Mereka mungkin tak layak untuk diangkat sebagai role model, tapi hakikatnya ramai orang Melayu terutama di kalangan budak2 baru nak up yang sukakan hiburan pasti menjadikan para artis sebagai role model mereka. Dan sebagai seorang public figure yang setiap tingkah laku dan perbuatan pasti menjadi perhatian dan perbualan masyarakat, mereka perlulah menunjukkan contoh dan tauladan yang baik terutama kepada adik2 kita yang jadikan mereka sebagai idola mereka. Memang tak salah bersikap terbuka, tapi terbuka2 pun ada hadnya.
Bila mereka buat perangai tak senonoh macam ni, seperti sifat semulajadi tipikal manusia pasti ramai yang akan kutuk, caci, hina mereka yang bagi aku tak patut. Orang2 macam ni lagi dikutuk dicaci dimaki lagilah mereka suka dan akan buat lagi. Nak tegur atau nasihat gunalah cara yang berhemah. Tapi apabila ada pula segelintir manusia yang mempertahankan mereka dengan alasan2 seperti "Biarlah mereka nak buat apa pun, janji tak kacau orang, janji jujur dan tak hipokrit" memang amat menyedihkan. Agama kita bukan setakat "Janji tak kacau orang lain" dan "Janji tak hipokrit" saja.
Ya tak dinafikan memang ramai lagi orang lain yang berperangai buruk, tapi diorang bukan artis atau public figure. Kalau mahu berperangai buruk, jangan jadi public figure. Bukan artis berperangai buruk sahaja yang kena hentam, ahli politik, para pemimpin yang berperangai buruk juga kena hentam juga. Dan bila orang bagi nasihat terutama orang2 agama, tolong jangan balas memperlekehkan mereka atau kata pergi matilah, kerana bila korang mati, orang2 seperti inilah yang akan tolong urus, mandi, solat dan turunkan jenazah korang ke dalam liang lahad.
Yang ni pula kes buat press conference sebab nak bagitau kat 1Malaysia pasal dakwaan anak derhaka oleh ibunya. Bukan kau seorang sahaja, tapi orang lain pun ramai yang ada masalah keluarga, tapi diorang tak cerita kat public. Masalah ibu anak, rumahtangga suami isteri, tak perlulah nak cerita2 kat umum. Masalah boleh setel ke kalau diceritakan pada umum? Benda2 macam ni setel sendiri2lah, jumpa mak bapak adik beradik face to face apa susah? Ini dengan awek dia pulak yang lebih2 tambah lauk tambah api dari tuan punya badan memang really piss me off.
Dan aku tak mau komen artis lelaki yang kena tangkap khalwat ni. Ya memang ramai juga pasangan Melayu Islam lain kena tangkap khalwat daripada orang biasa sampailah pemimpin, tapi macam yang aku cakap tadi, inilah harga yang perlu dibayar bila seorang public figure membuat keburukan.
Sekarang ni aku kurang jelas bidang seni hiburan dan artis2 ni bawah kementerian mana, kalau zaman mak bapak dulu ada Kementerian Penerangan yang mana masa tu artis lelaki nak berambut panjang pun kena gam, lepas tu digabung menjadi Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan, dan Kabinet yang baru ini pula kementerian tersebut berpecah kepada 2 iaitu Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang diketuai oleh Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang diketuai oleh Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.
Tapi selari dengan salah satu dari Aku Janji BN iaitu "Mengkaji semula undang-undang berkaitan hiburan untuk promosi seni persembahan dan kebudayaan", aku harap menteri yang berkaitan dapat menegur golongan2 artis ini agar lebih menjaga tingkah laku dan adab sopan mereka serta mengetatkan lagi garis panduan dalam dunia seni hiburan tanahair.
Juga diharap Presiden SENIMAN iaitu tuan Zed Zaidi akan menegur dan control rakan2 artis ini dalam isu moral juga, sebab aku tengok bila melibatkan isu politik beliau lantang bersuara. Oh ya tidak ketinggalan juga para mufti, tok guru pondok, pemimpin2 Islam dari UMNO dan PAS, sila nyatakan sesuatu berkenaan keruntuhan akhlak di kalangan public figure terutamanya golongan artis dan selebriti yang sedikit sebanyak boleh memberi pengaruh dan impak terhadap keruntuhan moral generasi muda masa kini.
tags: syarifah sharifah sakina sakinah video keek baru bbq bird bird jawab pasal video panas tiz zaqyah padah bersikap terbuka laman sosial twitter instagram bergambar kekasih baru janji tak kacau orang jujur hipokrit tunjuk perangai sebenar sakai reaksi afiq muiz jawab dakwaan anak derhaka ibu press conference sidang akhbar menangis awek batu api eina azman artis lelaki shah jaszle ditangkap khalwat kena tahan jais jabatan agama islam selangor wanita gadis umur tunang redzwani puteri cinta maria farida miera liyana kementerian jabatan penerangan seniman zed zaidi tegur artis selebriti public figure
apsal diorang ni annoying sangat?
BalasPadam"Kebodohan ada dimana²"
BalasPadamok done!! thx for the reviews
BalasPadamAKU HARAP PRESIDEN SENIMAN ZED ZAIDI AMBIL TINDAKAN TEGAS PADA DIA NI:
BalasPadam1-MEMBUAT PAPARAN VIDEO BERUNSUR LUCAH/MENGAIBKAN,
2-MENJATUHKAN MARUAH/MARTABAT DUNIA HIBURAN KITA,
3-MENCEMARKAN IMEJ SELURAH WARGA ARTIS AMNYA TINDAKAN DICADANGKAN:
1-GAM DARI DUNIA HIBURAN
2-SEMUA STESEN TV HARUS TIDAK MENYIARKAN AGAR ARTIKEL/GAMBAR/DRAMA YANG DISERTAI OLEHNYA.
3-DIHANTAR KE PUSAT PEMULIHAN SEPERTIMANA BRITNEY SPEARS AGAR DAPAT MEMBENTUK LGI SAHSIAH DIRI DAN KESOPANAN
4-MELAKUKAN KERJA AMAL DI MASJID
keh keh keh. zed zaidi pun buat cerita peluk2
Padamtapi inilah yang di sukai orang melayu. hari hari layan hiburan, gosip, kehidupan artis. pastu bila bangsa lain maju, berjaya, pandai, kaya, korang envy. peace :)
BalasPadamapsal dah jadi mcm 1 trend bodo pulak dikalangan retis tempatan ni utk kasi heboh masalah drama keluarga masing2 ah? setel sendiri diam2 sudah...
BalasPadampopular for the wrong reasons ("-_-)...
dah nama pelakon
PadamRetis baru yg nak up semestinya akan membuat sesuatu yg bodow utk menaikkan nama diorang.
BalasPadamContoh yg paling mudah ahmad dgn komen bangkai nya..if xda komen busuk mesti org x knal dia..
Mohon awie presiden pencegah maksiat membuat rodaan terhadap retis2 ini... serta mengadakan kuliah maghrib di pub dan nightclubnya dgn menjemput penceramah terkenal seperti al fadil jamil khir, mashitah ibrahim dan hassan ali.
Semoga dgn cara ini akan menginsafkan retis2 di malaya ini.
artis pun manusia biasa juga
BalasPadamkalau kita tengok artis teruk orang lain pun teruk juga.. kalau orang biasa suka mengexposekan diri pon for wrong reason artis pun tak terkecuali..
bila fofula.. bro pon fofula perodi perodi.... :p
BalasPadampendek citer... tak luak pun tak jadi artis.. menyusahkan hidup je..
BalasPadamtak berbaloi jadi glamour.. tak bebas dan menyesakkan hidup..
Noob dulu masa nak popularkan blog ni pun selalu mensensasikan link blog ni di blog blog lain dgn benda benda yg menggairahkan. Retis ni ikut formula noob la. Aku tersangkut kat blog ni pun sebab pendekatan noob tu. Sama je semua...
BalasPadamsape x kenal noob. penjaja terkenal di blogserius. :)
Padamafiq muiz tu tk sedar ke jasa mak dia lahir n jage dia dri kecil sampai besar tu.kalau mak dia kata terima je la.klu mak dia minta duit hasil titik peluh ida pun tk termampu nk balas jasa sakit mak dia lahirkn dia.ni siap nak back up awek dia lgi yg belum de hubungan pe.ingat muiz awak tu lelaki mak ayah lg penting sebelum pasangan anda.tu la klu agama tk jadi pegangan ikut hati hasutan syaitan bertepuk tangan. dah tentu mak dia kata bersebab tkkan la mak dia kurang waras nk semborono kt anak dia.ingat jgn biar hati emak kita terluka dripada org len.wasalam.
BalasPadamaku berkenan dgn spek eina.. semat!
BalasPadambile ditegur artis x pakai tudung, mule la pminat dye backing2, esok luse bile dh mati bleh pulak pminat dye mntak jgn tunjuk la gmbr arwah x pakai tudung. x paham aku.
BalasPadam