Iklan Leaderboard

Selasa, 23 Julai 2013

91 Wajar atau tidak kecuaian manusia dihukum?

Minggu lepas kita dikejutkan dengan kejadian seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun mati akibat lemas setelah ditinggalkan tanpa sengaja oleh ibunya selama lebih lima jam dalam kereta di tempat letak kereta sebuah sekolah di Subang Jaya.


Nawal Iris Samsudin, yang tertidur di kerusi belakang kereta, ditemui oleh ibunya Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dalam keadaan kebiruan sebelum dibawa ke klinik berhampiran dan disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata kanak-kanak itu ditinggalkan di dalam kereta dengan kesemua tingkap ditutup dan enjin dimatikan sejak pukul 11 pagi sebelum ibunya kembali ke kereta itu pada pukul 5.30 petang.

Ibu kanak-kanak itu yang merupakan seorang guru terlupa mengenai anak bongsunya yang sepatutnya dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak sebelum dia ke sekolah, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata sebelum ke sekolah, wanita itu menghantar adiknya ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

"Setelah habis tugasan si ibu pergi ke kereta pada 5.30 petang dan terkejut melihat muka Nawal Iris kebiruan, bibirnya pucat serta ada kesan muntah dan najis kanak-kanak itu di dalam kereta berkenaan," katanya.
 
Yahaya berkata menyedari keadaan anaknya yang tidak bergerak, wanita berkenaan segera membawa anaknya ke klinik swasta berdekatan di USJ4, Subang Jaya, di sini dan doktor mengesahkan kanak-kanak itu telah meninggal dunia.

Beliau berkata laporan bedah siasat oleh Hospital Serdang yang diperoleh tengah hari ini mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia kerana 'heat stroke'. - Sumber Sinar Harian.


Sesungguhnya aku sangat kasihan dan sedih dengan berita tragedi ini. Namun berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Tak dapat aku bayang bertapa sedihnya hati seorang ibu yang mengandungkan seorang anak selama 9 bulan, tetapi akhirnya meninggal dunia pada usia 3 tahun akibat kecuaian.

Yang lebih sedih, kes akan disiasat mengikut Seksyen 33, Akta Kanak-Kanak 2001 kerana membiarkan kanak-kanak tanpa pengawasan yang berpatutan dan seksyen ini memperuntuk hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Ulas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim pula, ibu bapa atau penjaga yang cuai dalam penjagaan anak mereka boleh didakwa di mahkamah mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 dan sekiranya sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya.

Ada rakan aku yang berkata ibu bapa tersebut memang patut dikenakan hukuman setimpal dengan kecuaian mereka dalam menjaga anak sehingga mengakibatkan kematian serta untuk menjadi pengajaran kepada ibu bapa yang lain juga agar tidak cuai dalam menjaga anak2.


Namun ada juga rakan2 aku yang berpendapat tidak perlulah menghukum mereka lagi kerana sudah takdir anaknya meninggal dengan cara itu. Mereka pun tidak minta kejadian itu berlaku pada anak mereka. Sudahlah ibu bapa itu diuji dengan kematian anak mereka dan terpaksa mengebumikan anak sendiri yang masih kecil dengan tangan sendiri, kita pula mahu uji lagi mereka dengan hukuman denda dan penjara. Mudah untuk kita menghukum tapi cuba kita letakkan diri kita di tempat ibu bapa itu adakah mampu untuk kita menanggung? Lagipun ia bukan suatu perbuatan jenayah yang perlu dihukum seperti merompak, merogol, membunuh dan menculik, tapi kecuaian yang sangat tidak disengajakan kerana kelemahan manusia.


So sekarang aku nak bincangkan kat sini, adakah korang rasa wajar kes kecuaian manusia itu menerima hukuman seperti kes2 jenayah lain? Pada pandangan anda, adakah anda rasakan:
  • Mereka wajar didakwa dan dihukum untuk memberi pengajaran kepada mereka dan orang lain, atau;
  • Mereka tidak wajar didakwa dan dihukum, cukuplah dengan penderitaan yang telah mereka lalui kerana mereka dan orang lain sudah pun mendapat pengajaran daripada peristiwa ini.

Apa2pun, takziah buat keluarga arwah adik Nawal Iris.




tags: kanak-kanak budak perempuan usia umur 3 tiga tahun maut mati meninggal dunia ditinggal lebih 5 jam dalam kereta enjin dimatikan tingkap tutup ibu bapa cuai jaga anak boleh didakwa gambar nawal iris samsudin nor zatusy hazwa abdul rahim seorang guru anak bongsu heat stroke lemas kepanasan dikebumikan siasat dakwa hukum seksyen 33 akta kanak 2001 hukuman denda penjara sabit kesalahan jenayah kecuaian wajar atau tidak komen pembaca sinar harian

91 ulasan:

  1. anggap saja tu sebagai satu ujian bagi allah. mungkin allah nak menyediakan seorg yg mampu menarik ibu dan ayah dia ke syurga nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ini jawapan play safe...noob tya wajar atau x wajar mak bapak dia kena hukuman denda atau masuk penjara...kena la jawab wajar atau x

      Padam
    2. maaf.. anda tidak menjawap soalan...

      Padam
  2. Xpatut dikenakan hukuman..dah beban jiwa lagi nk tmbh beban yg lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagi aku wajar, supaya beringat2. ramai yang simpati kerana mangsa adalah anak sendiri, cuba kalau didalam kereta tu anak orang lain, anak jiran ke, anak pengetua ke... mungkin reaksi orang ramai dah lain... it's true cikgu kerja berat dan banyak, tapi mana lebih penting? anak atau kerjaya? kalau kerjaya lebih penting, then teruskan lah hidup, cikgu tu x hilang kerjaya. yang hilang cuma anaknya... utamakan yang utama...

      Padam
  3. Xpatut dikenakan hukuman..dah beban jiwa lagi nk tmbh beban yg lain.

    BalasPadam
  4. kadang-kadang, manusia nie pandai beri pandangan sesuka hati je, harus diingat, manusia nie bukan sempurna sangat, mungkin dah dugaan perempuan yang dia lupa pasal anak, bukan hak kita untuk menghukum seseorang, orang dah sedih hilang anak, pahtu duk komen bukan-bukan je, mungkin di sudut pandangan kita, mustahil la, xkan anak sebesar boleh lupa nak keluarkan dari kereta, mungkin dah takdir anaknya pergi,

    maaf la tuan rumah, panjang pulak komen nie, semoga peristiwa nie memberi pendoman kepada kita yang manusia adalah makhluk yang lemah

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf.. anda tidak menjawap soalan...

      Padam
    2. ye ke, maaf la, mat jo terus baca petikan entri, tak perasan dengan tajuk entri

      Padam
  5. tak hukum pun benda ni tetap akan menghantui mak bapak dia sampai mati... silap2 bleh jadi gila. bleh ke mak dia terima hakikatnya dia dah jd pembunuh anak dia sendiri.. ni xbunuh guna pisau..rendam jer dlm oven panas..

    amalaysia ada undang2... ada akta. so kalo polis nak amik tindakan sapa2 pun xbleh bantah. melainkan kau batalkan undang2 yg sedia ada..

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf.. anda juga tidak menjawap soalan...

      Padam
  6. Kematian anak dia pun dah jadi satu hukuman paling berat kat mak dia.. bukan mudah nak move on lepas tu.

    Mementangla tak kena batang hidung kita, sedap mengutuk. Hobi orang malaysia

    BalasPadam
  7. Hukum dunia....mcm2 org leh buat......ckup2 la si ibu mderita......iris dlm ingtan....aku slh sorg ahli keluarga n ada kt tmpt ctu....semoga org yg maki hamun spupu ku di berkati allah

    BalasPadam
  8. Aku mmg dari dulu lg rasa tak wajar kes kecuaian manusia dihukuman seperti kes2 jenayah lain yg disengajakan. Hebat dugaan si ibu tu, sampai mati pun dia akan menyesal dgn kecuaian dia sendiri yg mmg irreversible, cukuplah dgn penderitaan dia dan keluarga dia seumur hidup bermulanya dari saat tragedy kecuaian itu berlaku. Al-Fatihah buat adik Nawal, takziah buat keluarga mangsa keadaan.

    Aku ada terfikir satu idea masa tgh sembang2 dgn akak aku pasal ni 2 hari lepas, masa tu akak aku ckp "kesian kan, tak ada apa2 cara ka utk kasi warning kata ada budak dlm kereta yg tgh lama parking, bg ada alarm utk alert org ramai ka apa...?", pastu aku terfikir "tu ah, kalo ada mana2 car developer yg boleh cipta automated device utk sense ada org dlm keta yg tgh parking lama2, ok gak", akak aku sambung "tapi apa benda yg boleh dijadikan trigger alat tu utk bunyik?"... tetiba aku terfikir "CO2! manusia kan mesti bernafas, mesti kna kuarkan CO2..". Akak aku pun tetiba excited "Hah! ya.. betoi CO2!", dan aku sambung ayat "kira alat tu kena la set sensor dia spya dia akn activate bila concentration CO2 dlm vehicle tu melebihi sekian2 level yg mmg menunjukkan ada org dlm keta tu, tapi alat tu kena kasi 'on' time tgh parking la, time keta berjalan kna 'off' la kang tak pasal2 bising hoho", dan akak aku pun "Ok ok, aku nak usulkan idea ni kat car developer"...

    so aku pn google la cari CO2 sensor in cars, mmg ada pun device ni rupanya, tp aku tak jumpa pulak fungsi benda ni dikaitkan dengan alarm utk tarik perhatian org ramai agar beri pertolongan kat mana2 budak/orang tua/pets yg tgh lemas heat stroke dlm kereta... yg ada stakat fungsi utk sense the presence of people to save energy/electricity usage, mcm yg ada pada aircond n automated lights dlm rumah yg eco-friendly...

    moga2 ada faedah la perbualan tu dan tak hanya jd cakap2 kosong... utk kebaikan masyarakat jugak... right? ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. baik untuk precaution..manusia kalau terlupa kadang2 yang simple2 kadang2 yang ekstrem..sapa tahu bila kita akan terlupa kan..

      Padam
    2. komen terbaik...
      menjawap soalan dulu.. kemudian beri komen dan cadangan... ini yang kita mahu... terima kasih...

      Padam
    3. bagus gak si tanpa nama nih, tahu menilai komen2 yang membina.

      harap bertambah jua pembaca atau komentar yang sudi berbincang ke cabang ilmiah di blog ini.

      Padam
    4. Aku dah buat research pasal ni, siap bentang projek lagi untuk atasi masalah ni kat JSSF (JAPAN SUPER SCIENCE FAIR 2011). Masalah sebenar bukannya CO2.tapi hypothermia. Heat masuk dlm kereta dan x kluar. Actually dalam sejam je dah boleh meninggal budak tu

      Padam
    5. Hypotermia bukan suhu dalam badan drop? Kereta ni overheated so patutnya Hypertemia la kan.. Bila suhu badan melampaui tahap normal.

      CO2 sensor macam tak sesuai aje.. Nanti kalau orang saje2 nak lepak dalam kereta pon berbunyi la alarm tu hahaha tak pasal-pasal. Negara luar dah kaji benda dan masalah ni termasuklah pengunaan Camera dalaman, pengesan haba, pengesan pergeran juga pengesan degupan jantung.

      Sebab ini masalah juga buat ibu bapa yang lupa so child detection device kena cipta.. US dan proposed law nih bawah "Transportation Department reauthorization bill" untuk pengeluar kereta wajib pasang benda ni.. http://www.thepetitionsite.com/1/mandatory-child-sensor-alert-systems-for-all-new-vehilces/

      Untuk awareness.. memang ada website untuk kids and car nih http://www.kidsandcars.org
      yerla bukan saja masalah orang lupa tertingal anak dalam kereta masalah orang tak perasan terlangar anak masa reverse pun ada juga..
      tak caye tengok statistik http://www.kidsandcars.org/statistics.html

      Secara peribadi sensor terbaik ialah yang ada dalam diri kita yang Allah bagi kesedaran naluri dsb. Kena perbaiki sensor2 semulajadi kita supaya sentiasa peka dengan keadaaan sekeliling.


      Padam
    6. @ PembakarTakoyaki

      JSSF? kewl...
      yg aku maksudkan CO2 sensor as trigger alarm utk bunyi kasi alert org sekeliling, utk datang tolong do something to save the kid inside the parked car, bukan aku maksudkan CO2 sbg punca kematian budak tu la... baca komen aku slow2, yukkuri yomu nara wakarimasu ^^

      @TanpaNama

      Ada ka org saja2 lepak dlm keta tgh berenti/parking lama2 berjam-jam tutup semua pintu tingkap smbil off enjin? buat maksiat ker ape? lol... like i said, itu cuma 1 idea, idea basic, setting n condition device tu nnt developer/engineer boleh pikir sendiri kasi sesuai dengan keadaan... kalo negara luar dah kaji, adakah itu bermakna kita tak patut cuba kaji juga? lepas tu semata2 nak terus ckp psl sensor2 semulajadi dlm diri kita... tak berkembang la R&D dlm negara kita kalo sikap mcm tu... just my 2 cents ^^

      Padam
    7. tak yah putus buat maksiat ,la ko ni reply gaya mcm x cerdik pulak dah adesss makna sebelum ko fikir tu ad org lain dh fikir dan propose, so, ak lebih setuju gak, kena improvee"sensor" DAN TAMBAHkena cara lain gak diri kita jgn bnyk sgt berangan dan pandang rendh org lain hmmm

      Padam
    8. aik dek non? nape tetiba nak butthurt pulak ni? ilek2 sudah la, tak salah kot nak bagi idea, aduilaaa... apa kaitan dgn berangan dan memandang rendah org lain pulak? why must you feel belittled? itu cuma idea tak payah nak butthurt apa2 pun, bukan aku bangga menang award ka apa pun, takde langsung aku bangga konon akulah org pertama yg terfikir psl benda tu?... baca slow2 komen aku, takde pun aku ckp takde org yg pernah terfikir psl idea tu... ni meleis sindrom ka apa ni? hurmm....

      Padam
    9. oh melayu, oh melayu,
      kenapa engkau mundur?
      macam mana aku X mundur,
      advance sikit kena cop poyo,
      advance sikit kena cop poyoooo.....

      inb4 semua ini PoYoooo~~~~

      Padam
    10. ble de org share pndapat ada unsur ilmiah ckit,dipuji komen tebaik,dikatanya jgn byk sgt berangan......lulz
      msti anon macai umporno,akai tiada.......

      Padam
    11. betul la.. komen yg berilmiah haruslah dipuji... habis tu.. takkan komen yg menghentam org... komen yg tuduh2 org mcm ni.. nak dipuji sebagai komen terbaik... akai ada ka..??

      Padam
    12. oh ko terasa la ni sebenarnya? owh... sorrylah kalo ko terasa yer anon, aku tak maksudkan ko pun sebenarnya, pelik jugak aku tengok tetiba ko nak butthurt lelebih, spoil la... take my advice la anon, kalo ko tak buat tak perlu nak terasa bagai, it's just an unspecific assumption, bukan aku kata ko yg buat maksiat.... ada paham ka? meleis mmg suka terasa eh? so soooorry la yek?

      selamat berbuka posa semua~ ^^

      Padam
  9. Ini lah jadinya bila manusia buat undg2 lepas manusia ikut blik undg2 tu bodoh betul

    BalasPadam
    Balasan
    1. anda patut dihukum kerana cuai untuk menjawap soalan...

      Padam
  10. Sakit hati bila baca komen manusia-manusia yang hentam si ibu. Macam mereka semua tu perfect tak pernah terlupa. Saya rasa memang betul si ibu benar-benar terlupa dan disebabkan tuntutan kerja si ibu terlupa anak sedang tidur di seat belakang kereta. Kalau saya pun mungkin boleh lupa. Tak patut pun si ibu dikenakan hukuman atas sebab nak beri pengajaran pada orang ramai, sebab orang ramai lagi akan berasa puas hati dan takkan rasa 'diajar' atas hukuman yang dikenakan kepada si ibu.

    *sigh

    BalasPadam
  11. Bley tahn rmai gk yek org X de otak kt fb brbnding ngn yg kt blog2x,salu yg kt blog ak tengok bnyk gak komen pakai otak skit...kt fb ngn twittr rmai komen ikut lubang juboq ja X kira tina jntan,cam haraaam.......

    BalasPadam
    Balasan
    1. sila gunakan otak anda untuk menjawap soalan...

      Padam
  12. maaf tp pada pandangan aku,aku rasa parents patut dhukum atas kecuaian mereka menjaga anak2 sbb dlm akta undang2 dh tertulis kecuaian ibu bapa boleh dikenakan tindakan.kalau x dhukum,then apa point undang2 tu digubal at the first place?? melainkan isu ni dbawa ke parlimen & akta ini dimansuhkn,selagi tu aku berpendapat mereka wajar dikenakan hukuman.

    kalau nk tahu, 99% kemalangan jalanraya disebabkan oleh KECUAIAN manusia. kalau kecuaian x boleh dihukum, bila ada org cuai bwk kereta, bas, lori & mengakibatkan kemalangan yg melibatkan kematian pengguna jalanraya lain, maka dia x boleh didakwa & dihukum atas kecuaiannya itu. so korg rasa2 wajar ke tak kecuaian ni dihukum???

    BalasPadam
  13. salam PON, ramai yg kembali kerahmatullah dbulan mulia ni, komen aku tak wajar la mak budak tu dhukum,.

    Lg satu, roh mereka yg pergi ne kn lepas dbulan ne, untunglah budak ne jd ahli syurga..hmm Al-fatihah n salam takziah buat kluarga mangsa..

    -m84, kb brunei-

    BalasPadam
  14. Dalam kes ni,emak budak ni "terlupa".Bkn sengaja.Ada jugak yg xde otak bg komen "tak patut emak tinggalkan anak,kut ye pun bukaklah tingkap or bwk sekali".Ni kes x baca berita ni habis habis ler ni.Baca separuh,x phm cerita terus nk jatuh hukum.
    Logiknya,xde emak yg waras sengaja nk tinggal anak dlm kereta bertutup di tgh panas!!
    Mohon guna akal sebelum nak jatuh hukum.
    Tak sengaja,terlupa...tak patut nk hukum emaknya.Dia xde niat.
    Sebab tu dlm undang2 pun ada beza antara bunuh dgn niat,tanpa niat or kalo pelaku ada masalah mental,dia boleh lepas.
    Itupun xleh pikir??

    BalasPadam
  15. sama juga mcm kes tak perasan anak masuk bilik air pastu lemas dlm baldi.... kematian itu sendiri dah satu penyiksaan dan sesalan.... pada aku tak perlula hukuman penjara ke apa.... tapi ibubapa tersebut perlu beringat agar ianya tak berulang...

    BalasPadam
  16. aku setuju ibu bapa diambil tindakan diatas kecuaian mereka terhadap anak sehingga mengorbankan nyawa anak mereka..Lupa bukan alasan untuk terlepas daripada hukuman..

    kita kat sekolah pun kalau LUPA buat homework kene denda ngan cikgu.

    kat office pun kalau LUPA siapkan keje dlm tempoh deadline pun kene maki ngan bos..

    inikan pula LUPA kan anak, amanah daripada Allah?

    cuai tak bererti dia jahat ke apa.. sebab semua manusia mmg cuai.. tapi tindakan ini perlu diambil supaya menjadi pengajaran kepada ibubapa2 yang spesis mmg cuai akan lebih peka terhadap anak2 mereka.

    sebab ternyata apa yang berlaku dgn kes Norin, Dirang dan William tidak langsung diambil pengajaran oleh2 ibubapa2 yang spesis cuai suka abaikan anak ni..

    mcm kes William pun,, tinggal dalam kete sebab nk g kedai kejap.. last2 budak tu end up mati!

    nyawa kanak2 bukan mainan..

    berapa ramai budak2 main kat taman tanpa pengawasan ibubapa?

    so.. aku sokong tindakan diambil terhadap ibu tersebut..

    tapi darjah hukuman biarlah 1st degree sahaja.

    kesian kat si ibu mmg kesian.. sangat kesian kat dia..

    tp, lihatlah pada maslahat yg lebih besar agar nyawa kanak2 yg lain tidak senasib dgn Nawal..

    BalasPadam
    Balasan
    1. "....biarlah 1st degree sahaja"???

      1st degree sahaja???

      Padam
    2. sokong!

      kalau kecuaian sehingga mengakibatkan kematian, rasanya wajar diberi hukuman.. untuk ingatan kepada parents yang lain. tapi jangan la hukuman "penjara seumur hidup or gantung sampai mati" sarcasm

      Padam
    3. aq syak budak nie msti ade pengalaman pahit pnah kne dende dgn cikgu die ms zmn skolah dlu, kan? kan?

      lulz

      Padam
    4. hahaha dey,1st degree crime tu paling berat la derr...itu pn X tahu? skolah abis ke idak nie? kesian dowh...

      Padam
    5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    6. Tanpa Nama 9:38 PG &9:34PG, :)

      aku dpt maklumat pasal 1st degree punishment tu bukan main tembak je, aku check dengan pegawai Kementerian..

      so, kalau dia salah, salah lah aku.

      tp, u get what i mean kan.. aku sokong tindakan ringan diambil.

      mmg aku ada pengalaman..pengalaman kawan2 n sedara mara yg membiarkan anak2 mereka tanpa pengawasan.. samada lupa mahupun sengaja..

      aku xnak terjadi benda buruk mcm tu kat anak buah aku.

      kita hidup bermasyarakat.. kene lah ambil peduli dgn apa yg berlaku..

      bak kata Piscess Za... hukuman bukan berat sampai kene gantung ke apa..

      cukup denda peringkat pertama untuk peringatan sahaja.

      Padam
    7. ist degree.. hukuman dia mati atau penjara seumur hidup jika disabitkan kesalahan..
      better u check back..

      Padam
    8. First Degree ni hukuman paling tinggi la dik :)
      Hukuman Mati atau Penjara Seumur hidup..

      Mungkin Second degree la kot tak sengaja.. :) kena denda atau mungkin kaunseling etc.

      Banyak dah kes budak mati ditingal dalam kereta ni.. 2 yang aku baca dalam sianr rasanya cikgu.. tensen jadicikgu ni sampai anak pon boleh lupa.. huh...

      Padam
    9. anda patut dihukum kerana cuai menulis komen yg salah maklumat berkenaan hukuman first degree, yg mn kesannya boleh menyebabkan org salah faham berkenaan undang2x yg ada.....hewhewhew~~~~

      Padam
  17. Itu guna adanya siasatan
    Bedasarkan siasatan baru la depa tahu apa dan kenapa adakah sengaja tak sengaja ke apa.. baru la hukuman boleh dijatuhkan atau tidak.. Sebab kadang ada banyak kes pelik nampak macam kecuaian tak sengaja tapi sebenarnya dirancang.. Apapon kita serahkan kepada penyiasat menjalankan tugas mereka..

    Apapun apajua berlaku dengan keizinan Allah jua.. Tanpa izinNya tiada apa akan dapat berlaku.. Segalanya adalah ingatan buat kita yang selalu sibuk dengan kerja dan tekanan hidup. Jadikan iktibar dan peringatan bersama.


    BalasPadam
    Balasan
    1. dulu tv2 ad pernh tayg citer, psl movie ada pasangn pergi trip ke australia, bwk anak, bila dia tinggalkan anak kat keta, anak tu ilang ada terus report polis kecoh, smpi akhir citer x jumpa pun ank dia, walaupun jumpa mcm2 bukti, ibu budak tu kena tuduh menyebabkan anak tu ilang,siap masuk court, dulu ak masa sekolah rendh tgk citer tu, smpi abis, ak x, x sangka leh thn jenis citer "sembg2" selalu lyn lawan2 fighting ja, tp citer tu buat ak terfikir, sejenak kalau kena kat ak ap ak rasa ap ak buat.....tp kat dsini nak beritau, walaupun kes ni di hukum atau x dihukum perkara ni akn berulang jugak melain kan .......................

      Padam
  18. x wajar.. kematian anaknya pun dh cukup menghantui si ibu utk seumur hidup.. dia bukan sengaja... kita tk de kat tempat dia.. tk perlu lah menghukum sebegitu teruk...

    BalasPadam
  19. kite tgk jg sbb apa mak dia terlupa. mengikut apa yg sy bc, mak dia dah terlewat utk hadiri mesyuarat penting. of coz la bla da terlewat, dlm kepala hanya igt satu perkara je. pd sy itu namanya berdedikasi. dia memberi sepenuh tumpuan pd tugasan sehingga terlupa bahawa dia jg mempunyai tanggungjawab yg lain. sy sedih bc komen2 FB tu. mereka yg x ada ank x rs apa yg org dah ada anak rs..kalu nk hukum tgk jg la kecuaian yg mcm mn. ada kecuaian yg disengajakan dan ada kecuaian yg x disengajakan. kita ni manusia. sifat lupa tu mmg sebati. (rujuk bahasa arab. kata akar bagi perkataan manusia adalah nasia yg bermaksud lupa).
    so, kalu nak hukum, biarlah rasional. kalau tak, lepaskanlah...

    BalasPadam
  20. In thi case...jwpn sy ialah TIDAK.

    Kat luar sana ada lg byk kes rasuah n jenayah lain yg patut lebih dikenakan tindakan serius sbb mereka melakukannya dgn niat.

    Papepun, simpati dgn pemergiannya...semua ini sudah ditakdirkn n Allah lebih syg dia.

    BalasPadam
  21. noob ko nk tau 'wajar atau tidak wajar' hukuman/undang2 ni dikena kn terhadap ibu nawal or 'wajar atau tidak wajar' hukuman/undang ni dikena kn kepada pesalah(cth nursery dll) yg cuai utk kes macam ni?

    -sebab kalau kes nawal ni,kene ade sifat kemanusiaan..sebab yg mati pon anak dia sendiri..so boleh bg kelonggaran utk si ibu supaya tak dikenakn tindakan..sebab dah la tekanan sebab si ibu 'penyebab' kematiaan anak..so tak patut la dibebankn dengan hukuman undang2 lg..silap2 boleh jd gila si ibu tu..

    -tp kalau untuk kes lain pulak,contoh kecuaian sehingga menyebabkn kematian orang lain(bukan family sndiri) patut hukuman macam ni dikenakan..contoh nya macam nursery yg diberi amanah untuk menjaga anak kita..lepas tu dia cuai smpai anak kita mati..lepas tu dia bg alasan terlupa sebab ada keja or terlewat or tak perasan dan sebagainya..kita sebagai ibu bapa kepada si mati mesti tak puas hati kalau pihak nursery bg alasan macam tu dan kita mesti nk hukuman yg setimpal dikenakn kepada pihak nursery..betul x?

    so untuk kes arwah adik nawal ni si ibu tak wajar dikenakan hukuman..cukup sekadar si ibu diberi khidmat kaunseling supaya si ibu lebih alert pada masa akn datang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. eh mcm tu lak x adil la, patut si ibu terima tindakan supaya org lain lebih alert haha2

      Padam
    2. bila kes mcm ni jadi,automatik orang lain akan jadi lebih alert..tak perlu hukum si ibu..nk hukum si ibu untuk ape?untuk sebab kecuaian dia atau untuk bg pengajaran kepada orang lain?

      tau x maksud pepatah 'sudah jatuh di timpa tangga'? macam tu la si ibu kalau dikenakan hukuman..dah la hilang si anak..kena pulak hukuman undang2..

      Padam
    3. ye, hukuman untuk kedua-dua sebab "kecuaian dia dan untuk bg pengajaran kepada orang lain?"

      lalai sehingga mengakibatkan kematian, adalah perkara yang sepatutnya tidak boleh terjadi.. tetapi sekiranya terjadi juga, kite hendaklah redha dengan ketentuanNya..

      terlupa meninggalkan anak didalam kereta dengan tidak menyedari anak itu masuk sendiri ke dalam kereta adalah 2 perkara yang berbeza. sekiranya anak tu yang masuk sendiri ke dalam kereta tanpa disedari si ibu dan ditinggalkan sendirian sehingga mengakibatkan kematian, tidak wajar ibu dihukum. kerana itu dinamakan kemalangan. tetapi TERLUPA anak sehingga mengakibatkan kematian, itu dinamakan kecuaian yang tidak sepatutnya dan wajar diberi hukuman.

      Wallahu a'lam, ni hanyalah pandangan saya. Apapun, biarlah pakar yang menentukan.

      Padam
    4. tak patut hukum ibu nawal ni..cuma patut diberi bimbingan n kaunseling..nak kata pengajaran?masyarakat tak kan tak dapat pengajaran lagi dr kes macam ni..pengajran buat ibu nawal?mesti dia akan lebih alert lepas ni sebab tak kan nak hilang lagi sorang anak..kn? wallahualam....

      Padam
  22. Tak terkena batang hidung sendiri sedaplah jatuhkan hukuman ke orang dan rasa diri perfect. Seorang ibu yang waras dan ada perikemanusiaan takkan biarkan anak dia terseksa macam tue. Yang gila jer akan sengaja buat macam tue.

    Apapun biarkan siasatan dilakukan. Bagi aku, trauma kehilangan anak kerana kecuaian sendiri akan terkesan kepada si ibu sampai akhir hayat dan itu pun dah jadi hukuman berat.


    Al-fatihah kepada Adik Nawal.

    BalasPadam
  23. Bagi aku hukuman tu kena, bukan untuk menambahkan penderitaan pada si pelaku tapi menjadi ingatan pada orang lain supaya berhati-hati dan alert...sebab manusia mudah alpa dan leka...kes ni pernah terjadi dulu, anak pun dah besar, bapa dia tak perasan anak dia ikut sekali...tapi orang kita cuma kecoh sekejap je pastu tak beringat, ada mak bapak memang sengaja buat atas sikap sambil lewa, tak jadi pada diri sendiri memang jadi gah dan bangga menunding jari...so dengan ada hukuman terhadap parent yang cuai ia jadi strong reminder pada parent lain supaya utamakan safety anak walau macamana skalipun....

    BalasPadam
    Balasan
    1. bila kisah ni jadi bualan,percayalah ianya sudah jadi ingatan kat orang lain untuk berhati hati.x perlu hukuman..
      seorang ibu tidak akan membunuh anaknya walau anaknya jahat macam setan sekalipun

      Padam
  24. bagi aku, kalau sudah terbukti kes ni akibat kecuaian adalah memang patut dihukum, apatah lagi ianya melibatkan nyawa manusia. sedangkan kes kemalangan biasa dan kemalangan maut juga dibicarakan mengikut akta yg berbeza.

    BalasPadam
  25. soalan kau macam tanya 'wajar tak kecuaian manusia dihukum?'
    so aku tanye kau balik..

    wajar tak seorang pilot dihukum kerana tak sedar tangki minyak bocor dan menyebabkan kapal terbang terhempas?
    wajar tak seorang nurse dihukum kerana tersilap dos ubat menyebabkan pesakit itu mati?
    wajar tak seorang polis dihukum kerana tertembak orang awam semasa cubaan menembak penjenayah?
    wajar tak seorang pemandu dihukum kerana terlangar penungang motosikal akibat tertidur semasa memandu?

    amacam?

    bagi aku wajar, wajar undng undang ini dilaksanakan mengikut prosedeur.. dan ia juga untuk memberi peringatan kpd orang ramai..

    kalau undang2 ni tak dijalankan kau nak kenaik kplterbang dengan pilot yg tak profesional? kau nak ke ade penguat kuasa yg tak berkaliber? senang cerita kau nak kena langgar sebab ade pemandu cuai yg tak tgk side miror smse tukar lorong?

    kita manusia yg tak sempurna.. selalu buat silap..
    tapi kenalah sentiasa perbaiki kelemahan dan kecuaian tu..

    dlm dunia ni ade mcm mcm jenis manusia.. muka baik tapi hati siapa tahu..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kes semua org nak elak kena hukum termasuk aku......dan rmi lg...terlalu rare org rela untuk dihukum ats kesilapn kesalahan diri

      Padam
  26. aku rasa wajar dihukum. tapi bukan dengan hukuman penjara atau denda. tapi lebih kepada hukuman kena jalani terapi dan kaunseling. igat tak trauma ke lihat anak mati depan mata dan kita [penyebabnya

    BalasPadam
  27. Mereka tidak wajar didakwa dan dihukum, cukuplah dengan penderitaan yang telah mereka lalui kerana mereka dan orang lain sudah pun mendapat pengajaran daripada peristiwa ini.

    BalasPadam
  28. HABEH TU KALO ADA KEMATIAN KANAK2, MASUK MAHKAMAH XPELAA SEBAB IBUBAPA MANGSA SUDAH PUN MENYESAL MAKA X PERLU DIKENAKAN HUKUMAN..ada logik ka? kenapa bila parents chinese yang anak dia hanyut dalam longkang tu korang x kesah nak hukum tapi bila Islam dan melayu korang backup? hukuman untuk teladan paa orang lain...korng memang cakap x serupa bikin ..RAcist!!

    BalasPadam
  29. Rasanya x wajar si ibu kn hukuman. Cuma bg sy mcm pelik ckit kes tertinggal kanak2 dlm kereta. So peringatan bg kita semua selepas on alarm tu ambil lah masa sesaat utk periksa keadaan dlm kereta dr luar(kot2 tertinggal brg berharga, dompet @ anak), double check alarm, posisi parking kenderaan selamat atau tidak. Sbb itu lah amalan yg selalu sy buat dr dulu smpi skrg.
    P/s: tertingal brg dan terlupa lock alarm byk kali jgk kena. Tp tertinggal anak2 tu tak pernah kena lagi.

    PDN

    BalasPadam
    Balasan
    1. Diaorang pun dah disiasat ler ko tak baca berita ke?

      Padam
  30. perhh macam macam la ko noob.. ko tanye wajar ke idak sbb yg cuai mak budak tu..
    kalau yang cuai amah mak budak tu amcam pulak? tak de nye ko nak tanye wajar ke idak ni kan?
    lagi mak budak tu hina keji teruk teruk amah tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yg ko ni emo sgt kenapa? dia tya wajar atau tidak so jawab & bg je lah pandangan... xpayah nk emo2 sgt ye kpoop lover harktuiihhhh

      Padam
    2. aku kpop lovers ke mak nenek kpop ke.. yg ko butthurt tu dah kenape?
      betulla.. perlu ke persoalkan wajar atau tidak..
      umpama mempersoalkan wajar atau tidak undang undang digubal?
      yg tak wajarnye.. patut ke masyarakat awam menghakimi seseorang?
      biar polis buat kerja dia..

      Padam
  31. pada saya perkara sebegini memang jika dilihat nampak seperti satu kecuaian. tapi ini merupakan kecuaian yang tidak disengajakan. tak pernah mana-mana ibu bapa mahu tinggal anak sebegitu. malahan cikgu ni jugak tak de rekod jenayah atau apa-apa masalah dengan anaknya.. jadi dari situ bukan isu penderaan atau sengaja membiarkan. cumanya, mungkin lebih elok jika kes sebegini di-highlight untuk jadi pengajaran pada ibu bapa yg lain. bukan dihukum!

    BalasPadam
    Balasan
    1. "kecuaian yang tidak disengajakan"..??? ada ke kecuaian yang di sengajakan..???

      Padam
  32. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  33. Assalamualaikum.
    Bagi saya tidak wajar, kerana Allah sudah menghukum beliau terlebih dahulu, pastinya beliau telah menerima tamparan yang hebat daripada kealpaannya sendiri, jadi hukuman dunia itu apakah natijahnya? adakah dengan menghukum, anak beliau akan kembali? cukuplah derita perasaan yang sedang beliau tanggung sekarang. Sudah pasti arwah anaknya sedang menunggu ibunya di pintu syurga.

    Saya ada ramai kenalan guru, walaupun mereka tiada anak kecil, dek kerana tugasan guru yang semakin berat, membuatkan guru-guru menjadi tekanan dan sibuk memanjang, sehinggakan kawan saya terpaksa membantu menyelesaikan tugas ibunya setiap hari, bayangkan!

    Inikan pula ibu yang ada anak kecil ditambah pula tugasan yang lainnya. Bagi saya hukum dahulu pembunuh yang masih berkeliaran di luar sana, sebelum mereka membunuh lebih ramai lagi orang lain.

    Jika hukuman dunia yang ingin dijatuhkan kepada ibu ini tetap dijalankan, kita doakan semoga ibu ini tabah menghadapi dugaan, biar Allah sahaja yang membalas apa sahaja yang berlaku.

    Jaga adab ketika berkata-kata, hinaan serta cacian memang mudah dilemparkan, tetapi ingat, bukan mudah nak meminta ampun dan maaf kepada beliau, takut-takut tidak sempat, di akhirat nanti merana. Lebih merana daripada ibu ini.

    Maaf jika ada yang tersinggung, ini hanyalah perkongsian saya sebagai hamba Allah. Kerana saya tidak sanggup lagi membaca hinaa dan cacian yang melampau-lampau, tanpa menghiraukan perasaan keluarga ini, terutamanya si ibu. Salam Takziah saya ucapkan, semoga si ibu ini tabah menghadapi ujian hidup yang telah Allah rencanakan,pasti ada hikmah disebaliknya. Insya Allah.

    Sekian.

    BalasPadam
  34. depends on case..kalo case mcm ni, rasanye x wajar. kesian pd si ibu. kesedihan hilang anak atas kecuaian sndiri pn x tertanggung lg, ni kan pulak nk tanggung hukuman. tp kalau anak orang, mybe wajar. wallahualam...

    BalasPadam
  35. Fuhhh peguam jenyah semuanya

    BalasPadam
  36. Rasanya tak wajar lorh ~ Coz , bukan disengajakan .
    Sesiapa yang kasi comment-II yang negtif tuu rasa cam nak hempuk jek .. Hoho .
    Memang lah bagi korang tak logik boleh 'ter'lupa kan anak sendiri . . .
    But, da memang itu kenyataan, Hang nak buat apa lagi ?
    Takkan lah dia sengaja nak tinggal kan anak dia kott ..
    Itu Ujian Allah untuk makcik itu , mungkin ada hikmah di sebalik nyaa .
    and mungkin Allah nak uji dia atas dosa-II yang lalu untuk kesadaran dia ..
    Siapa kita untuk hukum dia atas ujian yang Allah kasi nie pada dia ?
    Lain lah kalau dia memang berniat nak bunuh anak dia ..
    Manusia takkan terlepas dari melakukan kesalahan. Right ?
    Sedangkan nabi pon pernah melakukan kesalahan. Apatah lagi kita
    manusia yang biasa nie . Ya dak ?
    Hoho . Ini just pendapat Isyah ~ ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau budak yang meninggal tu anak ko, ko rasa wajar tak ibu ni dihukum?

      means kite tukar fakta tu, ibu ini TERLUPA menghantar anak Nur Aisyah ke rumah asuhan di dalam kereta sehingga menyebabkan kematian.. so wajar tak dihukum?

      Padam
    2. kalau macam tu wajar la dihukum sebab ibu tu dah di amanahkn untuk menghantar anak nur aisyah tp die cuai/lupa sehingga menyebabkn kematian..

      Padam
    3. dihukum atas alasan ibu ini cuai dalam amanah nur aisyah. apa pula terlepas atas kecuaian dalam amanah ibu untuk menjaga anak?

      Padam
    4. tu la manusia.. bila kite diamanahkan Allah untuk menjaga anak sendiri, tidak perlu dihukum sekiranya berlaku sebarang kecuaian..

      tetapi bila diamanahkan orang lain untuk menjaga anak kite, budak tu baru benjol sikit sebab terjatuh sendiri, perghhh dia punye tuduhan tu, macam penjaga salah sangat2.. tak boleh jadi penjaga ni, kena report polis ni, tukar penjaga lain, fired dia daripada kerja.. dll

      Padam
  37. salam.. muka2 saya pun terfikir betapa cuainya ibu nawal.. yerlah rutin seharian..mustahil boleh terlupa anak dalam kereta di seat belakang.. kereta pun bukan mpv..sekilas mata boleh nampak anak dibelakang.. namun..apabila mak saya menerangkan.. tak mustahil ALLAH yang maha esa itu menutup hati sang ibu..menutup mata sang ibu sehinggakan sang ibu tak dpt melihat..tak mampu mengingat dan terus lupa tentang anaknya pada hari itu.. apa yang berlaku itu pasti ada hikmah..saya pun ibu..anak pun seorang je... saya berdoa agar perkara sedemikian tak berlaku pada saya.. tak perlulah menghukum sang ibu, cukuplah dengan kesengsaraan yang dia tanggung seumur hidupnya..kehidupan mereka sekeluarga tak mungkin seperti dulu lagi..

    BalasPadam
  38. wajar..kalo pembunoh pon dikire kne ujian Allah la gak kan..tp hukuman ttp hukuman..xkan sblom pg keje dye x pastikn kt mne ank dye

    BalasPadam
  39. Hukuman wajar dikenakan terhadap si ibu atau pesalah atas kecuaian yang membawa kepada kematian. Matlamat bukan untuk menghukum tetapi lebih kepada memberi pengajaran kepada pesalah dan orang ramai terutama ibubapa.

    Sebab yang salah tetap salah tak kira itu anak dia atau anak orang lain. Kalau si pesalah dilepaskan tanpa apa-apa hukuman, fikirkan ironi kes ni. Mungkin suatu hari nanti terjadi lebih banyak kes kematian kanak-kanak samada sengaja atau tidak sengaja. lebih menyedihkan kalau kes itu sengaja diadakan untuk membunuh si anak tetapi dibuat seolah-olah kes kecuaian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu! after this kepada ibu yang beranak, agak2 rasa dah tak sayang anak, tak payah susah2 cari pembunuh upahan atau apa2, just tinggal je kat dalam kereta.. pastu pura2 giler meroyan segala bagai sebab kematian anak.. ni aku tak refer kepada ibu si arwah.. pandangan ni adalah kemungkinan yang mungkin boleh terjadi kepada orang2 lain yang tak waras diluar sana..

      Padam
  40. weh korang,, singgah sini jap,,
    https://docs.google.com/forms/d/1Q0EC55p7AS6XOCvetQ3h1Yc-2pO-rmu_O_DQCZtKw80/viewform

    BalasPadam
  41. mak bapak budak tu msti dikenakan hukuman penjara!!!

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...