Kenangan Ramadan, Raya & Aku.
Zaman aku berpuasa dan beraya masa kecik-kecik dulu best gila. Aku ingat lagi, masa tu bila balik kampung rumah atuk, aku akan berjumpa dengan sepupu2 yang lebih kurang sebaya dengan aku. Walaupun jumpa mereka boleh dikatakan setahun sekali, tapi bila dah sekali berjumpa, gayanya seperti setiap hari berjumpa. Berborak pasal ultraman, ksatria baja hitam, main bola, mercun, bunga api, tutup oren, berkongsi komik, menyakat orang, naik motor pusing keliling kampung, pergi beraya rumah orang yang tak kenal, semua dibuat bersama2 tidak kira yang lelaki mahupun perempuan.
Kini aku masih lagi pulang ke kampung atuk sempena hari raya. Ada sepupu yang masih balik, ada juga yang sudah tidak balik lagi ke kampung. Walau aku masih berpeluang berjumpa dengan sepupu serta suami/isteri dan anak2 mereka bagi yang sudah bekeluarga, namun hubungan kami tidak lagi akrab seperti waktu kecil dahulu. Bila berbual terasa janggal, seperti berbual dengan orang yang baru dikenali. Tiada lagi gurau senda dan gelak tawa seperti kecil dahulu.
Aku sedar jarak dan masa telah membuatkan kami semakin jauh. Namun semua kenangan sewaktu kecil yang kini hanya secebis memori dalam ingatanku akan aku simpan dan hargai sampai bila2, kerana aku tahu ia tidak akan dapat diulang lagi buat selama2nya.
@Nazha Anua a.k.a Naza Hada: Maaf tertulis 183 patah perkataan, lebih dari 100 patah.
tags: contest giveaway ga join bagi belah kartunster #2 kartun blog klog nazha anua naza hada tema kenangan ramadhan raya dan aku
Jumaat, 26 Julai 2013
10 ulasan:
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
takpe,dimaafkan :D
BalasPadambetul tu noob.
BalasPadambetul sekali.... damn u noob ko buat aku rasa sedih lg pilu huhuhuu~ ( T 3 T )....
BalasPadamsalam~ knapa sama sja kenangan itu dgn ku broo.. Aku sangat2 merindui zaman kanak2 ku dlu.. TT lagi memilukan kalo teringat sepupu sebayaku yg palingku rapat sudah tiada krana mati lemas tika umur 10tahun...
BalasPadamApa2pon slamat memperingati hari nuzul al-quran smua..
-m84-
Bapa saudara ngan sepupu mat jo dah jarang balik kampung, selepas nenek mat jo arwah, dorang jarang dah balik, time arwah nenek ada lagi, memang meriah, rindu kat memori masa tu
BalasPadamposa penuh ke dulu? hoho
BalasPadamapapon selamt berpuasa dan selemat menungu raya :)
ko posa penuh ke dulu? hoho
Padamaku selalu balik kampung.. sepupu2 yang rapat pulak memang duduk kat kampung.. makcik2 pulak suka buat makan2 family. so hubungan tu still rapat.. borak gelak gossip. yang sepupu jarang jumpe pun, bila balik raya, elok bercerita sebab masing2 ramah.
BalasPadamSalam..
BalasPadamkenapa..kenapa perasaan tu sama dengan aku..kalau jumpa sepupu yg dah besar mesti rasa awkward gilak taktau nak bual apa..walhal masa kekecik men nyorok2 sama2..
thanks bero sebab join:)
Salam raya
PadamTerima kasih lagi sekali sebab join bero noob..
Nak bagi kad raya, tolong emel kat nazhaanua[at]gmail.com ok
tq