Iklan Leaderboard

Jumaat, 17 Mei 2013

37 Skim cepat kaya, ajaran sesat dan melayu

Aduss, mana datang pulak ajaran Tuhan Harun ni? Sebelum2 ni banyak ajaran sesat yang angkat diri jadi Nabi dan Rasul, yang ni pulak macam mana ada seorang manusia boleh angkat diri jadi Tuhan pulak, siap ada gelaran Tuhan 2013? Dan yang lagi konfius, macam mana awek nih pun boleh terjebak dengan ajaran sesat nih???


KUANTAN – Dua belas pengikut kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun dicari pihak berkuasa berikutan kegagalan mereka hadir ke Mahkamah Rendah Syariah di sini kelmarin untuk sebutan kes.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Raflie Ab. Malik berkata, mahkamah itu telah mengeluarkan waran tangkap ke atas mereka yang berusia 12 hingga 41 tahun untuk hadir ke pejabat JAIP bagi membantu siasatan atas dakwaan menyimpan dan memiliki dokumen yang bercanggah dengan hukum syarak.

Mereka yang diburu itu ialah isteri ketiga ketua kumpulan itu, Harun Mat Saad, 47, iaitu Azida Mohd. Zol, 30, dari Kuala Terengganu, Terengganu dan empat anak Harun iaitu Mahni, 12, Saufi, 18, Lukman, 20, dan Muhammad, 21 tahun.

Turut diburu ialah Khairul Amir Akasah, 34, dari Port Dickson, Negeri Sembilan; Mohd. Tirmizi Othman, 17, dari Sungai Petani, Kedah; Mohamad Ghazali Fitri Mohd. Azam, 25, dari Shah Alam, Selangor; Norhairi Harun, 41, dari Skudai, Johor dan Norhafizah Mohd. Azam, 28, dari Shah Alam.

Dua lagi yang dicari ialah Farhaien Othman, 22, dari Sungai Petani dan Shuzliana Mokhtarudin, 29, dari Slim River, Perak.

Kelmarin, enam lelaki dipercayai pengikut kumpulan ajaran sesat itu didakwa di Mahkamah Rendah Syariah atas tuduhan menyimpan dan memiliki dokumen yang bercanggah dengan hukum syarak.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 yang membawa hukuman denda RM2,000 atau penjara setahun jika sabit kesalahan.

Sumber Kosmo!.

Dari Sinar Harian pula:
Dalam pada itu, katanya, mereka disyaki masih berada dalam negara dan tidak keluar ke mana-mana negara jiran yang berdekatan.

“Dengan ketidakhadiran mereka, pihak Jaip telah melakukan siasatan, ada di antara mereka sudah tidak tinggal di alamat yang sama seperti tertera di kad pengenalan mereka.

“Malah mungkin ada di antaranya bersembunyi di rumah keluarga atau pengikut lain yang masih belum dikenal pasti, namun kita mempunyai semua senarai nama pengikut Tuhan Harun.

“Ini kerana daripada siasatan kami, ajaran sesat ini mempunyai 312 ahli di seluruh negara dan berkemungkinan penyebarannya masih lagi berjalan dalam usaha menarik lebih ramai pengikut,” katanya.


Dah ada 312 ahli dah ajaran sesat Tuhan Harun ni? Sistem pengajian siap macam universiti. Dahlah songlap duit dengan skim cepat kaya sejak tahun 2011 lagi.


Kamonlah, dari kecik lagi kita dah dididik dengan agama Islam, di rumah, di sekolah2, malah sekarang ni sumber untuk dekatkan diri dengan agama sangat mudah, tak sesusah dulu, di masjid, surau2, kelas agama, ustaz ustazah, buku, kitab dan Internet berlambak2 boleh dijadikan sumber rujukan, takkan masih ramai lagi yang percaya dan boleh terpengaruh dengan ajaran sesat ni? Dan yang paling sedih apa, yang terlibat dan ditipu ini semua orang Melayu Islam...

Baca lagi "Kenapa ajaran sesat ada sahaja pengikut"?




tags: ajaran sesat tuhan harun 12 pengikut ditangkap jaip jabatan agama islam pahang kuantan lebai 200 juta ustaz songlap diburu bnm dalangi skim cepat kaya 


37 ulasan:

  1. Oh ha 1st ! pepagi pun sempat lg update entry. beribu beribu tania utk en. noob.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beribo-ribo tania la ;0

      Padam
    2. Beribo ribo tamiya, beribo ribo tamiya Bn berjaya... beribo ribo tamiya en noob berjaya...
      Ewaahh

      Ulang 10kali....

      Padam
    3. BN = Brother Noob

      beribo-ribo tamiya brother noob bejaaya

      Padam
    4. ha ha ha ha...
      pening kepala dgr berib0-ribo tania bn berjaya...

      Padam
    5. dah macm ear worm bila aku dgr lagu ni

      Padam
  2. Ajaran sesat ni mula dari hati kalau hati tak betul maka sesat la sama macam penganut kalau yang dicari tak betul maka yang tak betul la dapatnya..

    Jadi mohon la agar hati kita sentiasa mendapat dan diberi hidayah serta diberi panduan dalam mengikut jalan yang betul dan lurus..

    BalasPadam
  3. Saya dah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Masalah saya sekarang ni ialah, saya dah tak stim dengan isteri sendiri. Tapi boleh stim pulak dengan isteri kawan baik. Dengan anak dara orang tak stim pulak. Tolonglah selesaikan masalah saya i..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni la pikiran org melayu..cuba taip melayu kat google tgk dia kuaq apa..sama mcm anon diatas ni..GSTK "gila seks tahap kritikal"

      sekian..

      Padam
    2. Tanpa Nama17 Mei 2013 8:30 PG

      Dia ni post benda yang sama kat semua blog yang di masuk..
      lol..

      Padam
    3. Anda dinasihatkan supaya meng kongkek kuda atau anjing utk mengubati masalah anda.

      -dr ismuel thumby-

      Padam
    4. anda berzikir dan munajat kepd Allah Taala

      :Dr.Madey

      Padam
    5. ko terus terang je kat kawan baik ko yg ko stim tgk bini dia.tp tgklah kalau ko masih boleh lihat matahari esok hari...

      -abg long cawangan salak selatan

      Padam
  4. haie..
    lagi-lagi ajaran sesat..

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mcm setan? Mat, aku ada satu kisah nak kongsi skt.. Kat sebuah negara arab ada sorg pemimpin yg zalim. Kbykan keburukan yg dilakukannya adalah dari inspirasi atau hasutan dari syaitan. Maka segala tindak tanduk nya adalah apa yang syaitan hendak dia buat. Pada satu hari yang semacam hari2 biasa, pemimpin tersebut dgn sendirinya membuat satu rancangan jahat dimana syaitan langsung tak memberi sbrg idea pun berkenaan rancgn tsbut. Syaitan pun terkasima sehingga syaitan itu berkata- ittakullah-yg bermaksud takutlah kpd Allah. Syaitan sendiri tak menyangka bhw sejahat2 setan ,manusia lg mampu berbuat yg lbh teruk lagi dr setan. wallahuallam

      Padam
    2. Apa rancangan jahat tu?

      Padam
    3. Rancangan jahat UMNO-BN terhadap peribadi Anwar Ibrahim bakal PM paling suci

      Padam
    4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    5. elok la entry ni dengan lu ni mat...lu ni dah sesat sgt dah ni.

      Padam
    6. mengaku Tuhan, selaknat-laknat syaitan pun x mengaku Tuhan

      Padam
    7. ooo..rancangan jahat tu mengaku tuhan lah..clear dah story tu..ok tq

      Padam
    8. Apa yg tanpa nama 1.54 ptg nak sampaikan adalah manusia ini mempunyai kelebihan yg teramat tinggi. Manusia blh jadi sebaik2 makhluk tuhan dn pada masa sama seburuk2 makhluk tuhan. Malaikat sendiri sujud kpd Adam a.s dan Muhammad s.a.w sendiri dtempat kan di syurga dn makam tertinggi selepas Allah. Manusia spt Abu jahal, firaun tempat mereka pula serendah2 neraka jahanam. Tentang rancangan jahat tu bukan perkara utama yg hdk dsampaikan ttp ttg kemampuan manusia utk melampaui batas melebihi kejahatan syaitan sehingga tdk terjangkau dek fikiran dn fitrah manusia sendiri

      Padam
    9. ok bagus2 ada point kepidap..yang penting semayang jgn tinggal

      Padam
    10. Ini yg dinamakan ajaran sesat ayah mat

      Ayah mat adalah anak murid ayah pin yg paling disayangi. tido sebantal berak selubang dgn ayah pin.

      Xlama lg ayah mat akan menubuhkan kerajaan columunimbus berpusat di awan.

      Mohon anon2 jgn terpedaya

      -Presiden tertinggi KOTE-

      Padam
  6. mohon delete komen diats PON plzz

    BalasPadam
  7. SAYA berpendapat di antara punca ketidakstabilan kaum di negara ini adalah berpunca daripada sistem persekolahan.

    Singapura yang mempunyai penduduk majoriti Cina hanya memiliki sekolah satu aliran sahaja.

    Sesuai dengan konsep 1Malaysia, sekolah berkonsepkan Sekolah Wawasan perlu dijenamakan semula kepada Sekolah 1Malaysia dengan mengambil roh yang sama iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil ditempatkan di dalam lingkungan pagar yang sama serta berkongsi padang dan kantin.

    Sebarang pembinaan kompleks sekolah baru di kawasan perbandaran baru misalnya mestilah mengambil konsep Sekolah 1Malaysia supaya perpaduan anak-anak Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain dapat disemai sejak usia muda lagi agar tidak kekok untuk bergaul apabila sudah dewasa.

    Kerajaan tidak perlu berlembut dengan bantahan persatuan tertentu seperti Dong Zong.

    Jika perlu, adakan pungutan suara atau referendum bagi mendengar suara rakyat dalam isu ini.

    BalasPadam
  8. #on topic : memang org mcm ni akan wujud dan hadith2 nabi2 keadaan umat akhir zaman akn berlaku mcm2 itu penting bila leps solat kita kena tmbh doa jgn Allah S.W.T. masukkan kita dlm keadaan golongan buruk2, doa yg baik sekurang2 nya doa akhir hayat kita mati ada menyumbangkan Agama Islam...bukti untuk kita tunjuk apa kita buat dikala umat akhir zaman yg berbondong2 ke neraka Allah S.W.T. tanpa kita xsedar....atau kita sedar erk doa kan lah, semua org manusia, Allah S.W.T. akan bagi peluang... jgn risau yg tinggal sekang kita nak kearah kebaikan atau kembali dlm nafsu?.....nasiht pada diri sendiri jugk yg jauh ni....

    BalasPadam
  9. Perkara yang paling munasabah untuk kita sekarang ialah muhasabah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum cinta

      Padam
  10. ayaq daun ketum brand apa la yang dia ni telan sampai boleh mengaku diri tu tuhan... mesti brand lagi power dari yang mengaku diri dia sultan langit apakebala tuh...

    BalasPadam
  11. memang kita diajar dgn Islam sejak kecil tapi kita juga diajar utk x pakai otak. kita juga diajar utk bergantung kepada ustaz dan ustazah. kita juga diajar bahawa pengetahuan kita sentiasa cetek, iman kita sentiasa lemah kalau xde panduan ustaz ustazah. kita juga diajar utk sentiasa keliru. prinsip agama yg diajar x jelas menyebabkan kita selalu tanya kpd golongan agama wpun soalan2 tsbt sgt bodoh dan sbnr nya boleh fikir sendiri jika kita diajar asas dgn jelas.

    aku x heranla kalau ramai meleis ikut ajaran2 pelik ni. bila ayat2 Quran dijadikan barang dagangan dan mantera pelbagai guna, lahirlah golongan yg keliru dgn agama sendiri. padahal jika seseorang mahu memahami apa mesej Quran tu, pasti dia xkan goyang.

    BalasPadam
  12. perempuan itu dulu kwn saya,she was an engineer actually..she got married at 27yrs old..i also shocked regarding this news,she is very nice when i see her,,

    BalasPadam
  13. dari kisah ayah pin ke kisah potong anu bapa dan sekarang ke tuhan pariah kebanyakan pengikutnya ialah orang terengganu... kenapa yek? ada sesiapa boleh bagi pencerahan

    BalasPadam
  14. kepada penulis : kau kena faham konsep Tuhan bro. Kalau dia mengaku dia Tuhan, dia memang Tuhan laa...jangan lawan dia, nanti dia panah petir macam Thor baru kau tau! Kau pun Tuhan, aku pun Tuhan...Tuhan kepada diri sendiri yang akan disiksa atau diberkati Allah Taala di akhirat kelak...if you knew what they knew...I think you will commit suicide like Robin Williams...ha ha! tapi lebih baiklah kau tak tahu...ignorance is bliss!

    BalasPadam
  15. En. Raflie Abdul Malik (pegawai dalam gambar di atas tu) tu dah mati dibunuh oleh pengikut tuhan harun tu. Anak dia yang nampak ayah dia kena tembak depan mata masih trauma sampai sekarang.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...