Iklan Leaderboard

Jumaat, 4 Januari 2013

19 Segmen Maharaja Lawak Mega 2012 - Minggu 8

Baca ulasan LIVE REVIEW & UPDATE bagi Maharaja Lawak Mega Minggu ke-8 yang berlangsung SECARA LANGSUNG dengan delay di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu. VIDEO persembahan sudah diletakkan, cepat tengok.

Sebab peserta pun tinggal 6 sahaja, so macam minggu lepas, gelanggang malam ni ada 2 pusingan juga bertemakan "Cerita Rakyat dan Radio". Tema radio pernah dibuat kalau tak silap masa Raja Lawak musim berapa dulu, tapi cerita rakyat belum lagi rasanya. Walau minggu ni buat kat hometown Zizan, tapi untuk minggu ni Zizan mungkin terpaksa membuat persembahan secara solo selepas Johan dimasukkan ke hospital akibat kecederaan ligamen. Seingat aku kali terakhir aku tengok Zizan membuat persembahan komedi secara solo masa Raja Lawak musim pertama, kecuali Super Spontan, tapi tak boleh dikira kerana formatnya lain. Tak tau la minggu ni dia boleh buat dengan baik atau tak tanpa Johan, sebab bagi aku dalam banyak2 bekas peserta Raja Lawak, yang betul2 boleh buat stand-up comedy secara solo dengan sangat bagus adalah Nabil je.


Apa2pun sebelum kita layan MLM2012 minggu ke-8 ni, apa kata kita tengok dulu suasana sesi pemberian tiket masuk free di stadium yang bermula pada jam 10 pagi tadi sampai tercabut2 pagar tangga.


Sarkastik level over 9000!!!!

* Setiap persembahan peserta akan dirating menggunakan Laugh-O-Meter berikut...

  • HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
  • HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
  • HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
  • HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
  • LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
  • LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
  • ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

Pusingan 1: Cerita Rakyat

1. Shiro (Laugh-O-Meter: LOL)


Gelanggang dibuka oleh kumpulan Shiro dengan menggunakan cerita Badang makan muntah hantu. Orang Ganu memang sporting, terutama kalau diorang buat lawak yang ada kaitan dengan Terengganu seperti keropok gote, Badan -> Badang dan lain2. Untuk persembahan Shiro aku terhibur, tapi belum lagi mampu aku buat gelak terbahak2, mungkin sebab banyak punchline yang dah boleh dijangka seperti Lisa Surirumah, gerak dada dan lain2.

2. SayWho (Laugh-O-Meter: HAHA)


Cerita rakyat yang diorang buat adalah seorang lelaki jumpa tok bomoh sebab rohnya kena ambil lepas tu datang puteri dua mayang diulik dan main teka teki. Masa awal2 nampak macam OK dengan diorang cuba guna dialek Terengganu yang dapat sorakan penonton tapi lepas tu kembali kepada Saywho yang asal. Ada la sedikit punchline yang OK tapi bukanlah yang terbaik.

3. Boboi (Laugh-O-Meter: HEHE)


Dah macam tengok Opera Sabon Boboi pulak. Aku tak tahu apa cerita rakyatnya, just babak ada orang arab jual keldai kat seorang saudagar arab dengan anaknya. Jalan cerita lost, masa akhir tu diorang nak bagi pengajaran pun aku lost. Masa awal2 tu banyak silence moment, lepas tu ada pulak kedengaran suara2 woooo dari penonton. Kecewa sikit dengan Boboi minggu ni. Dan seriously aku cakap, Nabil should go solo sebab dia bukan pelawak jenis pelakon sitcom tapi stand-up comedian.

4. R2 (Laugh-O-Meter: LOL)


Kumpulan R2 buat cerita Aladin dengan jin cerek. Nama sahaja jin tapi macam2 tak boleh bagi, suruh buat rumah tak boleh, suruh bagi orang perempuan tak boleh, suruh buat jambatan tak boleh. Persembahan diorang ada naik turun, tapi so far OK dan menghiburkan.

5. Jambu (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)


Setakat ni persembahan Jambu paling meletup. Tauke jadi nelayan nak tangkap ikan duyung yang comel sangat2, lepas dapat tangkap tiba2 je abang sayang. Tauke nak masuk minang tapi ikan2 lain semua kacau lain, ikan puyu la, ikan keli la, ikan siakap tiga rasa, paling tak boleh blah, kerang pun nak ngurat ikan duyung. Masa awal2 aku ingat persembahan diorang boleh predicted macam persembahan cerita rakyat kumpulan2 lain, tapi rupa2nya tak.

6. Jozan (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)


Seperti yang aku dah tulis kat atas, Zizan kali ni buat persembahan seorang diri sebab Johan cedera. Pada mulanya aku macam tak yakin Zizan boleh buat sorang, tapi jangkaan aku salah sama sekali. Dan tak aku nafikan, faktor hometown memberikan kelebihan kepada Zizan, tambah lagi dia tiru gaya Ustaz Azhar Idrus memang mengundang sorakan dari penonton. Kalau UAI cerita pasal soal jawab agama, Ustaz Zizang cerita pasal soal jawab cerita rakyat, batu belah batu bertangkup la, si Tanggang la. Dan Zizan sepatutnya kena selalu macam ni, tak payah jerit2 atau over sangat, just jadi cool dan relaks je.


Pusingan 2: Radio

1. Shiro (Laugh-O-Meter: HAHA)


Untuk tema radio aku taknak komen sangat, sebab semuanya akan buat benda sama, iaitu jadi DJ radio, putar lagu, bercakap dan ada panggilan dari pendengar. Dan baru aku teringat, tema ni ada masa Raja Lawak musim 6, dan lawak sayang ada di sebelah saya tu lawak ulangan mereka. Untuk tema radio ni diorang kena carik bahan yang lebih banyak melibatkan dialog2 lawak instead of pergerakan.

2. SayWho (Laugh-O-Meter: HEHE)


Tema radio SayWho aku tak dapat nak gelak sangat, sebab aku kurang tangkap dialog mereka dan punchline agak kurang, sebab diorang ni pun salah satu kekuatan mereka adalah gerak badan di samping peranan Bocil dan juga jadikan perempuan tu sebagai bahan.

3. Boboi (Laugh-O-Meter: LMAO)


Macam minggu lepas, Nabil dan Harun jadi lagi orang tua kali ni diundang ke konti radio dengan Afdlin jadi DJ. Lebih baik dari persembahan pusingan pertama dan boleh buat aku gelak juga dengan punchline2 diorang. Cuma aku perasan muka Afdlin lain macam sikit macam sakit je.

4. R2 (Laugh-O-Meter: HEHE)


Babaknya seorang budak penghantar pizza pergi hantar pizza kat konti radio pastu disuruh jadi professor serba tahu untuk ditemuramah. Isi dan bahan komedi sangat kurang dan tidak begitu menyelerakan. Mungkin mereka lebih fokus pada pusingan pertama sahaja.

5. Jambu (Laugh-O-Meter: LMAO)


Ingat diorang akan buat macam yang lain2 just jadi penyampai radio cakap2 kat konti, tapi diorang tetiba Yus masuk nak rompak konti radio, lepas tu buat panggilan palsu kat polis. Still unexpected comedy, lawak yang tak disangka2, sangat kelakar.

6. Zizan (Laugh-O-Meter: LMAO)


Dan setelah lebih kurang 7 tahun aku tak dengar Zizan buat stand-up comedy, last masa dia kat Raja Lawak musim pertama tahun 2007, dia kembali buat stand-up comedy cerita pasal radio. So far aku tengok banyak peningkatan dari dulu, walau kadang2 nampak macam dia agak kekok sikit. Tapi interaksi dia dengan penonton sangat bagus, itu yang aku suka.


Peserta terkeluar minggu ini: R2

Kesimpulan:

Minggu ni secara puratanya persembahan peserta agak kurang sikit, cuma penonton lebih happening dari biasa, mungkin kerana dibuat di tempat yang lebih besar di stadium dan bilangan penonton yang lebih ramai, ditambah dengan kehadiran Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said. Apa2pun macam biasa, Jambu dan Jozan masih lagi mengekalkan prestasi dan kehebatan mereka, dengan Shiro mengekalkan kekonsistenan mereka, manakala yang lain turun dan naik.

Juga menyaksikan cabaran buat Zizan di mana minggu ni dia terpaksa beraksi solo di pentas MLM2012 namun nampaknya dia dapat juga buat dengan baik dan dengan gaya dia sendiri tanpa terikat kepada gaya biasa Jozan. Dan mungkin kerana dia baik dengan UAI maka watak beliau dipilih untuk ditiru tambah pulak sama2 orang Ganu. Apa2pun aku harap Johan dapat cepat sembuh dan kembali beraksi untuk minggu depan.

Penyingkiran R2 memang dah agak dijangka, dengan bersama mereka yang menjadi bottom 3 adalah SayWho dan Boboi. Aku boleh katakan kat sini kalau final ada 4 kumpulan yang akan berentap, maka Jozan, Jambu dan Shiro memang konfirm layak ke final, manakala SayWho dan Boboi akan berebut tempat untuk ke final.

Dan aku harap korang semua boleh bagi komen dan pandangan mengenai persembahan dan peserta Maharaja Lawak Mega kat bawah, at least aku boleh dapat suatu input yang baru.

Ranking aku untuk persembahan peserta minggu ini:

Pusingan 1: Cerita Rakyat
1. Jozan - ROTFLMAO
2. Jambu - ROTFLMAO
3. Shiro - LOL
4. R2 - LOL
5. SayWho - HAHA
6. Boboi - HEHE

Pusingan 2: Radio
1. Jambu - LMAO
2. Jozan - LMAO
3. Boboi - LMAO
4. Shiro - HAHA
5. SayWho - HEHE
6. R2 - HEHE

* Kredit: Video oleh wwwguatvdotcom.




tags: segmen review ulasan maharaja lawak mega 2012 2011 mlm jambu jozan shiro boboi sabon balas bandung jokers r2 saywho da di du pmai peserta ranking rating undian keputusan tersingkir kedudukan teratas terbawah ac mizal hos juri awie wings lisa surihani wulan guritno najip ali video penuh download youtube hd astro mustika warna markah episod minggu 8 

19 ulasan:

  1. 1st!! bawah semua budak gua.....budak lu mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. so skandallxxx dah muncul semula...kali ni nak jadi bangang ke ustaz?

      Padam
    2. Xpa. kita kasi bash ini org sampai dia meroyan. ahmad/akuskandalx/ahmadxx/sayap cinta. Dh meroyan nti diam la dia sekejap pastu create username baru.

      Padam
    3. atas aku adalah balaci yg aku buang.

      Padam
  2. terenganu mari
    yeah

    BalasPadam
  3. tak solat jumaat ke kome berebut tiket?

    BalasPadam
  4. video jozan mana ??

    BalasPadam
  5. mana video jozan?

    BalasPadam
  6. Rase Macam makin membosankan plak. Minggu lepas bosan minggu ni pon bosan.tema x bes mungkin

    BalasPadam
  7. 1. unpredictable, sesuatu yang jambu ada tapi tak ada kat contestant lain...
    2. suara penonton terjerit2 tanpa sebab pun boleh buat orang lain mati mood. tak payah terpekik semata-mata sebab minat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. NASIB KO JAH.... SAPE SURUH TGK BENDA XDE FAEDAH... KROH2

      Padam
  8. sdh x sempat nk tgk..da kena remove.. =( hmmm

    BalasPadam
  9. jozan - jambu - saywho....superb!!!

    BalasPadam
  10. paling tak boleh belah pra ulasan dari DJ poyo yang cuba nak jadi kelakar tapi tetap tak boleh pegi : Hanif & Ray...siap iklan apps MANA NAGA lagi serupa sial..

    BalasPadam
  11. Hiburan hiburan.. ini semua salah UMNO-BN!

    BalasPadam
  12. Yang ko tgk napa?

    BalasPadam
  13. I еveгy time spеnt my half an hour to reaԁ this
    webpage's articles every day along with a mug of coffee.

    Here is my web blog :: legal amphetamines

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...