Iklan Leaderboard

Rabu, 30 Januari 2013

41 Antara Nazmi Faiz dan Messi Malaysia

Apa masalah pemain bola sepak kita?


Baru je tahun lepas semua rakyat Malaysia berbangga dengan kejayaan si Nazmi ni main kat kelab luar negara, sekarang kisah kontroversi Twitter dia lebih popular dari cerita karier dia.

Sumber
"She is relationship???" Dah la tulis merepek2 kat Twitter dan tak pasal2 tuduh Aidil Zafuan ada skandal dengan awek dia, dah puas kutuk tuduh lepas tu minta maaf.

Sumber

Jangan main2 dengan Aidil, dia dah dua kali tanduk bola masuk gol masa lawan Perak (takde kaitan).



Ok balik cerita tadi, apa sebenarnya masalah pemain bola sepak kita ni? Perempuan? Walau budak lagi tapi dah ada awek hot itu hal dia aku malas nak komen sangat masing2 dah besar panjang. Tapi biasalah tu, kalau dah namanya couple, couple mana yang tak pernah ada masalah. Ya, semua orang pun ada masalah. Haiwan juga ada masalah. Tapi menjadi masalah bila dok sembang kat Twitter (dah jadi selebriti haruslah ada Twitter) pasal masalah dengan awek, gaduh dengan awek, kutuk awek sendiri bitch la apa la (kemudian tarik balik dengan alasan streotype, akaun Twitter saya kena hack), lepas tu tuduh pula orang lain secara terbuka. Sejak bila menceritakan masalah pakwe makwe, laki bini secara terbuka menjadi budaya? Oh sejak wujudnya Twitter, Facebook dan blog. Masalah percintaan kau simpan sendiri2 la, tak pun cerita dengan kawan2 atau minta nasihat dengan mak bapak.

Nazmi Faiz tak dinafikan anda memang tere main bola. Tapi jangan sampai cerita2 bodoh macam ni lebih popular dari karier anda, sebab kalau satu hari prestasi anda menurun, orang ramai boleh kaitkan isu ni yang jadi punca kemerosotan prestasi anda. Sejarah dah membuktikan, belajarlah dari kesilapan player2 terdahulu. Jangan sampai orang hilang respek kerana isu2 mengarut nih.

Tapi masalah lain yang lebih besar dari isu remeh pasal awek2 ni adalah "Messi Malaysia" yang terbiar dan dah tak bersekolah selama 2 tahun.


Sufian Mat, 17, ketika berada di tahun lima, pernah dipilih mewakili skuad bola sepak bawah 12 tahun di Kejohanan Jemputan Antarabangsa Saitama, Jepun pada 2007. Dia juga pernah berada di bawah bimbingan ketua jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee ketika menyertai program realiti anjuran Media Prima, TV3, Soccer Kids pada tahun yang sama. 

Tak tahulah di mana silapnya, tapi kalau dia dibimbing dan digilap betul2, kalau tak dapat jadi Lionel Messi pun, at least dapat jadi Keisuke Honda pun dah kira cukup bagus. Tapi seperti kebiasaan, nampaknya lepas masuk suratkhabar barulah beliau dapat perhatian daripada pihak2 berkaitan. Semoga lepas ni beliau dapat menjadi pemain bola sepak yang berjaya, tapi kalau dah glam tu harap takde dengar cerita tak best yang berkait pasal perempuan.




tags: mohd nazmi faiz mansor nami pemain bola sepak muda remaja malaysia kelab luar negara portugal s.c. beira-mar kontroversi gossip panas dakwa aidil zafuan ada hubungan dengan tengku fiella melalui twitter bekas kekasih ex girlfriend awek mohon maaf rita rudaini tidak terkejut gaduh tuduh fitnah perempuan lionel messi malaysia sufian mat terbiar simpati sinar harapan tidak sekolah johor darul takzim jdt vs perak piala fa liga super 1-0 gol video replay highlight

41 ulasan:

  1. aku rasa yang kita bz body sibuk geledah twitter dia tu semua apehal? wartawan hiburan pun satu. sibuk nak cari gossip, tak cukup artis murahan dalam industri hiboran, pemain bola sepak pun dorang sebat masuk campur sekali.

    kerja wartawan ni kerja paling syubhah aku rasa. tak kira halal haram. main sebat buat berita. berita fitnah ker, sahih ker, atau was was, semua masuk sekali. asal paper laku.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin, wartawan hiburan siar pasal nazmi pasal dye ada connection dgn artis kan? mcm Siti dgn datuk k, bila ada gosip baru famous datuk k

      jd mmg x nafi juga mereka nak cari berita mcm ni. asal laku and org nak baca mesti cari je

      Padam
    2. awek dia artis hiburan ker?

      Padam
    3. sori x perasan tp mungkin wartawan hiburan berminat cari berita pasal player bola sepak pasal dah ada byk cerita player couple dgn artis kahwin ada cerai pun ada so secaa x langsung permain bola sepak pun terheret oleh paparazi hiburan

      Padam
    4. Dah benda tu tersebar..semua orang bleh baca..kena la gitau kat dia..ko ni, kalau mcm tu, jgn la buka tenet, baca papers, sbb ada berita gosip.

      Padam
    5. bro carlos, tersebar sebab ada orang sebarkan. segala macam hoax news dalam internet ni, kalau takda orang sebarkan macam mana tak tersebar?
      kalau yer pun dia sendiri publish benda-benda tu kat public, kita plak tumpang semangkok jaja dalam blog, dalam paper ape bagai, tak ker menyumbang sama. tengoklah gambar budak budak perempuan melayu kononnya dengar ceramah dalam gereja yang tengah hot di fb, kejap kata di church, pastu kata kursus kawen. semua gara-gara sibuk nak sebar benda yang tak pasti.

      Padam
    6. ko ni pun satu la mecha.benda2 mcm ni xperlu org korek,mereka sendiri yg keluarkn kenyataan bodoh yg akhirnya memakan diri sendiri.pas2 ko bg contoh crita gambar bdk melayu kt church tu sorry....agak bodohla.benda tu mmg benda yg xpasti sbb org lain yg ambil gambar,org lain yg buat andaian sendiri.dlm kes twitter ni mereka sendiri yg tulis & buat kenyataan2 tu,bkn org lain pandai2 buat andaian sendiri.kalau ko ckp kt semua busy body geledah twitter dia apahal,yg ko tu pn tutup la blog ko tu,yelah org yg bukak blog ko mesti busy body kn sbb geledah blog ko.1 lg lepas ni jgn bukak twitter najib,anwar,lim guan eng,nurul izzah & lain2.jgn ambik pusing dorg nak tulis apa2 pun kn,yelah kalau ambil pusing nnti kata kt busy body pulak kan

      Padam
    7. Tanpa Nama 30 Januari 2013 9:13 PG,

      bro..blog aku takde la jaja cerita murahan. even my toys lebih mahal yo..

      and i have no intention untuk orang datang ke blog aku. just a personal matters.


      Padam
    8. kesian mecha....jeles la tu......sebab x popular.....x ada org nak korek kisah peribadi.....aku simpati dgan ko mecha.......

      Padam
    9. ada duit tak nak makan tengah hari?

      Padam
    10. kalau buat blog xde intention org dtg blog,jgn tulis blog,tulis diari.pernah dgr diari?ada dijual kt kedai runcit.kalau nk tulis kat komputer,pakai microsoft word,ok?

      Padam
    11. lol. sekarang 2013 la dol. bersepah orang tulis blog sebagai jurnal or diary. ko ni jakun ker ape?

      Padam
    12. Wartawan harakah pun banyak juga yg sebar fitnah..... sama je semua mecha oi. Cari makan...

      Padam
    13. Salah UMNO-BN semua ini berlaku!

      Padam
    14. lor..kalau dia ada fitnah saman la paper tu. macam mahfuz saman utusan. lol

      Padam
  2. sedih jugak
    sorang ada masalah skandal sorang lg tercicir
    pasal nazmi tu x nak ulas panjang2 tapi messi malaysia tu agak kesian. berbakat tapi terkandas, nak tahu jugak kenapa bila dah ada kes buang sekolah, x cuba selesaikan secepat mungkin.

    agaknya ni sebabnya ramai parent Malaysia x berapa suka anak mereka getting serius dalam sukan kerana prospek yg nampak x berapa baik and baik untuk masa depan pelapis. Noob apa pendapat kau? na tau juga :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya betul, mindset ibu bapa serta sistem pendidikan kita sendiri juga terlalu menekankan akademik menyebabkan semua orang hanya fikir untuk berjaya kena dapat kelulusan cemerlang dalam peperiksaan. malah environment di malaysia juga bukan kat kebanyakan negara maju, jadi ahli sukan boleh kaya. baca lagi kat sini - Pekerjaan yang susah nak kaya

      Padam
  3. budak baru lepas kerat kote cam tu la

    BalasPadam
  4. biarlah jadi yg berilmu...kena lebih matured dorg ni.

    BalasPadam
  5. Kota Bharu: “Saya mahu dia (Nazmi) mohon maaf secara terbuka kerana mengaibkan saya,” kata model sambilan Tengku Norshufilla Tengku Muhammad Shubli, 21, atau Tengku Fiella, bekas teman wanita pemain bola sepak Nazmi Faiz Mansor, 19, yang didakwa pemain itu kononnya menjalin hubungan dengan pemain kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, 26.

    Harian Metro semalam melaporkan Nazmi menerusi Twitter dipercayai miliknya, menuduh Tengku Fiella curang dan menjalin hubungan sulit dengan Aidil. Kenyataan yang disiarkan pada jam 4.25 pagi itu bagaimanapun dipadam beberapa jam kemudian dan tidak dipastikan sama ada ia diceroboh atau ditulis Nazmi.

    p/s : budak2 baru nak naik. kote baru nak keras. otak pun tak matang lagi. bercinta sekadar nak seronok2. ape nak heran. bila becinta pakwe kentut sebelah pun wangi. bila dah putus macam2 mak nenek benda buruk ungkit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. masalah tipikal pemain bola sepak muda.

      baru nak matang, biasalah tgk diaorang ni berperangai macam budak2.

      akan tetapi, pengurus pasukan pemain bola sepak muda ni kena ada kaunselor atau seseorang yg boleh membentuk budak2 baru nak matang ni jadi lebih profesional.

      somehow, aku lihat kejadian2 ini memberi gambaran mereka kurang atau takde pembimbing yg mengasuh mereka utk bersikap sebagai pemain bola profesional. takat pandaisepak bola aje x guna juga.

      Padam
    2. bro EveR GreeN, kote bro plak da cukup keras ker? har har har

      Padam
  6. lelaki dn perempuan ini mmg seperti alien. sorg dri venus dn seorg dari Marikh.
    dn hakikat itu yg dcipta agar sling mlengkapi. Wlupun kdg2 mmg sgt mletihkan -atau slalunya-akibat miscmmunication yg slalu trjadi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana ada sbb miscom, ni sbb jeles xdapat barang.

      Padam
  7. err.. tak salah ke secara public tuduh Aidil bersekedudukan??? dari segi agama macamana plak??.. kenapa pilih Aidil? apasal tak tuduh Gurusamy ke, Piya ke, Kunanlan ker?????????????????????????????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ataupun Ghaddar dan Ronaldinho?

      Padam
  8. She IS relationship!

    keh keh keh..patutnya nazmi tweet bahasa portugis baru tak jadi isu..

    BalasPadam
  9. beliau jdkn harimau wood sbgai idola kot..

    BalasPadam
  10. Bila peribadi jadi umum..
    Bila media sosial jadi soSial..

    manusia berhati-hatilah setiap apa kamu lakukan kerana kamu akan diadili di akhirat kelak.

    Wallahualam.

    BalasPadam
  11. Pengajaran disini....sbb duit org yg datang kat kita semua x ikhlas. Nazmi 2 kira loaded gak la bila main kat portugal..gaji bulan2 mcm beli kete sebijik. So, rmi ppuan nak ambil kesempatan and masa 2 la diaorg caring and bermanje2 sbb duit.

    X sure sape yg betul atau x, papepun susah nak cari cinta yg ikhlas. Mencari cinta dari seseorang itu susah, tp nak org cintakan kita pun lg susah..byk yg cintakan harta/populariti kita je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. cari la cinta yang kekal

      Padam
  12. bodoh la org yg suka meluahkan perasaan kat media sosial ni.....lebih2 lagi klau dia femes dan bnyak pgikut.......nak cari publiusiti je........

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaupun aku pun menyampah dengan benda2 cmni,tapi aku sanggup dengar dan layan lagi daripda aku layan dan baca ayat2 kau yg penuh kecelaruan identiti sampai keliru nak tentukan kau ni jenis yg mcm mana.sepatutnya org gila tak tau main tenet.tapi zaman dah maju,org gila pun mampu layari tenet dan menaip ape yg ade dalam kple otak dia.

      Padam
  13. lol status tweeter pun jadi isu takd agambar sekali ke?
    tengah party ke tengah beromen ke hahahaha

    Setakat baca tweeter macam tu baik baca naruto..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wartawan tu pun satu.. kena selidik dulu.. ni berita dari facebook, tweeter semua kuar surat khabar.. paling lucu blog orang pasal manutd hari tu.. orang bergurau pasal sir alex ferguson nak amik khairul fahmi jadi goal keeper gan van der sar pun masuk suratkabo.. sumber amik dari blog orang pulak tu.. kalau sumber ambik dari website rasmi takpe jugak..

      Padam
  14. citer masalah kt kawan pn, biar kawan yg btul2 jujur dan ikhlas dan tak mengutuk. kalo die pn sdap2 mengumpat org lain kt kiter, haaa kirannye tak elok pnye kawan la tu. ntah2 lain hari masalah kiter diceriterkan kt org lain lak.

    kalo nak ngadu pn, mak bapak la paling dekat.. kalo masih ada lah..

    BalasPadam
  15. Payah jadi orang terkenal ni.

    Apa cerita dia balik Malaysia?
    kata dilepaskan 6 bulan untuk bermain dengan Harimau Muda/PKNS?

    Tapi pengurus kelab malaysia tak tahu apapun..

    BalasPadam
  16. Dah tamat kontrat la rupernye.. Apa kes ntah lol.

    Takpe la at least dapat dah bermain dengan kelab eropah.
    Mungkin di masa depan ada lagi.

    BalasPadam
  17. kena buang sekolah, mmg xde disiplin. xde disiplin, ko x yah berangan la nk jd star. Messi Malaysia? on your dream.

    BalasPadam
  18. Sufian mat sebenarnya telah dianianya oleh pihak sekolah... Hati siapa yg xkecewa dm marah bila peluang keemasan yg beliU dapat telah dihalang oleh gurunya sendiri..cuba kalian bayngkn, 12 keping surat perlawaan dari sekolah sukan bukit jalil disembunyikan pd beliau..sefiap kali pihak sekolah ssbj datang buat select player beliau telah dilarikan oleh gurunya yg pd maSa itu Menjdi pengurusnya.. Hati siapa yg xkecewa dn marah dgn perilaku dia sebagai guru.. Mereka semua cuma mementing diri dn na mereka untk dijadikn batu loncatan supaya nama mereka dikenali dgn bakat orang lain..mereka xpernahpun bg peluang untuk sufian memajukan langkah kareanya ke depan..hagi siapa xkecewa dn marah dgan perbuatan seperti ini.. Cuba kalian semua bayangkn jika terkena atas diri dn adik beradik kalian.. Yang dok mengata tu sy ambik sebagai teguran dn yg puji tu sebagai jalan untk saya mendisik adik sy ini.. Terima kasih kerana mengambil perhatian pd beliau walaupun dgn komen negetif ataupun positif.. Saya sbaagai abang kandung sufian mat lebih mengetahui apa yg berlaku sebenarnya.. Sekian!!!!

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...