Rabu, 3 Julai 2013

39 Jadi palsu untuk diterima dalam masyarakat

Secara peribadi aku tidak suka dengan Korean-based entertainment, tak kisah la muzik K-Pop atau drama Korea, sebab orangnya dari selebriti sampailah orang biasa, kebanyakannya sangat fake. Ramai rakyat Korea Selatan tak kira lelaki atau wanita terlalu obses untuk buat pembedahan plastik terutama lepas habis sekolah hanya kerana nak nampak cantik bagi perempuan dan jambu bagi lelaki serta mahu diterima dalam masyarakat.


Siap ada rancangan TV iaitu "Gangnam Style TOP Plastic Surgery, Best Before and After" yang memaparkan orang2 yang telah membuat pembedahan plastik mengucapkan selamat tinggal untuk rupanya yang lama. Malah ada yang begitu malu dan tak suka dengan rupanya yang lama sampai kalau boleh tak nak tengok dah muka lama dia.





Kalau dah sifat orang Asia yang Mongoloid-based (Cina, Korea, Jepun, etc) mostly mata sepet, dagu petak, nak buat macam mana, terima jelah. Hanya kerana nak wajah nampak lebih barat maka mereka melakukan proses "Westernization" dengan mengecilkan dagu berbentuk V-shape, mancungkan hidung dan besarkan mata.

Wajah asal kimchi gadis Korea. Selepas tamat sekolah, anda mungkin dah tak kenal kawan2 anda lagi.

Masyarakat Korea beranggapan bahawa wanita cantik akan menjalani kehidupan dengan lebih baik. Mereka akan lebih mudah mencari suami, mendapatkan pekerjaan yang mereka inginkan dan orang akan melayan mereka dengan lebih baik. Disebabkan itu ramai orang sanggup melalui prosedur2 yang menyakitkan hanya untuk diterima, dihargai dan tidak disisihkan dalam masyarakat.

Anda sanggup tulang rahang dari tengkorak anda dipotong demi kecantikan?

Mungkin perkara ini dah menjadi normal dan diterima dalam masyarakat mereka, namun aku harap ia tidak akan menjangkiti masyarakat kita walau sekarang pun dah ramai yang menilai dan mengukur seseorang berdasarkan rupa luaran mereka sehingga ada yang menjadi rendah diri, tak yakin dengan diri sendiri malah terpaksa berusaha memalsukan diri menjadi orang lain hanya untuk memuaskan hati orang lain dan diterima orang sekeliling.


Btw susah payah aku tulis entry sebelum ni dalam English dan tukar setting blog ni ke English language walau aku tahu my England was so bad, tapi nampaknya tak berjaya mengaburi mata encik Google untuk approve Google AdSense, kecewa aku. 


Kenapa bahasa Indon dia support tapi tak support bahasa Melayu, dammit betul lah!




tags: korea obses obsessed plastic surgery pembedahan plastik miss korea light skin tiny nose wide eyes double lids small face v-shaped chin jaw wajah kecil mata besar kulit lembut putih hidung kecil mancung dagu bentuk v rahang undergo risiko risk treatment proses rawatan pemulihan sakit menyakitkan video artis k-pop k-poop korean drama running man google adsense language support unsupported application reject tips panduan daftar malaysia bahasa

39 ulasan:

  1. tak payah pi jauh2. ada sorang teman sekelas saya ni pon buat double eye lid surgery...Useless

    BalasPadam
  2. muka plastik pun ramai org duk puja. terjerit jerit melompat lompat cam anak beruk Kah kah kah.. especially dak2 pompuan yg baru nak up

    BalasPadam
  3. betul tu noob.. palstik2 ni lah budak2 melayu tergila2 bagai nak rak... lepastu mesti ada die-hard k-pop butthurt kalau baca entri ni.. mesti diorang cakap ni semua fake la bagai... ( Mother, Father Gentleman.~~~) -_-

    BalasPadam
  4. Noob, saya pun tak minat k-pop ni....
    Yang suka cuma golongan yang sukakan dunia fantasi sendiri...
    Tak ada sebab nak suka gegila macam sesetengah peminat fanatik...
    Macam lah artis-artis k-pop sedar kewujudan peminat-peminat ni....
    Perabih duit, tenaga, masa je untuk dunia k-pop...


    Dulu-dulu penah terjebak gak sekejap...
    Nasib baik Allah bagi cepat-cepat sedar...


    BalasPadam
    Balasan
    1. betol2 tuh.sokong sangat in orther word SS aka PERASAN hahaha

      Padam
  5. jewel in the palace woi...

    Genetik x berubah, makanya rupa anak akan berbeza dengan ibu/bapa.

    Akan ada kesan psikologi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. nnt anak dia plak wat plastik surgery..

      Padam
    2. anak cucu cicit mereka semua kena buat plastik surgery, kecuali mereka dpt hidayah mengucap syahadah!

      Padam
  6. sejak dari dulu memang tak boleh timbul minat, mngkin sbb dr dulu tngk macam sameeeeee je muka2 dorang ni. (bukan bermakna aku racist tak boleh bezakan muka orang) tp susah betul aku nak bezakan muka2 artist korea ni sbb same je dr segi hidung, dagu, mata... rupe2 nya buat surgery. patutla tak minat. walopun ade certain2 lagu Kpop minat gak rentak die. tp dengar 4-5 lagu je la..

    minat Jpop ok lagi laaa.

    BalasPadam
  7. Apa ye akan jadi bila tua nanti? Mesti ada sesuatu akan jadi..ada ke doktor yang boleh bagitahu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bila dah tua kulit dh kendur bukan stakat muka je...yg pasti rupa anak mesti ikut muka bapak dia yg lama. LOLx

      Padam
    2. walau rupa dah berubah tp genetik asal masih lg direkod dalam sperma bapa dan ovum ibu

      Padam
    3. say no to unnecessary plastic surgery in the name of temporary surface beauty ^^

      btw, miss me much? LoL

      Padam
    4. ooo... i think i know what this is about, kalo deknon ni terasa dgn apa2 yg aku pernah komen kat mana2 tu, so sorry la ye, lain org lain pendapat, tak semua share template mindset yg same ye, neway ai guwau2 jer, kalo tak boleh tu sowwy sgt2 ok, peace~ ^^

      Padam
  8. aduhh.. aku lupa apa tajuk citer korea yg aku pnah tgk dulu..

    pasal girl ni buat plastic surgery sebab nk masyarakat terima dia. sebab dulu dia gemuk & hodoh.

    tp bila dh cantik and jd kegilaan , dia rasa sunyi sebab kawan2 dia semua x kenal dia.. mcm dia kena start all over again plak..

    ada moral story.. film korea.. seriusly x ingat tajuk.

    BalasPadam
  9. tajuk cerita korea tu - 200 pounds of beauty..

    ok, sama macam entri aku kat sini :
    http://kartunster.blogspot.com/2013/04/level-plastik-korea.html

    tsk jumps tutor noob bsgi untuk buat link..

    BalasPadam
  10. maksudnya kalau ada orang suka dia lepas dia buat plastic surgery, bukan ke tu pun fake jugak...tak ikhlas untuk mendapatkan pujian yang ikhlas...fake fake fake...

    BalasPadam
  11. eeeee teruknya, at first baca ingtkan jantan jadi betina rupanya memang asal dye wanita(kampung style)...sungguh x sangka..sangup buat plastic surgery gara2 nk nampak cun melecun..meyeksa diri buat apa..ermmmm klu dlm agama kita dh haram dh tuh ubah pemberian Tuhan..Nauzubillah

    BalasPadam
  12. Ada kes kat Korea perempuan kena cerai daj juga kena saman sebab anak dia huduh

    Sekali siasat rupernye memang dia buat pembedahan plastik..
    bekas suami dia saman sebab menipu kecantikan dia hohohoh..

    Kalau ubah jadi cantik kawin dapat anak musti dia ikut cetakan awal yang tuhan buat hahaha.. :)

    So sekarang balak ensem/awek seksi tu belum tentu Ori.. tgu anak esok keluar musti terbongkar hahahaha..

    BalasPadam
  13. macam2. yang tergila-gila nak cantik macam orang korea pun ramai jer kat malaysia ni. bezanya mampu n tak mampu. orang malaysia kalau mampu, for sure akan buat jugak surgery nih.hehe cuba search 'weisses fliesch'.
    tak pun baca apa bro firdaus ulas kat bawah ni.
    http://firdaus-9898.blogspot.com/2013/06/weisses-fliesch.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. orang korea mampu nak jadi cantik macam yang dorang nak. meleis pun nak jadi cantik macam korean. tapi tak mampu. telan air liur jerlah. dang!

      Padam
    2. Either plastic sugery kat sana murah macam kat siam atau orang kat sana mewah2 dah lepas sekolah pun boleh buat plastic surgey you.. banyak duit tu

      Padam
  14. Di zaman dahulu kala, setelah penat bekerja di ladang atau di sawah, maka rakyat jelata pulang lah ke pondok-pondok mereka. Setelah makan malam ala kadar, merekapun kadang kalanya berkumpul lah untuk mendengar dan melihat Tok Selampit menyajikan penglipurlara kepada semua.

    Maka rakyat jelata pun ternganga lah mulut mereka mendengar betapa besar dan indahnya istana Raja, betapa cantik dan segak puteri Raja, betapa berbunga-bunga dan harum taman di Raja dan betapa gagah dan berani pahlawan-pahlawan Melayu melawan gergasi, garuda, hantu-puaka, naga dan sebagainya.

    Maka air liur mereka pun meleleh mendengar bagaimana seseorang Raja itu membuat khenduri kahwin selama tujuh hari dan tujuh malam...dan air basuh berasnya pun menyalur menjadi sungai, serta darah sembelihan lembu pun mampu membuat laut menjadi merah. Dan hantaran perkahwinan itupun penuh dengan intan permata tinggi menggunung, para jemputan pun cantik dan segak belaka.

    Maka melopong lah rakyat jelata mendengar cerita-cerita tersebut. Hilang lah penat lelah mereka. Setelah lewat malam, mereka pun kembalilah ke teratak-teratak dan pondon-pondok. Tidur lena mereka. Pagi besuk maka bangunlah mereka. Ladang dan sawah menunggu tulang empat kerat mereka.

    Begitulah putaran kehidupan rakyat jelata di zaman dahulu kala.

    Sekarangpun, tidak banyak bezanya.

    Rakyat jelata sekarang pulnag dan makan malam.

    Selepas itu mereka pun melihatlah Tok Selampit di channel 4 Astro menghidangkan penglipurlara.

    Maka melopong lah mereka melihat majlis-majlis perkahwinan di hotel-hotel 6 bintang. Maka merekapun berangan-angan lah hendak mengadakan semajlis demikian apabila mereka ataupun anak-anak mereka verkahwin kelak.

    Di dalam drama-drama Melayu, Tok Selampit channel 4 Astro pun berceritalah betapa hebatnya orang-orang pseudo-bangsawan masakini. Rumah mereka yang bertian Roman, kereta Bentley mereka yang warna hijau dan sebagainya, hero-hero dan heroin-heroin mereka pun bersantap di tepi kolam renang dalam cahaya lilin gemerlap-gemerlip. Dan merekapun bercuti di Paris, London dan New York. Berpakaian mahal dan berlabel -label yang kita pun tak tahu sebutannya.

    Maka setelah lewat malam, rakyat jelata pun tidurlah di rumah-rumah teres mereka sehingga keesukan hari.

    Lalu mereka bangun dan masuklah ke dalam kereta-kereta Proton mereka (yang tidak ada Proton, mereka pun naiklah kapchai mereka) dan pergi lah bekerja.

    Begitulah adanya...wallahhu'alam mubisawab.

    copy from artharun

    BalasPadam
    Balasan
    1. wahahahahaha nice patut buat cerpendek ngan cinemtografi rewan ishak hahaha2

      Padam
    2. faiq kenapa aku tgk dari dulu ko taip mesti ayat ejaan tunggang langgang berterabur...tgh layan air ketum ke?

      Padam
    3. errr setau ak dr awl ak komen dulu komen ak xde org heran pun ak rase hmmm, typo kot hmmm

      Padam
    4. mmg la tak de org heran... sbb org tak berapa nak paham... ayat tunggang langgang... typo bersepah... pastu segala2nya nak shortform...

      Padam
  15. kita manusia memang suka yang palsu..

    hakikatnya dunia ini hanya pinjaman dan banyak kepalsuan semata-mata..

    akhirat jua yang kekal buat selama-lamanya.

    BalasPadam
  16. perempuan yg pakai bju putih tu, benci siak aku nengok idung dia . hahaha btol2 nmpk plastik

    BalasPadam
  17. ad sense xde translate malay mungkin sebb hakikat sebenar indo maju dunia internet dari org melayu yg x abis2 maki kutuk sama sendiri membuat kan melayu hacker sikit bebenor...hmmmmm.. ...........salah kot

    BalasPadam
  18. kebanyakan org korea mmg suka buat plastic surgery pun

    BalasPadam
  19. Alhamdulillah...Aku dilahirkan kacak ~

    Lalala...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.