Selasa, 9 Julai 2013

14 Sedang hamil juga sempat berkhalwat

Lupakan kisah awek comel yang bisa membuatkan semua lelaki cair. Wanita memang merupakan insan yang lemah, kerana cinta macam2 boleh jadi dan sanggup buat macam2 demi untuk kekasih hati, biarpun sudah mempunyai suami dan sedang hamil 6 bulan.

Gambar hiasan mana ntah aku jumpa
TEMERLOH – Seorang wanita yang hamil enam bulan ditahan selepas disyaki berkhalwat dengan seorang penjawat awam dalam serbuan Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) ke atas sebuah rumah sewa di Taman Temerloh Jaya di sini malam kelmarin.

Wanita terbabit yang datang dari sebuah negeri utara tanah air bersama dua anak lelakinya bermalam di rumah lelaki terbabit yang didakwa sebagai sepupunya.

Wanita berusia 27 tahun itu membawa bersama dua anak lelaki berusia tujuh dan empat tahun ketika ditangkap bersama pasangannya yang berusia 30 tahun.

Paid melakukan serbuan ke atas rumah lelaki terbabit selepas menerima aduan awam.

Wanita terbabit mendakwa berkunjung ke rumah ibu saudaranya di Bera dan bermalam di rumah lelaki terbabit hanya untuk semalaman dan akan pulang keesokan harinya.

Wanita terbabit yang masih bersuami mendakwa ibunya tahu dia bermalam di rumah lelaki terbabit tetapi suaminya tidak tahu.

Lelaki terbabit yang berasal dari Kelantan mengaku mengahwini sepupu kepada wanita yang ditahan dan telah bercerai Disember tahun lalu.

Kedua-duanya ditahan awal pagi kelmarin dan diambil keterangan sebelum tindakan lanjut ke atas pasangan terbabit. - Sumber Sinar Harian.

Girls, aku dah banyak kali tulis sebelum2 ni. Please la, jangan la percaya sangat kepada lelaki sampai sanggup buat benda pelik2 yang boleh menjatuhkan maruah diri sendiri hanya atas nama cinta. Kalau nak jugak curahkan cinta dan kasih korang kepada insan yang bernama lelaki, bagilah kepada lelaki yang baik. Macam mana pulak nak tahu lelaki tu baik atau tidak? Lelaki yang baik tidak akan menyentuh dan menjaga kehormatan diri seorang wanita yang belum ada ikatan pernikahan yang sah, lebih2 lagi kalau wanita tu isteri orang lain. Kalau anda dapat pakwe yang mintak dan suka pegang2 anda, aku cuma mampu rasa kasihan sajalah.




tags: wanita hamil mengandung 6 bulan ditangkap cekup khalwat lelaki cerai sepupu wanita perempuan suami tidak tahu bermalam rumah sewa temerloh bera kelantan paid pejabat agama islam daerah jaga maruah kehormatan diri cabul zina romen baik jahat cinta songsang

14 ulasan:

  1. Balasan
    1. Gambar hiasan kat atas tu yang tutup badan guna selimut tu macam lelaki? khalwat sama lelaki ke tu?

      Padam
    2. tgk mcm orang yang sama,cuma aksi yang berbeza........

      Padam
  2. nak je aku tampar diorg nih dengan bismillah!

    BalasPadam
  3. dimulakan dengn bismillah, disudahi dengan alhamdulillah, begitalah seharian hidup kita mudah mudah han dirahmati Allah, moh solate terawikh mlm ni!!!!

    BalasPadam
  4. wanita sekarang susah untuk dipercayai, lelaki pun sama...manusia semua sama je diperbodohkan oleh hawa nafsu dan syaitan. termasuk juga lah yang menaip ni.

    BalasPadam
  5. Semoga kita diberikan kekuatan menlawan hawa nafsu..
    dan sentiasa berada di jalan yang lurus..

    BalasPadam
  6. selamat berpuasa&bertarawih semua:-)

    BalasPadam
  7. Stengah org otak letak kat kepala lutut, yg ni otak letak kat kemaluan....set yg cenggini dh kawin ada anak pn gatai nk buat maksiat lg, perkahwinan X dpt halang dia dari berzina, ada akai Xmo pakai......sje nk mtk kena rejam smpai mmpus agknya.....

    BalasPadam
  8. assalamualaikum noob dan pembaca semua...saya ingin mengambil kesempatan ini untuk ucapkan selamat berpuasa kepada noob dan para pembaca semua....mohon sejuta kemaafan atas kesalahan saya yg telah lalu....semoga ramadhan ini menjadikan kita lebih baik....aminn....

    -ahmad-

    BalasPadam
  9. Ini semua salah UMNO BN! Termasuk Ostad Badrol yg kena tangkap khalwat di pahang tu pun salah UMNO-BN!

    BalasPadam
  10. Muka sama je semua org dlm gmbr hiasan tu..hahaha..
    Ok PON dan semua pembaca buasir otak, slmt menjlnkan ibadah puasa..:)

    ~sonkimura~

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.