Isnin, 29 Julai 2013

22 Meninggal dunia pada waktu kegemilangan

Setelah hampir mati beberapa tahun yang lepas, 2 minggu lalu pelakon utama drama Glee yang memegang watak sebagai Finn Hudson, Cory Monteith akhirnya telah meninggal dunia kerana pengambilan alkohol dan dadah heroin yang berlebihan. Walau aku bukan peminat drama Glee yang agak menggelikan ni, tapi kadang2 tertengok la jugak dulu2 kat Starworld. Bila tengok seorang yang popular, muda, selalu keluar kat TV, tiba2 meninggal rasa macam pelik pun ada, tapi begitulah hakikatnya kita semua tak boleh lari dari takdir yang telah Tuhan tetapkan.


Namun kadang2 bila seseorang karyawan pergi ketika dia masih di zaman kemuncak, aku selalu terfikir apa akan terjadi kepada hasil kerja dan karyanya selepas ini? Adakah ia akan disambung oleh orang lain, adakah orang lain akan menggantikan tempatnya, adakah segala karyanya akan dihentikan? Macam juga rancangan Glee ni, adakah lepas ini mereka akan hentikan drama tersebut, atau teruskan untuk musim yang baru dan terpaksa mengubah semula jalan ceritanya? Adakah watak Finn ni akan dimatikan dalam drama, atau akan digantikan dengan pelakon lain?


Seperti juga Kurt Kobain yang membunuh diri ketika kumpulan Nirvana masih berada di puncak menyebabkan kumpulan itu terus dibubarkan dan pemain drumnya Dave Grohl menubuhkan band yang lain iaitu Foo Fighter.


Macam aku, aku memang minat baca komik2 yang masih on-going seperti One Piece, Naruto, Bleach dan lain2 lagi. Sebab tu kadang2 aku selalu berharap pelukis2 manga ni dapat hidup lama dan menamatkan karya2 mereka sebelum mereka menghembus nafas terakhir. Andai kata mereka pergi sebelum sempat menghabiskan karya2 mereka, mesti ceritanya akan tergantung begitu sahaja tanpa ada kesudahan, atau sekiranya karya mereka disambung oleh orang lain, mesti cerita tu dah takde feel dan hilang auranya.

Seperti juga komik Doraemon yang tiada pengakhiran kerana kumpulan pelukisnya Fujio F Fujiko telah berpecah sehingga salah seorang pelukisnya mati tanpa membincangkan pengakhiran cerita tersebut. Disebabkan itu, pengakhiran komik Doraemon sering menjadi tanda tanya dan ramai peminat yang melukiskan semula pengakhiran Doraemon versi mereka sendiri.


Bacaan lanjut di sini.




tags: finn hudson cory monteith glee actor dead death mati meninggal dunia drama season 4 alkohol dadah heroin drug alcohol coroner siasatan girlfriend teman wanita tunang engaged rachel berry lea michele pelakon tengah top karyawan rancangan ahli music kumpulan muzik rock grunge band group nirvana kurt cobain suicide shotgun head bunuh diri tembak kepala komik manga mangaka one piece naruto bleach doraemon ending last episode chapter volume pengakhiran penamatan final episode 

22 ulasan:

  1. "Seperti juga komik Doraemon yang tiada pengakhiran kerana kumpulan pelukisnya Fujio F Fujiko telah berpecah sehingga salah seorang pelukisnya mati.."

    kerana pelukisnya fujio f fujiko mati, maka kumpulan pelukisnya berpecah belah..
    betul ke aku betulkan ni noob?hehe..

    doremon..all time fevret..
    PINTU SUKA HATII...harap dapat dicipta, xla jem balik kg nti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak, kumpulan pelukisnya berpecah dulu, tak lama lepas tu baru salah seorang pelukisnya iaitu Hiroshi Fujimoto meninggal dunia.

      Padam
    2. ic ic..tapi ending yg fan buat tu sedih betul..

      Padam
    3. penulis/pelukis shin chan pun mati. x sempat nak abiskan cerita dia.

      tapi biasanya pelukis2 legend cam one piece, naruto , bleach dorang da ader skrip ending untuk kegunaan masa depan

      Padam
    4. aa ak pernh bace oda dah ready awal ending one piece haha2, ngan naruto pun masashi sensei dh ready up dia punya ending, awai bebenor

      Padam
    5. suka macam one piece n naruto yg mangaka dah plan siap2 jalan citer sampai ke hujung dengan perfect, rather than manga yg tiba2 meletup (mangaka dia pun x sangka cerita dia dapat sambutan), so diorg dapat serialization and develop jalan cerita as it goes.

      kalau baca bakuman, sangat membantu perjalanan kerjaya mangaka kat jepun :D

      Padam
    6. kalau baca bakuman, sangat membantu *readers memahami* perjalanan kerjaya mangaka kat jepun :D

      Padam
  2. sid vicious, fredy mercury, sudirman. kalau dalam islam kita ada imam nawawi. antara sosok terkenal mati muda. inb4 perjalanan balik raya pun ramai yang akan mati muda setiap tahun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko ni islam ke lobot kiasu?? Inb4, apa nak kecoh2 org meninggal....adat la org hidup mesti mati....tiada yg kekal abadi kecuali ALLAH s.w.t.....

      Salam cinta untuk noob,
      -ahmad-

      Padam
    2. topik skrg pasal mati masa kat puncak, bukan mati muda. ada org gemilang masa mudanya, ada org gemilang masa tuanya. dan xsemestinya semua yg mati muda tu mati di zaman kegemilangannya...

      Padam
    3. imam nawawi mati dipuncak keilmuan. sudirman mati masa tengah top. fredy mercury mati ketika queen tengah top. ketiga tiga personaliti mati ketika dipuncak dan masih muda. btw kepada ahmad aku kafir ke muslim itu urusan aku dengan tuhan aku la dol. takda kaitan dengan ko. lulz

      Padam
    4. "ko ni islam ke lobot kiasu??...

      Salam cinta untuk noob,
      -ahmad-"

      adik, kalau mati lepas tanya org islam ke tak, pastu label org kiasu, lagi kesian la adik.

      Padam
  3. moh terawikh mohhh,

    BalasPadam
  4. yang patah kan tumbuh yang hilang kan berganti

    Kalau Noob mati sape nak post dan meariahkan buasirotak :)

    BalasPadam
  5. ak bc mana tah leps dia mati kan salah 1 wtk dlm citer shinchan pastu dia pergi mendaki dan meninggal leps tu hmmm leps ak bc buku shinchan tu x bc dah sebb pelukis dia mati, klu ad org sambg pun.. aura kureng... klu x tergelak2 gila2 bc shinchan

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha, ada gak khabar angin cakap dia suicidal. sebab before dia mati tu dia dah mmg in depression. tatau la aper citer betul

      Padam
  6. Bila cerita pasal karya yang tak sempat diselesaikan, teringatkan pula tentang pelukis Dik Cerdas. (Meninggal masa hiking sorang-sorang). Padanlah tak ada Shin Chan baru berbulan bulan. :-(

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.