Iklan Leaderboard

Jumaat, 3 Mei 2013

105 Ini kali lah atau Lain kali lah?

Tinggal 2 hari je lagi untuk tiba hari pengundian, selepas itu kerajaan baru akan ditubuhkan dengan sama ada Najib atau Anwar menjadi Perdana Menteri itu pun jika mendapat perkenan YDP Agong. Bila dah nak dekat2 garis penamat ni, semboyan kecemasan semakin kuat dan masing2 mengeluarkan senjata rahsia mereka di saat2 akhir. Entry ini agak panjang, sebab mungkin ini adalah entry politik terakhir aku sebelum PRU-13 dan dalam entry ni aku tuliskan harapan aku tentang pilihanraya kali ini.



Apabila calon wakil rakyat berkempen

Calon di kedua2 kem semua bersungguh2 turun padang jumpa rakyat untuk dengar masalah, sanggup datang rumah rakyat, turun sawah bendang, kalau ada orang sakit terus jenguk bagi bantuan, dengan pelbagai lakonan seperti papah orang tua, sendukkan nasi ke dalam pinggan orang. Ya begitulah calon2 Yang Berhormat Wakil Rakyat ini, masing2 menunjukkan betapa prihatinnya mereka dan betapa mudahnya mereka didekati rakyat jelata demi untuk memancing undi, kita tak mintak bantuan pun diorang sendiri datang bagi. 


Hakikatnya, suasana ini kebiasaannya hanya dapat dilihat dalam tempoh 2 minggu ini sahaja. Sebaik mereka dah menang, susah lagi nak tengok mereka papah orang sakit, sendukkan nasi, pikul barang dan buat segala benda yang diorang hanya buat ketika bergelar calon wakil rakyat suatu ketika dahulu. Kalau dulu diorang datang jumpa kita tanpa diundang pun, lepas jadi YB kita pula terpaksa terhegeh2 merayu2 untuk jumpa mereka nak mintak bantuan atau untuk berurusan, itu pun kalau mereka nak jumpa. Kalau tak setakat dapat jumpa assistant atau bodyguard diorang je la. Alangkah bagusnya kalau amalan yang dilakukan sewaktu sebelum menjadi YB diteruskan selepas jadi YB.


Apabila penyokong berkempen

Itu cerita pasal kempen oleh calon wakil rakyat. Di Youtube pula kita dapat saksikan pelbagai kempen yang dibuat oleh penyokong2 parti. Pelbagai video kempen mahupun kempen yang telah dirancang seperti flashmob, ceramah, peristiwa yang berlaku spontan, lagu kempen, video parodi, video lucah, kempen Islamophobic dan macam2 lagi telah diupload untuk dikongsi bersama demi meraih sokongan.










Malah golongan artis juga tidak kurang hebatnya berkempen di media2 sosial dengan mengeluarkan kenyataan dan video politik.



Dan di saat2 akhir ini jugalah muncul senjata2 terakhir seperti video gereja di Israel berdoa mahukan DAP ambil alih kerajaan Malaysia;

Link video asal.

Video Saiful Bukhari bersumpah diliwat Anwar Ibrahim kali ke-2 di depan Kaabah serta bapanya yang buat U-turn kali kedua;

Link video asal.

Video dalang sebenar peristiwa 16 Mei 1969 yang dibongkar oleh Dato' Mohd Tamrin Ghafar; dan lain2 lagi.


Bagi kebanyakan penyokong BN, mereka adalah kebenaran dan PR adalah kesesatan. Begitu juga dengan kebanyakan penyokong PR, bagi mereka mereka adalah kebenaran dan BN adalah kesesatan. Tak ramai yang berfikiran kedua2nya pun benar, namun salah satunya ada yang lebih baik daripada yang satu lagi.

Dan apa yang aku perhatikan terutama dikalangan2 rakan aku sendiri, semakin hampir dengan pilihanraya, bagaikan ada panggilan kecemasan, kebanyakannya yang selama ini yang jenis diam dan tak amik port pasal politik secara tiba2 menunjukkan taring dan belang dengan memberi sokongan kepada BN dengan post macam2 isu pasal keburukan PR kat Facebook dan Twitter, manakala kawan2 aku yang juga tak amik port sangat pasal politik tapi aku tahu mereka sokong PR, mereka masih lagi buat macam biasa dengan buat tak tahu.

Mungkinkah ramai penyokong senyap BN sudah mula rasa insecure, terdesak dan kurang selamat sehingga membuatkan mereka terpaksa berkempen di saat2 akhir? Penyokong2 senyap PR pula kebanyakannya masih terus senyap kerana bagi mereka sekiranya BN masih lagi menang pun tidak mendatangkan apa2 kerugian kepada mereka dan kehidupan diteruskan seperti biasa sama seperti sebelum ini.


Tiada pilihan dalam memilih pemimpin

Ramai sudah sedar politik di Malaysia adalah sangat suck. Namun suck tak suck kita kena hadapi juga, dan suka tak suka kita kena pilih juga salah satu, walau pilihan yang kita ada hanyalah seperti memilih antara Coke dan Pepsi.

Sumber facebook Fahmi Reza

Walau negara kita negara demokrasi, tapi kita sebenarnya tidak dibenarkan pun untuk memilih siapa yang kita nak untuk jadi Perdana Menteri kita. Ini kerana yang memilih calon Perdana Menteri adalah sama ada di kalangan pimpinan Barisan Nasional atau UMNO amnya yang memilih ketuanya dan para pemimpin Pakatan Rakyat yang memilih ketuanya. Ahli UMNO memilih Najib untuk jadi Perdana Menteri, manakala ahli Pakatan Rakyat memilih Anwar untuk jadi Perdana Menteri.



Tapi hakikatnya diorang sendiri pun tak pilih pun ketua mereka, tapi lebih kepada dipaksa untuk memilih mereka, sebab jawatan Presiden/Pengerusi Parti tidak dipertandingkan pun. Kalau ada orang yang nak bertanding jawatan tu pasti akan dilabel derhaka dan khianat kepada parti. So selagi diorang ni tak mampus, atau sendiri tak undurkan diri serahkan kepada orang lain, sampai bila2la diorang akan jadi Presiden/Pengerusi Parti, dan selama itulah jugalah orang2 bawahan mereka akan terus dengan budaya menjilat mengampu membodek ketua2 mereka.


Dan sekiranya parti mereka menang pilihanraya, Presiden/Pengerusi Parti akan dilantik menjadi Perdana Menteri walaupun ada dikalangan penyokong UMNO yang sebenarnya mahukan Tan Sri Muhyiddin Yassin jadi Perdana Menteri, atau di kem PR mungkin ada dikalangan penyokong yang mahukan Dato' Seri Hadi Awang jadi PM. Namun dengan sistem demokrasi yang kita pakai hari ini, benda itu adalah sangat mustahil, melainkan YDP Agong menggunakan kuasanya untuk memilih sendiri siapa yang baginda mahukan untuk menjadi PM seperti yang pernah berlaku di Negeri Terengganu pada PRU-12 yang lepas.


Barisan Nasional pasti menang lagi

Kalau berdasarkan pemerhatian dan pandangan aku yang tak seberapa ini, Barisan Nasional pasti akan menang lagi, cuma menang besar dengan majoriti 2/3 atau menang mudah aku tak tahu. Mereka menang bukan kerana SPR tipu, tapi kerana mereka sememangnya pilihan majoriti rakyat Malaysia segenap lapisan masyarakat. Ini kerana BN adalah pilihan majoriti anak muda yang berusia bawah 30 serta golongan warga tua yang berusia 45 ke atas. Kenapa aku cakap BN memang pilihan orang muda, baca sendiri kat sini aku pernah tulis dulu.


Golongan yang majoriti banyak berpihak kepada PR adalah orang dewasa lelaki yang berusia antara 30 sehingga 45 tahun, yang kebanyakannya merasai gelombang reformasi Anwar tahun 1998 serta mula mengenal Internet pada zaman Internet Boom dan membesar dengannya. Sebab tu kalau tengok trend di Internet mana2 rating atau undian di Internet berkaitan politik tak kira di Youtube, blog, Facebook dan forum2, ia lebih memihak kepada PR, kerana majoriti pengguna Internet dalam lingkungan usia ini lebih ramai sama ada menyokong PR atau tidak suka BN.


Namun segala yang berlaku di Internet masih tidak memberi gambaran sebenar di dunia nyata kerana lebih ramai penyokong BN yang tidak peduli pun apa yang berlaku di Internet, terutama golongan tua yang berumur 45 ke atas, terutama warga tua yang pernah hidup zaman sebelum merdeka dan ketika negara merdeka. Majoriti mereka memilih BN dari dahulu, kini, selamanya, dan mereka merasakan tiada sebab untuk mereka menukar kepada yang lain, kerana sumber mereka hanyalah media mainstream seperti berita di TV serta akhbar2 arus perdana seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian.


Dan satu lagi golongan yang majoritinya menyumbang sokongan kepada BN adalah golongan wanita pelbagai usia tak kira daripada golongan muda, dewasa dan tua. Ini kerana kebanyakan kaum wanita sukakan hiburan dan benda2 lain selain politik, tidak ramai yang peduli dan kisah pasal politik. Diorang tak kisah pun pasal isu2 yang melibatkan pemimpin BN seperti isu Shahrizat, isu Taib Mahmud dan lain2. Disebabkan itu tidak ramai di antara mereka yang rajin mencari sumber maklumat mengenai politik di Internet. Isu pasal Anwar, Azmin Ali dan Mustafa Ali diorang tak perlu cari kat Internet kerana isu2 tu dah dihidangkan kepada mereka dalam Buletin Utama TV3 dan Utusan Malaysia.



Kalau tengok ceramah2 politik, ceramah2 agama, perhimpunan Nik Aziz, Ustaz Azhar Idrus, Tun Mahathir dan lain2 tokoh politik, majoriti yang datang adalah orang lelaki. Tapi kalau konsert2, majlis anugerah Juara Lagu, bintang paling popular, Akademi Fantasia, yang paling ramai datang menonton siap bawak banner lagi menyokong artis kegemaran adalah kaum wanita.



Sebab bagi mereka apa yang mereka tahu, yang penting mereka selesa dengan kehidupan sekarang dan tidak mengganggu kehidupan seharian mereka, so no point untuk mereka menukar kerajaan. Malah timbul suatu ketakutan dalam diri mereka kalau kerajaan bertukar tangan kerana khuatir kebebasan mereka selama ini disekat, ditambah pula dengan momokan daripada pemimpin2 tertinggi BN sekiranya PR menang, negara kita akan huru hara dan musnah. Ramai di antara mereka lebih percayakan Tun Mahathir berbanding Anwar Ibrahim.



Dan kalau kita tengok pun, even dalam rumahtangga, banyak kes suami menyokong PR tapi isteri sokong BN, tapi jarang kita dengar suami sokong BN tapi isteri sokong PR, malah kawan2 aku pun ramai begitu.

So conclusion aku untuk pola pengundian PRU-13 mengikut usia dan jantina:
  • Majoriti golongan muda lelaki dan perempuan (bawah 30 tahun) - BN
  • Majoriti golongan dewasa lelaki (antara 30 - 45 tahun) - PR
  • Majoriti golongan dewasa perempuan (antara 30 - 45 tahun) - BN
  • Majoriti golongan tua (atas 45 tahun) - BN


Konklusi dan Harapan

Siapa yang menang aku tak kisah, sebab kalau majoriti dah pilih sebuah parti untuk memerintah negara, aku akan terima keputusan majoriti dan teruskan kehidupan macam biasa sama seperti sebelum pilihanraya. Kalau BN menang lagi, boleh dijangka benda dan isu yang sama macam sebelum ini akan berulang lagi. Kalau PR yang menang, nak tak nak pasti akan ada berlaku perubahan yang kita sendiri tak boleh jangkakan sebab dalam sejarah Malaysia ia tak pernah berlaku, dan mungkin lepas tu aku akan mula lebih banyak mengkritik kerajaan yang baru pula kerana bagi aku lebih baik mengkritik kerajaan yang memerintah kerana mereka ada kuasa.

Boleh je nak kritik pembangkang tapi kritik lebih2 pun mereka bukan ada kuasa pun nak tentukan apa2 dasar negara. Kalau mereka cakap "harga minya perlu dinaikkan", kalau kritik pun diorang bukan ada kuasa nak naikkan harga minyak. Tapi kalau kerajaan cakap "harga minyak perlu dinaikkan", yang ni kita patut kritik sebab mereka ada kuasa dan mereka boleh buat.

Aku tak nak tekankan sangat pasal pembangunan dan bantuan kerana itu adalah benda itu perlukan belanja yang banyak dan mana2 parti pun pasti akan melaksanakan pembangunan dan memberi bantuan kepada rakyat. Apa yang aku benar2 berharap akan ada perubahan yang bagi aku tidak perlu pun mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk merealisasikannya:
  • Media perdana yang adil dan bebas dari mana2 cengkaman dan pengaruh politik.
  • Agama Islam dimartabatkan bukan hanya di atas kertas dan berapa bilangan masjid tapi secara keseluruhan yang melibatkan pembangunan modal insan dalam jatidiri setiap orang Melayu Islam.
  • Meningkatkan nilai moral dalam industri hiburan terutama seni hiburan orang melayu serta garis panduan diperketatkan. Dah terlalu lama sangat kita dihidangkan dengan hiburan secara melampau sehingga maksiat itu menjadi tidak mengapa dan menjadikan orang Islam itu sendiri fobia terhadap hukum Islam.
  • Tiada lagi sentimen perkauman dan racist yang melampau. Wujudkan satu sistem sekolah rendah sahaja, tidak perlu sekolah Cina dan Tamil, serta perkasakan Bahasa Melayu a.k.a Bahasa Malaysia. Negara kita dah 55 tahun merdeka, tapi masih lagi tiada identiti Kenegaraan, yang tinggal hanya identiti Bangsa. Melayu dengan identiti Melayunya, Cina dengan identiti Cinanya, India dengan indentiti Indianya.

Ya aku tahu tak semua parti politik yang mahu melaksanakan perubahan2 yang aku harapkan. Sehingga hari ini, aku hanya mampu berharap. Dan buat masa ini, aku hanya pendamkan sahaja dahulu harapan aku.

So sebelum aku menutup entry ini, pilihan terakhir sebelum PRU-13, apa kata anda?


INI KALI LAH atau LAIN KALI LAH?


105 ulasan:

  1. Balasan
    1. takkan nak bagi gay jadi perdana menteri. geli dowh.

      Padam
    2. apa masalahnya kalau perdana menteri kita gay. aku okey je...

      Padam
    3. bukan takat gay jer..kalau dia makan babi minum arak pun aku okey jer..asal dia anak beranak tak kebas harta amanah rakyat, atau senang cakap dia tak buat negara ni macam negara bapak! dia punya dah ler..

      Padam
    4. to anon 5:15ptg memiliki perdana menteri gay takkan menghancurkan sesebuah negara. golongan gay pun ada hak dlm negara ni oke.

      Padam
    5. Tanpa Nama3 Mei 2013 5:59 PTG ni ensem dia risau kena raba atau sodom raba pulak dengan piem.. lol..

      Padam
    6. pm gay makne nye dia bukan islam la..malaysia kan negara islam..buat apa nk cari pm gay macam tu..

      Padam
    7. Ade aku kesah

      Padam
    8. Wahai sahabat, sudah lupakah apa yg menimpa kaum Nabi Lut..

      Padam
    9. kedua2 biseksual juga pembunuh masih tak dapat dibuktikan bersalah lagi di mahkamah dunia.. Siapa mereka dan adakah mereka bersalah hanya Allah yang maha mengetahui setakat ini.. Mengenai Islam dan iman hanya Allah yang tahu juga..

      Dalam akhir zaman ni memang payah membezakan yang benar dan fitnah...
      Semoga pilihan kita tetap dan Allah gerakan kita untuk mengundi mereka yang benar..

      Padam
  2. bukan ini kalilah...tapi berkali-kali...

    BalasPadam
    Balasan
    1. pru12 aku pangkah pas pasal bengang dgn paklah yg naikkan harga minyak. pastu pas pegang meru ni dan mula salahguna mesjid meru ni untuk berpolitik. kali ni undi aku untuk BN.

      Padam
    2. pengundi hantu3 Mei 2013 10:50 PTG

      tempat aku ni pun kt masjid hari2 dok ceramah cakap kerajaan zalim. entah apa yg zalimnye kerajaan BN ni pun aku tak tau.

      Padam
    3. mat rempit federal3 Mei 2013 10:54 PTG

      pagi tadi masa nk gi keje motor aku bocor. kene tolak smpai jumpa bengkel. dah msuk keje lmbt. kerajaan BN mmg zalim.

      Padam
    4. padan muker ko. hihi

      Padam
    5. mmg ko tak tahu apa yg zalimnya kerajaan BN ni,sbb dia songlap harta rakyat bukannya bgtau ko.kalau dia bgtau ko,tak dpt la diorg nak merompak harta rakyat.jgn kata aku ckp2 saja tanpa bukti,tonton video ni sampai habis https://www.youtube.com/watch?v=ta76eRm7mRE

      Padam
    6. ko ingat mat rempit failed spm tu amik tau ker hal hal berat ni?

      Padam
    7. rasanya dlm dunia ni kerajaan BN adalah kerajaan paling zalim didunia sebab biarkan rakyat sengsara makan pasir. jom tolak kerajaan BN yg zalim dan kejam kepada rakyat.

      Padam
    8. aku hairan tengok meleis meleis yg duduk felda/pprt, anak pun tak cukup pendidikan, belajar sekadar spm itu pun tak lulus, makan pun ala kadar, kerja pun ntah ape-ape, tapi bab pertahan umno mic mca ppp dan gerakan(BN), mak ai..macam lah dia tu proxy besar. dapat projek billion2. meleis jenis ape ha?

      Padam
    9. aku hairan tengok meleis meleis yg duduk rumah flat, anak pun tak cukup pendidikan, belajar sekadar spm itu pun tak lulus, makan pun ala kadar, kerja pun ntah ape-ape, tapi bab pertahan cina DAPig, mak ai..macam lah dia tu penting sgt sampai mudah je diperkuda cina2 DAPig. meleis jenis ape ha?

      Padam
    10. aku....aku...aku...buuuttttthhhhhuuuuurrrrrtttttttttouchouchouchouchheyyy :(

      Padam
    11. kalau haji hadi yg jadi PM aku akan pangkah Pakatan tapi kalau anwar yg jadi PM sorry la......bukan pasal gay ke apa tapi anwar mmg manusia yg hanya pandai berhujah tapi tak ada pendirian sibuk nak berhutang dgn imf dan mintak tolong geng2 yahudi dia.

      Padam
    12. "My niggas gonna bury me in a toilet cause I need to poop all the muthafukin' time nigga" - Ghandi.

      Padam
  3. Ketidakpedulian terhadap kebobrokan pentadbiran BN yang berpalit rasuah samalah seperti merelakan mereka menyalahgunakan harta negara dan hak rakyat.

    Setiap satu ringgit yang kita biarkan perompak harta negara ambil secara wewenangnya samalah seperti kita merampas satu ringgit daripada rakyat Malaysia yang hidupnya dhaif, miskin, dan susah.

    Ingat - hutang negara kini telah sudah lebih daripada RM 500 billion hasil daripada salah urus kerajaan BN selama 55 tahun pentadbiran.

    Ingat - Taib Mahmud hidup mewah tatkala ramai lagi rakyat Sarawak hidup susah.

    Dari hari tu lagi saya nak luahkan benda ni:

    Saya tak risau langsung walau apa pun keputusan PRU13 kerana saya tahu bahawa saya dah menang!

    Bila tengok segala taktik kotor BN - edaran risalah fitnah dan lucah, pemberian IC kepada warga asing, media arus perdana yang TIDAK ADIL - dengan semua itu, kita tahu bahawa rakyat dah MENANG!

    Keseriusan rakyat yang inginkan perubahan telah sampai ke tahap kritikal sehingga 'mereka' sanggup menggunakan segala taktik kotor kerana 'mereka' TAKUT dengan kemungkinan yang mereka akan kalah.

    Kepada semua pengundi yang inginkan perubahan yang lebih baik untuk Malaysia, UNDILAH PAKATAN RAKYAT pada 5/05/2013 kelak.

    Biarpun sumbangan kita hanyalah pada sekeping kertas undi, jangan hinakan maruah dan intelektual kita dengan berpihak kepada BN!

    Kita berusaha, kita berdoa, kita bertawakkal; semoga Allah kurniakan yang terbaik untuk Malaysia!

    Period.

    #JomUbah!
    #PRU13

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulis pendek2 dah le manjang lak tulis dia :Lain kali lah~!

      Padam
    2. aku....aku...aku...buuuttttthhhhhuuuuurrrrrtttttttttouchouchouchouchheyyy :(

      Padam
    3. jom ikut lynn si barua DAP. kalimah Allah for kristian. hidup DAP.

      Padam
    4. lain kali lah...sape2 pun wakil rakyat sama je. ini masa kau nnt masa aku pulak...sama je berebut kuasa rakyat macam tu jagak.

      Padam
    5. parti pokok pisang3 Mei 2013 5:57 PTG

      cik lynn mmg pandai berhujah. nak pangkah parti nuargay anak beranak.

      Padam
    6. hidup BN, pangkah Pakatan. selesai masalah

      Padam
    7. ni la yg cik lynn mahukan.. dap memenangi undian majoriti.

      Padam
  4. noob, bab pilih siapa jadi PM tu aku setuju dengan ko. dah lama aku sebut. yang tentukan siapa layak jadi PM bukan status quo yang diamalkan oleh umno bn sekarang ni. tapi perlu ada debat macam parti demokrat dan republik di us. 1st pemimpin pr eg:hadi awang vs anwar vs kit siang. buat undian. begitu juga dengan BN. najib vs chua CD vs tsu koon vs palanivel.
    ini lebih adil dari berPMkan status quo.
    just my pendapat.
    oh ya bab perempuan suka hiburan tu aku setuju sangat. hiburanfaggot

    BalasPadam
    Balasan
    1. undi BN dapat baju tshirt free payung free.. makan free..
      hiburan free..

      walau takda pendidikan free lol..

      Padam
    2. ala, kalau ada konsert black metal, rock kapak dan seumpama dgnnya, penuh je dgn lelaki. diskriminikasi wanita statement ni!

      Padam
  5. Harap ada perubahan politik di malaysia dan ketua perompak berjaya ditangkap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. malaysia sudah maghrib. sudah masuk jumaat. moga moga ini jumaat terakhir untuk kezaliman sejak sekian lama. mari baca kahfi. berpesta kahfi ramai ramai.

      teringat dulu masa saya darjah 6, semasa PAS mengambil alih terengganu tahun 1999. tak berapa lama selepas tu, kerang naik ke darat, di pantai dungun bertimbun timbun. siapa yang pergi, bawa balik berguni guni kerang.

      orang mungkin kata itu fenomena alam. tapi bagi saya, saya percaya itu adalah tafsir praktikal pada firman Allah

      “Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi..." - al a'raf: 96

      moga moga, berkat kahfi yang menyinari antara 2 jumaat kita, kita bertemu jumaat akan datang yang lebih terang sinarnya, berkat dari kepimpinan yang lebih adil!

      Padam
    2. persoalan ni selalu bermain difikiran saya..agak2 nya ape hikmah di sebalik pemerintah BN yg dah masuk 55tahun ni? adakah ALLAH nk tunjuk BN tu bnyk salah nya n nak bagi rakyat nampak kesalahan BN or nak tunjuk PR tu banyak salah nya smpai kan tak dapat chance langsung untuk perintah negara? wallahualam....

      semoga ALLAH memberi yang terbaik untuk PRU13 ini... insya Allah

      Padam
    3. Hikmah? Mungkin dari segi kepimpinan? dari segi kematangan pemikiran rakyat? atau mungkin kecelaruan pemikiran kerana terlampau banyak maklumat.. :)

      Padam
    4. cik lynn menyokong PAS aku x kesah.. hak dia.. tp bab dia menyokong pr. apa kejadahnya? sanggup jual agama bergabung dgn dap? dap tu mulia drpd bn eh?

      Padam
  6. semua berakal so pndai2 kita memilih

    http://mimbarhatiku.blogspot.com/2013/05/tips-tarik-minat-anak-bersolat.html

    BalasPadam
  7. Noob

    "Tapi kalau kerajaan cakap "harga minyak perlu dinaikkan", yang ni kita patut kritik sebab mereka ada kuasa dan mereka boleh buat."

    Kalau perasan.. semasa pentakbiran Najib perkara ini tidak berlaku.. kenaikan harga minyak adalah terpaksa akibat desakan saudagar-saudagar minyak atau semasa.. kerajaan Malaysia tiada kuasa untuk menaikan atau menurunkan harga minyak.. Tiada lagi pengumuman dari menteri atau wakil kerajaan malaysia tetapi yang ada hanya wakil saudagar minyak atau penguna yang ntah siapa-siapa yang kita tak pernah dengar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu contoh sahaja.

      kalau mahu contoh kritikan lain, "Kenapa pengamal media di Malaysia tidak bebas dan masih lagi duduk di bawah pengaruh politik sedangkan negara dah 55 tahun merdeka?". kritikan ini memang dituju kepada kerajaan yang memerintah, kerana mereka yang buat dasar. kalau aku bagi kritikan ni kepada pembangkang semasa, diorang tak boleh buat apa pun sebab bukan diorang yang berkuasa.

      Padam
    2. memang kerajaan xde kuasa nak turunkan atau naikkan harga minyak dunia, tapi harga boleh dikawal melalui subsidi..

      mungkin DSNTR xmampu naikkan kerana dia tahu kesan kenaikan akan menyebabkan populariti dia akan jatuh..lagi pun ni 1st time dia jadi ketua BN pilihanraya..mungkin dia ambik iktibar masa zaman pak lah, kesan yg orang protes siap tulis kat kertas undi (mungkin kat tempat tertentu sahaja)..\

      sebab tu apa yg PR offer, adalah meningkatkan subsidi minyak n pada masa yg sama kurangkan ketirisan..xtau la banyak mana tiris yg mampu diorang kurangkan atau xde langsung

      sekadar pendapat aku

      Padam
    3. masalahnya semasa PENTAKBIRAN Najib,minyak ada naik juga sekali dua walau xbyk,tapi tak pernah pun nk turun2 walau harga minyak dunia dh turun.bagus sgtlah PENTAKBIRAN Najib tu?

      Padam
    4. noob, kalau cerita pasal kebebasan media, salah satu harapan kau dah boleh tertunai dengan mengundi PR sebab perkara ni memang ada dalam manifesto mereka:

      KEBEBASAN MEDIA DAN MENGEMBALIKAN AMANAH KEPADA PENGAMAL MEDIA

      Menghapuskan semua undang-undang yang menyekat kebebasan media dan mewujudkan suasana media yang berat sebelah, termasuk Akta Percetakan dan Penerbitan, prosuder perlesenan media dan lain-lain

      Memperbadankan institusi penyiaran milik kerajaan termasuklah RTM dan stesen-stesen di bawah milikan Kumpulan Media Prima demi menjamin kebebasan media dan kemajuan institusi penyiaran tersebut

      Menghormati kematangan pengamal media untuk menyusun atur industri media supaya bebas dan bertanggungjawab sesama pengamal media tanpa campur tangan kerajaan.

      Padam
    5. ada sebab dalam pengawalan media sebenarnye mengawal berita tetapi telah disalahgunakan bila berita ditapis hanya berpihak kepada parti pemerintah saja.. patutnya berita ditapis hanya kepada berita yang sahih saja..

      Padam
    6. harga minyak mungkin tidak begitu byk peningkatannya pada zaman najib kerana dah naik banyak waktu zaman pak lah. harga brg yg naik pada zaman najib - harga gula,harga tepung,harga beras, harga elektrik, harga setem, harga insuran kereta. kepada sesiapa yg ingat lagi boleh sambung

      Padam
  8. #truuuut truuuttttt

    ** hello. Pejabat UMNO ke ni?

    * Ye bercakap... Ini siapa?

    ** Ini..... Errr.. Ini... Errr... Ini..

    * Ini ini ini Apa...?
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    ** Ini Kaliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii Lahhhh! Huhuhuhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. truuutt trrruuttt

      - Assalamualaikum...ini Pejabat PAS ke?

      - Waalaikumsalam...ye..siapa ni?

      - yeke ni? macam lain je...

      - Lain ape?

      - Lain Kalilah!!! hahahaha

      Padam
    2. aku....aku...aku...buuuttttthhhhhuuuuurrrrrtttttttttouchouchouchouchheyyy :(

      Padam
  9. harapan yg pon tulis tu pon rasa parti ape yg dpt laksana? nampak kan cm xde yg ambil peduli pun?

    BalasPadam
  10. Boleh belah lah...........

    BalasPadam
  11. Kalu tengok gambar Tok Pa, memang dia jenis yg macam tu..aku banyak bual dengan orang2 yg rapat dengan dia, dia agak 'sempoi', jarang makan dengan sudu terutama time makan dengan orang kampung..kat luar, aku xamik port..

    sebab tu dia diterima di kawasan orang lain..

    dan jangan lupa, masa ni segala macam perkara boleh dilakukan..sekiranya diberi mandat, highway kelantan, masalah air, air percuma, harga kereta boleh dikurangkan, pembangunan pendidikan, bla..bla..bla..sekiranya diberi mandat..

    pe yg aku dengar tazkirah ustaz kat tempat aku, ' dia galakkan kita solat istikharaf malam sebelum mengundi, lagi baik kalau kita dapat puasa siang harinya, dan solat hajat mohon diberi petunjuk supaya kita memilih orang yg benar..

    nanti ada orang kata undi si X dapat pahala lak, tapi ustaz tu cakap, buang halangan kat jalan adalah sekecil2 amalan, memilih pemimpin tu bukan ke satu amalan gak..moga kita xtersalah pilih..

    WA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Konpirasi PUSAT tu..

      Takan la PAS taknak majukan Kelantan amat bohong la kalau ada kerajaan negeri nak mundur..

      So bagi la can PAS pegang pusat tengok boleh tak majukan Kelantan.. dah takda halangan dari PUSAT..

      Padam
    2. Mungkin juga PAS buat macam tu.. tengok Mat taib pun sengaja biarkan rakyat serawak mundur berpuluh tahun sebab mudah nak kuasai mereka rembat hasil bumi serawak lol..

      P/s: Apasal kena bagi mandat PRu13? apa selama ni 55 tahun memerintah takda mandat takda lagi ke?

      Padam
    3. Secara umum, semua negeri ada masalah air, try tengok kat youtube, kes pemanggil dari Lanchang, Pahang dok komplen pasal air kat TV1 secara live..sedangkan Pahang xpernah diperintah oleh PR aka pembangkang..maknanya, masalah timbul mungkin dari faktor geografi, faktor budaya, ekonomi dll..atau mungkin mandat terlalu kuat..

      aku ambik kira kat negeri aku Johor, dulu DUN menang dengan majoriti 5,6++, tapi pe yg YB buat untuk rakyat..bantuan banjir untuk arwah bapak aku pun 4 kali mintak..penyokong kuat UMNO Lama tu..angka digit pun 2 je..bila 2008 menang gak tapi 2,3++ je..baru kelam kabut..

      belum tengok parlimen lagi, 2004 menang 32,+++, 2008 menang 12,+++...baru nak sibuk sebelum pilihanraya nak tingkatkan taraf pendidikan, jika DIBERI MANDAT..

      2 penggal makan tido je kot YB aku ni, agaknya la..

      Padam
  12. Balasan
    1. 2-2 tu dosa besar, pembunuh sorg pembisuel, sorg abis la

      Padam
  13. Time pilihanraya sebuk Ini kalilah..lain kali lah..tapi lepas pilihanraya semua senyap.. Turun padang jenguk kawasan dan orang kampung pun tidak. Bukan semua tapi sebahagian besar..aku tahu ade yang baik bagi derma bila sembahyang tarawih dan macam2 lagi..tapi aku tujukan ini untuk orang2 yang terasa sahaja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hangt2 tahi ayam kan...2x5 sama je 2-2

      Padam
  14. Ulasan yang panjang lebar Noob. Apepun pilihan di tangan anda. Selamat mengundi..

    BalasPadam
  15. lepas baca noob tulis sebab2 BN akan menang,baru aku sedar yg ada kebenarannya juga apa yg diperkatakan.org muda lalai dgn hiburan yg selama ini dihidangkan oleh BN,org tua terlalu taat membabi buta dgn UMNO sampai kena tipu hidup2 pun mereka masih lg setia hanya kerana mengenangkn jasa UMNO terdahulu yg telah memerdekakan negara.

    walaupun mungkin BN akan menang lg pada PRU13,tp aku memilih utk tidak tergolong dlm golongan2 yg mudah diperkotak-katik UMNO.biarlah aku tewas,yg penting aku sudah bangkit melawan mempertahankan maruah dr terus dipijak2 oleh UMNO.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku pun xkan undi BN...aku pun lebih rela kalah dari terus diperbodoh oleh UMNO.

      Padam
    2. biarlah kalah asalkan bermaruah..

      Mana korang nak??...BRIM 500 sekali dlm setahun @ minyak turun..???

      Padam
    3. BR1M kalau BN menang 1.2k weh.. :)


      Padam
  16. juak2 fuckaton harom ni jgn kata ini kali, lain kali pun xpayah bg peluang utk memerintah negara sampai bila2.senang cerita pergi mampos.juak2 fuckaton ni sampai bila2 la jgn harap nak menang.patut puak2 haram ni xperlu wujud pun di malaysia hanya tahu buat huru hara & menyusahkan org ramai.kita dh selesa dan aman dibwh pentadbiran BN,apa lagi ko nak ubah?kalau xpuas hati boleh blah dari Malaysia,yg cina balik negara china,india balik negara india,melayu balik indon,nyah kauuu dari sini. hanya org melayu,cina dan india yg menyokong BN yg sayang dan cintakan keamanan sahaja yg layak duduk di negara Malaysia.dasar anak bangsa derhaka x kenang bangsa punya pakatan haram!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
      org ats ni baru leps keluar dr tempurung mohon maaf kan kesalahan dia dan saya

      Padam
    2. bukan keluar dari tempurung, baru keluar dari pprt ker felda ni? macai giler...

      Padam
  17. Balasan
    1. Komen paling bernas dlm ruangan komen ni..
      Jgn cerca org, kite pn xtau btl ke tidak tohmahan kite, main terime je dr satu pihak. Hutang tggi sbb cuai urus lah, skandal lah, apa lah..korang yakin btl ke? Klu salah mcm mana, org tpngaruh ngn ko, percaya, kn dh dpt dosa free.. masing2 solat istiharah, msa nk vote nnt selawat byk2, doakn kite bt pilihan yg btl.. lastly jgn ckp byk, kena batang idung aku jgk.byk ckp byk salahnya, byk salah, banyak la dosanya..

      Padam
  18. bila institusi akademik buat survey najib xpercaya... kesiannya masih lagi hidup dlm dunia syok sendiri. http://www.sinarharian.com.my/politik/pm-tak-setuju-tinjauan-umcedel-yakin-bn-menang-pru13-1.155023

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab tu dia SANGAT setuju bila UUM keluarkan kajian yg mengatakan BN akan menang dan sangat diterima oleh rakyat..rasanya, mana2 pun akan sokong apa yg menyebelahi diorang..

      sebelum ni pun ada gak, bila kata sokongan merosot, diorang ble kata 'ia xmenggambarkan prestasi secara keseluruhan', blogger pro diorang plak condemn kata pensampelan survey xmerangkumi seluruh lapisan umur, bangsa dan sosio ekonomi..tapi kalau berita baik untuk diorang, xnak lak cakap saiz sampel la..apa la..atau mungkin sekadar nak perang psiko je kot..

      Padam
    2. the so called "institusi2 akademik" kat melesiya ni boleh dibeli sebenarnye......kalu korang nak tau ramai barua umenu kat "institusi2 akademik" tu sebenarnye........kene main je korang ni sumer.......

      Padam
    3. commercial education :)

      Research can be tune up and conclusion can be made up..
      same as research data and sample..

      Who care.. nobody to argue..

      Padam
  19. not just a choice between coke & pepsi... lol
    how bout iced lemon tea? ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Or teh tarik?

      But For sure..My option not pepsi and coca-cola..

      If u have another option to choose..better use that option then u choose the 'Twin".. heheh

      cuba fikirkan tentang Impak "Calon bebas mendominasi PRU ke-13" apakah ini tanda rakyat sudah muak dengan politik DUALISME BN dan PR??

      Dari lu olang duk sibuk Ini KARILAH dan Janji DICAPATI heheheheheh

      Padam
    2. so, undilah calon cap motor dan bunga raya.

      Padam
    3. Kalau semua Parlimen ada calon Bebas dan semua/majoriti calon Bebas menang, memang sah rakyat menolak politik 2 parti..cuma mungkin agak kelam kabut sikit kot..ye la nak lantik sapa jadi PM, TPM, exco..dll..dulu ada kecoh kemunculan 3rd forces, tapi pastu semua tarik diri..xsempat nak tengok kemunculan diorang dalam PRU..mungkin lain kali lah kot..

      Padam
    4. Boleh je buat Kerajaan,kerajaan campuran..so kalau calon bebas mendominasi PRU kali ini..BN dan PR tak ada kuasa sangat coz pengecilan Kuasa mandat Rakyat.

      Mesti dorang takut giler dan mula berubah..lebih baik mana?Kerajaan BN?Kerajaan PR atau Kerajaan campuran?

      Time ni lah nak berubah,sampai bila nak stuck dengan politik dualisme ni?

      Padam
  20. But aku nak Ulas sikit janji Minyak PR sebab janji ni adalah janji yang akan menyebabkan Kredibiliti PR akan rosak sekiranya PR menang PRU kali ini dan untuk Next PRU akan jadi BACKFIRE yang parah.

    Sebab,Minyak seperti diketahui dikuasai pasaran dunia bukannya Negara.

    Ditambah Malaysia sebagai sebuah Negara pengeluar kecil2 lan bukanlah ada makna sangat.

    Ramai yang tidak tahu bahawa rakyat Malaysia tidak pernah menikmati minyaknya sendiri kerana Minyak Malaysia adalah dari Gred tertinggi dan hanya untuk eksport.

    Minyak yang kita gunakan sehari2 adalah dari Tmur tengah(Arab saudi dan Iran umumnya).

    Dan Fakta yang tak semua ingin tahu dan terima adalah------> MINYAK AKAN HABIS SUATU HARI NANTI..tak lama dah....paling lama 40 tahun lagi..sendiri lu pikir ler..benda bila makin sikit akan menjadi lebih mahal.

    Dan sebab itulah aku menjadi pendukung Tenaga nuklear dan lynas sebab apa?

    Pertama tenaga Nuklear sangat murah dan tak akan habis,dan Rare earth adalah bahan untuk membuat bateri Litium..dan bateri litium boleh digunakan sebagai bahan tenaga kereta mesra alam.

    So korang lah tentukan nasib anak cucu kita nanti..kalau KIAMAT datang awal sebelum itu tak apalah..Kalau tak???? Kayuh basikal or jalan kaki macam zaman batu lah anak cucu kita..

    BalasPadam
    Balasan
    1. minyak akan habis? paling lama 40 tahun lagi? any authentic source?btw itu human prediction.can be true or not. tapi Tuhan said bumi ini cukup untuk semua makhluk. which dia tahu segala keperluan untuk manusia. just use it wisely. sory, tenaga lynas? lynas produce any source for energy?

      Padam
    2. Tak ada maknanya..Hukum Alam tetap Hukum Alam..pernah dengar pepatah ini "Duit kalau segunung pun kalau ditarah setiap hari akan habis jua".gunakan secara wisely?Kau tahu perkapita minyak yang kita gunakan setiap hari berbanding pengeluaran semasa?

      Tuhan suruh kau berusaha,bukan mengharap..mungkin kau boleh berutopia Tuhan akan sentiasa menjadikan Telaga2 minyak sentiasa penuh tapi hakikatnya minyak dalam telaga semakin kurang..Ikan dalam laut pun boleh pupus sebab Manusia duk tibai setiap hari..inikan minyak?

      Sebab tu Tuhan Kasi kau otak,cari jalan untuk menyelesaikan masalah..baru Dia tolong kau.

      Bengong,Rare earth tu boleh buat bateri litium lah dongok..

      Padam
    3. yup kena berusaha. but adakah menghapuskan subsidi minyak dapat memanjangkan hayat pengeluaran minyak? since ko sendiri tahu manusia tetap menggunakan minyak sebab ia keperluan dan bakal bertambah penggunaannya. :)
      dan sebelum ngokan org, bateri litium tu bleh ganti minyak ker ngok?

      Padam
    4. Habis sampai bila kita nak bergantung kepada subsidi minyak?

      Sebab itu aku kata kita dah Kena start buat Loji Nuklear..Biar hampir 80 percent sumber elektrik kita datangnya dari nuklear.

      Lepas kuatkuasa undang2 pemakaian kerete elektrik..litium tulah yang nak jadi bahanapi kete ko ngok.

      So bila semua kos yang selama ini petrol/diesel yang duk tanggung diganti dengan nuklear..semua bahan automatik jadi murah.

      At least,kalau kereta kita still pakai petrol..kerajaan still leh kasi subsidi coz kos untuk Janakuasa elektrik ditanggung kuasa Nuklear...ko nampak tak jimatnya benda tu?

      Aku tengah kasi solution dari terus bergantung pada subsidi..woi ko tahu subsidi tu duit sape?duit kita ngok..dari aku kasi Shell,petronas,Exxon mobil jadi kaya baik duit tu aku guna buat loji nuklear..MURAH dan TAK MENCEMARKAN ALAM!!!

      Padam
    5. Rexaki Allah tu luas kuasa bukan hanya pada minyak..
      Manusia kena la bijak manusia hidup pun bukan kerana mintak.. Orang Mesir dulu bina Piramid pakai minyak ke?

      Apasal manusia stuck dengan minyak dan bergamtung sangat kepada minyak bukan banyak lagi sumber tenaga boleh dikaji..

      Gunakan aqal yang ada Allah bagi.. Jangan perap

      Padam
    6. Rexaki Allah tu luas kuasa bukan hanya pada minyak..
      Manusia kena la bijak manusia hidup pun bukan kerana mintak.. Orang Mesir dulu bina Piramid pakai minyak ke?

      Apasal manusia stuck dengan minyak dan bergamtung sangat kepada minyak bukan banyak lagi sumber tenaga boleh dikaji..

      Gunakan aqal yang ada Allah bagi.. Jangan perap

      Padam
    7. Mungkin dah sampai masanya kerajaan cari altenatif, cth guna solar, macam kat US (sebab aku tengok kat tv, yg lain mungkin ada, aku xcari lak)..kalau kita xde kepakaran, ble cari pakar luar, tapi rasanya ramai rakyat kita yg berkebolehan..

      mungkin ada pro n cons sumber solar, tapi sekurang2nya kurang risiko berbanding nuklear, tapi ni semua pendapat aku..mungkin terdapat khilaf kat sini..

      tenaga nuklear memang bagus tapi masalah maintenance kat malaysia terlalu mendukacitakan..agak merbahaya kalau kita bina..WA

      Padam
    8. Tahu dari mana kalau kita buat Maintenance tersangatlah failed?

      Tak kan pakar nuklear kita serta engineer kita sebodoh tu? kalau sebodoh tu buat apa mengaji tinggi2?

      Solar memang boleh buat,tapi benda tu kalau buat makan Ruang..solar ni lebih sesuai di padang pasir yang luas.

      Nak tak nak kita kena start ready nak pakai Nuklear..Sebab apa IRAN keras kepala nak buat juga Nuklear? sebab dia tahu Hasil petroleum dah nak habis..tak start berdikari sekarang nak tunggu sampai bila?

      Padam
    9. Aku setuju dgn zack, kita kena cari alternatif tenaga. Solar tak sesuai di Malaysia, ombak, angin juga kurang sesuai. Biodisel pilihan paling selamat. Kerajaan kena beri lebih banyak inisiatif penggunaannya.

      Padam
  21. Akan datang suatu masa yang menimpa manusia; tidak ada Islam kecuali tinggal namanya sahaja, tidak ada al Quran kecuali tinggal tulisannya sahaja, masjid-masjid mewah tetapi kosong daripada petunjuk serta ulamanya adalah orang yang paling jahat yang berada di bawah langit….” (Hadis riwayat al-Baihaqi)

    BalasPadam
  22. Sudah byk kali cuba...ini kali kita kasi bungkus tanam itu umporno bn..

    BalasPadam
  23. pilih BN untuk lebih hiburan - https://www.youtube.com/watch?v=MnLfhVBX_pY

    pilih PR untuk lebih ilmu akhirat - https://www.youtube.com/watch?v=XyKhSBno8mo

    BalasPadam
  24. tengok taburan kerusi parlimen ketika piliharaya ke-12 dulu - http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/0/0c/Dewan_Rakyat_2008_Equal_Area.svg, BN menang peringkat persekutuan kerana mendapat banyak kerusi parlimen di Johor, Sarawak & Sabah. sampai bila la penduduk 3 negeri ni sanggup terus diperbodohkan oleh barisan2 UMNO dan rakan2nya? org negeri lain sudah berani untuk berubah, anda bila lagi?

    BANGKIT wahai org2 JOHOR, SARAWAK & SABAH! jangan biar diri kita terus diperlembukan oleh UMNO dan konco2 mereka! BANGKIT!!!

    BalasPadam
  25. Balasan
    1. Lynn, secara logiknya, manifesto PR banyak lompongnya walau indah di pandangan mata.

      1. Hapuskan PTPTN dan bagi pendidikan percuma. Sekarang ni pendidikan percuma sudah ada dari tadika hingga menengah atas. Yang tidak percuma hanyalah di Pusat Pengajian Tinggi Sahaja (yang merupakan "option" dan tidak semua orang mampu atau mahu memasukinya. Dari mana sumber pembiayaaan nanti, mampukah kerajaan PR melaksanakan tanpa mengurangkan kuota sedia ada?

      2. Penghapusan tol. Saya setuju pada pengurangan kadar tol, tapi tidak bersetuju sekiranya dibuat penghapusan tol secara total. Mengapa? Kerana secara logiknya, kos untuk membina highway baru, kos maintenance highway sedia ada, dan penyelenggaraan dan perkhidmatan yang PLUS sediakan sekarang ini tidaklah akan mampu ditanggung dengan air liur sahaja.

      3. Penurunan harga kereta. Cukai kereta memang tinggi, terutama kereta import yang berharga ratusan ribu. Ada pro and kontranya disini. Yang buruknya adalah rakyat Malaysia tidak mampu membeli kereta yang lebih bermutu dan mewah. Tapi yang baiknya, pengaliran duit malaysia ke negara asing berkurang, dan kita menyumbang kepada pendapatan negara dengan menyokong kerete nasional. Memang di luar negara seperti USA harga kereta adalah murah, tapi down payment secara relatifnya adalah sangat tinggi (half of the price).

      4. Lynn, dengan pengurangan pendapatan negara dari : (penghapusan tol, pengurangan cukai kereta import, kurang pembelian kereta nasional,pengaliran wang negara ke negara luar) masihkah mampu kerajaan PR melaksanakan pendidikan percuma, pembelian senjata pertahanan negara, pembangunan infrastruktur baru, penyelanggaraan infrastruktur sedia ada, penjagaan kebajikan rakyat dan pelbagai tanggungjawab lain yang mereka janjikan?

      5. Petronas memang kaya, tapi sejauhmana kekayaan Petronas mampu menampung semua janji2 tersebut, berapa lama Malaysia mampu bertahan sebelum akhirnya terpaksa melutut pada IMF?

      6. PR bermain dengan ekonomi negara. 5 tahun bukan masa yang singkat. Ada yang kata, kalau x suka dengan kerajaan baru nanti GE-14 kita ubah kembali, apa susah. Tapi, 5 tahun macam-macam boleh terjadi.

      7. Saya menolak PR kerana janjinya tidak wajar, x logik di akal, terlalu indah di mata, hanya untuk menarik mereka yang tidak mahu berfikir secara kritis. Maaf.

      8. Jika yang hijau itu tidak bersama roket dan PKR, sudah pasti ia masih mampu dijadikan sandaran

      9. BN tidaklah sempurna, orang-orangnya pun ada yang caca merba, tapi mereka lebih stabil, dan hanya perlu UBAH keadaan dalaman sahaja.

      10. Illuminati.

      Choose wisely.

      ikhlas- RT

      Padam
    2. Macai is always a cacai's. hanya org bangang je mcm hang xmahu kos hidup turun.

      Tak pun hang jenis harta berjuta mmg xkisah bayar mcm2


      Kah kah kah

      Padam
    3. Tanpa Nama5 Mei 2013 4:36 PG

      takut illuminati? LOL melayu tolol masih ramai.

      Padam
  26. "Jangan menghinakan intelektual dan maruah kita dengan mengundi BN"...Maaf, sy x setuju dgn statement ini.. mungkin d tmpt saudari "CALON" BN itu teruk, tp mungkin tp d tmpt lain x..kdg2 yg d pangkah bkn parti, tp calon nya..d tmpt sy cuma ada ;calon BN & PR..tp sy sokong PAS..jd sy memilih utk TIDAK MENGUNDI..sy menunggu d mana suatu hari nanti PM Malaysia d pilih oleh rakyat, bkn oleh PARTI yg menang majoriti dlm pilihan rakyat.. st x sk jika memilih PM yg menang melalui PERDEBATAN krn sy tahu ada yg pandai ckp tp x pandai "MELAKSANAKAN"...bl PM d pilih rakyat, sy rs barulah setiap CALON akan mendekati rakyat d semua negeri, & tidak hanya menghantar wakil untuk melakukan tugas2 mereka...

    BalasPadam
    Balasan
    1. semakin rendah peratusan orang "tidak mengundi" atau "keluar mengundi" semakin banyak peluang peratusan itu diganti dan diisi oleh mereka yang berkepentingan.. :) TIDAK MENGUNDI? mungkin anda rasa tiada apa tapi sebenarnye ada orang berterima kasih kerana sumbangan anda itu..

      Mengundi la kerana tuhan minta petunjuk dariNya walau siapa pun tuhan gerakan anda untuk undi harap itu yang terbaik. Tidak mengundi menunjukan anda sebenarnya tidak bersyukur.

      Padam
  27. Terima kasih atas peringatan..kalau sy mengundi sudah pasti BN pilihan sy..sy b'puas hati dgn apa g wakil rakyat kami lakukn d sini..biarlh kali ini sy melihat shj..sy dpt merasa angin persaingan yg sengit..jika dtakdirkn BN memerintah lg,tp xda perubahan, @ pkr yg memerintah & ada perubahan sy ada 5 tahun lg utk memerhati..jika umur sy x smpi ke situ,sy doakn yg terbaik buat m'sia..

    BalasPadam
  28. bebas kalau menang pun tak boleh buat kerajaan sendiri tak cukup korum.. so memang hanya kerajaan campuran option yang ada..

    Pada aku la politik kepartian ni jadi suck bile pemimpin tak boleh diharap dan keputusan majlis tertinggi berkuasa.. Mungkin wakil rakyat yang kita undi menang semua tu bentuk kerajaan then semua undi siapa akan jadi pm.. tak perlu kepada parti mana banyak kerusi etc..

    dan akhirnya rakyat pilih pm bedasarkan orang yang menang dan dipilih oleh semua wakil2 rakyat (tanpa mengikut parti) jadi mungkin akan ada orang akan calonkan diri sendiri jadi PM juga lol.. :)

    rasa ok ke? boleh ke? hahaha ntah la...

    BalasPadam
  29. bina 10 buah loji nuke di semanjung

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...