Iklan Leaderboard

Jumaat, 31 Mei 2013

18 Private party kepala hotak korang

Aku tak tahu ni private parti sempena apa dan dekat mana, tapi yang aku baca kat Sozcyili ni video parti ni
dikongsi sendiri di Facebook oleh salah seorang anak muda melayu Islam yang menyertai parti maksiat ni.




Nampak macam dianjurkan di rumah. Dah macam private parti mat saleh aku tengok dengan campur laki perempuan. DJ dah ada, muzik dah ada, lampu disko dah ada, cuma arak je tak nampak, aku harap takde. Salah siapa anak2 muda kita terikut2 budaya barat macam ni? Ke mana mak bapak mereka?

Muka sorang2 macam budak tak habis sekolah lagi. Ni baru kira private party tahap budak2 baru nak up, belum parti bogel, parti seks dan pesta dadah macam yang selalu keluar kat Harian Metro tu. Kalau kecik2 macam ni dah boleh anjur private party macam ni, dah besar nanti tak mustahil boleh anjurkan parti yang lebih advanced.

Walau kita dah ada Jabatan dan Majlis Agama setiap negeri seperti JAIS, JAIP, JAIJ dan lain2 yang akan memantau, melakukan serbuan dan tangkapan terhadap pesta2 liar seperti ini, tapi rasanya pihak kerajaan perlu menubuhkan satu lagi badan khas yang tugas mereka hanya menumpukan kepada membanteras aktiviti maksiat2 ini seperti yang ada di Arab Saudi yang telah berjaya menangkap pesta seks, bogel, dadah dan pemujaan syaitan iaitu "SURUHANJAYA AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR".

At least bila dah jadi Suruhanjaya, bermakna ia bebas dari mana2 kuasa dan pengaruh politik dan dengan itu bolehlah mereka menjalankan tugas tanpa rasa takut dan pilih kasih. Dan yang penting, mana2 pemimpin, ahli politik, artis atau orang kenamaan boleh ditangkap dan didakwa tanpa rasa gusar pada tekanan politik sekiranya ada yang terlibat dalam perkara2 yang mungkar, walau mungkin akan ada yang kata saya telah diperangkap.




tags: private party parti persendirian anak muda melayu remaja budak islam lelaki perempuan wanita campur menari tarian disko joget dj pesta liar maksiat peluk seks bebas bogel minum arak dadah puja syaitan cff college fuck fest swimming pool kolam renang tepi pantai port dickson penuntut pelajar ipt budaya mat saleh facebook anjur tangkap serbu suruhanjaya amar makruf nahi mungkar

18 ulasan:

  1. Balasan
    1. skali datang tsunami ke gempa bumi ke meteor sesat ke... zrosshhhh... abih semua, baik pakat bertobat lekaih sebelum trlambat...

      Padam
  2. Kat perak dah ada badan cegah maksiat ni. Awie pendokong dia . Awie mana? Ala pemilik kelab malam malai rock cafe tu.


    Lol

    Aku rasa pencegah paling berkesan adalah mak bapak dan kawan dorang sendiri.

    BalasPadam
  3. kebaratan sgt budok2 ni... haiyaa

    BalasPadam
  4. noob polis moral

    BalasPadam
  5. Padat cam sardin. Busuk bau ketiak.

    BalasPadam
  6. tuuu Hafiz Rahim tu. Nah ingatkan dah berubah insaf sebab dh takda publisiti pasal dia. Haila kesian

    BalasPadam
    Balasan
    1. sape weh hafiz rahim???retis ke apa?

      Padam
    2. aaa sapa aa dia?? ak tgk blog dia mcm bosan citer life cb dia ngan awek dia, laki x hensem mana pun? pd org pompuan dia hensem ka?

      Padam
  7. "walau mungkin akan ada yang kata saya telah diperangkap."
    bagus punya last statement...hehehehe...

    BalasPadam
  8. Apasal gua baru tahu ada private party macam nih

    BalasPadam
  9. mohon awie selaku presiden cegah maksiat mengadakan kuliah maghrib di nightclub dan pub miliknya dgn menjemput ustaz terkenal seperti al fadhil jamil khir, mashitah ibrahim, fatul bari, Ulamak 2juta, n al fadil idris sulaiman.

    mngkin akan mmberi kesedaran kpd anak muda n retis2.. seterusnya menjadi contoh kpd pub2 yg lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulamak 2 juta dengar kena stroke..mohon cari ustaz lain

      Padam
  10. jadi inikan penunjukkan "dunia ibarat penjara pd org muslim"?

    BalasPadam
  11. Lama dah ada biasanya private party ni exclusive by invitation only..
    Kawalan ketat biasanya handphone rakam etc tak dibenarkan..

    Pasal apa ada dalam party tu depends pada pihak penganjur la.. :)
    Ada ritual keagamaan macam baca yasin, ada bisness, ada pulak ke arah maksiat pilih je la jaringan yang nak..

    Tapi mungkin sebab ni private party bebudak so memang kantoi la kot..
    tau la kan budak sekarang nakan perhatian apadia boleh rakam uplaod dia upload..

    Moral dan akhlak individu ni no 1 mak bapak la kena kawal atau didik kedua kawan-kawan kalau kawan baik in shaAllah baik.. kalau kawan setan ajdi la setan.. ketiga pihak2 berwajib mungkin sebab kat luar diluar kawalan mak ayah dah.. so suasana dan situasi luaran tu sukar nak diduga..

    BalasPadam
  12. bukan ke kita dah ada perkasa ke yg diperkasakan oleh pak berahim dgn pak zul nordin

    BalasPadam
    Balasan
    1. idup pek heng dan ustaz zul nordin..
      pak heng dan ustz zul patut buat banyak lagi takirah menarik golonagn muda ni..

      Padam
  13. siapa nak hadiah jom jom jom :)

    http://betacemerkap.blogspot.com/

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...