Iklan Leaderboard

Khamis, 10 Januari 2013

72 Duit beli rokok boleh buat beli Mercedes

Sepasang kapel yang dah 10 tahun kapel...


Penulis: Aku / Pelukis: The ohsem guy Nazha Anua

Kartun kat atas ni lawak sahaja, aku pun dengar dari member aku, bukan nak galakkan merokok pun. Cuma lately ni kat ofis aku ramai perokok2 tegar mula membeli rokok elektronik yang dikatakan lebih selamat berbanding rokok biasa.


Malah seperti yang dilaporkan oleh berita TV9 ini oleh wartawan Amin Hayat Abd Rahim, dalam sedutan berita itu, 2 doktor pakar iaitu Dr. Zakaria, Pakar Herba & Makanan Kesihatan dan Dr. Hairulfaizi Haron, Pakar Jantung & Paru-paru PPUKM menyatakan ia lebih baik dalam mengawal perokok tegar dari menghisap rokok tembakau serta menjadi alternatif yang lebih baik berbanding rokok. Kalau rajin cari kat Youtube pun berlambak doktor luar negara bagi pandangan pasal rokok alternatif ini.


Kalau tanya aku, aku tak tahu sebab aku bukan doktor, aku bukan saintis, aku bukan ahli kimia. Namun tiba2 dalam bulan 9 hari tu, keluar laporan berita yang mendakwa belum ada kepastian rokok elektronik lebih selamat dari rokok biasa.

Dan kemudian beberapa hari lepas, tiba2 sahaja diwartakan penjualan dan memiliki rokok elektronik adalah salah di sisi undang2 seperti laporan berita ini:
KUCHING 7 Jan - Menjual, mengedar atau menyimpan rokok elektronik, e-Cigarette adalah satu kesalahan di bawah Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Zulkifli Jantan berkata, hal itu demikian kerana pihaknya telah mengesan kehadiran nikotin di dalam cecair e-Cigarette dalam pelbagai kepekatan tertentu.

Beliau berkata, nikotin merupakan bahan yang dikawal di bawah Akta Racun 1952 dan hanya dikecualikan dalam produk tembakau.

Katanya, penjualan dan pembekalannya hanya boleh dibuat melalui ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar.

"Pelanggaran keperluan ini adalah satu kesalahan dan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali di bawah akta sama.

"Peruntukan tersebut juga tertakluk untuk bahan kimia lain yang dikesan dalam cecair e-Cigarette jika ia merupakan bahan yang dikawal di bawah Akta Racun 1952," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Amaran itu dibuat Jabatan Kesihatan negeri kerana e-Cigarette yang didakwa sebagai alat bantuan berhenti merokok dijual secara berleluasa dan mendapat sambutan hangat di negeri ini.

Ia dipasarkan dalam bentuk set yang menggunakan cecair e-Cigarette untuk menghasilkan wap dalam rokok elektronik tersebut.

Sementara itu, Zulkifli berkata nikotin adalah keluaran yang perlu didaftarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Katanya, pelanggaran peraturan tersebut merupakan satu kesalahan dengan denda dikenakan tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Katanya, untuk pertubuhan perbadanan pula, hukuman yang boleh dikenakan di bawah Seksyen 12 (2) adalah denda tidak melebihi RM50,000.

"Oleh itu, semua peniaga yang mempunyai kaitan dengan e-Cigarette diingatkan bahawa menjadi satu kesalahan jika menyimpan, mengedar atau menjual sebarang bahan atau cairan yang mengandungi nikotin selain rokok asli atau tembakau," katanya.

Aku tak pasti samada ia hanya tertakluk untuk negeri Sarawak sahaja atau seluruh negara. Tapi apa yang pasti:
  • Rokok biasa yang dah pasti mempunyai pelbagai bahan kimia yang membahayakan kesihatan perokok dan orang sekeliling, malah sudah diwartakan haram oleh majlis fatwa kebangsaan, namun oleh kerana sangat mendatangkan keuntungan kepada pendapatan negara hasil daripada kutipan cukai rokok, maka ia HALAL dijual, diedar, disimpan malah dihisap.
  • Rokok elektronik yang belum pasti lebih selamat dari rokok biasa, belum ada sebarang fatwa, namun sebab ia selalunya dijual secara online dan tak kena cukai, maka ia HARAM dijual, diedar dan dimiliki.


Kalaulah kedua2nya pun mendatangkan bahaya, kenapa tak HARAMKAN sahaja kedua2nya? Kenapa ada double standard? Tak apa kalau banyak orang mati sebab hisap rokok biasa asalkan ia membawa banyak keuntungan kepada negara? Tapi dalam masa yang sama, tidak boleh kalau banyak orang mati sebab hisap rokok elektronik kerana ia tiada membawa sebarang keuntungan kepada negara?

Satu lagi contoh, judi itu HARAM. Bagaimana dengan judi haram yang HARAM? Ia diharamkan kerana tiada lesen untuk menjalankan perniagaan judi serta tak bayar cukai. Bagaimana pula dengan judi haram yang HALAL? Ia ada lesen judi dan bayar cukai pada kerajaan, maka ia adalah HALAL? So kalau rasa nak bukak kedai judi tu pastikan apply lesen dan bayar cukai.


Get it?




tags: rokok eletronik e-rokok e-cig e-cigarette vs normal smoking biasa tembakau tobacco vapor asap nikotin tar bahan kimia liquid atomizer cecair cartridge bateri rechargeable battery puntung buang merata tidak sah selamat bahaya mudarat kesihatan penyakit haram halal judi cukai pendapatan negara majlis fatwa kebangsaan doktor alternatif ubat berhenti merokok niquitin lawak kartun awek marah tegur pakwe kumpul duit beli mercedes

72 ulasan:

  1. Balasan
    1. Noob Perogol Bersiri10 Januari 2013 2:17 PG

      so?

      Padam
    2. Org tak isap rokok blum tentu bleh pakai mesedis..sadis

      Padam
    3. Rakyat malaysia yang merokok ni disebabkan salah UMNO-BN yang menggalakkan jualan rokok secara terbuka!

      Padam
    4. aku nak jadi perokok tapi x beli rokok. Bajet untuk rokok masuk tabung.
      Hmm... mungkin aku patut amalkan prinsip yg sama untuk pengamalan makan mekdi aku. O_O

      Padam
    5. Betul len masukan tabung kadar perokok tegar rm20 sehari misalnye..
      kalau mekdi pon sama.. akhir bulan boleh tengok berapa kamu dah simpan..

      Padam
  2. just another case of double standards... keuntungan $$ menjadi penentu haram halal rupa2nya kat malaysia ni ya.. isk isk isk sedihnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah berapa banyak duit haram yg diraih noob melalui blog sampah beliau ini?

      Padam
    2. ni msti ahmad

      Padam
    3. Ahmad busuk mnyamar jd anon

      Padam
  3. eh2 ada rokok elektronik..mcm mengalakkan je.hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. menggalakkan perokok untuk tinggalkan rokok tembakau. tak sure lagi mende ni selamat ke tak, tapi pendapat orang mostly better, and asap yg dikeluarkan pun adalah wap air, bukan second hand smoke yang lagi memudaratkan orang sekeliling

      Padam
    2. tak rasa utk mengalakkan, sbb org yg br starting merokok takkan beli rokok elektronik kan..... ( sbb mahal and susah nk g cari)

      tapi bg perokok tegar lebih better isap rokok elektronik, atleast kesan kesihatan tak sama mcm rokok betul

      Padam
  4. aku tak smoke~ so, yeah~ aku perati golongan2 berpendapatan rendah macam aku ni yang tak merokok ada lebihan wang berbanding yang merokok~ itupon kalau tak judi, tak clubbing & tak ketagihan game sampai 8 jam sehari main tiap2 hari~
    online games pon banyak main topup cash ape~

    rokok elektronik saya sokong~ merokok ni tabiat sebenarnya, tabiat bila bosan2, nak kepit rokok kat jari tu, perasap, letak kat bibir~ time2 lepas makan, time2 berak~ ade yang kurang arif berkata boleh ganti dengan gula2 @ chewing gum~ tidak sama sekali~ bukan masalah nikotin yang disedut, tapi tabiat perasap tu~
    tabiat tu tak boleh digantikan dengan mengunyah gula2~ dia kena perasap jugak~ makanya, rokok elektronik adalah yang paling sesuai~ tabiat bila dah berjalan 10 tahun lebih, nak stop teramat lah payah~

    just my 2 cents~

    BalasPadam
    Balasan
    1. terus terang je lah yg ko ni perokok tegar nak mampus cepat......x payah nak jadi hipokrit macam noob.....

      Padam
    2. sorry bro, aku memang bukan perokok~ member2 gua perokok~ bapak & adik beradik gua perokok tegar, (4 dari 5 adik beradik lelaki gua adalah perokok)~

      bapak gua pulak perokok sampai setiap kali dia sedut rokok tu, muntah darah~ dah terlalu tua untuk badan dia terima rokok~ berhenti secara terpaksa, seksa bro~

      Padam
    3. bagus2 anda tidak merokok. bukan senang nk jmpa lelaki yg tak merokok. aku cukup pantang org merokok kt tempat awam terutama kt restorang/tmpat2 makan.

      Padam
    4. kepada perokok tegar, sila sediakan RM 40,000 sehingga RM 56,000 sekurang2nya bagi pembiayaan rawatan kanser paru2. Dan bersedia dengan masa2 yang akan terbuang...

      sekian.

      Padam
  5. rokok elektronik? Hurmmm baru dengar nie

    BalasPadam
  6. ahhhh!!walau ape pon jadik..memang xsuka smokers tau..skali dah rs sedap ng rokok memang takkan dapat nak buang la..btw, e-cigeratte tu pon ok jugak kan..tp tolonggla jgn d slh gunakan jgak..haih2..

    BalasPadam
  7. Noob Hipokrit Cakap x serupa bikin!10 Januari 2013 2:09 PG

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  8. Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan,
    mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku
    kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa
    Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan
    komunikasi dan mengelakkan kekeliruan.



    Hipokrit terlebih....

    BalasPadam
    Balasan
    1. buto la....copy dari blogserius ckp blog ko bes..anjing!

      Padam
    2. teruk betul ko butthurt dengan aku ya ahmad_skandallxxx sampai terpaksa guna anon utk menyerang aku dan komentar lain pagi2 buta. takpe its ok, ko boleh buat dan tulis apa saja, dan mana yg aku rasa tak sesuai aku akan padam, tapi secara tak sedar tindakan kau tu hanya akan menunjukkan betapa rendahnya tahap pemikiran kau.

      dan blog akustressgiler tu memang best. byk info2 menarik dalam tu, kan?

      Padam
    3. menganjing ke hape tu noob..hahha

      Padam
    4. tkut aku nengok si ahmad ni,terang2 dia ada masalah mental.bukan stakat nak hina atau mengejek,tapi memang masalah mental yg betul2 punya.dengan split identitinye,bahasa pelik2,butthurt melampau..ntah cmner la orgnya kat luar,ade ke org yg berkawan dengan dia,ahli kuarga dia cmner pulak.

      aku dok terbayang tiap kali ahmad ni komen,dia mengadap PC/laptop dia sambil pakai baju pelik2,rambut kusut,muka berjerawat,sambil komen..sambil ketawa kuat2,pastu tetibe menangis,tetibe pegi amik kopiah..komen pasal agama,sambil tgk porn.pastu kat dinding bilik dia penuh gambar tapak sulaiman(mewakili noob).pastu de tulisan besar2 kat dinding guna darah.tulis ayat "babi","setan","korang sume celaka","siapakah aku?","aku benci hidup".angker siot..seram bile aku bayangkan.

      Padam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  11. rokok ni bau busuk. tak tahu kenapa ada je yang suka merokok. haishh lagipun membahayakan kesihatan. baik simpan duit beli benda yang berfaedah sikit.

    BalasPadam
  12. memang boleh berli mercerdez.. Masalahnye orang tak simpan..

    Kalau rokok tu perlu dan spent Rm20 sehari. Kalau orang tak merokok cuba Wajibkan sinpan rm20 sehari musti dapat tunjuk punya..

    Cuma bila duit tu tak diwajibkan simpan so dilabur ke tempat lain pulak memang ler tak nampak.. :) benda kita buang/labut tak namak sebab takda pada kita takda depan mata.. lain la kalau kita simpan..

    So buat makwe/isteri nak bagi pakwe/suami berenti merokok kalau dia beli rokok rm20 sehari kamu simpan rm20 sehari sebulan lepas tu tunjuk ini bukti duit saya simpan rm20 sehari sama seperti you buang kat rokok.. Nampak.. jangan sekadar cakap je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sorry banyak typo pagi ni
      berli-> beli
      labut -> labur
      namap -> nampak

      Padam
    2. tak sanggup aku nak kuarkan RM20 even utk bende yg aku mmg suka utk SEHARI. minat2 komik atau kosmetik pn, takdelah hari2 nak beli. pastu RM20 lak tu. pehhh. sebulan rm600 terbang cmtu jer. boleh bayar duit keter atau duit rumah.

      Padam
    3. gua sokong sama lu brader...tp gua nak bagi taw kesalahan ini semuanya berpunca daripada kerajaan yang memerintah negara kita sekarang ni kerana merekalah yg mempunyai kuasa untuk membuat itu dan ini..dan kesalahan yang paling utamanya ialah rakyat malaysia yang menyokong n mengundi puak2 ni sampailah terbentuknya kerajaan yang dinaungi oleh2 puak2 yang rasa diri merekalah yang hebat...cakap sahaja Islam tp dimana nilainya Islam 2 aku pon tataw...korang jawablah kat akhirat nnt..

      Padam
    4. Tanpa Nama 10 Januari 2013 9:02 PG,

      Lu sakit ke brader? Semua benda nak tunggu kerajaan? Merokok ni sendiri punya hal lah...Lu nak sihat dan tak menyusahkan orang, lu takyah la merokok. Kalau lu nak sakit, menyusahkan orang dan jadi second class citizen, lu sumbat la berapa batang rokok pun kat tekak sekali harung. Kalau kerajaan haramkan rokok pun, masih ada je jalan lain untuk diorang merokok - Smuggle, buat sendiri, dll.

      Semua orang pun tahu yang politik kat Malaysia ni tak bleh harap dan tak sekuat mana pun untuk tentukan cara hidup rakyat. Tak kira la BN ke PR. Kita ni rakyat marhaen kena la pakai akal untuk hidup dengan jalan yang terbaik dan diredhai Allah. Tak payah buang masa politiking, mengkritik dan mengharap bulan jatuh ke riba.

      Padam
    5. Tanpa Nama10 Januari 2013 8:41 PG

      Dah rokok ialah makanan ruji mereka musti la sangup
      Sangup kamu tak makan? Musti sangup kan kalau tak dapat beli kotak carik yang jual batang atau mintak kat orang.


      Padam
    6. Tanpa Nama10 Januari 2013 12:43 PTG

      gua x saket ler brader tp gua rasa lu jer kot yg x open lu nyer otak 2..mmg la merokok 2 hal sendiri2..tp bro klu kerajaan betol2 series nak haramkan rokok kerajaan tak akan bagi rokok dimasukkan kedalam negara malaysia nih pastu dijual dengan sewenang2nyer di premis2...masalahnyer kerajaan just melepaskan batuk ditangga jer sebab salah satu punca pendapatan negara ialah rokok yg dah dicukaikan..lu pikirla sendiri..gua x paham kenapa rokok seludup seperti gudang garam bila didapati dijual or dihisap haram pastu rokok yg dah dicukaikan tak haram? tak ke bangang namanyer 2..inilah jadiknyer bila negara kita ni tak ditadbir dengan betol mengikut ajaran Islam sepenuhnyer..n orang2 yg mengundi kerajaan yg bongok ini pon dikira bersubahat sekali kerana menegakkan kemungkaran dimuka bumi ini..disebabkan kerajaan gak lah banyak golongan2 muda mudi skang habis akhlaknyer kerana kerajaan tak pentingkan akhirat..just duniawi jer yg lebih..lu ada otak kan lu pikirla sendiri brader..janji bila mengundi buatlah pilihan yg betol..

      Padam
    7. Aku x leh bayangkan camne brader 2.51 ni bleh hidup kalau kena campak kat negara kafir atau komunis. Suma benda nak harap kerajaan. Lemah sangat jatidiri tu. Semua manusia mumayyiz dah boleh beza antara benda baik dan buruk. Apatah lagi yg dah akil baligh, dewasa waras dan matang. Walaupun malaysia ni banyak anasir buruknya, tapi kita tidak pula pernah dihalang utk belajar dan mengamalkan tuntutan islam. Aku tak pernah dengar lagi orang dihalang utk sembahyang, ngaji pondok, pakai tudung, dll. Kamonla bro..tapi suka hati lu la bro. Otak masing2. Suka hati la nak pakai macam mana.

      Padam
  13. Bila mula merokok mmg serius susah nk berhenti...tapi aku paling jelek tengok org perempuan smoking..muka macam gila seks.. BANkami

    BalasPadam
    Balasan
    1. merokok adalah satu tabiat bukan sifat..

      bile org sekeliling tgk perempuan yg merokok suka salah tafsir.. tp bile lelaki merokok adalah perkara biasa...

      Padam
    2. TakSukaOrangMerokok10 Januari 2013 1:34 PTG

      Salah tafsir apa Lily memang perempuan yang cantik molek dan teramat tidak sesuai digandingkan dengan rokok.. jika dibandingkan dengan lelaki

      Saya sebut di sini teramat bermakna lelaki nampak buruk bila merokok perempuan dua tiga kali lebih buruk bila merokok..

      Mereka yang nampak perempuan merokok cool adalah tidak normal.
      Perempuan adalah makluk cantik ciptaan tuhan jadi hargai kecantikan kamu sebagai perempuan.. jangan sesekali kotor atau cemarinya.

      Padam
  14. bdk opis aku tgh beramai2 guna e cigaratte ni, and diorg mengaku la dah kurang hisap rokok tembakau. biarlah, itu kira usaha diorg nak berenti. tapi kengkadang aku tgh poyo2 buat keje, terbau bende manis, dok tercari2 la kek ke kopi ke sesape buat. rupenya bau e cigaratte tu. cet

    BalasPadam
  15. ayah aku seogr perokok tegar.. da bpe kali msuk wad sbb sakit jantung..
    but in the end.. mmg susah nak buang tabiat merokok.. sbb da lbeh 20 thn merokok xkn nk trus stop.. even mse kt hospital pun bley curi hisap rokok.. pastu kne mrah ngn nurse je.. bukan kne pape.. skng pon da kurangkn da sket.. tapi yg pelik.. lepas mkn msti selit rokok kt kt even x hidupkn api.. agak pelik laa.. tapi nk wat mcm mane kn..
    soo ayah aku ckp..

    "ayah masih hisap rokok tapi jaga pemakanan lain.. mcm slalu mkn oat.. mkn sayur & buah byk2.. ngn byk2 bersenam..

    baru2 ni.. pg check up.. da ok da sket skt jantung ngn darah tinggi..
    jd boley pkai kot formula ayah aku..

    BalasPadam
  16. Salah UMNO-BN!

    BalasPadam
    Balasan
    1. betol betol betol...marilah sama2 kita gegarkan kl ari sabtu ni jam 2petang ok..rakyat sekarang semakin bijak..moge2 pru akan datang ni membawa banyak perubahan dalam negara kita insyaallah..

      Padam
    2. Rakyat sekarang makin bijak bro? KAHKAHKAH!!!!!!!

      Kalau bijak, bukan demo tempat perhitungannya!

      Wake up! Grow up! Man up!

      Padam
    3. Bijak la dah undi kena tipu kena la demo baru SPR gelabah dan tak tipu..

      p/s: selain demo kita solat hajat ramai-ramai kalau orang SPR ni menipu dan sesiapa yang bersengkokol ni mohon diberi lumpuh hinga ahkir hayat mereka baru padan muka mereka.


      Padam
    4. Dasar melayu hanya tahu merengek dan mengeluh. Dah tau politik malaysia ni kotor, tak payah la nak harap sangat. Gunakanlah ilmu, masa dan semangat yang ada untuk mengangkat martabat bangsa melalui penguasaan ekonomi. Bila banyak duit dan pengaruh, baru la orang dengar cakap kita. Setakat omong kosong, demo dan jadi pelalak politik - syok sendiri je lah..buang masa dan kena gelak je dgn yahudi dan cina.

      Padam
    5. agree sedikit dengan tanpa nama diatas~
      melayu ni tahu, ekonomi kat tangan sapa~ tapi tak pulak difikirkan & diutamakan yang tu~ ekonomi kena start dulu, bila taraf hidup meningkat, baru yang lain2 akan menyusul~ di mana anak2 melayu sibuk nak belajar di universiti awam untuk menjadi bakal kuli, anak2 cina pula belajar di universiti swasta sibuk belajar macam mana nak jadi bos~
      mohon kerajaan pakatan rakyat yang nak sangat kuasa tu ambil perhatian~

      Padam
  17. Pencacai Anwar Ibrahim10 Januari 2013 10:28 PG

    Tukar kerajaan!

    BalasPadam
  18. Masalah besar ni kenape naruto kat manga x kuar2 lagi ni!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sabar yea..
      Cuti tahun baru la.. Jepun cuti 3 minggu :)
      Kamu je cuti sehari lol XD.

      Beraya betul orang jepun ni yea.. :)

      Padam
    2. tukang wat scanlation (scan n translate) tu pon hentam cuti lelama skali.. lol

      Padam
    3. aku nak tahu kenapa kakashi bunuh rin kenapa kenapa??

      Padam
  19. kat opis SA pun dah ramai yang beli yg elektronik ni...tp sama jer..kejap jer layan ..pas tu merokok balik

    BalasPadam
  20. aku baru ja beli 2 hari lepas..tak kick macam mana pon..takat boleh buat penyeri tabiat sedut dan hembus ja..tapi sep bhai..modal lam 100..refill rm15 tahan seminggu..aku syak pengharaman ni semua konspirasi nak makan duit cukai tembakau..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. orang akaun semestinya berfikir dari sudut ekonomi~ terbaik~

      Padam
  21. jawapan yang senang. berhenti je la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. jawapan yang tak pakai otak..

      sbb otak letak kt lutut..

      lutut tinggal dlm laci kt uma..

      Padam
  22. budak opis aku lak suka hisap konek..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haram tu sbb xde gov tax...hahahaha!!!

      Padam
    2. Tak lama lagi akan dikenakan tax

      Padam
    3. Ni mesti ahmad komen menyamar jadi anon

      Padam
  23. Ulama dah kata haram dan berapa rmi yg mendengarnya dan meninggalkannya?cer cek apa benda haram seharian diri sendiri wat ouch

    BalasPadam
    Balasan
    1. entah la aku pon heram dah benda haram kan mungkin tak didik dari kecik seperti kita geli nak sentuh babi/anjing

      Haram dari kebanyakan ulama cuma sebahagian kecil je kata makruh.. tapi ramai pilih makruh bahkan ustz pon merokok lol

      Padam
    2. sebb ustaz merokok tu yg ada sebilangan kecil kata makruh lol ntah le...makna didikan dari kecil la ye...bermula dr kecil...melentur buluh biar dr rebungnya...

      Padam
  24. Anon Comey lagi Oshem10 Januari 2013 5:59 PTG

    Kartun tu boleh disambung lagi..

    Siapa kata saya tak beli Merz sila abg tengok kat rumah saya.
    "tu duit yang saya simpan sama setiap hari abg beli rokok tau"

    BalasPadam
  25. Panas-panas aku perokok tegar .......!

    B.T.M: KHATAN UNTUK KAUM WANITA


    Sabar je le noob...! aku pon penah kene lebih terok dari ko.....ek..ek..ek..ek

    BalasPadam
  26. 3 462 in order to cover the crime they would have been shattered.

    Problem solved ] Speaking of battery power, we got sexcams to enjoy
    some very light browsing at the airport, a 30-minute round of
    Angry Birds while in the air for 20 minutes, and eat it.
    Working around into opposite side of starting ch, work a
    sl st in next sc repeat around.

    Look at my web page: sexchat

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...