Iklan Leaderboard

Selasa, 2 Julai 2013

23 Kewajaran makanan tradisional dipatenkan

Pernah suatu ketika dahulu aku terfikir, apa akan jadi kalau rekaan kereta beroda 4 dipatenkan masa ia mula2 dicipta? Mungkin akan wujud satu jenama kereta sahaja di dunia ini kerana orang lain dilarang meniru membuat kereta yang beroda 4. Mungkin syarikat lain akan membuat kereta bertayar 3, 5, 6 atau 10 kerana tidak mahu melanggar hakcipta paten kereta beroda 4. Itu baru kereta, tapi apa akan jadi kalau makanan dipatenkan?


Apa akan jadi kalau orang pertama yang mula2 sekali mencipta Nasi Ayam mematenkan penciptaannya itu? Nasi ayam hanya boleh dibuat oleh beliau dan turun temurunnya sahaja, tidak akan wujud kedai2 yang menjual nasi ayam kat dunia ni melainkan kedai beliau sahaja. Kalau ada orang lain yang buat dan jual nasi ayam tanpa kebenaran pemilik paten, akan dikira menciplak dan melanggar hak eksklusif dan pemunya paten boleh mengambil tindakan undang-undang seperti saman dan tuntutan ganti rugi.

Itu belum makanan2 lain seperti laksa, soto, sate, lontong, chicken chop, roti canai dan macam2 lagi aneka makanan. Kalau makanan pun nak dipatenkan, alamat kita makan nasi putih je la. Itu pun nasib baik orang yang pertama menemui cara memasak nasi dari beras tak patenkan penemuannya itu, kalau tak mungkin kita hanya boleh beli beras dari satu jenama sahaja ataupun kita makan daun kat pokok2.


So bila Ketua Menteri Melaka cadang nak patenkan asam pedas, malah mungkin cencaluk, dodol dan gula melaka juga mahu dipatenkan, aku anggap ini adalah benda paling lawak dalam tahun ini mengalahkan Juara Raja Lawak 7 Wala.
Melaka bakal paten resipi asam pedas

MELAKA - Produk terkenal negeri Melaka termasuk resipi masakan asam pedas bakal dipatenkan bagi melindungi masakan itu sebagai salah satu warisan negeri, kata Ketua Menteri Datuk Idris Haron.

"Kita akan menganjurkan satu pertandingan masakan asam pedas dan (resipi) yang terbaik itu kita akan patenkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Hari Harta Intelek Negara di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek.

Beliau berkata, kerajaan negeri melalui portfolio Komunikasi, Perpaduan, Hal Ehwal Pengguna Dan Koperasi akan menyenaraikan produk-produk Melaka yang dilihat berpotensi untuk didaftarkan sebagai harta intelek.

Katanya Melaka mempunyai pelbagai produk terkenal seperti cencaluk, dodol, gula melaka dan kebaya nyonya yang belum dipatenkan.

"Apa yang kita guna setiap hari secara tidak sedar rupanya kita belum patenkan lagi,” katanya. - Bernama (Sumber Kosmo!).

Adakah lepas ini siapa2 yang nak masak atau berniaga jual asam pedas kena mintak kebenaran daripada kerajaan negeri Melaka dan bayar royalti kepada mereka? Berikut pula adalah komen dari Exco kerajaan Negeri Johor mengenai cadangan KM Melaka yang diterjemahkan daripada The Star:
PASIR GUDANG: Rancangan Melaka untuk mempatenkan asam pedas nampaknya seakan membawa kepada 'peperangan' yang panas dengan negeri jiran Johor.

Exco Belia, Sukan, Warisan dan Kebudayaan Johor Datuk Zulkurnain Kamisan mendakwa bahawa hidangan yang panas dan pedas itu bukan milik eksklusif negeri Melaka tetapi adalah makanan biasa di seluruh negara.

"Johor mempunyai asam pedas versi tersendiri, begitu juga dengan negeri-negeri lain," katanya selepas menghadiri majlis tamat pengajian Giat MARA Johor di sini semalam.

Zulkurnain berkata walaupun mungkin terdapat sedikit perbezaan antara asam pedas Melaka dan Johor ini, namun ramai orang yang tahu bahan-bahan utama untuk hidangan ini.

Beliau berkata, masyarakat di kedua-dua negeri mempunyai versi kuah mereka sendiri dan ia adalah sesuatu yang "tidak masuk akal" bagi Melaka untuk menuntut bahawa hidangan itu adalah milik mereka sahaja.

"Bila Melaka mempatenkan asam pedas, sesiapa yang ingin memasak hidangan tersebut, termasuk chef, mungkin terpaksa membayar royalti," katanya.

Zulkurnain berkata ini akan menjadi amalan tidak sihat bagi negara ini jika setiap negeri menuntut atau mempaten hidangan tradisional.

Jika Melaka mahu mempatenkan asam pedas, Johor juga boleh melakukan perkara yang sama pada nasi beriani, nasi ambeng, mee bandung, botok-botok, lontong dan sambal goreng.

"Tetapi kita tidak mungkin berbuat demikian kerana kita mahu orang ramai dari luar Johor untuk menikmati hidangan ini," katanya. - Sumber Amenoworld.

Ada penciptaan dan rekaan memang perlu dipatenkan untuk melindungi hak eksklusif pencipta, tapi makanan??? Aku tahu resepi makanan boleh dipatenkan, tapi makanan tradisional turun temurun beratus tahun seperti asam pedas yang dah tersebar seluruh negara pun mahu dipatenkan? Nak kata tak cerdik, dah jadi menteri tu dah kira cerdik lah tu. Mungkin penasihat2 dia yang bagi idea kurang cerdik ni.


Aku rasa macam dah jadi segelintir orang Indon pulak yang dok tuntut2 dan klaim budaya, pakaian, makanan, bahasa dan macam2 lagi tu hak milik eksklusif diorang. So lepas ni sapa2 yang masak asam pedas, awas! Anda telah memaling Asam Pedas daripada Melaka.




tags: melaka bakal paten resipi asam pedas johor komen peperangan malacca’s asam pedas patent plan in bad taste says johor cencalok dodol gula melaka indon indonesia ganyang negeri maling malingsia klaim budaya

23 ulasan:

  1. pertamax gan.. malaysia usah bikin ulah, ngaku2 segala..

    BalasPadam
  2. ni lah akibatnya mengundi menteri yg xda otak utk memimpin. juga salah rakyat majoriti xda otak menaikkan pemimpin yg tak berotak. akibat nya rakyat yg berotak ni turut sama terima padah.

    pas ni mungkin nak makan nasik kerabu kena pergi kelantan, asam pedas kna pegi melaka, nak mkn lontong kna pegi johor. alamat nya rakyat yg nak meniaga makanan kena cuba menu lain yg lain yg xda dlm senarai paten. kalu x nanti langgar hakcipta kna saman..

    khinzir punya cadangan... kah kah kah

    BalasPadam
    Balasan
    1. bayangkan kedah patentkan nasi(beras)...

      Padam
  3. whaaaat owh gawd why? just..... why? bajet mcm kfc original recipe ka apa nih? biar betul benda asam pedas tu dah lama wujud kot tetiba kalut nak boh paten awat plak nih? lol *brain freeze*

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku pun ada terfikir apa agaknye perasaan orang yang memula cipta asam pedas tu hoh..

      Padam
  4. baru naik jd menteri besar nak buat kerja2 yg tak diterima akal..bengong tul..

    BalasPadam
  5. Babi asam pedas Penang dah patenkan.. takdak dalam menu negeri lain.. kah kah kah!

    BalasPadam
  6. kebodohan.. kebodohan everywhere..

    BalasPadam
  7. x ape paten makanan johor dgn melaka..tolong jgn paten makanan kelantan..hhuhu

    BalasPadam
  8. macam takde benda lain yang lagi penting agaknya.Johor asam pedasnya tak sama dengan melaka,asam pedas negeri sembilan pun lain..percayalah benda ni akan jadi sekerat jalan je

    BalasPadam
  9. kalau tak silap, kat indon dulu ade kes hak mematenkan kopitiam dan orang tu menang kes tu..maka ramailah pengusaha kopitiam bengang kat sana..

    jadi, cadangan ni memnag kurang kemasukkan ke dalam akal..

    lagi 1, kenapa buasir otak tak buat review raja lawak7?
    why psikik kosong (psychic zero?) why?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1 org bg 2 keje pyh la bro, sorg 1 handle bhgian kepakaran mereka ok le tu zzzz

      Padam
  10. em melaka... nape xpatenkan kota a.famosa sebgi paten?

    BalasPadam
  11. dah tak taw di mana keenakkannya kalau tetiba asam pedas di outletkan menjadi seperti kfc...oh tidak...oh laparnya...

    BalasPadam
  12. aku rasa menteri2 byk yg pakai driver tu sebab otak xda. terbaru ada seorang manusia beragama islam blagak ustaz melarang tazkirah pertengahan solat terawih di pahang..

    pd hal time mcm ni la... bgus bg tazkirah. jemaah tgh ramai. nak harapkan kuliah magrib berapa ekor je yg dtg dgr tazkirah.

    apa la nasib negaraku di pimpin oleh manusia yg otak letak dkt bontot. dh pupus ke golongan cerdik pandai..

    BalasPadam
  13. Nasi lemak sapa yg nak patenkan? (.)(.)

    BalasPadam
  14. Kerana menteri, Ikan Patin dapat nama..apetah lagi kak Paten blakang rumah..Paten owh Paten

    Bagaimana pula dengan Dato' PATENggi Ali..!?

    BalasPadam
  15. melaka dapat ketua menteri banggang.. termasuk yamng mengundi

    BalasPadam
  16. macam mana kalau teh o ais plak kena paten??????
    jahanam la aku nie

    BalasPadam
  17. cukup dgn patenkan 1Malaysia dah laaa,tu pn dah cukup kontroversi da masa mula2 nk up dulu..

    BalasPadam
  18. apakah?! hahahaha..aduhai..pelik2 betol la idea..tak logik langsung.. (-_-")

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...