Iklan Leaderboard

Khamis, 30 Mei 2013

19 Malang itu tak berbau, hati2 ketika naik lif

Ngeri, memang ngeri. Kemalangan tak mengenal tempat, maut tak mengenal waktu. Walau berada di tempat yang dirasakan selamat pun masih boleh ditimpa kemalangan. Seorang jururawat di negara China telah tersepit dan diheret oleh pintu lif sewaktu beliau mahu keluar dan akhirnya maut terputus kepala. Sangat menyayat hati.

Shenzhen: Seorang wanita di daerah Luohu di Shenzhen putus kepala selepas dia teperangkap pada pintu lif yang mengheretnya turun sehingga sekurang-kurangnya tiga tingkat.
Mangsa dikatakan terlalu asyik dengan telefon bimbitnya hingga tidak menyedari lif itu rosak.

Menurut laporan awal, kejadian berlaku di Menara Changhong di Jalan Woodcrest Hill.
Rakaman video yang tersebar di Internet menunjukkan wanita berkenaan, seorang jururawat bernama Wang, 24, sibuk melayan telefon bimbitnya apabila tragedi berlaku.

Saksi berkata, lif itu turun dari tingkat 22 bersama-sama empat penumpang dan berhenti di satu tingkat, dimasuki beberapa penumpang lain. Ia kemudian turun lagi tetapi terhenti antara tingkat dua dan tiga kerana rosak.
Jururawat itu yang asyik dengan telefonnya tidak menyedari keadaan sekeliling, keluar dari lif dan terperangkap pada pintunya apabila tertutup.
Lif itu kemudian bergerak lagi selama kira-kira 20 saat, turun ke tingkat satu, mengheret Wang bersama-samanya.

Kepala Wang putus dan tubuhnya terputus dua. - Laporan Harian Metro.

Ini satu lagi kejadian yang melibatkan kerosakan lif di China di mana pintu lif tak habis tutup lagi lif terus bergerak ke bawah menyebabkan mangsa tersepit.


Serius, kejadian ni buat aku takut pulak nak naik lif, tapi nak naik tangga penat. Lepas ni nak naik lif pun kena lebih berhati2, tak boleh nak main2 atau buat sambil lewa lagi bila naik lif. Malang tu tak berbau. Aku harap semua lif2 bangunan di Malaysia disenggara (atau diselenggara?) dengan baik.

Kadang2 tengok kemalangan2 macam ni buat aku takut nak buat sesuatu, contohnya bila tengok video kemalangan kapal terbang kargo US Boeing 747 yang berlaku di Bagram, Afghanistan 4 minggu lepas ni, nampak kapal terbang tu tergantung di udara sebelum hilang daya tujahan dan menjunam ke darat lantas meletup buat aku takut nak naik kapal terbang.


Kemalangan2 seperti ini semuanya melibatkan jentera dan mekanikal, walaupun malang itu tidak berbau tapi sebenarnya ia boleh dielakkan kalau semua peralatan2 ini dijaga dan disenggara dengan betul dan mengikut jadual agar semua jentera berfungsi dengan baik. Dan aku harap kat Malaysia tak berlaku kejadian2 seperti ini. Negara kita dah banyak sangat kemalangan2 ngeri di jalanraya, harap jangan ada kemalangan ngeri yang lain.





tags: jururawat negara china tersepit lif rosak seret kepala putus badan terbelah dua nurse decapitated accident faulty elevator lift hospital shenzen maut mati meninggal kapal terbang terhempas plance crash us cargo bagram afghanistan maintenance selenggara senggara penyelenggaraan penyenggaraan

19 ulasan:

  1. Balasan
    1. 2nd jangan leka dengan handpone..

      Padam
    2. Pasal lif aku kurang arif, tapi kalau pasal flight, aku tau la sikit2

      Member aku ada cakap (pilot MAS n Air Asia), biasanya negara ketiga akan beli kapal terbang dari negara maju..kira 2nd hand la..negara maju biasanya akan jual kapal terbang bila nak masuk tahun ke9 (kalau xsilap) sebab masuk tahun ke11, perlu majoring maintenance dengan kos yg sangat tinggi..Negara dunia ketiga xmampu nak beli kapal baru sebab kos terlalu tinggi..sebab tu kebanyakan kejadian kapal terbang terhempas adalah dari negara dunia ketiga..

      aku xde statistik tentang tu, tapi mungkin ble diterima kot..WA

      Padam
  2. Setau aku la sistem lif ni ada failsafe.Tapi kalau lif cap Guangdong aku taktau leee.

    BalasPadam
  3. O.O!!! Gila! Macam dalam komik.
    tak pernah sangka boleh wujud di duia sebenar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. damn ngeri siot... aku penah gak la stuck dlm lift skali ngan beberapa org dlm tu (agak padat), tak lama around 10 mins cmtu jer tapi mmg rasa suffocated, buat emergency call mcm x de respond pulak, so kitorang sama2 jerit "tollooong!" serentak tiga kali, harap ada org kat luar tu dengar... pastu ada org datang force open pintu lift... fuhhh, nasib baik x dak yg claustrophobic ka apa masa tu...

      Padam
  4. "di selenggara @ senggara?" sebelum kes ni pung ricau kitew nark nek leaf , epic

    BalasPadam
    Balasan
    1. pung @ pon?, ricau @ risau?, kitew @ kita?, nark @ nak?, nek @ naik?, leaf @ lif? ...... epic.

      Padam
  5. made in china semua sampah, asal boleh je.

    BalasPadam
  6. Aku kalau setakat bangunan 5 tingkat, aku suka naik tangga. Lebih dari tue aku cari lif.

    Tak boleh leka dengan handphone. Ini yang naik moto pon aku tengok sengaja cari pasal main handphone.

    Aku selalu tengok Air Crash Investigation. Dan setiap kali aku naik flight, aku akan terbayangkan situasi dalam siri tue. Jilaka betul.

    BalasPadam
  7. Sebelum ni tak berani masuk blog lain dengan tajuk yang sama sebab thumbnail nampak ngeri je. So masuk entry buasir otak sebab gambar cam biasa je. Baca pun dah cukup menggambarkan kengerian. Tak sanggup nak tengok video.


    Sampai 3 tingkat terheret badan tanpa kepala? Err..

    BalasPadam
    Balasan
    1. jgn risau syg abg sentiasa jaga keselamatan awak dimana-mana..abg lah spiderman hahahaha

      Padam
    2. Kat atas ni tipu..abg sebenarnya spiderman..percaya lah

      Padam

  8. eh, saya nak tumpang promosi blog. ada mini kontest untuk menghargai pembaca budiman.

    sila lawat blog saya ;)
    http://betacemerkap.blogspot.com/

    BalasPadam
  9. dulu aku duk uma flat 7 tingkat.. aku slalu prasan maintenance dtg repair lif.. dekat pintu lif bhagian ade 1 lubang mcm saiz testpen kat atas pintu.. jd maintenace tu akan masukkan testpen tuk bukakkan pintu lif dari luar.. so 1 flat da tau.. bile ade yg stuck je.. org akan masukkan testpen.. tuk bukak pintu..

    BalasPadam
  10. mcm2 boleh jadikan kter paranoid..
    contoh macam jamban kt umah kena hati2 sebab biawak/tikus/ular boleh masuk melalui lubang jamban. slalu2 la cuci dgn sabun dan tutup kalo tak guna.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...