Isnin, 29 Julai 2013

42 Gembirakan orang lain dengan tidak jadi asshole

Benda paling indah yang boleh kita lakukan adalah dengan menggembirakan orang lain dan melihat mereka tersenyum walaupun kita tak kenal mereka. Mungkin kita boleh belanja orang lain makan, sedekahkan pakaian, bagi gula2 pada kanak2, bantu orang tua melintas jalan, atau yang paling simple, kalau kat kaunter supermarket tu orang depan takde duit syiling, kita bagi je duit syiling  mereka. Walaupun pertolongan itu mungkin kecil, tapi melihat orang lain gembira pasti kita juga akan gembira.


Tapi aku faham, bukan mudah nak gembirakan orang lain tanpa duit. Kalau tengok video "JinnyBoyTV Hangout - Random Acts of Kindness in #Malaysia" kat bawah ni, semua perbuatan yang mereka buat untuk gembirakan orang lain tu tu memerlukan duit dan wang ringgit.


So ini adalah apa yang boleh anda buat. Kalau rasa diri tak mampu atau tak boleh nak gembirakan orang lain, at least jangan jadi asshole dan jerk yang pentingkan diri dan menyusahkan orang lain, itu dah cukup membuatkan orang lain untuk tidak sakit hati seperti video "12 Unwritten Social Rules You Need to Follow" berikut:


Ya, kalau tak mampu gembirakan orang lain, tolong jangan jadi asshole seperti:

Berjalan mata tak tengok depan, lebih2 lagi berjalan sambil tengok handphone.

Berebut masuk ke dalam keretapi, bas, LRT atau lif sebelum orang kat dalam keluar.

Parking macam bangang amik sampai 2 petak, lagi bangang bila petak tu khas untuk OKU.

Buat double park, parking kereta belakang parking kereta orang lain lepas tu tak tinggalkan nombor handphone atau tarik hand brake.

Penunggang motor bawak sebelah2 sambil berborak atas jalan.

Potong queue kat lorong kecemasan. Juga potong queue kat mesin ATM, kaunter dan lain2.

Memandu perlahan di lorong memotong di sebelah kanan.

Meninggalkan "harta" anda dalam keadaan tidak diflush atau dibasuh lepas guna tandas awam.


Sila tambah lagi kalau rasa nak tambah...




tags: gembirakan orang lain random acts of kindness spread love not hate bantu tolong orang sedekah derma belanja makan senyum ketawa riang stranger orang tak kenal perlu duit wang ringgit 12 peraturan sosial yang tidak ditulis perlu diikuti berjalan mata tak tengok depan sms texting handphone smartphone telefon bimbit berebut masuk keretapi bas lif lrt parking double park makan ruang kereta kotak tapak petak oku penunggang motor borak potong queue lorong kecemasan pandu perlahan lorong memotong slow at fast lane berak buang air tandas jamban awam tak cuci basuk flush taik najis asshole jerk dungu pentingkan diri selfish menyusahkan orang lain

42 ulasan:

  1. SYA TAMBAH HALIM~~~ meniggal kan komen yang tak berfaedah seperti cth diatas

    BalasPadam
  2. X berbual dengan suara terlampau kuat di tempat awam

    BalasPadam
  3. assalamualaikum noob...rindu la nak gaduh ngan abam....kui3....

    -ahmad-

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahmad,ko dah x dialu2kan kat sini...noob pun dh xmo layan ko...ko jd keyboard warrior kt blog asg sudah laaa

      Padam
  4. Gembirakan orang laian semoga tuhan mengembirakan kamu :)

    BalasPadam
  5. Salam.
    Ni paling sakit ati. Hisap rokok di tempat awam/kawasan larangan merokok. Yang pelik tu dpn anak bini sendiri pandai pulak tak merokok, dpn anak bini orang lain buat selambe je....

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak tahan masuk tandas bau rokok busuk habis..
      camna diaorang leh merokok dalam tandas.. yuck.

      Padam
    2. hisap rokok dalam kedai ade aircond instead kat meja luar restoran..

      Padam
    3. hisap rokok kat kawasan yg ramai org... contoh mcm pasar mlm... karnival... expo... dah la org ramai.. bersesak2.. mcm2 bau ada... nak bernafas pun susah... tetiba ada mangkuk hayun ni selamba je isap rokok.. rasa mcm nak sumbat je rokok tu dlm tekak dia...

      Padam
    4. hisap rokok sahaja dah haram,apatah lagi hisap kat public.sepatutnya sapa yg hisap rokok kat public ni kena tangkap dan didakwa mcm org islam minum arak kat public.buat benda haram secara terang terangan xkan xkena apa2 kot

      Padam
  6. kentut secara terbuka tanpa segan silu.

    BalasPadam
  7. vandalismkan lif terutamnya rumah flat murah..

    BalasPadam
  8. buat bodo bila nampak org tua atau pregnant lady berdiri dlm lrt & don't want to give up his/her seat.

    BalasPadam
  9. jangan jadi bongkak sgt bila kita senyum kat org tu, org tu tarik muka 14...pastu jgn angkuh sgt bila kita ucap terima kasih tu, xreti ke nak ckp sama2??? mmg jerk ahhh org2 cmtu....grrrr

    BalasPadam
  10. Nyanyi karaoke pasang volume tinggi semasa majlis kenduri kahwin sampai ke larut malam. Ganggu jiran sebelah menyebelah yang ada anak kecik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau suara sedap xpe juga... Ini rasa mcm nak pecah speaker karaoke dgn suara yg maha x sedap tu. Boleh report kat JAS pasal bunyi bising yg mencemar alam sekitar

      Padam
  11. kalau rasa tak boleh nak buat baik.... ada eloknya jangan buat jahat... sbb tak buat jahat tu pun dah cukup baik...

    BalasPadam
  12. Pasang lagu kat henpon dgn loudspeaker (dlm bas awam ataw tmpt2 awam yg sm waktu dgnnya) dan turut mnyanyi bsama dgn suara bajet sedap pdhal suara sbjk cm babi tcekik.

    BalasPadam
  13. yang kereta parking kat OKU tu macam kroni UMNO, no. plat pun G1M

    BalasPadam
    Balasan
    1. asal org kaya je kroni umno...asal perangai cam gampang je kroni umno... kalau xbetul xpasal2 buat fitnah... apa ko ingat kroni pas xde yg kaya & perangai cam gampang ke?

      Padam
    2. yang parking kete tu memang owner dia oku..tapi dia oku kaya..sebab dia oku lah dia parking kat tempat oku, tapi secara menyenget..

      oku-otak kurang upaya..

      Padam
    3. hahaha..aku suka komen ko naza hada...

      Padam
    4. aku mmg sakit ati betul nengok org yg normal ni parking kat tempat oku... pastu.. kalau biasa gi tesco... ada disediakan tempat parking utk parents yg bawak baby guna stroller... biasanya tempat2 parking ni confirm penuh... tapi bila masuk dlm.. tak nampak pulak yg bawak stroller ni... hampeh...

      Padam
  14. paling tak suke org yg jalan terhegeh2 di tempat org semua bergegas.

    BalasPadam
  15. Apakata buat benda baik misalnye kalau tandas tak flush kita flushkan.. tak bersih kita bersihkan.. tray tak buang kita buangkan..

    Kita ni asik komplen komplen komplen tapi taknak bertindak dalam menyelesiakan masalah kadang makin teruk pulak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. byk kali jugak tolong flushkan harta karun peninggalan kawan2 kat opis ni.. sampai kekadang terasa mcm dh masuk dlm job description plak..

      Padam
    2. haah nanti kita tlg betulkan parking org lain,bagi org masuk dulu dlm lif baru kita keluar,org nak potong queue kita bg laluan,org buang sampah merata kita tlg kutipkan,org meludah atas jalan kita tlg lapkan...

      sejak bila aku dilahirkan utk menjadi kuli batak & hamba abdi org lain??? org komplen supaya semua org sedar tanggungjawab masing2... kalau semua org berfikiran mcm ko, masalah xkan selesai pun, sebaliknya akan membentuk 2 jenis golongan manusia, 1 yg mengambil kesempatan, 1 lg yg sanggup jd kuli batak org yg ambik kesempatan tadi

      Padam
    3. anon berak x flush detected...

      Padam
    4. Sambil2 komplen, bleh je kita tlg bersihkan. Xdela sampai jd kuli batak. Ikut ikhlas hati, demi kebersihan.

      Padam
  16. nak masuk simpang, langsung x bagi signal. Menyusahkan betol. Ceh.

    BalasPadam
  17. Buat konsert cina karaoke ditempat terbuka sehingga menganggu org lain yg ada baby or budak kecik nak tdo. Mmg syiall

    BalasPadam
  18. org yg mcm baru baruan pasang ekzos besar kat kereta kendian tekan2 mcm nak lumba, padahal jalanraya area perumahan kecik jee...memang makan sumpah bebakul2 la org tuu..kalo siang tak heran gak, ne malam2 abis bangun budak dlm rumah

    BalasPadam
  19. Meludah dlam lif atau kt tangga... Jijik siut.

    Kut yer pun, ludah atas tanah xleh ke? Serius asshole org camni.

    BalasPadam
  20. Kalau kerja yang berkaitan ngan perkhidmatan pelanggan, perasan tak pelanggan-pelanggan ni tak reti nak baca nota/sign kat kaunter tu untuk arahan2 sekian...contoh...sila ambil no giliran dekat sekian2 dan tunggu no anda dipanggil...tapi masih gak bantai meluru kat kaunter bajet nak cepat...abis orang lain yang bontot kematu menunggu lama kat situ nak campak mana...esp orang yang bajet nak cepat tu sedar-mara/kengkawan/jiran tetangga/ketua kampung/kerani pejabat U**O....tak layan kang kata sombong tak sedor diri...cemana tu

    BalasPadam
  21. Tak tinggalkan komen asshole mcm 10:29 tu pun, sudah dikira menggembirakan orang lain dah.. ramainyer asshole kat bo ni.. boring layan bo komen2 asshole gini..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.