Banyak pandangan, cadangan, kritikan malah dilontarkan menunjukkan keprihatinan masyarakat terhadap perkara-perkara disekeliling. Kes tersebut nampak rumit kerana melibatkan kecuaian terhadap darah daging sendiri.
Dalam hal ini, kes pada mulanya diklafikasikan sebagai mati mengejut tetapi hasil kajian awal menunjukkan terdapat unsur kecuaian yang mana kemudian memungkinkan Akta 611 iaitu Akta Kanak-kanak 2001 dibawah Seksyen 33 disabitkan. Seksyen ini menekan tentang kesilapan ibubapa mahupun penjaga yang membiarkan atau meninggalkan kanak-kanak tanpa pengawasan yang sepatutnya. Akta ini hendaklah dilihat dari semua aspek dan sudut baik positif mahupun negatif sebelum dapat dirumuskan kewajaran tindakan yang dikenakan.
Kewajaran hukuman dilihat dapat memberi peringatan kepada ibubapa tentang peranan dan tanggungjawab menjaga kanak-kanak yang merupakan amanah Tuhan dalam berkeluarga. Hukuman yang dikenakan diharap dapat mendidik ibubapa supaya lebih peka dan bertanggungjawab.
Tindakan ini juga dapat melindungi kanak-kanak yang mungkin menjadi mangsa kepura-puraan "cuai" ibubapa dalam lakonan duniawi mereka. Kita tahu, masa kini kira kerap didedahkan dengan kes dera kanak-kanak oleh ibubapa sendiri. Bayangkan jika hukuman kerana kecuaian ini diabaikan, maka tidak mustahil lahirlah ibubapa yang menjadi pengarah drama dera anak sendiri, dengan skrip "Aku hanya meninggalkan anak aku di bilik air hanya untuk seketika dan sekembalinya aku dia sudah kelemasan". Kita?? "Kesian ibubapanya untuk dihukum, berat mata memandang berat lagi bahu memikul". Walhal, anak itu mungkin dilemaskan secara terancang. Terlepas beberapa akta yang boleh dikenakan.
Takkan la ibubapa sanggup buat sedemikian rupa. Well, Alhamdulillah jika itu benar. Hmm.. Berpijak dibumi yang nyata.
Diakui berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Hukuman yang dijatuhkan pula umpama sudah jatuh ditimpa tangga.
Aku berpendapat hukuman masyarakat sebenarnya lebih menyeksa ibubapa tersebut. Janganlah kita membuat andaian wajar atau tidak wajar hukuman dikenakan kerana untuk mendefinisikan makna "CUAI" itu pun agak rumit. Adakah kecuaian hanya pada saat kejadian ibubapa tersebut wajar dihukum sedangkan sepanjang masa sebelum ini mereka telah melaksanakan amanah terhadap anak sebaik mungkin. Apa pula terlepas hukuman bagi ibubapa yang langsung endah tak endah tentang anaknya sehingga sesuatu tidak diingini berlaku? Kedua-duanya boleh disifatkan sebagai CUAI.
Tiada kecuaian yang disengajakan. Manusia memang tidak sempurna. To put myself in her shoe, kekesalan pasti timbul. Tetapi lahir kita jua punya perasaan berwaspada.
Akhir kata, sebagai masyarakat yang bersaudara atas panji Islam, iringan doa untuk si mati dan ibunya adalah yang terbaik bagi kedua-duanya. Diminta agar Tuhan meringankan beban si ibu, agar si anak tenang disana.
Ujian dan so call hukuman dari Tuhan bukan hanya untuk pengajaran atau balasan kepada ibubapa tetapi agar si ibu menjadi ibu yang lebih baik dihari muka. Tuhan tidak akan membebankan hambaNya dengan ujian yang tiada termampu untuk dipikul. Wallahualam..
p/s: kepada Prince of Noob selamat berpuasa, kemunculan yang dirancang tiada.. semoga berjumpa lagi..
Pelik la korang ni..
BalasPadamBukan ke kena siasat dulu setiap kematian kecuaian ke tak sengaja ke mak bapak presure bengong giler ke apa..
Orang mati normal kat hospital pun kena report kalau ada keraguan polis boleh siasat kot2 la ada kes jenayah etc..
Lepas tu terpulang la kepada penyiasat nak panjangkan kes dakwa ke apa..
Kemudian terpulang la kepada hakim nak jatuhkan hukuman..
So kenapa jadi masalah pulak perlu atau tak wajar.. Apa dah takda proses undang-undang ke? atau undang-undang kita ni zalim-zalim belaka?
Isk isk isk.. jom la kita banyakan ibadah toksah besar-besarkan pekara ni.. biarla mereka yang sepatutnya buat kerja mereka..
Kita bukan polis bukan hakim ke apa.. yea dak?
akta banyak.. tp x dikuatkuasa kan..
Padamkalau nk dakwa, tp akta x kuat kuasa x boleh jugak.
so, jika tindakan wajar diambil, barulah akta tu akan dikuatkuasa..
time Shahrizat dulu dia xnak kuatkuasa sebab kepentingan politik..
maybe menteri baru ni ada reason dia sendiri nk kuatkuasakan akta tersebut.
wallahualam...
penguatkuasa juga masih terdapat dilema dalam menjalankan hukuman. kurang kesedaran masyarakat turut menjadi punca, selain keraguan/kejelasan akta sendiri berkenaan definasi kanak-kanak, kecuaian dan tempoh atau hukuman yang dikenakan.
Padampolitik?? well said by Karl Marx, undang2 manusia merangkumi sosioekonomi dan politik yang mana utk golongan kapitalis menindas golongan bawahan.
Kenapa tidak hukuman melalui pengajaran dan tauladan daripada bersusah payah nak menggubal akta yg belum ada kepastian dalam penguatkuasaan? Kalau setakat tekanan dari org ramai yg tak terkena batang hidung sendiri ataupun dalam diri mereka merasa yang mereka tidak akan lalai mahupun tdk akan terlupa sehingga menyebab kematian; lalu dalam diri mereka ada perasaan angkuh dan merasa diri sempurna. Bagaima pulak syarikat2 kapitalis yg sengaja membawa bencana dan kematian kepada beribu2 nyawa setiap tahun seperti syarikat rokok dn minuman keras. Kita terlalu sibuk menghukum org yg bersalah secara tak sengaja tapi apabila diri sendiri membunuh diri dgn rokok dn arak dll lagi, diri diberi justifikasi utk tdk dihukum dgn kelalaian sendiri.
Padam-Buffyfish
article noob hanyala menyeru kite untuk berfikir, berbincang dan bertukar-tukar pandangan dan pendapat. bukanlah nak menyeru menjadi hakim. then hakim berada dimana-mana.. semua orang nak jadi peguam dan hakim. idak la sampai begitu.. macam main2 debat time kat sekolah dulu or kena tulis karangan time exam.. cikgu bagi kite tajuk, huraian sikit then bincangkan.. (ada pro and contra) cenggitu la.. hehehe...
BalasPadamAda akta yang sesuai lagipun mereka akan disiasat bersalah cuai ke tak..
PadamKalau betul mereka tak sengaja memang ibu/bapa ni lost tak ingat langsung dan dibuktikan semasa siasatan maka takda la mereka sabit dan bersalah juga tidak akan dihukum.
Jadi ada masalah ke akta tu? atau masalah dari segi penyiasatan? menganiaya?
betul betul betul
Padamapa yang betulnya tu wahai Carlos Santiago
BalasPadamTindakan ini juga dapat melindungi kanak-kanak yang mungkin menjadi mangsa kepura-puraan "cuai" ibubapa dalam lakonan duniawi mereka. Kita tahu, masa kini kira kerap didedahkan dengan kes dera kanak-kanak oleh ibubapa sendiri. Bayangkan jika hukuman kerana kecuaian ini diabaikan, maka tidak mustahil lahirlah ibubapa yang menjadi pengarah drama dera anak sendiri, dengan skrip "Aku hanya meninggalkan anak aku di bilik air hanya untuk seketika dan sekembalinya aku dia sudah kelemasan". Kita?? "Kesian ibubapanya untuk dihukum, berat mata memandang berat lagi bahu memikul". Walhal, anak itu mungkin dilemaskan secara terancang. Terlepas beberapa akta yang boleh dikenakan. <--- well said Noob. agreed with u 100%
BalasPadamhmm.. eh.. thankz Noob but it's not Noob..
Padamalamak.. silap tukang merepek.. hehehe.. agreed with u tembikar labu..
PadamDlm setahun ni aku rasa noob je yg rajin kuarkan entry... tanpa noob blog ni akan jd seperti rumah usang yg xda penghuni. xda org nak ziarah..
PadamHaha macam mana org xtersilap tukang merepek..
Huh..1st aku baca karya tembikar labu sejak mula follow blog ni..patut rasa pelik sikit nape PON nak buat topik yang sama, rupanya respon dari penulis lain..
PadamDan aku setuju dengan ulasan tembikar labu..
Mari kita fikir..
BalasPadamPertama sekali dia cuai ke tak?
- mengikut paper dia terlupa langsung yang anak dia dalam kereta (tido) sebab biasanya dia hantar ke tempata jagaan kebetulan pagi itu dia hantar orang ke airport.
- dalam kesibukan mensyurat dan kerja dia terlupa langsung yang anak dia ada dalam kereta.
So dia cuai ke?
Kalau orang yang sengaja tingal anak dia dan sebabkan anak dia mati mungkin la cuai tapi dalam kes ni cuai ke?
Owh tembikar labu yg tulis, bukan noob lah.. Patutlah cara penulisan lebih puitis:).. Tump up tembikar labu
BalasPadamnice writing
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamkonekhurt?
Padambetul dengan penulis entri nie, frasa "cuai" terlalu rumit atau abstrak, sememang nya manusia tak mampu nak baca isi hati manusia lain. jadi kita tak tahu seseorang betul-betul cuai atau sengaja cuai. ungkapan wajar atau tak wajar kadang kala merumitkan lagi keadaan dan mungkin menambahkan lagi derita psikologi si mangsa,
BalasPadamSuka aku nak memetik kata2 anon dlm isu yg lpas.
BalasPadamRamai yg xbersetuju tindakan diambil. emak mana yg sanggup tinggalkan
anak dia dlm keta tgh panas...
So skrg kita tukar situasi. Emak ini TERLUPA meninggalka
anak jirannya dlm kereta di tgh panas sehingga menyebabkan
kematiannya... korang rasa patut atau x mak ini di hukum?
jgn guna alasan anak sendiri utk menghalalkan perbuatan
mak bapak keatas mereka.
Mnusia mmg cuai... tapi kita diberi akal utk sentiasa beringat
dlm semua pkara..
Midnite
bagi aku hukuman untuk kes cuai ni memang perlu. tapi tak payah la sampai penjara.. denda 20 - 30ribu sudah la.. kalau memang konfem cuai la. kalau kes bunuh lain crita la.. apa2 pon tetap kena ada perbicaraan jugak..
BalasPadampergh entri noob meng"force" kan tembikar labu menulis, syabas noob, klu x rare tul nak tengok member lain menulis, staun sekali kot haha2. bila bincangkn memang sah makin rumit... masing2 pertahan kan pendpt....
BalasPadamPendapat aku la baik siasat macamana boleh terlupa anak ni atau memang Allah dah bagi lupa langsung.
BalasPadamMungkin ada sesuatu yang Allah nak tunjuk atau mungkin ujian bagi dia.
Ntah la aku pun tak kenal mangsa juga ibu bapanya, So aku angap ini adalah ingatan untuk kita ibu bapa sentiasa beringat dan waspada jangan fikir kerja saja yang utama ialah keluarga dan yang penting ialah Allah. Sebelum kerja pergi kerja atau menunaikan urusan luar kita pastikan segalanya selesai.
Wallahualam.
Pasal nak hukum tu aku rasa biar la mereka yang sepatutnya siasat jika ada apa-apa yang meragukan. Kalau betul kecuain yang sepatutnya boleh dielakan wajar hukuman yang sepatutnya dikenakan. Kesian budak tu mati terseksa dalam kereta sebab si ibu lupa nak hantar ke nurseri.
aku rasa kalau case ibu tiba2 terlelap 5minit.. tak lama, 5 minit je.. tapi sebelum terlelap, anaknya elok bermain kat sebelah.. sekali waktu ibu terlelap, anaknya merangkak sendiri ke laman yang berair, lalu jatuh lemas sehingga mengakibatkan kematian. yang ni baru aku boleh cakap kecuaian yang betul-betul tidak disengajakan.. sebab setiap orang akan ada satu waktu yg beliau sangat2 la keletihan. dan ibu itu tidak wajar dihukum
BalasPadamtapi case terlupa anak dalam kereta daripada tengah hari sampai petang.. rasanya cuai sangat dah parents nya tu.. dan wajar dihukum
Kadang memang berlaku orang lupa sepanjang hari :)
Padamtentu ada sebab kenapa Allah tarik ingatan sampai begitu lama
betul tu.. kadang2 Alla tarik ingatan kite.. sebab tu kite sendiri yang kena remind balik otak kite. contoh:
Padam"aku dah hantar anak ke tadi?"
atau "aku dah solat ke tadi?" <- kesibukan bukanlah tiket untuk kite mengabaikan atau terlupa akan kewajipan dan amanah daripadaNya