Iklan Leaderboard

Isnin, 27 Mei 2013

28 Peraturan VS Perikemanusiaan

Rata2 semua dah tahu kisah seorang ibu dan bayi yang baru pulih dari demam campak tidak dibenarkan menaiki pesawat Air Asia di Vietnam untuk pulang ke Malaysia di mana kejadian tersebut dilaporkan sendiri oleh jurnalist TV3 merangkap blogger Mazidul Akmal Sidik yang kebetulan berada juga di tempat kejadian. Ibu dan bayi tersebut lantas diselamatkan oleh Malaysian Airlines (MAS) dan juga Tourism Malaysia



Sebenarnya aku nampak isu ni lebih kepada isu perikemanusiaan dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) tapi dah jadi isu nasional disebabkan CEO Air Asia X iaitu Azran Osman Rani pernah menegur suratkhabar yang dikatakan mewakili suara orang Melayu iaitu Utusan Melayu kerana berita "Apa lagi Cina mahu?" dan mencemuh Utusan sebagai akhbar rasis.

Atas kejadian yang berlaku ini, apa yang aku nampak adalah begitu banyak media mainstream dan blogger yang terus mengambil kesempatan memanaskan lagi cerita ni serta menembak dan berkempen untuk boikot Air Asia, malah tak kurang menghentam peribadi Azran dengan memaparkan foto2 beliau bersolek dan berpakaian wanita untuk sebuah acara/majlis serta mengatakan Air Asia ini penyokong LGBT setelah billionaire Richard Branson pemilik Virgin Group bersolek dan pakai baju pramugari naik kapal terbang Air Asia kerana kalah bet F1 dengan pemilik iaitu Air Asia Tony Fernandes.


Ok put aside pasal politik. Aku akan cuba tulis pandangan aku tanpa influence daripada isu politik yang dikaitkan dengan Air Asia.


1. Seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh Air Asia, petugasnya tidak membenarkan Puan Izan Suhaila Mohd Ali dan bayinya menaiki kapal terbang kerana bayinya disebabkan demam campak dan hal ini telah disahkan oleh doktor  (yang berpakaian seperti jururawat) lapangan terbang bertugas yang mengisytiharkan bayi tersebut tidak sihat untuk terbang.


Adakah mereka bersalah kerana tidak bagi ibu dan bayi tersebut naik kapal terbang? Bagi aku Air Asia tidak salah, kerana mereka bertindak hanya mengikut prosedur dan SOP yang telah ditetapkan sahaja. Adakah mereka bersalah kerana tidak membantu mereka berkenaan tempat tinggal dan bantuan kewangan? Itu juga tidak salah kerana bukan menjadi suatu kesalahan untuk tidak mahu bertanggungjawab atas masalah orang lain walau sebenarnya kalau mereka nak bantu dan jaga kebajikan pelanggan tu pun boleh je. Perkara ini bukan berlaku pada Air Asia sahaja tapi kebanyakan syarikat perniagaan juga begitu. Selagi benda itu mengikut undang2 dan tidak menyalahi undang2, buat apa pening2 kepala nak kisah pasal masalah pelanggan.


Oleh itu kesalahan itu memang tiada dan bukan menjadi tanggungjawab mereka kalau ia tiada dalam prosedur Air Asia atau MAS sekalipun untuk membantu ibu dan anak tersebut, namun apa yang kurangnya di sini hanyalah sifat perikemanusiaan dan mahu ambil peduli berkenaan masalah orang lain terutama pelanggan. Macam juga kau dah beli tiket wayang pukul 2 petang, lepas tu dalam perjalanan ko terlibat dalam sebuah kemalangan. Sampai kat wayang tu dah pukul 4, ko cakap ko nak tukar dengan show pukul 5 sebab tadi terlibat dalam kemalangan, korang ingat diorang nak kisah masalah ko?

Sama juga dengan bini ko tiba2 nak beranak tapi ko takde kereta. Ko tahan teksi dan mintak tolong dia bawak ke hospital, tapi ko masa tu memang takde duit nak bayar tambang teksi, lantas pemandu teksi itu menolak pemintaan ko. Adakah menjadi kesalahan dia menolak? Dari segi undang2 tidak menjadi kesalahan pun sebab itu bukan tanggungjawab dia untuk membantu ko, cuma dia sangat miskin dengan sifat perikemanusiaan dan timbang rasa.

Tapi masyarakat memang akan cepat menilai, kalau dia tak bantu maka dia adalah orang jahat, tapi kalau dia bantu dia adalah wira walaupun mungkin kadangkala memakan diri sendiri. Sebenarnya ia hanyalah di antara kau nak membantu orang atau tidak. Bantu orang dengan ikhlas, dapat pahala, bantu orang tak ikhlas dan juga kerana ada kepentingan lain, tak dapat pahala, tak bantu orang pun, tak dapat pahala.


2. Ini bukan kali pertama Air Asia ada isu, dulu pun pernah masuk mahkamah tribunal pengguna lalu diarah kembalikan bayaran tiket kepada pelanggan. MAS pun pernah juga ada isu. Semua syarikat perniagaan pun tak lari daripada masalah berkenaan pelanggan. Cuma aku nampak isu ini terlalu dibesar2kan hanya kerana kes CEO Air Asia X tu menyatakan pandangannya terhadap Utusan Malaysia.


Namun kalau nak kata Air Asia tu teruk sangat gila babi sampai kena boikot apa semua, kena ingat Air Asia ada juga jasanya seperti membawa para perajurit2 dan perwira2 tanah air kita ke Lahad Datu suatu ketika dulu tapi masih juga dipersoalkan oleh penyokong2 PR namun dipertahankan oleh penyokong2 BN. Tapi bila timbul isu CEO Air Asia X tegur Utusan, penyokong2 BN pula melenting dan penyokong2 PR pula mempertahan. Ironi bukan?



3. Lepas kes ni jugak tiba2 ada pulak orang komplen dengan Air Asia ni kat Internet dan forum2 cakap khidmat pelanggan Air Asia ni teruk la, makanan tak sedap la, kena caj tambahan bila bawa bagasi lebih dari 20KG la. Air Asia tu nama pun penerbangan tambang murah, so what to expect dengan kualiti khidmat pelanggan dan tanggungjawab sosial korporat mereka? Sama macam kau pergi hotel 3 bintang, takkan ko nak expect macam ko duduk hotel 5 bintang. Kalau takde banyak duit, terpaksalah naik Air Asia, kalau mampu bolehlah naik MAS, tapi kalau naik MAS pun ada masalah memang masalah lah, yelah bayar tiket mahal2 tapi servis macam Air Asia, siapa tak marah.


Tapi kalau korang rasa betul2 telah ditipu atau tak puas hati dengan mana2 syarikat, tak payah tunggu suatu isu tu jadi isu nasional baru nak komplen macam2, buat je laporan pada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, kita sebagai pengguna ada hak2 yang telah dijamin dalam undang2 sebagai pembeli dan pelanggan. Aku pernah ada 2 kes yang dibicarakan di tribunal pengguna dan menang kedua2 kes. Yang penting kita kena tahu hak2 kita sebagai pengguna.

Tapi yelah, mana2 syarikat pun kebanyakannya tak kisah sangat pun pasal kebajikan pelanggan mereka. Cuma aku harap sifat perikemanusiaan ini tidak pupus dalam diri individu dan setiap insan di Malaysia ini. Kalau hilang sifat ini di dalam diri kebanyakan orang Malaysia, tak mustahil negara kita akan jadi seperti negara China di mana ramai yang telah hilang rasa perikemanusiaan dalam diri sampai tengok budak kena langgar pun tak nak tolong dan buat tak tahu sahaja.



4. Sampai bila lagi pramugari2 Air Asia ni nak pakai seksi2? Kalau tak pakai seksi kapal terbang tak akan laku ke?


Atau sampai bila syarikat2 penerbangan di Malaysia boleh membenarkan para pramugari berhijab atau pakai tudung macam pramugari Egypt Air ni? Kita negara Islam kot... Tapi aku baca kat sini yang mengatakan pramugari MAS pakai tudung untuk penerbangan Haji.



5. Ada masa kita boleh untuk tidak patuh kepada peraturan atas dasar perikemanusiaan, seperti terpaksa menyeludup masuk makanan dan keperluan asas ke negara Palestin untuk membantu masyarakat Islam di sana, namun ada masa kita tidak boleh melanggar peraturan hanya kerana dasar perikemanusiaan, seperti merompak wang dari orang2 kaya untuk diberi kepada orang2 miskin seperti yang dibuat oleh Robin Hood.



6. Memperlekehkan akhbar Utusan Malaysia sama seperti memperlekehkan dan mengkhianati bangsa MELAYU... really? Are you serious? Mohon semua orang Melayu membaca Utusan untuk meningkatkan tahap kemelayuan kita semua.




tags: seorang ibu izan suhaila mohd ali anak istimewa demam campak cacar air chicken pox dihalang tidak dibenar naik kapal terbang zalim mazidul akmal sidik blog vietnam ho chi minh temuramah tv3 buletin utama diselamat tourism malaysia mas airlines ceo air asia x azran osman rani tegur kondem cemuh utusan malaysia rasis sokong foto gambar baju solek wanita perempuan gay pondan bapok lgbt richard branson virgin group stewardess pakai baju pramugari kalah bet tony fernandes tentera perajurit perwira lahad datu naik penerbangan komersial tiket murah malindo air seksi skirt hijab tudung egypt air kebajikan pelanggan peraturan sifat perikemanusiaan timbang rasa 2 year old chinese girl ruthlessly run over twice and pedestrians do nothing budak kena langgar tiada orang tolong bantu

28 ulasan:

  1. 1. dalam dunia kapitalis tidak ada istilah kemanusiaan. jika ada pun kemanusiaan versi koprat yang memberi pulangan dalam bentuk political mileage. dalam kes air asia mas mendapat laba sebab tolong bawa pulang akak tu.

    2. kes akak izan nih kes pertama bad servis dari air asia? rasanya beribu bad testimoni mengenai servis air asia boleh didapati di internet sebelum kes akak nih. btw who cares? ada sape amik port?

    3. kes akak izan nih sebenarnya bagus untuk membuka mata semua pihak terutama kerajaan sebab dah lama komplen kepada air asia macam mencurah air dalam parit.

    4. oh ya. lain kali shopping beringatlah untuk saving for emergency sama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. No. 4 tu yang penting..biasa kita abaikan yang tu..maklumla, duit dah abis shopping / berjalan...

      Dan aku teringat salah satu komen Presiden Cuepac dok kata pelanggan akan kena tinggal bila lambat check in..adoi la..aku rasa dia patut naik bas ekspress, try datang ngam2 dengan masa bas gerak..tengok apa kata driver bas terutama kat Hentian Putra..dah tentu ada tulis penumpang kena bla..bla..so..ikut je la peraturan tu..

      Padam
    2. betul tu aku setuju.dalam perniagaan kapitalis ni tiada istilah kemanusiaan dan kebajikan pelanggan,yg ada hanya kepuasan pelanggan atau customer satisfaction...

      Padam
    3. aku pelik, air asia ni milik azran atau tony punya? kenapa azran yang di attack gila gila oleh mazidol? motif?

      Padam
  2. akak ni bernasib baik sebab air asia tengah ada isu dengan utusan. kalo tidak takde sape nak amik pot.

    BalasPadam
  3. owhhh... kes akak ni jd kepoh smacam sbb ada kaitan dgn politik rupanya... makes sense

    BalasPadam
  4. 1. Manusia suka cepat menilai...lg2 kalau campur aduk politik...

    2. Mcm apa noob ckp, x baca Utusan x semestinya anda bukan melayu...
    Utusan - berita rasmi UMNO
    Harakah - berita rasmi PAS
    Keadilandaily - berita rasmi PKR
    Roket - berita rasmi DAP

    Semua ada hak nak baca media yg mereka suka..tp setiap berita kene selidik dulu, baru tepuk dada tanya selera nak percaya atau x..jgn amalkan 'percaya bulat2' lg2 kpd berita drpd parti yg kita sokong..senang cite jgnla obses sgt pasal politik...semua benda nak dipolitikkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul jgn caye sgt utusan tu nipu je bnyk yg ori tang utusan tang sukan je nohhh

      Padam
  5. Real world real money orang bukan nak ke syurga dengan membuat kebaikan kepada manusia lain untuk tuhan tapi nak hidup mewah dan kaya raya dalam dunia ni.. So everything is money.. kalau nak khidmat first class pun kena ada duit money money money..

    Sape salah? kenapa nak salahkan sesiapa sebab itu atas budi bicara dan pilihan masing-masing kalau diaorang takda budi bicara, kalau staff air asia atau kakitangan mereka takda perikemanusiaan sekalipun kenapa nak mengharap belas kasihan orang..

    Patah balik kita hanya berserah kepada Allah bagi yang Islam dan tuhan (kalau yang yakin adanya tuhan).. Kalau Tuhan nak uji kita macam2 boleh Dia lakukan Kalau dia nak bantu kita InshaAllah pertolongan akan datang dalam bentuk yang kita tidak akan sangka-sangka.. Kalau tuhan tak izinkan mak ayah saudara suami isteri awek balak sendiri pun tak boleh tolong..

    Jadi maafkan la mereka yang sudah leka dan lupa pada dunia dan bersama kita dekatkan diri kepada tuhan kita, Dia saja sebaik-baik penolong kita..

    Segalanya adalah ujian dan hikmah untuk kita berfikir..

    BalasPadam
  6. 1pkara yg basic. chicken pox xmerebak melalui udara. bjangkit mlalui sentuhan.. so kalau letak asing dgn passanger lain aku rasa xda masalah selagi xsentuh dgn org lain.

    lg pun org malaysia ni bulih kata majoriti penah kena ciken pox. termasuk aku sendiri. org yg penah kena xkan kena lagi utk kali kedua.. jarang ada kes yg kena sampai 2 3 kali.

    BalasPadam
    Balasan
    1. chicken pox tak merebak melalui udara? ada jugak org berlagak prof namun jahil ilmu tapi masih nak berlagak pandai yg kepalsuan kat sini. chicken pox mmg diketahui boleh merebak melalui udara.

      kalau pun diasing dgn penumpang lain, masih ada peratusan yang kecil utk merebak kepada orang lain, sama ada penumpang2 masa itu ataupun penumpang2 pada masa akan datang. kenapa perlu nak menyusahkan/meresahkan semua penumpang yang disebabkan risiko oleh satu-dua penumpang nih?

      tak perlu pi laman web medikal yang terlalu teknikal, pi wikipedia en.wikipedia.org/wiki/Chickenpox pun hang didedah pengetahuan penyakit ni yang asas.

      orang yang lemah imun ataupun kekurangan nutrisi mmg berpotensi boleh kena chicken pox 2 atau 3 kali. Penduduk malaysia mungkin kuat imun tapi kalau rakyat negara lain macam mana pula? adakah mereka menerima suntikan2 vaksin secara rutin seperti kita?

      fikir dua kali ketika kemukakan fakta yang tak pasti betulnya.

      Padam
    2. terabur nya bm aku...


      perenggan 3 *...hang akan didedah kepada pengetahuan asas tentang penyakit ni..*

      Padam
    3. hahaha amekaww... Penerangan yg jelas oleh Dr Biskut bin Al Meri...

      Padam
    4. al meri kah atau meribrown?

      Padam
    5. lol dah lama aku tak jumpa biskut meri... balik2 oreo je yang famous....

      Padam
  7. Skang ni x kisahlah sapa bersalah.Yg aku nampak isu ni dipanjangkan sbb kes CEO AAX tu ajer pun.Tp aku terharu dgn pertolongan spontan dr warga M'sia berbilang bangsa kat airport pakat2 bg duit utk Izan tu.Alhamdulillah,ada sifat perikemanusiaan lagi org Malaysia ni.
    Satu lg pengajaran yg boleh kita ambil dr kes ni,kalo hidap penyakit berjangkit tp dh sembuh,sblm fly,apa salahnya kita dptkan surat pengesahan doktor dulu.Ini akan memudahkan semua pihak.
    Kalau ikut dr interview Pn Izan dgn Mazidul,katanya,masa kat LCCT dia boleh lps sbb ground staff sana tak nampak bekas parut sbb dia gendung anak dia,tp di Vietnam,"kebetulan" staff sana yg ternampak parut tu lalu mereka x benarkan bayi itu terbang sbb itu SOP mereka.Aku rasa kalo staff LCCT ternampak parut tu,mesti diorg pun x akan benarkan unless ko ada surat doktor yg mengesahkan bayi itu selamat diterbangkan.
    Hal2 mcm ni mmg mesti ada pengesahan bertulis.Mmg ada doktor yg secara lisan sahkan bayi itu dah sihat tp pengesahan itu tidak rasmi,katakanlah tetiba ada passenger yg blk2 dot chickenpox,tentulah dia akan salahkan AirAsia,silap2 kene saman.
    Pengalaman aku keje bank,org kita mmg selalu paksa kitorg langgar prosedur kononnya atas dasar kemanusiaan dan memudahkan mereka sdgkan kalo terjadi sesuatu,yg tanggung akibat adalah staff,silap2 diorg boleh nafikan.
    Jadi,ikutlah peraturan juga kalo xnak susah.Jgn kita marah plak bila pihak lain ikut peraturan.
    Tp,bg kes Pn Izan ni,aku simpati juga sbb ianya melibatkan bayi.Sepatutnya,pihak AirAsia kenelah ajar staff dia utk lebih bertoleransi,setidak2nya,tolong tahan taxi mintak bwk ke hospital ker,atau plg tidak pun,bg lah info penting utk memudahkan Pn Izan.Ini tidak,dibiarkan terkontang kanting.Kalo aku pun meraung,dh le kat negara org.
    But being in Vietnam before,mmg diorg kurg friendly sbb kekangan bahasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. huaargghh ..zzzzzzzz.....

      Padam
    2. Pekerja pun takut nak langgr prosedure sebab dorang pun cari makan. Polisi tetap polisi. Pengalaman aku handle customer yang tak akan bg keuntungan bagi syarikat tp atas dasar kemanusiaan aku buat jugak. Customer call bank masa sakit tenat dlm ICU.. takde duit nak makan. Nak gi bank tak dapat nak gerak. Xde ATM kad sebab dah bankrap. aku tgk dlm akaun ada bawah $500 jer lagi dan memang status dia bankrap sbb duit habis kat bayar hospital. Kalau aku ikut prosedur, aku kesah apa kan? Takde duit takde la..tak dpt nak amek duit,aku kesah apa kan?kalau nak jadi typical service provider, jawab 'sorry, cant help' dah cukup. Tapi atas dasar kemanusiaan, aku hantar staff daripada branch hantar cash kat pesakit yg terlantar di hospital..dan aku buat rayuan supaya pihak bank bagi dia ATM card. Settle!

      Korang fikir la sendiri, pernah tak korang jumpa bank hantar cash kepada customer by hand? Kalau berjuta2 mungkin ya.. tapi bwh $500? Mungkin ada orang siap fikir: Miskin tapi banyak demand.

      Jadi pada pendapat aku, Air Asia patut 'go the extra miles'. Kalau masa nak berlepas dari Msia lepas, kenapa nak balik tak lepas?Salah dorang jugak tak detect awal2. Maka dgn itu, aku rasa bukan menjadi masalah bagi air asia bagi penginapan free dlm beberapa hari tersebut..out of goodwill basis. Tapi makan minum tidak ditanggung. Kalau dia buat macam tu, nama baik harum semerbak. Boss cool dan staff yang caring.

      Bad move.

      Padam
    3. i'm agree on this but too bad Tony Fernandes was not there at that time. He would handled the case differently, probably with more hospitable manner. But dont you think AA is not fully in fault here?

      AA mmg salah bagi si ibu & si anak terbang ke vietnam dari LCCT KL pada mulanya. Namun groundstaff kat vietnam masa tu adalah third party.

      Harusnya AA ada kakitangan kat sana sebagai pembantu ataupun tukang audit kepada groundstaffs nih. Kalaupun takde staff AA kat situ, kenelah hubungi AA kat malaysia untuk minta panduan dan bekerjasama troubleshoot kes nih.

      Crisis management + customer service vietnam agak tak power la.

      apa2hal pun bagi aku dalam kes nih, dua2 pihak salah. dan juga tahniah buat warga malaysia yang sudi berkorban dan menolong si ibu dan anak nih.

      Padam
  8. ini lebih kepada perikemanusiaan utk 2 orang vs perikemanusiaan utk beratus-ratus orang .

    kalau aku mmg pilih perikemanusiaan yg memihak keselamatan dan kesihatan orang ramai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu,terutama bila melibatkn penerbangan dr luar negara.sama mcm kes org yg demam tp bg jugak naik kapal terbang,sekali org tu ada bawa wabak h1n1 @ selsema burung.sbbkan kesian pd seorg,last2 wabak tu merebak 1 kapal terbang dan berjangkit pula pada ahli2 keluarga,kawan2 mereka sampai la ada yg menyebabkan kematian.kdg2 nak tak nak kt terpaksa korbankn seorg dua utk keselamatan beratus ribu yg lain.

      Padam
    2. +1 teringt citer yg 28weeks later ka ap, sebb sorg budak berjangkit 1 negara berjangkit virus baru.

      Padam
  9. Noob cuba ko tngk video nih.. Sungguh x berperikemanusiaan. Apa ntah nk jadi dgn budak2 zaman skarang
    http://vimeo.com/65130381

    BalasPadam
  10. Tak payah pikir sape betul sape salah. Next time kena beringat, nak travel, pastikan ada Travel Insurance. Itu jer sebenonye.

    BalasPadam
  11. makcik ini yang bodoh dah tau anak kecik lagi buat apa pi meronda sana meronda sini duk diam - diamlah kat rumah.Bodoh punya orang kaya negara sendiri punya tempat shoping gagah nak pi jauh2 nah padan muka dah jadi macam ni...ish nasib baik lah orang malaysia baik2................

    BalasPadam
    Balasan
    1. tuan mesti seorang yang pandai

      Padam
  12. kau x terkena lg dgn AA boleh lah nak cakap, ko terkena baru ko tau.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...