Iklan Leaderboard

Jumaat, 11 Januari 2013

37 Segmen Maharaja Lawak Mega 2012 - Minggu 9

Macam biasa entry ditulis secara LIVE REVIEW & UPDATE bagi Maharaja Lawak Mega Minggu ke-9 yang akan berlangsung SECARA LANGSUNG dengan delay di Stadium Indera Mulia Ipoh, Perak. VIDEO persembahan dah diletakkan, sila tengok cepat2 sebelum diremove.

Minggu ni peserta tinggal 5 kumpulan sahaja, aku tak pasti bila dan berapa kumpulan yang akan ke final. Tema malam ni "Peribahasa" dan "Silent Comedy". Bagi aku peserta yang paling kuat dengan tema Peribahasa adalah Abon dari kumpulan Sabon, tapi sayang diorang dah terkeluar. Manakala untuk tema Komedi Senyap, kalau berdasarkan persembahan di Maharaja Lawak 2011 memang makanan Jambu (boleh baca ulasan aku mengenai kekuatan peserta ML2011 dulu kat sini), tapi sekarang tak tau la. Apa2 pun adakah Zizan masih lagi bertanding secara solo malam ini, kita nantikan.


Seperti insiden cabut pagar stadium minggu lepas, minggu ni pun macam ada insiden tak best waktu pemberian tiket percuma kepada orang ramai di stadium di mana aku baca kat Facebook Maharaja Lawak ni ramai orang komplen hanya kroni2 Astro sahaja yang dapat di dalam manakala orang lain yang beratur panjang dapat tiket duduk kat luar.



Dan aku harap insiden boo peserta yang tengah buat persembahan atas pentas macam minggu lepas di Kuala Terengganu tak berulang malam ni sehingga menyebabkan Afdlin Shauki memberi komen kat Facebooknya. Kalau ada sapa2 yang tak lawak pun malam tu, jangan la boo dan jatuhkan semangat diorang. Just cheer for them, atau kalau tak nak cheer pun senyap saja sudah. Bukan mudah nak perah otak tiap2 minggu nak fikir bahan lawak baru untuk memuaskan hati penonton. Nak berdiri atas pentas depan orang ramai pun perlukan keberanian yang tinggi, apatah lagi nak berlakon dan melawak. Korang boo boo pun korang rasa korang boleh ke buat macam tu atas pentas? Macam Amir Raja Lawak yang selalu kena boo dan kena kutuk setiap kali dia buat lawak, at least dia berani dan sekarang ni orang yang ramai benci tu la yang muncul dalam drama/filem komedi.


* Setiap persembahan peserta akan dirating menggunakan Laugh-O-Meter berikut...

  • HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
  • HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
  • HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
  • HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
  • LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
  • LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
  • ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

Pusingan 1: Peribahasa

1. SayWho (Laugh-O-Meter: LOL)


Kumpulan SayWho menggunakan watak recycle dari minggu masa tema Kembali ke sekolah dengan guna babak dalam kelas membincangkan pasal peribahasa, cikgu tu tanya pada budak sekolah Dora dan Leonardo di Caprio tu apa maksud peribahasa. Banyak peribahasa yang digunakan masa awal2, tapi mungkin sebab masa lebih panjang dari biasa, maka dah sampai hujung tu dah cerita pasal benda lain.

2. Jozan (Laugh-O-Meter: HEHE)


Minggu ni sekali lagi Zizan berseorangan tanpa Johan. Apa yang aku nak komen, Zizan macam kurang idea dan persediaan untuk tema ni, masuk2 dok cikgu cikgu sambil terloncat2 pakai uniform budak sekolah rendah dengan seluar pendeknya dengan zip tak tutup, starting pun dah amik banyak masa macam saja nak lewatkan2 masa. Tema peribahasa tapi berapa kerat je peribahasa itu pun macam tak kena dengan sketsa dia. Lagi teruk asal masa punchline je kena potong, semua orang kat stadium gelak2 tapi yang kat rumah terpinga sorang2. Aku quite kecewa sebab minggu lepas walau Zizan berseorangan juga tapi amat bagus.  Aku faham mungkin dia sibuk minggu ni dengan Johan pun takde, tapi lebih baik kalau Zizan pakai seluar panjang tutup aurat.

3. Shiro (Laugh-O-Meter: LMAO)


Diorang buat babak pengemis pergi ke rumah seorang pakcik tua nak curi kasut, lepas tu kantoi tuan rumah bagi makan, lepas dia jual pulak barang kat dia. Masa awal2 biasa je, tapi bila sampai tengah2 dan akhir2 dah jadi makin bagus. Cara diorang selit dan kaitkan adegan dalam sketsa diorang dengan peribahasa agak bagus seperti lebih sudu dari kuah, kuah tumpah ke nasi dan lain2.

4. Boboi (Laugh-O-Meter: HAHA)


Boboi ambil nasihat Awie minggu lepas untuk guna semula watak pakcik tua Manan dan Razali, kali ni diorang pergi kedai makan nak order makanan, tapi tukang amik order iaitu Afdlin cakap semua nama makanan restoran tu mengikut peribahasa. Ada punchline yang buat aku ketawa, ada juga yang biasa sahaja.

5. Jambu (Laugh-O-Meter: LMAO)


Masa awal2 agak slow dengan babak Yus suap Tauke nasi dengan kicap tengah tengok TV, sekali member dia masuk TV rancangan game show, telefon diorang nak tanya pasal maksud peribahasa, lepas tu keluar la maksud mengarut. Cam biasa, kekuatan lawak Jambu adalah lawak deadpan yang dituturkan dengan muka selamba kerek tempe tanpa perasaan, nak gaduh sesama sendiri, lepas tu tiba2 baik macam takde apa2 berlaku. Untuk pusingan pertama, Jambu yang terbaik.


Pusingan 2: Silent Comedy

1. SayWho (Laugh-O-Meter: LOL)


Untuk komedi senyap kumpulan Saywho buat sketsa perlawanan tinju di antara ahli taekwando dengan silat mengikut muzik latar. Kalau dulu komedi senyap lebih kepada bunyi efek sahaja, cuma start dari ML2011, lebih banyak peserta buat silent comedy guna background music.

2. Jozan (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)


Mungkin persembahan pertama Jozan macam tak berapa sebab dia lebih fokus kepada persembahan kedua. Untuk silent comedy dia kena buat persembahan silat, tiba2 background music bertukar so dia terpaksa bergerak mengikut muzik latar seperti lagu Thai jadi tukang urut, menari lagu hindustan, lagu gila judi M. Daud Kilau, lagu suci dalam debu Iklim dan lain2. Dan bakat Jozan dalam spontan dan tarian memang sangat membantu dalam persembahan kali ni.

3. Shiro (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)


Setakat ni untuk komedi senyap kumpulan Shiro jalan ceritanya lebih jelas dan teratur. Mereka menjadi penyanyi dan pemuzik di kenduri kahwin, baru start dah ada punchline killer dengan buat watak Aizat ada misai pegang cawan nyanyi lagu Yuna Terukir di Bintang macam persembahan dia waktu AJL27. Dan lepas tu punchline berturut2, paling tak boleh blah dia suruh bersilat tapi menari zapin dengan sangat over hahaha. Akhir sekali Shahrol jadi pakai kopiah nak cover diri dengan lagu background tema Imam Muda pun memang superb.

4. Boboi (Laugh-O-Meter: LOL)


Lakonan Boboi untuk sketsa silent comedy sangat bagus, jalan cerita awal2 pun sangat baik, dengan menyelitkan sedikit unsur2 pengajaran dalam lawak jenakanya, tapi di penghujung dah jadi konsert pula lagu orkestra Metallica pula amik masa panjang sangat. Tapi apa2 pun Nabil punya spontan memang best. Dan untuk yang tak tahu, masa ML2011 dulu aku sokong Nabil.

5. Jambu (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)


Ya ini adalah silent comedy yang sangat tradisional, sangat pure, sangat karut, macam tengok lawak Mr. Bean dan Just For Laugh Festival. Tanpa muzik backround, tanpa sound effect, hanya guna bahasa tubuh, dan imaginasi. Serius memang gila, dan aku macam dah boleh agak diorang akan buat benda berkaitan sukan untuk silent comedy diorang, macam masa ML2011 diorang buat sketsa pertandingan ping pong tomoi dan pertandingan berenang memang tak boleh blah.


Peserta terkeluar minggu ini: Tiada, semua ke FINAL minggu depan!!!

Kesimpulan:

Rupa2nya minggu ni minggu last, dan minggu depan dah final. Untuk pusingan pertama rata2 persembahan peserta biasa2 saja dan ada yang menurun. Mungkin susah sikit nak jadikan peribahasa sebagai bahan lawak jenaka. Tapi untuk persembahan kedua, bagi aku memang best, rata2 semua memang berkebolehan membuat komedi senyap, dan yang paling best bagi aku adalah Shiro dan Jambu, namun aku bagi markah lebih kepada Jambu kerana mereka berjaya membuat aku ketawa tanpa bantuan sebarang bunyi dan muzik.

Ranking aku untuk persembahan peserta minggu ini:

Pusingan 1: Peribahasa
1. Jambu - LMAO
2. Shiro - LMAO
3. SayWho - LOL
4. Boboi - HAHA
5. Jozan - HEHE

Pusingan 2: Silent Comedy
1. Jambu - ROTFLMAO
2. Shiro - ROTFLMAO
3. Jozan - ROTFLMAO
4. SayWho - LOL
5. Boboi - LOL


So siapakah yang anda rasa akan jadi juara? Siapa yang anda sokong? Siapa yang anda undi? Siapa yang anda rasa paling layak jadi juara? Memandangkan minggu ni adalah minggu terakhir sebelum final, maka aku paparkan prestasi keseluruhan, rating dan ranking peserta finalis dari minggu pertama sehingga kini. Jadual berikut memaparkan rating bagi setiap finalis dari minggu pertama sehingga yang terkini. Kalau tengok Jozan, Jambu dan Shiro agak konsisten dari minggu pertama sehingga minggu 9, manakala Boboi nampak masa awal2 lebih kuat berbanding dah nak akhir2 ni. SayWho pula boleh kata average, tak terlalu teruk, tak terlalu hebat.


Berdasarkan jadual di bawah pula, Jambu mendapat rating tertinggi ROTFLMAO yang paling terbanyak iaitu 8 kali manakala kedua adalah Jozan sebanyak 6 kali. Shiro sangat konsisten dengan rating LMAO yang terbanyak iaitu 7 kali. Boboi dan SayWho berkongsi 4 persembahan di bawah paras LOL.


Jadual ini pula adalah kedudukan atau ranking yang aku bagi persembahan mereka setiap minggu.


Dan kalau dilihat, aku memberikan ranking no. 1 kepada Jambu sebanyak 9 kali persembahan, manakala Jozan sebanyak 3 kali. Jozan dan Shiro juga selalu mendapat tempat kedua iaitu 4 kali. Dan aku memberikan rangking di bawah 5 kepada SayWho sebanyak 8 kali.


So kalau mengikut prestasi peserta setiap minggu, berikut adalah pemenang pilihan aku:
  • Juara - Jambu
  • Naib Juara - Jozan
  • Tempat ke-3 - Shiro
  • Tempat ke-4 - Boboi
  • Tempat ke-5 - SayWho
Tapi kalau mengikut trend undian dan populariti, aku rasa keputusan seperti berikut:
  • Juara - Jozan
  • Naib Juara - Jambu
  • Tempat ke-3 - Shiro
  • Tempat ke-4 - SayWho
  • Tempat ke-5 - Boboi
Apa2pun segalanya bergantung kepada persembahan final juga, sebab kadang2 kebanyakan orang dah tak ingat dah pasal persembahan yang lepas2, mereka hanya akan mengundi based on persembahan yang latest yang sedang berlangsung, melainkan peminat2 setia, die hard fan, fan club dan ahli keluarga masing, pasti mengundi tiap2 hari tak kira masa dan waktu.


* Kredit: Video oleh wwwguatvdotcom2012.




tags: segmen review ulasan maharaja lawak mega 2012 2011 mlm jambu jozan shiro boboi sabon balas bandung jokers r2 saywho da di du pmai peserta ranking rating undian keputusan tersingkir kedudukan teratas terbawah ac mizal hos juri awie wings lisa surihani wulan guritno najip ali video penuh download youtube hd astro mustika warna markah episod minggu 9 

37 ulasan:

  1. uik??ada peserta yg kene boo ker minggu lepaz??leh taw peserta mana tak??tp betol noob aku setuju ngan ko...nak melawak ni bukannyer senang apatah lagi nak melawak didepan orang ramai..jgn ckp nak melawak la kan nak berdiri atas stage pon perlukan keberanian n aku mmg salot sama itu amir..orang tak suker dier pon aleh2 rezki dier dalam bidang seni gak n dah jd artis da pon... lg satu noob ini benda yg laen la..esok kalu ko free ko turun la kl join perhimpunan rakyat 2...pastu aku nak ko ulas benda yg ko nampak secara jujur tanpa buyers kepada mana2 pihak..aku cakap gitu coz aku nampak otak ko ni laen dari yg laen..sbb penulisan ko ni ada stail n gaya yg tersendiri..aku mmg tertarik ngan blog ko ni..so aku harap ko dapat la wat ulasan pasal esok kay..by da way cumer satu jer yg aku tak paham..aper itu "butthurt"???

    BalasPadam
    Balasan
    1. baca yang afdlin shauki tulis tu, lain2 tu saya explain lain kali :)

      Padam
    2. PON.. Nape banyak entry sampah hari ni? bukan yang ni tapi beberapa yg sebelum ni.
      yang tulis pun sakit bontot semacam je berbalas2 komen merapu. Merosak buasir otak jerr..

      Padam
    3. Encik Maksudkan pada saya ke?

      Padam
    4. tukang merepek Psychic Zero ke NOOB ni?

      Padam
    5. memang terbaik jambu...saya pilih mengikut persembahan bukan populariti

      Padam
  2. okay noob..thanks ;)

    BalasPadam
  3. xleh tgok kt tv,kt tenet blh tgok x

    BalasPadam
  4. Psychic Zero = Prince of Noob?

    BalasPadam
  5. 1st

    Nak claim adiah dari psychic zero

    BalasPadam
  6. Kicap nak, Kicap?

    BalasPadam
  7. Knp hanya kumpulan JAMBu yang betul2 wat real lawak silent komedi???? yg orang lain knp siap ada muzik... mana aci??? (balik india)???

    BalasPadam
  8. bagi aku shiro paling lawak minggu ni,,tapi disebabkan jambu dn jozan lebih popular ,,ia menyebabkan shiro nmpak tenggelam skit...pengulas ni pun plih jmbu sbb populariti,,dan realitinya shiro,,,mcm maharajalawk yg lepas,,ramai skong jambu ngn jozan ...tapi sepah yg mnang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi sepah layak menang gak.sebab persembahan mereka konsisten dr mggu first.

      Padam
    2. mana dtg sepahnya.ni tgk ke xtgk.ke ko ni dtg dari masa silam?

      Padam
    3. Nampak sangat ko yg datang dari masa silam..mati baik ar

      Padam
  9. afdlin nk buat mesej apa..dia pon berpeluk dengan pempuan saywho tu td...

    BalasPadam
  10. JAmbu Jozan n Shiro best buat lawak stail cerita. tp kalo seorang tu ada la pasang surutnye. tp mmg betul la kata najip ali. zizan ni pandai berinteraksi dengan penonton aka spontan. tu kelebihan die. tema peribahasa tu die buat spontan je kot. sbb tu la dia ckp kt wulan ini baru reherseal.

    BalasPadam
  11. Laawak boboi untuk peribahasa agak iq tinggi sikit ...tapi tak kisah le walaupun orang tak gelak sgt ... sebab bynk cakap maybe ... tapi apa2 hal.... nak KICAP???

    BalasPadam
  12. bila tgk zizan present sorang barulah saya mengerti rupanya bkn senang membuat lawak keseorangan,apapun saya salute la pada pelawak pelawak ni semua sebab berusaha dan mempunyai semangat nak buat yang terbaik,syabas

    BalasPadam
  13. Ahmad (Original)12 Januari 2013 2:18 PG

    paling best sekali lisa surihani....aku nak vote lisa surihani banyak2......lisa surihani tu memang lawak la.......

    btw, hari ni aku nak turun kl nak tengok monyet2 butthurt ramai2 nak mintak simpati kerajaan.....monyet2 ni x cukup makan......untuk warga kl, hati2 la semua, monyet2 ni akan menyerang anda......

    BalasPadam
  14. ni statement daripada sorang member aku yg baru jer blk dari stadium kat ipoh... dia ckp yg rancangan ni mmg tak live...astro start show ni pkl 9.50... and dia ckp yg byk part yg kena potong...cnth nyer mcm AC slh umum nama peserta sterusnya..sptutnya boboi tapi dia sebut jambu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. one more thing is that in ipoh the fans also booing boboi when their name is being announced by Ac but the producer asked the fans not to booing them... and it being cut by the astro.

      Padam
  15. jambu n shiro sgt besh...untunk silent comedy...yang lain2 ok...nabil sgt cute ms pakai rambut palsu tuh...

    BalasPadam
  16. aku ulang2 kot tgok silent comedy shiro tu.haha tahniah shiro!

    BalasPadam
  17. Pergh!! TERBAIK LA! siap ada ANALISIS based on STATISTIK!!
    Patut ASTRO kena sediakan slot analisis mcm ni supaya pengundi nampak kelebihan JAMBU setiap minggu berbanding JOZAN.

    BalasPadam
  18. Pastikan Shiro dapat juara @ naib juara.minggu depan buat kat negeri kelahiran diaorang.go Shiro go

    BalasPadam
  19. Prof, kelas statistik ni sgt menarik la. Tak menyesal saya ambil kelas statistik dengan prof untutk semester ni. Moga moga prof akan beri saya A+ utk paper statistik ni ok?

    BalasPadam
  20. Physhic zero pandai melihat sesuatu dari sudut pandang yang lain, di mana ada sedikit perbezaan dengan pendapat kebanyakan penonton. Tahniah. Teruskan mengulas.

    BalasPadam
  21. Sesumpah, aku nak JAMBU menang sialll..setuju beno sama lu admin

    BalasPadam
  22. terima kasih untuk review ni. Mari sokong JAMBU!!

    BalasPadam
  23. Giler ah report ni, siap dengan jadual sekali... ni buat statistik sikit ni, dah boleh buat tesis dah ni...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...