcm tu kat lelaki..
    adoyayyy..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana nak malu, Anwar Ibrahim pun tak malu gambar bogel dia tersiar kat internet dengan China Doll... kah kah kah!

      Padam
  9. Kalau muka macam Tian Chua pula yang hafiz al quran, akan adakah wanita yang gila macam ni bagi komen di facebook?

    BalasPadam
    Balasan
    1. jangan kata tian chua, baloteli pun pun ada orang minat. janji, moneyyyyyyy

      Padam
    2. Oi! Fatih tu orang kaya macam baloteli ke? Celaka betui!

      Padam
    3. kahkah kah comel nyewr

      Padam
  10. Tetiba aku tringat ustaz aku penanh cakap, ciri-ciri untuk memilih imam bila solat berjemaah :

    1) Kalau ada yang tua dan muda antara kita, pilihlah yang muda.
    2) Kalau ada yang kuat dan sakit, pilihlah yang lebih sihat dan bertenaga.
    3) Kalau ada yang sedap bacaannya dan yang kurang, pilihlah yang menjadi sukaan ramai.
    4) Kalau ada yang lebih cantik(kacak) antara kamu, pilihlah dia untuk mnjadi imam.

    Supaya dpt menarik org ramai untuk jemaah di masjid.....Aku x tahu lah itu ayat sarcastik jerk, atau betul2...tapi, kalau tgok situasi mcm nie...aku x tahu nak cakap ape...tp bagi aku sebagai makmum, aku suka berimamkan imam yang bersuara sedap dan good looking...semangat untuk solat jemaah
    bagi aku, itu salah satu faktor..

    Just sharing is caring ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sbb 2 dlm Islam time muda2 lagi dekat kat Islam, secara x lansung senang org Islam lain serta yg bukan Islam lebih memahami dan menjalani kehidupan Islam yg sebenar. Kalau dah tua,susah nak tarik org lain..tp at least usaha tetap kena ada x kira muda atau tua.

      Cuba letak si Neelofa/Ixara Aishah/Nora Danish/Nur Fazura/Diana Danielle merupakan Qariah negara / penceramah bebas mcm UAI...berduyun2 org mengikut segala aktiviti mereka.

      Jadikanlah Islam itu lebih indah dgn tngkahlaku kita semasa muda, bukan merempit atau aktiviti x sihat yg lain..nmpk sgt Islam pd nama tp menunjukkan golongan muda x minat cara hidup Islam sendiri.

      Padam
    2. Masalah juga pilih Imam yang muda kuat dan cergas.. dia belasah baca surah panjang harus menyumpah makmum yang ikut kat belakang..

      So nak jadi iman faham-faham la kemampuan makmum kat belakang.. ada tua ke ada sakit ke ada apa.. Dan bukan mudah nak jadi Imam ni.. dia kena ada banyak ilmu selain itu nak jadi makmum pun kena ada ilmu juga misalnye dibuatnye imam batal solat ke apa kena ada ilmu gak nak gantikan imam masa dalam solat.. :)

      kesimpulannya nak solat kena ada ilmu tak kira la jadi makmum biasa ke imam ke apa.. Semakin tinggi pangkat semakin banyak ilmu kena tahu..

      Padam
  11. Normalla bg ppuan...kalau letak gmbr ppuan cantik muslimah tp body mcm Neelofa, benda yg sama akan berlaku gak kpd kaum lelaki + ayat2 lucah/gersang sekali

    Lumrah manusia..sukakan benda yg cantik. Cube letak muka Acapan, xde sape nak. Org ppuan suka laki muka mat salleh...sbb nanti anak semua putih2 mcm mat salleh. Papepun jodoh kita dah ditentukan..so lupakan angan2 anda ye kaum Hawa, x kira Fatih Seferagic atau mamat2 K-Pop lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. oi, ko jeles kan? orang tak minat & histeria tengok ngko!

      Padam
    2. Lahaiiii abang ayam niggah janganlah KOLOT sangat.....,biasalah gadis zaman sekarang mestilah kene OPEN, mana boleh malu2x mengejar jejaka impian yg hensem lg alim,Tu namenyer usaha tau!!! Jangan hina usaha suci kitowranglah!!!

      Padam
  12. ni pun adalah dugaan utk si Fatih ni sebenarnya..
    dah jadi macam Yusuf a.s pulak... huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang ensem dan baik musti ramai yang datang ngorat huhu

      Padam
  13. Ala muka ensem/cantik/lawa tu tak semestinya ada chemestry ngan kita tak semestinya sesuai dengan kita.

    Ada pompuan dah kawin ngan pak imam ensem pun akhirnya cerai juga sebab tak sehaluan..

    sama juga ada lelaki dah kawin ngan perempuan cantik/lawa akhirnya cerai juga..

    So soal jodoh kawin ni bukan la bergantung kepada mata dan kita semata-mata.. ianya datang dari hati.. dan bukan hati kita sendiri saja tapi hati 2 insan (kita dan pasangan kita)..


    BalasPadam
  14. mmg sekarang pandang rupa je...tapi kena pandang rupa dalaman gak..kalau luar cantik tapi dlam busuk nak buat ape..

    BalasPadam
  15. Pointnya di sini ialah,walaupun suka sgt sekalipun,xyahlah memalukan diri sebagai wanita dgn menyatakan secara terbuka di laman sosial dan dibaca ribuan org.
    Fitrah manusia mmglah nak yg terbaik,itu mmg tak dinafikan.Nak yg hensem,yg baik,yg alim etc,tp sebagai anak gadis,jagalah adab sikit sewaktu menyatakan minat kpd seseorg lelaki.Bkn nk kata pompuan x boleh luahkan perasaan suka tp jgnlah open sgt sampai seantero dunia boleh baca.
    Tak semua org boleh terima..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahaiiii kau orang zaman PURBA, KOLOT mana faham....,Wanita moden kenalah OPEN, BERANI kejar apa yang diidamkan.......Mana ada istilah malu, perigi cari timba semua2x tue dah you.....X relevan langsung you!! Malu tapi mahu melepas karang, kalu dah mahu bagitahu saje confess terang2x untung2x sangkut you!! Awwww~~~ Fatih i love you!!!~~~~

      lol

      Padam
  16. Fatih Seferagic itu, dai'e. Bukan tempat kau lepaskan gedik - Imam Muda Fatah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Muzamir Abdul Samad - btul apa yang imam muda fattah kata, yup, dia ikon remaja skrg, layan dia sprt seorang daie, bukan layan dia sprt seorang artis....x mustahil fatih akan merasa meluat tgk komen2x yg agak 'gedik' dari muslimah2, tidak kira la dari msia, indonesia.....kpd muslimah2, amnya muslimah msia, jdilah muslimah yg hebat dan ohsem, usah jadi muslimah yang 'gedik'. peace~ ^^ skdr pndgn.

      Padam
    2. Suee Ixora - "Sekiranya prmpn itu peminat kpop ataupun terlalu fanatik dgn selebriti dlm / luar negara, ada chance dia akan menjadi gedik dgn mana2 lelaki pun.. Tapi sekiranya iman dia teguh di hati, tk fanatik pun kat mana2 artis, baik tempatan maupun luar negara, tidak ada alasan utk dia mnjadi gedik..
      Dia akan Simpan je 'gedik' tu untuk suami.."

      - petikan kata2 dari seorg ustaz

      Padam
  17. Dia humble sbenarnya..org msia n indon yg tergolong dr perempuan yg sukakan dia..bg aku tak salah, biarlah gedik sekalipun. Dgr kata dia nak tunang dah sbb nak jaga iman dia jg..sbg lelaki pun aku sgt kagum dgn dia..bacaan tartil dia ekot imam Kuwait: mishary al afasy..apa yg aku kagum dia mmg berusaha utk memperbaiki bacaan dia dn menyedapkan baccaan, 2-3 tahun dulu bacaan nya kurang sikit, tp skrag mmg dah mantap berkat usaha dn dorongan org dsekelilingnya..mgkn kta blh ambil iktibar dr usahanya dn selalulah membaca al quran beserta tafsir kalau tak reti bhsa arab..dn belajar tajwid serta cuba ekot tartil dr imam2 ternama d dunia..inhallah kta akan lbh dkt dgn al quran

    BalasPadam
  18. Yang memuji tu stok fans One Direction tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko jeles, orang tak puji ngko kan..

      Padam
    2. perlu ke aku nak jeles? sebagai perempuan aku agak malu dengan printscreen tu. tak de satu pun minta tips hafazan ke dan sebagainya.

      Padam
  19. so, hujah tipikal yang mengatakan orang lelaki cuma nak perempuan cantik jadi pasangan dah terbatal. perempuan pun 2x5 bernafsu nak lelaki hensem. bukti? tengok print screen kat atas yer. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yea betul nafsu ni musti nak yang cantik tak kira lelaki atau perempuan..

      maka berhiasa la untuk pasangan anda :) supaya mereka tertarik dan sentiasa bernafsu kepada anda hahaha

      Padam
  20. hee..bru je smlm pu3 nampak fatih ni dkt program Teen Ace kt kl..hee.. putih btol muke dia..hoho.. :) bru je umo 18.mude..heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. oi! jgn harap ko nak jadi isteri dia..

      Padam
  21. diorang semua ni dah gatal biji. asal tgk muka jambu sikit pon dah bleh wat modal masturbate.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye kew? Muke ngko mesti stok2 muke pecah rumah je kan,Sebab tu ngko sakit hati & mencarut mcm nie an......ewwww sape nak??!

      Padam
  22. ko plak konfem ari2 masturbate an......ewwww sape nak??!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Now you may kiss the bride, semoga berkekalan hingga ke syurga......wekekekekek~~~

      Padam
  23. Laki dan perempuan sama je. Pantang nmpk bnda cantik dan menarik mesti akn suka. Tp ap yg ak nmpk kt sini lelaki jeles teruk dgn si fatih ni. kesian kesian. Haha.

    BalasPadam
  24. alah..poyo je mamat ni..pernah jumpa dulu...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...