Iklan Leaderboard

Khamis, 24 Januari 2013

60 Simbolik perarakan Maulidur Rasul

Selamat menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. kepada semua umat Islam dan selamat bercuti kepada semua rakyat marhaen sekalian.


Sumber
Sumber
Sumber

Just wondering, apa sebenarnya simbolik di sebalik acara perarakan dalam sambutan Maulidur Rasul? Adakah ia memang dituntut atau sekadar tradisi? Ketika pencarian aku mengenai perarakan Maulidur Rasul ni, dalam banyak2 artikel yang aku jumpa, artikel Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mashitah Ibrahim ni paling buat aku pening kepala.

Sumber gambar
Baca lanjut di sini.

Lagi artikel berkaitan:

Mungkin pembaca yang berugama Islam yang cerdik pandai boleh berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ada tentang acara perarakan ini.




tags: hukum perarakan sambutan maulidur rasul maulid maulud nabi junjungan baginda rasulullah bukan seperti mamat lain dr mashitah ibrahim hari cuti datuk nik aziz fatwa adakah bidaah merayakan meraikan gembira memperingati ustaz zaharuddin uzar wajar terus ubah abu hasif cara cinta sunnah pengasas pondok geting abdullah saamah tunmaharezza kelebihan

60 ulasan:

  1. Balasan
    1. Bagus, inilah yang dinamakan pularisme agama. harijadi Jesus kita sambut, hari jadi Muhammad pun kita sambut. Hari jumaat kita semayang jumaat, hari ahad kita cuti..

      Padam
  2. Bayangkan,
    ko memang sibuk sangat ngan kehidupan dunia.
    Tetiba, ko terdengar suara berselawat. Ko pun teringat,

    "Eh, maulud nabi hari nilah. Mungkin ada majlis, boleh join sekali."

    Maka, tamat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perarakan tu takde pun takpe, yang penting, bila berjalan tu kita berselawat, membesarkan nabi saw.

      Kalau dijaga adab tertib, ia boleh jadi 1 lagi tarikan kepada yang muslim dan non-muslim untuk mendalami Islam dan mengenali ya hanana.

      Padam
    2. betul tu.......setidak2nya dpat mengingatkan kita kpada hari keputeraan nabi muhammad.....klau x buat perarakan ni, haram jadah x ingat hari keputeraan nabi muhammad...kita buat ni pun masih rmai x tahu hari keputeraan nabi muhammad.....klau x buat mmang haram mampos x ingat dan x tahu bila hari kelahiran nabi muhammad....

      Padam
    3. aku setuju.!! dengan komen semua diatas.ms kecik dulu aku cukup tak suka masuk perarakan gini,siap kena paksa..tp bila aku dah ada anak..aku rasa mcm nak anak aku join sekali perarakan ni sambil berselawat..bila dengar selawat tu diperdengarkan dalam keadaan terbuka, automatik hati aku rasa tersentuh,rasa cinta dan rindu sangat pada ya hanana

      faktor usiakah itu?

      Padam
  3. Allah humma solli 'ala muhammad, wa 'ala ali Muhammad

    BalasPadam
    Balasan
    1. kenapa ko tidak mengiktiraf kehebatan baginda dalam dunia perniagaan?

      Padam
    2. anon 2:55am,

      ko tanya cmtu sbb dia tak mention perkataan "saidina" ke? saidina tu bukan bermaksud ahli perniagaan yg hebat, tapi membawa maksud 'penghulu kami'.

      Padam
  4. Seperti krismas yang mengigati kelahiran Nabi Isa atau JESUS bagi penganut agama kristian Maulud Nabi ialah perayaan mengigati Nabi Muhammad S.A.W. Sama juga seperti Krismas ianya disambut selepas kewafatan Nabi. Sebenarnye mengigati nabi memang dianjurkan tanda kasih sayang ke atas Nabi sebagai nabi terakhir penutup segala Nabi juga penyempurna Agama yang diutus Allah ke atas muka bumi ini. jadi tiada masalahnya dalam menyambut maulud nabi atau kelahiran Nabi bahkan Abu jahal bapa saudara Nabi Saudara nabi yang juga musuh kuat gembira tentang kelahiran baginda. beliau membebaskan hamba yang mengkhabarkan berita gembira itu dan menjamu rakyat mekah dengan jamuan yang istimewa.

    Cuma kaedah merayakannya terpulang kepada individu, ada ceramah ada mengenang kembali sejarah kehidupan nabi dan banyak lagi. Cuma tak pasti kenapa berarak dan mana sejarahnya, kalau awal muharam mungkin boleh diterima memperingati penghijrahan dari mekah ke madinah..

    Walauapapun yang penting bagi saya ialah penghayatannya.. bagaimana kita mengenal dan merinduinya semoga kita mendapat syafaat daripada baginda di akhirat kelak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul,setuju.Takde masalah kut nak berarak bagai asalkan tiada unsur pembaziran ataupun menunjuk nunjuk /amalan bidaah yg tak sepatutnya.
      Yg penting niat dan penghayatan kita ttg sambutan tersebut.

      Padam
    2. bagi aku yg gmbar 3rd tu agak membazir sbb siap buat baju oren semua sama. pstu mngkin semua orang dipaksa beli/bayar. kalau nak berarak pn tak yah la smpai nak buat baju khas semua org sama.. pakai je la baju melayu/kurung yg ada. eh tp kang ade plak yg kate kalao tak sokong/beli, ko tak sayang Nabi. eh ke situ lak.. padahal mngkin duit tngh pokai ke nak bayar beli sepasang baju melayu yg baru... eh tp takpe kot kalo itu perarakan org jabatan.. sbb dpt free je kot haha...

      Padam
    3. Baju rasmi jabatan kot? atau ada hadiah untuk perarakan terbaik

      Padam
    4. baju rasmi jabatan makes sense, boleh diguna pakai setiap majlis keagamaan, tp kalo stakat skali je baik takyah. tp hadiah utk perarakan terbaik? cmner lak tak berarak lg (utk dpt perarakan terbaik) boleh dpt baju dulu? hmmm

      Padam
    5. astagfirullah.....sahabat perlu mengucap memuji baginda supaya tidak dilaknat baginda........

      Padam
  5. selamat bercuti...

    BalasPadam
  6. *randon conversation aku dgr tadi*

    A: apa makna selawat?
    B: selawat tu selawat la, bahasa arab
    A: apa makna صل على سيدنا محمد, apa makna dalam bahasa melayu?
    B: err.. sat aku google

    facepalm aku dgr org sembang tadi, umur lebih kurang aku, atau mungkin lebih tua. aku taktau statistik berapa ramai lagi yg taktau apa maksud selawat tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekurang kurangnya mereka terdetik juga untuk bertanya dan ada rasa ingin ambil tahu...mungkin mereka saudara baru? jangan terlalu bajet bagus pls........

      Padam
    2. dafuq bajet bagus?? isu kat sini berapa ramai lagi kat luar sana yang taktau maksud selawat tu
      no wonder ramai yang tak peduli pasal maulid nabi ni, lagi ramai amik peduli pasal himpunan PAS/DAP/PKR

      Padam
    3. cukup sekadar memuji2 keagungan baginda......tidak perlu tahu maksud selawat....insya-allah, baginda menerima selawat dari sohabat......

      Padam
  7. Ada yang mempersoalkan tentang sambutan Hari Kelahiran Rasulullah saw
    tapi kenapa tak ada yang mempersoalkan sambutan hari kelahiran sendiri?Moga dengan kita menghidupkan Hari kelahiran baginda, makin buat kita cinta pada Rasulullah saw.
    buat kita sentiasa ingat untuk berselawat pada dia, bukan hanya pada bulan ini, tapi untuk setiap hari-hari berbaki kita.supaya kita mendapat syafaat di akhirat kelak.Kalau tidak kerana Rasulullah saw, dan tidak dgn rahmat Allah,
    mampukah kita selamat di akhirat?
    Allah...

    Moga tergolong dalam kalangan orang yang beruntung,dunia dan akhirat

    Allahuma solli ala Muhammad.
    12 Rabiul'awal 1434H

    Ya Hanana SINI beruntungnya kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. byk2 lah berdoa kepada Allah agar diberi syafaat di akhirat kerana yg berkuasa memberi syafaat hanyalah Allah dan bukan nabi, bukan org alim, atau sesiapa pun tanpa keizinanNya

      Padam
  8. Apasaja sambutan sepatutny tidak jadi isu asal tidak menyalahi syariat agama yang ditetapkan. Islam itu mudah dan sesuai dengan semua keadaan jika menepati kaedah yang ditetapkan.

    Sebenarnye kita telah mengigatinya setiap masa kalau kita menghayati solat kita, maka pada ulangtahun kelahiran Baginda ini lebih-lebih lagi.

    Kalau benar kita menghayati ketulusan kebaikan akhlak-akhlak nabi kita akan rindu untuk bertemu Nabi hinga boleh mengalirkan air mata.

    Semoga kita berada di dalam golongan umatnya yang memperolehi syafaat Baginda.
    Berselawatlah selalu keatas Nabi Muhammad S.A.W.

    BalasPadam
  9. Kalau diberi pilihan antara mendgr ceramah agama dan berarak,pendpt saya,lebih baik dgr ceramah byk jga pengetahuan...

    BalasPadam
  10. Dr Mashitah..tudungnya tak selabuh dahulu

    BalasPadam
  11. tak payah berarak.buang masa

    BalasPadam
  12. Noob boleh baca kat
    SINI dr DR MAZA antara maulid sejarah dan amalan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq ya humaira', sudah ditambah di artikel di atas

      Padam
    2. noob al-babi mempersoalkan hari kebesaran islam.....baik ko mengucap balik......ko dah terkeluar dari islam........

      Padam
    3. Hai ahmad? cantik bahasa. Bapak kau x ajar eh? hehehe.

      Padam
    4. Manis sungguh panggilan noob. Yang lain tu pun jgn la prejudis, kene tau bezakan bertanya dgn mempersoalkan membabi buta. Tak salah bertanya utk ilmu.

      Padam
    5. hmmm kalau ikutkan aku malas betul nak reply komen2 macam ni. aku bertanya dan mencari artikel yang lebih merujuk kepada asal usul dan simbolik kepada acara "Perarakan" sempena Maulidur Rasul. dan kalau ada orang menganggap orang yang mempersoal acara perarakan ini sebagai mengutuk dan terkeluar dari Islam, aku nak tanya kau balik, sahabat Nabi yang paling dekat dan cinta pada baginda, lebih dari semua umat Islam di dunia ni pernah ke berarak untuk baginda di hari lahir baginda?

      sila baca artikel2 yang aku letak tu dan baca pandangan2 tokoh dan ilmuwan agama.

      Padam
    6. Noob
      listen listen listen When i talk you listen lol.
      jangan jadi masyarakat camtu eh hahaha

      Tak salah nak tahu kan takda la mengikut saja buta tulis tanpa tahu sejarahnya :) Maulud Nabi ni 300 Tahun disambut selepas Nabi wafat. Maknanya masa zaman para sahabat kelahiran nabi tak disambut sebegini rupa. Kerana nabi iatu sentiasa dekat dengan para sahabat.

      mari kita kaji semua kalau rasa muskhil dan was-was.. :)
      jangan jadi pak turut tanpa ilmu..

      Padam
  13. Aku cuma rasa hairan. berarak utk sambut maulud nabi. demi rasa kasih pd nabi. ini memang bagus. tapi adakah hidup kita ni ikut nabi? apabila disuruh berhukum dgn hukum al quran yg dibawa oleh nabi mcm2 alasan diberikan. malah ada yg pertikai hina dll.

    Kita ni byk xkna. mati nk syaafaat nabi. tapi idup xmau ikut nabi. buat pnat je berarak sampai kuar peluh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tula kan? aku pn tak paham. kiranya kebanyakan org malaysia ni bangga2 dgn istilah besday tu jer..

      Padam
    2. Hukum hudud dan sunnah nabi taknak laksanakan kata ketingalan zaman tapi sambut meraiyan kelahiran nabi bagai nak rak.. lol.

      pelik sunguh

      Padam
  14. masya-allah...astagfirullah....ini memang betul2 akhir zaman.....keperibadian baginda dipersoal oleh seorang muslim yang mengaku beriman pada ajaran baginda.....baginda dikutuk oleh mereka yang mengaku umat baginda.....padahal, dihari kiamat kelak, baginda lah yang akan menyelamatkan seluruh umat islam didunia ini dari diseksa yahudi......baginda akan turun bersama lasykar syurga memerangi orang2 yahudi.......tapi kita semakin meninggalkan baginda.......inilah dia bala akhir zaman......ayuh, silangkan kedua2 tangan di dada dan beristigfarlah.....moga2 kita dijauhi dari bala ini......

    BalasPadam
    Balasan
    1. siapa yg mempersoal keperibadian nabi?

      Padam
    2. silangkan kedua-dua tgn di dada?mcm pelik je gayanye..

      Padam
    3. geng yg nyanyi power kaabah detected?

      Padam
    4. Lain mcm je bunyi. geng wahabi ke apa ni.

      Padam
    5. muhammad, isa dan nabi2 sebelumnya dah lama wafat. mereka TAKKAN hidup semula utk memerangi Yahudi. takde reference dalam Quran pun yg kata mereka akan menyelamatkan umat Islam sebelum kiamat. hadis selain Quran je yg pandai2 cakap.

      Padam
    6. bkn nabi Isa shj ke yg akan turun dgn kemunculan Imam Mahadi sblm kiamat utk menyelamatkan umat Islam dari penipuan dajjal dan yakjud makjud?

      Padam
    7. Antihadis rupenye kamu :)

      Dah lama dibincangkan dah didebatkan walau tiada jelas dalam Quran tentang Isa tetapi dalam Quran menolak yang Isa itu mati disalib sebaliknya di angkat sila rujuk surah Ali-Imran; ayat 55, surah al-Nisa; ayat 157-158 dan surah al-Ma'idah; ayat 117.

      Ayat-ayat ini jelas menyatakan Nabi Isa tidak mati dibunuh dan tidak dipalang, tetapi diangkat dan dimatikannya. Persoalan yang berbangkit ialah, bagaimana dia diangkat ke langit dan bagaimana pula dia dimatikan dan seterusnya diturunkan ke bumi.

      Mengenai turunya Nabi isa adalah dari hadis sahih yang membicarakan turunnya Nabi Isa pada akhir zaman ialah yang diriwayat oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: Demi Allah yang diriku dalam kekuasaan-Nya. Sesungguhnya hampir tiba waktu turunnya Isa Ibn Maryam sebagai pemerintah yang adil ke atas kamu. Ia akan mematahkan palang salib, membunuh babi dan menghapuskan cukai kepala. Waktu itu, kekayaan harta melimpah ruah, sehingga tiada seorang pun yang mahu menerima pemberian sedekah.

      Buat golongan antihadis mereka menolak tentang perkara ini. Tentulah kerana ini diceritakan dari Hadis bukan sumber Al-Quran.

      Padam
  15. mari memuji2 baginda dan berselawat kepada baginda dengan menyebut kebesaran baginda rasulullah penghulu umat islam dunia dan akhirat.....insya-allah, syurga menanti kita....

    BalasPadam
  16. Kita gembira dengan hari lahir kita. So sewajarnya utk hari lahir rasulullah s.a.w., kita lebih2 lg la gembira. Walau bagaimana pun, utk cara menyambutnya kita bersederhanala sebagaimana pndpt ustaz2 yg baik.

    BalasPadam
  17. Salam encek Noob

    Semalam ada terdengar dari radio IKIM ada ustaz ceramah:)

    Antara yang dia kata ialah (melalui apa yang aku dengar)

    -Allah mengajak kita untuk meraikan dengan kegembiraan..
    -Jadi keputeraan Nabi Muhammad ialah sesuatu yang menggembirakan..
    -Takkan kita nak sambut kewafatannya?sebab itu tak menggembirakan..itu peristiwa sedih..
    -Kelahiran nabi ialah peristiwa bersejarah yang diiringi dengan petanda2 Nabi akhir zaman

    ~sebelum kelahiran nabi, tentera bergajah abrahah dikalahkan burung ababil..
    ~patung patung berhala sekeliling kaabah runtuh secara tiba-tiba
    ~Api yang marak menjulang >1000tahun sembahan orang Majusi tiba tiba terpadam..
    -Sambutan Maulid Nabi ni simbolik kita gembira sambut hari keputeraan Nabi Muhammad..

    pandangan kudus saya sahaja:)

    BalasPadam
  18. artikel yang mempersoalkan perkara2 mcm ni.. akan buat org islam sesama sendiri bertelagah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kdg2 artikel yg ditulis ustaz2 tu bkn nak mempersoal tp lebih kpd memberi ilmu & memberitahu kebenaran,mmg kdg2 rasa mcm tak kena sbb benda tu dh jd kebiasaan dlm umat islam skrg.brp byk hadis2 dhaif yg ditokok tambah & msh diguna oleh umat islam skrg?sbb tu dh menjadi tugas para ustaz2 utk jelaskn balik apa yg krg jelas,jgn dok kait dgn politik saja.

      Padam
    2. la25 Januari 2013 10:02 PG

      anda belum sedia meraikan 'demokrasi' dalam disiplin ilmu.

      ulama-ulama di baitul hikmah dulu dah lama bertelagah. ulama-ulama renaisance di eropah pun sudah lama bertelagah.

      Padam
    3. Berdebat bukan bertelagah kalau nak bertelagah maka tamtakan saja dengan rujuk Al-Quran dan Sunnah.

      Orang yang beriman tidak akan bertelagah juga beremosi bila berhujah. Kerana ilmu Allah itu luas. Mereka yang bertelagah dan beremosi adalah mereka yang tewas dengan hawa nafsu dan bisikan syaitan yang ada dalam dirinya sendiri.

      Tewaskan nafsu dalam diri kamu sendiri atau jauhi medan perbincangan jika kamu rasakan kamu ingin marah dan mahu bertelagah. Kerana ianya tidak mendatangkan apa-apa kebaikan bagi kamu.

      Padam
  19. perarakan sempena birthday nabi: tradisi ciptaan org Islam. xnk buat pun x jadi dosa.

    berkenaan Ustazah Masyitah ttg berselawat kpd Muhammad: al-Ahzab ayat 56 bukan suruh berdoa utk Muhammad aje, tp doa utk semua nabi. Isa, Ibrahim, Idris, Adam, Noh etc xkan taknak doakan kut? janganlah kita membeza2 kan nabi spt ayat 2.136, 2:285, 3:84, 4:152

    BalasPadam
  20. Salam ceria. Dalam membuat kebaikan dan menjauhkan kemungkaran, kita tak diajar untuk mengejar fadhilat dan pahala. Kita dididik buat dan tinggalkan sesuatu betul-betul kerana Tuhan. Kerana takut dan cintakan Allah. Agar terpelihara keikhlasan. Ia bukan mudah. Perlukan latihan. Lebih-lebih lagi di zaman kefahaman Islam telah dirosakkan. Umat Islam diajar mengejar pahala dan fadhilat. Akhirnya Tuhan tak dapat. Pahala pun tak dapat. Perangai tak berubah. Walhal, siapa yang beribadah kerana Tuhan. Dapat Tuhan. Dapat cinta dan takut Tuhan. Dapat kasih sayang Tuhan. Secara automatik dapat segala fadhilat.

    Perumpamaan yang lebih mudah boleh kita perolehi dalam kehidupan seharian. Seorang ayah atau ibu tentu lebih menyayangi dan sejuk hatinya kepada anak mereka yang sangat taatkan arahan dan permintaan mereka kerana/demi sayangkan mereka semata-mata. Tiada udang di sebalik batu. Berbanding anak yang taatkan mereka kerana inginkan upah. Tanpa upah, kerja tak dibuat atau tak beres.

    Oleh itu, betulkanlah niat dalam berselawat. Kita berselawat kerana ia adalah perintah Allah. Soal apa yang Allah nak beri, kita serahkan pada Allah. Yang kita harapkan adalah cinta Rasul. Yang kita dambakan, rindunya. Yang kita perlukan syafaatnya. Moga-moga Allah anugerahkan.

    Allah SWT berfirman:

    “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat ke atas Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”(Al-Ahzab:56)

    Kalaulah Allah dan malaikat pun menselawatkan Nabi, mengapa kita tidak? Lebih-lebih lagi Allah telah perintahkan kita dalam ayat di atas untuk berselawat ke atas baginda. Perintah itu ada wajib ada yang sunat. Di antara selawat yang wajib dibuat seperti dalam tahiyat akhir ketika sembahyang. Kalau tinggalkan, batal sembahyang. Allah nak didik kita merasakan besar dan agungnya darjat Rasulullah di sisi Tuhan. Diantara kebesaran baginda yang patut kita tahu ialah, namanya dikampil dengan nama Allah dalam syahadah. Mana ada nama makhluk yang diletak/dikampilkan dengan nama Tuhannya kecuali Nabi Muhammad SAW? Sebab itu kita tak boleh terima langsung ada orang yang mengatakan Nabi Muhammad SAW sewaktu kecil macam mamat kampung je. Tolonglah. Baru jadi menteri dah lupa siapa nabi? Atau memang tak mengaji? Mengaji aliran wahabi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kalau sayangkan nabi berselawatlah kamu selalu apatahlagi bila nama Nabi Muhammad S.A.W itu disebut. Contohilah budi perkerti dan akhlak Al-Quran yang ditunjukannya. Dia sentiasa sayangkan umatnya beribadah dan berdoa sepanjang masa untuk kesejahteraan umatnya walau dia seorang yang mulia dan dikasihi Allah.



      Padam
  21. Sabda Nabi S.A.W "Tak beriman seseorang itu sehinggalah dia mencintai aku lebih dari bapanya, anak-anaknya dan manusia seluruhnya".. Kalau hari jadi orang yang kita sayang lebih-lebih lagi pemimpin-pemimpin atau idola-idola kita, itupun kita buat sambutan besar-besaran biar orang tahu malahan sampai membazir2, takkan hari lahir Nabi S.A.W kita nak sambut ala kadar, selawat sekali dua, buat kenduri kecil-kecilan dan lebih lebih kurang je? dah tu pula pertikaikan orang yang buat sambutan dan mengaku kitalah yang paling beriman?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukanlah nak buat sambutan sampai membazir, tapi biarlah bersesuaian dengan status Baginda S.A.W sebagai seorang dan kekasih Allah yang dah sampaikan Iman dan Islam pada kita..

      Padam
    2. Sumber rujukan hadis please?

      Padam
  22. Tanpa nama 3:16 ptg, Baca hadis 40... Takkan tu pun nk org suapkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan suap tetapi orang yang bertangungjawab seharusnya mengemukan sumber sebagai rujukan bukan coy paste sahaja tanpa sumber rujukan.

      Padam
  23. Hindu berarak kau pun sebok nak berarak,maulid nabi tidak perlu berarak! itu cuma budaya! bukannya tuntutan! Jika seorang ummat itu harus teringatkan Nabi tatkala terdengar selawat dari berarak, apakah erti nya itu? itu lah tanda yg umat itu leka dgn dunia! hinggakan perlu diadakan berarak semata mata utk ingat pada Nabi Muhammad SAW. Tanda cinta kamu kepada Nabi adalah selawat kamu dan mengikuti sunnah Rasulullah! Marilah ikhwan! selawat kita tidak hanya pada 12 Rabiul Awal shj!!

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...