Jumaat, 25 Januari 2013

47 Idola yang jatuh

Dalam kehidupan setiap orang, mesti akan ada seseorang yang dijadikan sebagai idola, dan biasanya idola kita ni adalah seorang yang kita amat kagumi dan berharap satu hari nanti kita akan dapat menjadi sebagai idola kita itu. Namun, apa perasaan kita bila satu hari idola yang kita sangat kagumi ini jatuh menjadi "Fallen Idol"?


First kita tengok dalam konteks yang lebih kecil. Biasanya waktu kecil kalau kita ni anak no. 2, 3 dan selanjutnya, kita memandang abang/kakak yang sulung atau lebih tua sebagai idola kita. Kita membesar di belakang mereka dan menjadikan mereka contoh. Waktu UPSR diorang dapat 4A, kita pun nak dapat 4A. PMR mereka dapat 8A, kita pun nak dapat 8A macam mereka. SPM mereka dapat 9A, kita pun bersungguh2 belajar kalau boleh nak dapat 9A atau kalau boleh lebih baik dari mereka. Dan lepas tu mereka masuk Universiti, kita pun nak juga mengikut jejak mereka.



Namun langit tak semestinya cerah. Masa kat U, abang/kakak kita ditangkap oleh pegawai pencegah maksiat kerana bersekedudukan dengan pasangan yang tiada ikatan sah di rumah sewa. Ekoran dari peristiwa itu, mereka dibuang dari universiti. Disebabkan terlalu tertekan dan malu, abang/kakak kita lari dari rumah dan terus menghilangkan diri dari keluarga. Kita pulak yang selama ini memandang mereka tinggi kepada mereka dan menjadikan mereka sebagai idola, menghabiskan seluruh kehidupan kita untuk mengekori bayang2 mereka dari belakang pasti tersentak dan kecewa.


Itu baru cerita yang paling dekat dengan kita, sekarang kita tengok contoh lain. Ada seseorang yang sangat minat dengan sukan berbasikal atau cycling. Dia jadikan Lance Armstrong, juara Tour de France sebanyak 7 kali berturut2 sebagai idola malah bercita2 nak jadi seorang pelumba basikal profesional untuk mengikut jejak idolanya itu. Banyak masanya dihabiskan dengan berlatih demi untuk mengejar bayang2 Lance Armstrong. Malah disebabkan terlalu minat dengan beliau, dalam biliknya penuh dengan poster dan gambar2 idolanya. Sehinggalah satu hari ketika waktu dia hampir berjaya mengikut jejak idolanya menjadi pelumba profesional, tiba2 idolanya membuat pengakuan yang selama ini beliau mengambil dadah sepanjang karier lumba basikalnya. Di ketika itu, pasti kita tersentak dan terlintas dalam fikiran, idola aku telah mengecewakan aku, untuk apakah aku buat selama ini?


Sama juga macam dengan seseorang yang sangat minat dengan Justin Bieber disebabkan kagum dengan bakat, perwatakan dan imej baiknya itu, maka mereka mula belajar main gitar dan menyanyi di Youtube dengan harapan adala produser album atau mana2 syarikat rakaman berkenan, dapatlah jadi "Justin wannabe". Tapi bila tiba2 lepas Justin Bieber clash dengan Selena Gomez, perangai mula berubah dan dikatakan hisap ganja.


Maka ramailah belieber fanatik dia yang sanggup kelar dan tarah tangan agar idola mereka berhenti hisap ganja. Dan mungkin ada yang berfikir selama ini mereka mendedikasikan kehidupan mereka selama ini mengejar idola mereka adalah sia2 sahaja.


Moralnya di sini, mungkin ada di antara kita yang pernah mengalami situasi seperti di atas di mana mempunyai idola yang telah jatuh, the fallen idol atau mengalami breakdown menyebabkan kita merasa sangat kecewa dan sedih. Namun ingatlah, walau sehebat mana idola anda, realitinya idola anda juga seorang manusia yang bukan sempurna dan tak lari dari membuat kesilapan macam orang lain. Walau anda mungkin kecewa dengan idola anda, ingatlah yang hidup mesti terus, dan anggaplah kesilapan mereka adalah pengajaran terbesar yang pernah idola anda berikan kepada anda agar anda tidak mengulangi kesilapan mereka.




tags: idola jatuh down fallen idol emotional breakdown reputation reputasi abang kakak adik beradik keluarga cemerlang pelajaran ikut jejak langkah sasuke itachi uchiha lance armstrong juara 7 tujuh kali tour de france akui mengaku ambil dadah streoid admit drug doping justin bieber break clash selena gomez fuck middle finger weed marijuana cannabis hisap ganja lalok high gambar paparazzi peminat belieber kelar tarah tangan stop #cutforbieber #cut4bieber #cuttingforbieber #weedruinmusic

47 ulasan:

  1. Balasan
    1. Eh, aku first.
      Perlu ke aku buat post tentang betapa teruja aku dapat 1st?
      Siap print screen lagi?

      Hmmmmmm....
      o_O!

      Padam
    2. haha sila2... mana tau dapat hadiah

      Padam
    3. Kejatuhan idola2 tersebut merupakan konspirasi UMNO-BN untuk menjatuhkan PR pada PRU ke 13 nanti..

      Padam
  2. kecik2 dulu ada la...tp la ni...xde da...

    BalasPadam
  3. bongok betul sapa yg buat tarah2 tgn tu
    eee ngeri aku tgk

    BalasPadam
  4. Idola?

    Kalau nak manusia sempurna sebagai iDola jadikan Nabi Muhammad S.A.W tentunya takan pernah jatuh kecewa.

    Kalau manusia sekarang ni jangan jadikan seluruh nya sebagai idola kalau nak jadikan suatu yang positif saja misalnya kalau nak jadikan Justin Bieber sebagai idola jadikan perkara positif bagaimana semasa kecik lagi dia sudah menembusi arena antarabangsa.. Jangan jadikan benda begatif sebagai idola atau sanjungan seperti menghisap ganja..

    BalasPadam
  5. Idola yang sesuai dijadikan adalah Nabi Muhammad. Kerana beliau tidak akan pernah jatuh..

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. sedih.... itulah gunya ada kwn mcm Naruto bersungguh2 tanpa mengalah untuk membantu rknnya

      Padam
    2. kesian kat kedua-dua adik beradik tu, itachi ngan sasuke adalah mangsa keadaan...

      Padam
    3. Mereka adalah mangsa Masashi Kishimoto-san

      Padam
  7. Kelab Peminat Anwar Ibrahim Cawangan Rembau25 Januari 2013 3:50 PTG

    kami sanggup mengelar, menarah dan menoreh kote kami bagi memberikan semangat kepada anwar ibrahim dan membuka mata masyarakat bahawa anwar ibrahim tidak bersalah meliwat saiful bukhari.....ini semua fitnah jahat sekutu yahudi barisan nasional!! kami bangkang barisan nasional!!! hancur barisan nasional!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. sila uploadkan gambar2 bukti kamu mengelar, menarah dan menoreh kote kamu utk anwar ibrahim.

      terima kasih

      Padam
    2. Jgn, nanti anwar tak selera pada korang.. pasal dah takdak kote

      Padam
  8. sehina-hina K-pop belum ada lagi yang toreh tangan pasal artis k-pop~
    wakakakaka

    BalasPadam
  9. Salam,
    Idola kan lah Nabi Muhammad SAW. Contoh ikutan dari lahir sampai liang lahad.
    Tok sah la pening kepala nk pilih sape. Nak pening pun pikir camna nak contohi baginda sebaiknya. sure tak keciwa.
    Tula antara tujuan rasul dijadikan dari kalangan Manusia.

    NAR

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

    Step2Rich.net dikendalikan oleh Empayar Ringgit Enterprise

    Hanya dengan modal sekali RM25 anda berpotensi mendapat RM10,000 dalam masa 5 minggu sahaja!

    Untuk maklumat lanjut;
    http://www.Step2Rich.net/basyir
    http://www.Step2Rich.net/basyir
    http://www.Step2Rich.net/basyir

    Perniagaan ini sungguh MUDAH. Cuma SMS dan EMAIL laman web anda kepada kawan2. Selainnya, kami buatkan untuk anda.

    Anda juga di jemput menyertai kami dalam pemasaran produk Step2Rich.net kami, sebagai alternatif kepada menambahkan pendapatan anda dalam kemelut kegawatan dan kos kehidupan yang makin meningkat.

    Terima kasih
    ---
    KHAIRULBASYIR BIN OTHAMAN
    Layari http://www.Step2Rich.net/basyir

    BalasPadam
  11. Aku TIDAK AKAN "FOLLOW" Blog Ini, ari2 duk bawah batu

    BalasPadam
    Balasan
    1. gilo ko blog top nih, folllow ler followor ler follow ler....

      idola takde? baca kisah sahabat ler...

      Padam
    2. wei,apa punya gila la balas komen sendiri.lu pun ade kecelaruan identiti mcm ahmad ke?

      Padam
    3. faiq si forever alone.....

      Padam
    4. kena hack kot lol.

      Padam
    5. dia ni rasa nk nyamar jadi anon,tp lupa pilih anon

      Padam
    6. lol mungkin juga tapi boleh delete komen pe
      hahaha

      Padam
    7. adik atau roommate die buat dajal masa die lari tggalkan laptop utk gi ke toilet kot...
      hahahahahaha................

      Padam
  12. Bhai Noob...

    Idola tue aper aaa.... makanan ker??? Hahaha

    BalasPadam
  13. idolatry is syirik.

    x salah jika mengikut contoh2 baik org lain.

    tapi janganlah taksub kepada makhluk sehingga dijadikan idola; kalau idola screw up kita pun dah x tentu arah dan hilang panduan.

    bersederhana mengkagumi dan mencontohi orang lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul bro. dalam islam mana ada konsep idola. setakat admire is ok. orang melayu ni main petik jer idola ape bagai.

      Padam
    2. brdosa ke kalau kt jdkn org lain role model,sumber inspirasi?siap ckp syirik pulak.syirik tu bila kt menduakn Allah,kt bkn sembah org tu pun.korg ni pelik la ada he benda nk kondem,semua benda salah itu xbetul ini xbetul.mana sumber yg ckp idola itu syirik.jgn pandai2 main keluar hukum je.ko tu mufti ke?ulamak besar ke?

      Padam
    3. Tanpa Nama26 Januari 2013 10:46 PG

      kamu cek kamus maksud idol tu apa. banyak bezanya idolatry dengan role model. ini benda basic. tak perlu tunggu mufti atau ulama bagi penerangan.

      sebab tu saya kata orang melayu ni main follow jer apa orang lain buat tanpa selidik sesuatu benda tu.

      Padam
    4. quran dan hadis taknak baca menyusahkan diri cari perkataan yang tak paham buat apa..

      Padam
    5. itu cuma masalah bahasa.kau tgk kat kamus dewan maksud idola apa http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=idola.jgn nak pandai2 jatuhkn hukum syirik kt org lain,sama mcm org2 pas pandai2 jatuhkn hukum kafir pd org umno

      Padam
    6. ayoyo...

      apa yg noob cerita tu lebih dari admire seseorang la. contoh:

      '....tiba2 idolanya membuat pengakuan yang selama ini beliau mengambil dadah sepanjang karier lumba basikalnya. Di ketika itu, pasti kita tersentak dan terlintas dalam fikiran, idola aku telah mengecewakan aku, untuk apakah aku buat selama ini? '

      itukan idolatry? bila idola itu screwed up, kita jadi hilang punca dan rasa apa yg kita buat ikut cara idol tu selama ni sia2. berbeza dgn org yg admire; dia akan rasa sedih bila kejadian spt ini berlaku tapi xlah sampai nak give up semuanya atau toreh diri mcm peminat justin bibir. toreh getah lagi baik.

      idolatry bukan sekadar sembah objek je. kalau rajin baca Quran, mesti faham maksud idolatry secara menyeluruh. contoh: terlalu ego adalah idolatry (Quran 25:43), mengambil pengantara dgn Allah idolatry (10:18), mengutamakan harta dan pangkat dlm hidup adalah idolatry, mengkagumi/ menghormati/ menyayangi artis/ ulama/ pemimpin lebih dari yg sepatutnya juga idolatry (9:31).

      nak dihuraikan contoh2 ni sangatlah panjang; boleh celen noob punya entri. kalau kamu mahu memahami, kamu akan cari penjelasan sendiri. x payah tunggu ulama nak jelaskan bak kata mecha praline.

      having an ulama to dictate your every belief is also an idolatry; obeying his every word w/o you confirming it yourself.

      Padam
  14. sebab itu perlu berhati2 dan bersederhana dalam mengkagumi seseorang.aku xde idola, aku hanya mengambil sisi kebaikan atau kejayaan seseorang itu untuk diambil inspirasi.xkisahla die dr mahadey ke ctnurhaliza ke fasha sandha ke britney spears ke.aku ambil kisah2 dan pengalaman hdup mereka dlm bidang masing2 sbg pnduan dan pengajaran.yg baik boleh kita ikut yg buruk jadikan sempadan.itu sahaja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul. bak kata dato najib, kita perlu wasatiyah.

      btw, cuba kita semak semak semula dari mana kita dengar perkataan idola ni muncul? cikgu zaman sekolah yang sebut? pensyarah di universiti? buku buku akademik? atau budaya dari program tv? majalah hiburan?

      setakat yang saya tahu, idola banyak di guna di tv dan majalah hiburan, american idol, malaysian idol, idola kecil. kalau di sekolah kita guna konsep mentor. dalam ceramah motivasi pun di guna konsep mentor.

      obviously pemikiran muda mudi melayu islam sebenarnya banyak dipengaruhi budaya pop dari tv, internet, majalah hiburan.


      #itupun jangan, bab nama Allah tetap nak jadi juara.

      har har har

      Padam
    2. wasatiyah? kalau betul nak masuk syurga Allah dapatkan imbuhan dan kebaikan kena la extreme ikut betul2 semua sekali contoh nabi..

      Padam
  15. hurmm macm mana dengan idol fiksyen? aku tgk ada sesetengah org menjadikan watak fiksyen sebagai idola mereka. seperti kapten oozora tsubasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kapten oozora tsubasa tu sapa? Tak penah dgr pun?

      Padam
    2. http://en.wikipedia.org/wiki/Tsubasa_Oozora

      Padam
  16. Idol terjemahan google dia ialah berhala.. erk.. berhala?

    BalasPadam
  17. idola..??

    x pernah ade kot...setakat menyukai seseorang tuh adelah..tp smpai nak kelar tangan...mak aiihhhhhhh...siang ikan pon x lpas akak nih...camno nak kelar2 tangan...huhuhu...poyo semua nih..hehehe...:))

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...